You are on page 1of 5

PENGENALAN

Setiap hasil wacana berbentuk puisi dan prosa masyarakat Melayu mempunyai keunikan
yang tersendiri. Hasil kesenian masyarakat Melayu ini juga sebenarnya menggambarkan
pemikiran mereka dalam kehidupan seharian. Penggunaan kata istilah dalam puisi dan
prosa sebenarnya memperlihatkan akal budi khalayak Melayu. Impak daripada pengunaan
istilah maka lahirlah makna yang menggetarkan jiwa-jiwa audiens yang membacanya.
Misalnya, elemen kekeluargaan dalam sastera kanak-kanak bersifat lebih mudah dan
senang difahami kerana melibatkan persekitaran sahaja. Terdapat banyak karya-karya yang
mempunyai signifikannya tersendiri, namun bagi menjurus kepada murid adalah dengan
menelusuri sastera kreatif kanak-kanak. Fokusnya, wahana ini merupakan medium bagi
memahami konsep sastera kanak-kanak dan menganalisis sebuah karya cerpen bagi
mendalami isi pemikiran masyarakat Melayu di dalamnya.

2.0 SASTERA KANAK-KANAK

2.1 Konsep Sastera Kanak-Kanak

Sastera kanak-kanak lazimnya merupakan karya yang memberi hiburan kepada


mereka. Menurut Wan Zaliha Wan Othman dan Ratna Laila Shahidin (2017), penulis sastera
kanak-kanak sangat berpengaruh bagi menanamkan pelbagai ideologi dan pemahaman
menerusi karya mereka. Sehubungan itu, karya yang bersifat hiburan perlulah diselitkan
dengan elemen pendidikan seperti nilai-nilai murni dan moral yang terpuji. Hal yang
demikian turut bertepatan dengan Hadijah Rahmat (2006) yang menakrifkan bahawa
sastera kanak-kanak bukan bersifat hiburan semata tetapi juga berupaya menajdi bahan
pengajaran yang mempunyai implikasi terhadap pemikiran, emosi, imaginasi dan kendiri
pembaca. Berdasarkan kepada pendapat ahli akademik, dapat dikonklusikan bahawa
sastera kanak-kanak merupakan karya bersifat pendidikan yang menghiburkan dan
membantu memperkembangkan kognitif secara aktif dalam diri kanak-kanak.

Sebenarnya, terdapat beberapa ciri yang boleh diperhalusi dalam sastera kanak-
kanak. Misalnya, sastera kanak-kanak bersifat mudah dalam penggunaan bahasanya serta
penggunaan jumlah perkataan yang terhad dan denotatif. Hal yang demikian kerana kanak-
kanak masih lagi dalam proses pembinaan pengetahuan dan sukar untuk memahami
perkara yang sarat dan kompleks. Tidak terlepas juga ciri yakni watak dalam karya sastera
kanak-kanak lebih berfokus kepada unsur binatang atau tumbuhan yang turut diilustrasikan
dalam sesebuah penghasilan bertulis. Pertumbuhan watak-watak tersebut dapat dilihat
dengan jelas dalam jenis sastera seperti cerita rakyat, cerpen, novel, drama dan juga puisi.
Hal ini bertepatan dengan Teori Albert Bandura dalam penulisan Hamzah Hamdani (2015)
yang berpandangan bahawa tingkah laku prososial yang ditunjukkan oleh watak-watak
dalam cerita kanak-kanak seperti memohon maaf, meminta izin, bertolak ansur, dan
menerima sesuatu dengan hati terbuka menunjukkan bahawa kanak-kanak berupaya untuk
meniru dan mengamalkan perbuatan tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

2.2 Kepentingan Sastera Kanak-Kanak

Sastera kanak-kanak sebenarnya mempunyai intipati tersendiri. Unsur kebudayaan


dalam sastera masyarakat Melayu khususnya telah memaparkan elemen nilai-nilai murni
yang amat diperlukan dalam pembentukan insaniah. Bagi menacapai tahap tersebut,
golongan awal usia ini harus diberikan bahan sastera yang bersesuaian dengan mereka. Hal
ini selaras dengan tuntutan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan khususnya dalam
tatacara pengajaran yang diaturkan di dalam aspek seni bahasa Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Justifikasi kewajaran
penerapan elemen seni bahasa sebenarnya ingin memupuk nilai-nilai murni. Oleh itu,
menjadi tanggungjawab guru-guru itu sendiri untuk memperjelaskan nilai yang terdapat
dalam sesebuah karya yang diajarkan di dalam bilik darjah. Nilai murni merupakan aspek
tunjang bagi mengukur keberhasilan sesebuah sistem pendidikan sama ada berjaya atau
sebaliknya (Mahathir Mohamad, 2018).

Di samping itu, di dalam penghasilan karya-karya kontemporari. Terdapat unsur daya


tarik dalam sastera kanak-kanak. Misalnya, pengaplikasian ilustrasi bergambar di dalam
sesetengah buku-buku naratif dan bukan naratif. Penerbitan buku-buku cerita sedemikian
mampu menarik perhatian kanak-kanak untuk membacanya kerana elemen gambar yang
terdapat membantu mereka untuk lebih memahami jalan cerita sesuatu karya tersebut.
Sebagai contoh, ilustrasi kancil berbual dengan buaya di dalam buku cerita rakyat mampu
memperkembangkan imaginasi kanak-kanak dan dalam masa yang sama pembacaan
difahami dengan jelas. Bertepatan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard
Gardner, kelapan-lapan kecerdasan yang mendasari teori ini adalah saling berkait secara
kompleks apabila seseorang melakukan aktiviti (Chew Fong Peng, 2011). Justeru, secara
tidak langsung sastera kanak-kanak telah mendidik mereka untuk menyuburkan amalan
minat membaca dalam diri mereka secara tidak langsung.

3.0 ANALISIS PEMIKIRAN RAS MELAYU DALAM KARYA CERPEN “KERANA SEEKOR
ANAK PENYU” OLEH NAZIM MOHD SUBARI

Genre cerpen merupakan karya kreatif berbentuk cerita pendek yang bersandarkan
kepada fakta dan campuran imaginasi. Kebiasaannya, panjang penulisan di dalam
sesebuah cerpen ialah antara 5000 hingga 20000 patah perkataan. Oleh itu, penulisan
cerpen mestilah bercirikan singkat, intensif dan menarik minat pembaca. Bagi meneliti
pemikiran ras Melayu dalam cerpen ini perlulah difahami terlebih dahulu bahawa cerpen
“Kerana Seekor Anak Penyu” oleh Nazim Mohd Subari merupakan karya bertemakan
menghargai alam sekitar. Jelasnya, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015),
pemikiran bermaksud perihal berfikir atau menyelesaikan masalah dengan menghasilkan
pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa. Tegasnya, cerpen ini dianalisis melalui isu
dan konklusi yang ditonjolkan di dalam cerpen.

3.1 Pemikiran dalam aspek bahasa

Terdapat beberapa ciri pemikiran Melayu yang boleh dikategorikan berdasarkan teks
cerpen. Elemen bahasa dalam sastera merupakan perkara paling akar yang membuahkan
kepada penghasilan sebuah karya yang baik. Penggunaan bahasa atau istilah kiasan
telah membawa makna yang lebih luas dalam kehidupan masayarakat Melayu. Hal ini turut
telah dirakamkan di dalam cerpen ini sebagai unsur metafora dalam gaya bahasanya.
Penggunaan gaya bahasa yang menarik oleh pengarang mampu meraih emosi pembaca
(Mohammad Fadzeli Jaafar, 2006). Sehubungan itu, pemikiran Melayu yang mengamalkan
bahasa kiasan dalam cerpen mampu menggarap emosi pembaca. Contoh penggunaan
bahasa kiasan di dalam cerpen ini dalam Jadual 1.0.

Bi Bahasa kiasan Maksud


l
1. Awan mendung Perasaan yang sedang sedih
2. Hati berbunga Perasaan yang sangat gembira/ suka

3.2 Pemikiran dalam aspek kerohanian

Berdasarkan kepada kefahaman masyarakat kini, setiap pekerjaan yang dilakukan


adalah bermula daripada niat. Dalam masa yang sama, niat tersebut perlulah suci dan ikhlas
bagi memaparkan nilai kerohanian yang terpuji di dalam setiap agama. Hal ini bertepatan
dengan emua perbuatan yang bermanfaat jika diiringi dengan niat kerana mencari keredaan
Allah SWT maka ibadahnya dikatakan sangat bernilai (Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul
Naim Che Nordin, 2012). Nilai keagamaan dengan masyarakat Melayu tidak dapat
dipisahkan kerana Melayu dan agama Islam merupakan perkara yang sangat intim.
Jelasnya, pengarang turut memasukkan pemikiran Melayu daripada aspek kerohanian di
dalam karyanya. Penekanan yang ditonjolkan oleh pengarang adalah berkenaan dengan
keikhlasan hati dalam membuat sesuatu perkara. Contoh tersebut terdapat dalam Jadual
2.0.
Bil Aspek Konteks Ayat
1. Keikhlasan “Buang tanggapan itu. Kita buat sesuatu kerana kawan, tapi biarlah
niatnya ikhlas kerana Allah.”

3.3 Pemikiran dalam aspek pendidikan nilai murni

Secara zahirnya, pemikiran Melayu yakni menghargai alam sekitar jelas dikisahkan
di dalam penulisan ini. Aktiviti tersebut ialah mengadakan program gotong-royong
membersihkan kawasan pantai. Nilai yang tersurat di dalam karya ini bukan sahaja boleh
membangunkan berkaitan kesedaran menghargai alam, malah turut sama mengundang
nilai kerjasama di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaaan. Oleh itu, amalan bekerjasama
dalam melaksanakan sesuatu kerja dapat mendidik kanak-kanak dalam usia
perkembangannya untuk berjaya. Di samping itu, masyarakat Melayu pada era kontemporari
ini masih lagi menyemaikan nilai kasih sayang terhadap flora dan fauna. Hal ini telah
dijelaskan dalam respon yang dilakukan oleh Aiman, Umar dan Rashid apabila melihat anak
penyu yang berada dalam kesakitan. Isu ini sebenarnya memaparkan kepada kita bahawa
pemikiran masyarakat Melayu yang sangat kasih kepada setiap makhluk yang berada di
sekitar kita. Jelasnya, masyarakat Melayu memanipulasikan persekitaran untuk membentuk
idea atau pegangan (Farra Humaira Mohd, 2018). Contoh nilai terdapat dalam Jadual 3.0.

Bi Nilai murni Konteks Ayat


l
1. Kerjasama “Macam inilah adik kakak. Sedia berkerjasama dan rela berkhidmat
untuk masyarakat.” Aiman turut mendapat pujian Aina.
2. Kasih sayang Anak penyu itu seolah-olah sedang menahan kesakitan kerana
tercekik plastik putih. “Umar dan Rashid, pergi beritahu Cikgu Murni.
Saya tunggu di sini. ” kata Aiman
3.

4.0 KESIMPULAN

Rumusannya, penulisan sastera kanak-kanak sangat penting untuk membantu


perkembangan kanak-kanak. Impak daripada pemahaman dalam sastera bakal memberikan
gambaran kehidupan dan fikiran manusia sejagat. Melalui pengajaran yang kreatif dan
berkesan dengan menggunakan bahan sastera, keseimbangan pembentukan dan
perkembangan dari aspek kognitif dan afektif serta psikomotor kanak-kanak akan menjadi
lebih efektif. Buktinya, hasil daripada analisis pemikiran masyarakat Melayu di dalam karya
cerpen “Kerana Seekor Anak Penyu” oleh Nazim Mohd Subari menunjukkan nilai-nilai positif
yang baik dalam pemikiran masyarakat boleh dicontohi. Kandungan yang terdapat di
dalamnya membantu kanak-kanak memahami perilaku berakhlak. Tegasnya, sastera kanak-
kanak merupakan penyumbang besar terhadap asas pembentukan serta minda kanak-
kanak. Sehubungan dengan itu semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting
seperti golongan pendidik, ahli akademik serta ibu bapa bagi memastikan agar
kesusasteraan kanak-kanak sentiasa dimanfaatkan dan tidak terpinggir.

RUJUKAN

Chew Fong Peng. (2011). Pendekatan Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 22, 1-26.

Mahathir Mohamad. (7 November, 2018). Pupuk nilai murni di peringkat pra sekolah lagi,
kata Tun Dr Mahathir. Berita Awani. daripada http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/pupuk-nilai-murni-di-peringkat-pra-sekolah-lagi-kata-tun-dr-mahathir-190446

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Zaliha Wan Othman & Ratna Laila Shahidin. (2017). Penulisan Sastera Kreatif Kanak-
Kanak. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Munsyi Mohamad Musip (Ed). (2019). Antologi Cerpen Kanak-Kanak: Menghargai Alam
Sekitar. Bukit Baru: Wacana MBM.

Mohammad Fadzeli Jaafar. (2006). Aspek Gaya Bahasa dalam Teks Sastera Melayu
Berunsur Islam. Jurnal Pengajian Umum, 7, 1-14.

Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. (2012). Akidah dan pembangunan
modal insan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

LAMPIRAN

You might also like