You are on page 1of 2

1. Apa itu perlembangaan?

Secara umumnya, perlembagaan ialah sumber undang-undagng tertinggi sesebuah


negara yang berperanan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak
kerajaan atau rakyat. Menurut Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa
perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat
politiknya. Negera kita, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen
dibawah pentadbiran Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Perlembagaan
Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk
membolehkan pelaksanaan sistem ini.

2. Bincangkan
i) Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan
Perlembagaan Jawatankuasa Perlembagaan
Persekutuan Perlembagaan
Malayan Hubungan Kemerdekaan
Tanah Melayu Malaysia 1963
Union Antara Kaum 1957
1948

ii) Malayan Union


Malayan union telah diistiyaharkan oleh British pada 1 April 1946 di King’s House
(Carcosa Seri Negara),KL. Gabenor pertama Malayan Union ialah Sir Edward
Gent. Tujuan penubuhan Malayan Union ialah untuk membentuk bangsa Malayan
Union supaya golongan imigran dapat menumpukan kesetiaan kepada pemeritah
serta sebagai persediaan awal Tanah Melayu ke arah berkerjaan sendiri. Namun,
berlaku penentangan terhadap sistem Malayan Union kerana berlaku
penghapusan kedaulatan dan kekuasaan raja-raja Melayu yang menyebabkan
tamadun orang melayu terhakis. Penentangan Malayan Union dilakukan secara
individu, akhbar dan langkah kolektif yang menentang Malayan Union. Melalui
penentangan ini, Kongres Melayu pertama telah dibentuk dan United Malays
National Organization (UMNO) telah ditubuhkan untuk membantah pelaksanaan
Malayan Union sehingga tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu 1948
menggantikan Malayan Union.
iii) Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk mengkaji dan merangka Perlembagaan
Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang
diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William
Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk
mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi
berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan
Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira
unsur-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut.

Menurut laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan PTM yang merdeka akan diketuai
seorang raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan
diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja2
melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing2 manakala bagi negeri
yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam
persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua yang berperanan seperti Gabenor.
Corak pemerintahan telah dipersetujui untuk menggunakan corak demokrasi dan
ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya untuk mewakili rakyat dan mengawal
pentadbiran kerajaan.

You might also like