You are on page 1of 11

1

1.0 PENGENALAN
Puisi Melayu Tradisional merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik. Puisi
Melayu Tradisionl telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan lagi. Menurut Abdul
Halim Ali (2004), puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni, malah
merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama dan
ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan juga kepercayaan.
Puisi Melayu Tradisional juga salah satu tinggalan daripada nenek moyang yang sungguh
tidak ternilai harganya kepada kita sekiranya ingin dihitung dengan kekayaan wang ringgit. Puisi
Melayu Tradisional yang diolah dan yang dihasilkan mempunyai pelbagai maksud sekiranya
maknanya diteliti secara mendalam dan terperinci. Sebagaimana diketahui umum bahawa
masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat
resam dan budaya mereka. Hal ini membolehkan setiap perkara yang dijalankan sepanjang
kehidupan mereka adalah berlandaskan kepada peraturan pantang larang dan tradisi.
Selain itu, ungkapan dalam pepatah melayu iaitu biar mati anak jangan mati adat
merupakan ungkapan azimat yang menunjukkan adat memiliki darjat yang tinggi dalam
kehidupan sehingga dibandingkan dengan anak sendiri yang lebih rendah tarafnya sehinggakan
hendak dibandingkan dengan adat yang dijunjung tinggi. Dalam konteks ini, puisi Melayu itu
sendiri sering dimasukkan dalam pelbagai aspek adat seperti adat perkahwinan, peminangan,
merisik dan sebagainya. Puisi Melayu Tradisional seperti pantun sering digunakan oleh
masyarakat pada zaman dahulu dan masih digunakan sehinggan kini dalam majlis-majlis
tersebut. Dalam pada itu, gurindam juga sering digunakan dalam adat-adat seperti itu tetapi
mengikut adat-adat dan peraturan masyarakat Melayu terdahulu.
Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi. Kelahiran
puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah
memperkayakan puisi Melayu sehingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Menurut Mohd
Rosli Saludin (2000:112), bentuk-bentuk dan jenis-jenis puisi yang terdapat dalam Puisi Melayu
Trasional adalah seperti pantun, syair, gurindam, seloka, teromba, peribahasa berangkap, ,
talibun, mantera, nazam, rubai, qitah, masnawi, ghazal, zikir atau dikir, berzanji, teka-teki,
endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan, perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi,
bait dan marhaban.
Puisi Melayu Tradisional mempunyai fungsi dan matlamat yang sama dari dahulu hingga
kini, iaitu bermatlamatkan untuk mendidik, memberi pengajaran, nasihat, panduan dan
bimbingan kepada semua lapisan masyarakat. Sebagai generasi pelapis warisan bangsa ini,
amatlah wajar untuk kita terus menjunjung hasil-hasil karya kreatif cetusan idea nenek-nenek
moyang kita dahulu kala. Usaha untuk memartabatkan Puisi Melayu Tradisional haruslah
dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu kerana disini menggambarkan betapa tingginya nilai
jati diri masyarakat Melayu terhadap warisan bangsanya sendiri.

2.0 OBJEKTIF
1. Mengenal pasti peranan gurindam dalam Majlis Pertunangan.
2. Menganalisis sambutan atau penerimaan masyarakat terhadap penggunaan gurindam
dalam Majlis Pertunangan.
3. Mengenal pasti gurindam sebagai alat untuk mengekalkan adat dan budaya masyarakat
Melayu Tradisional.

3.0 SOALAN KAJIAN


1. Apakah peranan gurindam dalam Majlis Pertunangan.
2. Bagaimanakah sambutan atau penerimaan masyarakat terhadap penggunaan gurindam
dalam Majlis Pertunangan.
3. Sejauahmanakah gurindam dapat dijadikan alat untuk mengekalkan adat masyarakat
Melayu Tradisional.

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua lapisan
masyarakat bahawa Puisi Melayu Tradisional banyak digunakan dalam majlis-majlis rasmi
seperti gurindam yang digunakan dalam Majlis Pertunangan. Kajian ini juga dapat membantu
dan memberi sumbangan kepada guru-guru dalam menyediakan bahan-bahan yang berkaitan
sastera untuk di sumbangan dalam pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Selain
itu, hasil kajian ini adalah untuk dijadikan panduan oleh para pengkaji yang seterusnya bagi
memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat terutamanya yang berkaitan dengan Puisi
Melayu Tradisional. Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat yang berguna kepada
masyarakat tentang puisi-puisi Melayu lama yang banyak digunakan oleh masyarakat terdahulu
dalam sesuatu majlis rasmi. Hal ini adalah kerana, masyarakat Melayu harus mengekalkan
tradesi masyarakat Melayu terutama puisi ia agar tidak lapuk ditelam zaman.

5.0 BATASAN KAJIAN


Tujuan kajian ini dipilih adalah untuk mengkaji tentang satu puisi iaitu gurindam.
Gurindam merupakan puisi yang kurang dijulang atau tidak diwarisi hasil karyanya pada masa
kini. Kajian dilakukan terhadap puisi adalah kerana puisi merupakan karya sastera yang paling
tua dan mempunyai banyak nilai, pengajaran serta keindahan-keindahan yang terdapat di
dalamnya dan boleh dihayati oleh masyarakat. Saya melakukan kajian yang dilakukan adalah
berkaitan dengan Peranan Gurindam dalam Majlis Perkahwinan. Buku yang digunakan sebagai
rujukan dan focus kajian ialah Buku Pantun dan Gurindam Untuk Majlis Rasmi dan
Perkahwinan. Dalam buku ini, penulisan dan hasil karya puisi seperti gurindam telah dimuatkan
semua yang berkaitan dengan penggunaan gurindam dalam Majlis Rasmi seperti majlis
menyambut pegawai baru, meraikan kenaikan pangkat, perpindahan, persaraan, pertunangan,
pernikahan, ulang tahun perkahwinan, hari jadi, majlis ceramah, dan sebagainya. Dalam kajian

ini, saya hanya menfokuskan kepada penggunaan gurindam dalam majlis pertunangan sahaja.
Terdapat banyak contoh-contoh gurindam yang diselitkan dalam buku ini yang kebanyakannya
merangkumi semua aspek yang berkaitan majlis pertunangan atau perkahwinan. Sehubungan
dengan itu, ia dapat memudahkan saya mengkaji tentang gurindam kerana banyak gurindamgurindam terkandung yang boleh dikaji. Gurindam yang terdapat dalam buku ini dapat
disesuaikan dan diolah semula untuk digunakan dalam majlis pertunanagan.
Selain itu, terdapat juga buku rujukan sampingan yang digunakan iaitu Sentuhan Rasa
Dan Fikir Dalam Puisi Melayu Tradisional, Puisi Melayu Tradisional, Mutiara Sastera
Melayu Tradisional. Kesemua buku rujukan ini digunakan untuk mengenal pasti pengertian
puisi tradional, pengertian gurindam dan mengetahui tentang puisi tradisional secara mendalam.
Rujukan terhadap buku-buku ini juga adalah bertujuan untuk menambah makumat dalam kajian.

6.0 PENDEKATAN KAJIAN


Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian kepustakaan
dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan seperti buku-buku ilmiah, jurnal,
artikal dan laporan yang berkaitan dengan kajian. Penggunaan bahan-bahan tersebut adalah
sebagai rujukan untuk membuat kajian. Selain itu, pendekatan kajian ini ialah pendekatan
budaya. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah
kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke satu generasi. Masyarakat Melayu Tradisional
kini masih lagi mengamalkan budaya masyarakat Melayu dalam sesuatu majlis rasmi, contohnya
majlis pertunangan yang menggunakan gurindam untuk mengekalkan adat dan budaya dalam
majlis pertunangan mahu pun perkahwinan.

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Definisi Gurindam


Terdapat banyak pandangan daripada orang-orang ternama tentang gurindam, antaranya
Ismail Hamid (1989), berkata bahawa istilah gurindam adalah berasal daripada bahasa Sanskrit.
Walaupun ia berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi Melayu
Tradisional, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuk yang
tersendiri dan berlainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit. Menurut Raja Ali Haji, .
adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya, tetapi sempurna
perkataannya dengan satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan
sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.
Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sultan Takdir Alisjahbana (1954)
menjelaskan pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk
yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat dan
perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan
induk kalimat. Jumlah suku kata setiap baris itu tidak ditentukan dan rimanya juga tidak sama.
Definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji dan Sultan Takdir Alisjahbana ialah hanya sekadar
menyentuh tentang bentuk sahaja. Menurut Zaba (1962), gurindam merupakan puisi yang tidak
mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandungi fikiran yang bernas dan digubahakan
dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.
Menyentuh sedikit tentang ciri yang terdapat dalam gurindam, gurindam ialah sejenis
puisi terikat dan ia mempunyai kaitan antara baris pertama dan baris kedua. Dalam baris pertama
tersimpul fikiran yang berupa persoalan, manakala dalam baris kedua terkandung jawapannya.
Selain itu, tema gurindam biasanya berupa nasihat, pengajaran dan keagamaan. Rima akhir
adalah biasanya sama dan dari segi jumlah perkataan dan suku kata setiap baris tidak dapat
ditentukan atau bebas. Dalam pada itu, berdasarkan isi gurindam tersebut, ia dianggap sebagai
puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Bahasa gurindam sentiasa padat dan
bernas serta isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, gurau
senda, kelakar dan sindiran yang menggelikan hati. Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai
dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat menonjolkan kreativiti dan estetika serta daya
intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal-hal yang berkaitan kehidupan mereka.
Gurindam juga dapat dijadikan sebagai media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama
dalam majlis-majlis formal seperti majlis pertunangan dan perkahwinan.

7.2 Peranan Gurindam Dalam Majlis Pertunangan

Sebelum kita menghayati contoh-contoh gurindam dalam majlis pertunangan, kita mesti
tahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan pertunangan. Pertunangan dalam Islam
bererti kesepakatan peribadi dengan maksud untuk menikah antara lelaki muslim yang sesuai
dengan perempuan muslim melalui walinya. Pertunangan ini bukanlah seperti nikah di mana kita
memberitahu perkara ini kepada semua orang. Hal ini adalah kerana, bagi mengelakkan daripada
timbulnya fitnah yang boleh memecah belahkan masyarakat. Melalui pertunangan ini juga ia
tidak berlaku perubahan yang besar dalam kehidupan, dimana kita perlu menjalankan aktiviti
harian seperti biasa, cuma apabila sudah bertunang ia tidak bermakana pasangan boleh mebuat
perkara yang diingini sesuka hati, lagipun pasangan yang bertunang itu masih lagi bukan
mahram. Dalam adat dan tradisi Melayu, dalam majlis pertunangan atau perkahwinan mereka
akan mengikut adat dan peraturan. Mereka juga banyak menggunakan puisi-puisi Melayu
antaranya adalah gurindam. Contohnya:
Gurindam Peminangan Untuk Pertunangan Anak Orang Kenamaan
Gurindam di bawah adalah gurindam yang disampaikan oleh pihak lelaki kepada pihak
perempuan dengan tujuan ingin meminang seseorang perempuan untuk dijadikan tunang. Pihak
lelaki akan membaca gurindam ini di depan semua orang secara teratur dan betul. Hal ini adalah
kerana, gurindam ini dibacakan kepada pihak perempuan untuk merendahkan diri kerana pihak
perempuan statusnya jauh lebih tinggi daripada pihak lelaki. Bacakan gurindam ini dalam majlis
meminang apabila keluarga pihak perempuan terdiri daripada keluarga diraja dan pihak lelaki
yang datang meminang adalah daripada keluarga yang rendah. Selepas meminang dan kedua-dua
pihak telah bersetuju untuk berutunang maka maljis pertunangan turut dijalankan dengan diiringi
oleh penggunaan gurindam sabagai alat terpenting dalam majlis tersebut. Gontonhya:
Kami busut, tuan gunung,
Kami bukit, tuan banjaran.
Kami pulau, tuan benua,
Kami belukar, tuan belantara.
Kami kolam, tuan lautan,
Kami pasir, tuan pantai.
Kami pipit, tuan geroda,
Kami ular lidi, tuan ular naga.
Berdiri tak sama tinggi,
Duduk tak sama rendah,
Manakala dapat duduk sama.
Bacakan gurindam ini semasa merendahkan diri dihahadapan orang yang besar-besar.
Sebagai contohnya, gadis yang dipinang itu anak orang yang mempunyai kedudukan yang amat
tinggi dalam masyarakat seperti puteri sultan atau anak Perdana Menteri dan pasangannya hanya
seorang anak guru sekolah rendah sahaja. Kita semua tahu bahawa, sebelum majlis pertunangan
berlaku maka haruslah melalui proses peminangan terlebih dahulu. Jika sekiranya pihak
perempuan atau pihak lelaki bersetuju dengan perjodohan itu maka akan berlaku proses

pertunangan, namun jika salah satu pihak tidak bersetuju atau tidak menerima pinangan maka
majlis pertunangan tidak boleh berlangsung. Hal ini merupakan adat-adat orang Melayu yang
sudah sekian lama diamalkan sejak turun-temurun lagi.

Gurindam Peminangan Untuk Pertunangan Dengan Gadis Terpelajar


Bacakan gurindam dibawah ini apabila meminang anak gadis yang mempunyai
perbezaan kelulusan atau pendidikan di mana kelulusan gadis itu lebih tinggi daripada kelulusan
pihak lelaki. Contohnya, gadis yang dipinang untuk dijadikan tunang atau isteri itu memiliki
ijazah Ph.D. Manakala pihak lelaki kelulusannya lebih rendah.
Kami kosong, tuan kitab,
Kami jahil, tuan alim.
Kami murid, tuan guru,
Kami seinci, tuan sehasta.
Kami dakwat setitik,
Tuan dakwat semangkuk.
Kami baru membilang satu,
Tuan sudah membilang sepuluh.
Kami baru di garis mula,
Tuan sudah di garis penamat.
Kami baru mengenal muqaddam,
Tuan sudah hafal Quran.
Berdiri tak sama tinggi,
Duduk tak sama rendah,
Manakan dapat duduk bersama.
Perbezaan latar belakang antara lelaki dan perempuan sama ada dari segi kelulusan atau
kerjaya, mestilah menghormati antara satu sama lain. Kedatangan pihak lelaki ke rumah pihak
permpuan haruslah beradat dan menghormati gadis itu, namun gadis itu juga harus menghormati
lelaki itu juga walaupun taraf pendidikan lelaki lebih rendah dari si gadis itu. Masyarakat Melayu
haruslah menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, darjat dan sebagainya.

7.3 Sambutan atau Penerimaan Masyarakat Terhadap Penggunaan Gurindam dalam


Majlis Pertunangan
Gurindam merupakan puisi Melayu Tradisional yang tidak diragui sifat keasliannya.
Tidak ada bentuk sedemikian di dalam puisi-puisi bangsa-bangsa lain secara asli, melainkan dari
Bangsa Melayu itu sendiri. Oleh itu, istilah gurindam yang kia gunakan sekarang adalah satu
bentuk atau cara yang cukuo tersusun, teratur dan sistematik dalam usaha melahirkan maksud,
pemikiran,idea dan gagasan. Masyarakat Melayu kini menyambut baik gurindam sebagai salah
satu puisi Melayu yang kini telah digunakan secara meluas oleh orang Melayu dalm majlismajlis rasmi, antaranya adalah pertunangan. Buktinya, bukan dalam majlis pertunangan sahaja
diselitkan gurindam malah merangkumi semua aspek dalam usaha untuk menyatukan pasangan
mengikut syariat Islam iaitu bermula dengan merisik, meminang, bertunang dan seterusnya
berkahiwin.
Masyarakat Melayu menggunakan gurindam sebagai alat penyampai dalam majlis
perkahwinan juga disebabkan oleh gurindam ini mempunyai pemikiran yang cantik dengan
bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa sesuai untuk majlis
pertunangan atau perkahwinan iaitu berada dalam suasana bahagia bagi kedua-kedua pasangan
tersebut. Dalam pada itu, gurindam ini juga dapat menambahkan lagi keceriaan majlis
pertunangan dan menambah seri serta telah berjaya menjadi perkara yang menarik dan telah
menimbulkan kesan yang berlainan dalam majlis tersebut. Hal ini telah menyebabkan orang
Melayu begitu menekankan penggunaan puisi gurindam dalam majlis-majlis sedemikian.
Ungkapan-ungkapan gurindam membawa nilai yang tinggi dalam kehidupan berbudaya.
Budaya perkahwinan orang Melayu adalah berza dengan kaum-kaum lain. Dalam ungkapan
gurindam terkandung nilai-nilai masyarakat yang berlandaskan agama dan kepercayaan yang
diwarisi daripada generasi ke generasi. Contohnya, gurindam yang digunakan dalam majlis
pertunangan telah menyebut tentang cara-cara untuk menyampaikan hajat, menyarung cicin dan
sebagainya yang merupakan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dari dulu
lagi. Masyarakat menerima gurindam untuk digunakan dalam maljis sebegini adalah kerana salah
satunya ia dapat mengekalkan budaya orang Melayu.

7.4 Gurindam Sebagai Alat Untuk Mengekalkan Adat Dan Budaya Masyarakat Melayu
Tradisional
Berdasrakan isinya, gurindam dapat dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan
dan pendidikan dan hiburan serta berfungsi sebagai salah satu alat untuk mengekalkan adat dan
budaya masyarakat Melayu. Puisi Melayu tradisional seperti gurindam adalah warisan yang tiada
nilainya kerana melambangkan pemikiran masyarakat Melayu yang sangat kreatif dalam
menyampaikan panduan dan pengajaran. Panduan dan pendidikan yang terkandung dalam
gurindam dapat menjadi kiasan kepada masyarakat agar mengekalkan adat dan budaya
Masyarakat Melayu. Pelbagai pendekatan yang dilakukan oleh masyarakat bagi memastikan adat
dan budaya masyarakat Melayu dapat diteruskan dan dijulang terutama berkaitan adat-adat dan
budaya dalam majlis perutnangan dan perkahwinan.
Masyakat Melayu telah menerapkan gurindam dalam majlis-majlis tertentu dengan tujuan
untuk dijadikan sebagai alat pendidikan untuk memartabatkan adat dan budaya. Gurindam yang
digunakan dalam majlis pertunangan adalah untuk menceritakan tentang adat dan budaya
pertunangan orang Melayu yang menjadi adat dan budaya yang diamalkan oleh nenek moyang
kita terdahulu. Dalam penyampaian tersebut, telah menceritakan banyak adat yang berkaitan
dengan pertunangan salah satunya adat menyarung cicin, adat barang hantaran dan adat semasa
makan. Dalam pada itu, adat-adat yang terkandung ini dapat dijadikan panduan kepada generasigenerasi yang akan datang agar mereka tahu bahawa masyarakat Melayu mempunyai nilai adat
yang tinggi dan dapat menjadi ikutan sekaligus mengekalkannya.
Disini dapat dilihat betapa orang Melayu menitik beratkan soal penggunaan puisi yang
menjadi warisan orang Melayu dalam majlis pertunangan supaya tidak hilang ditelan zaman. Hal
ini juga adalah untuk memberi pendidikan kepada anak-anak dan generasi baru bagi meneruskan
puisi ini sepanjang zaman yang diwarisi secara turun temurun oleh anak cucu kita. Banyak di
antara anggota masyarakat yang sengaja membuat gurindam untuk memberi nasihat dan
pengajaran kepada seluruh masyarakat Melayu agar sentiasa berpegang kepada adat dan budaya
Melayu. Gurindam tetap sahaja banyak ditulis atau diucapkan sebagai salah satu saranan untuk
menyampaikan nasihat tentang adat-adat dan budaya masyarakat Melayu. Pendidikan melalui
gurindam adalah sangat unik kerana ia merupakan satu cara yang berlainan untuk memberi
pendidikan kepada masyarakat. Pengajaran ini mudah disampaikan oleh kerana gurindam
mengandungi bahasa-bahasa yang indah dan gaya bahasa yang halus. Melalui bahasa berirama
kita dapat kita dapat menyampaikan maksud dengan cara yang lebih berkesan.
Dengan adanya warisan turun-temurun, adat dan budaya dalam masyarakat Melayu akan
terus dikekalkan dan berkembang. Penggunaan gurindam dalam majlis pertunangan dapat
memberi pendidikan yang berguna kepada masyarakat tentang adat-adat dan budaya yang perlu
dipatuhi. Oleh itu, sangatlah penting gurindam ini dimainkan dalam majlis sebegini agar dapat
dijadikan rujukan oleh generasi baru yang mungkin kurang mengetahui tentang keindahankeindahan puisi Melayu Tradisional dan ia lebih menarik jika digunakan dalam majlis-majlis
tertentu terutama gurindam. Harapan agar adat dan budaya Melayu dapt diteruskan dan bukan
berkaitan pertunangan atau perkahwinan sahaja malah seurluh adat dan budaya dalam kehidupan
masyarakat Melayu.

8.1 PANDANGAN ATAU CADANGAN


Pada pandangan saya, penggunaan gurindam dalam majlis pertunangan adalah sangat
menarik dan berkesan. Bukan sahaja dalam proses untuk melancarkan majlis tersebut malah
dapat memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu bahawa gurindam masih lagi menjadi
sebahagian daripada kehidupan masyarakat. Mengekalkan puisi traisional Melayu adalah
menjadi tanggungjawab kita semua kerana ini merupakan hak milik kita dan tidak ada tandingan
dengan bangsa-bangsa lain. Disinilah kelebihan orang Melayu yang masih mempunyai warisanwarisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang terdahulu. Jadi siapa lagi yang hendak
memartabatkannya kalau bukan orang Melayu. Bukan gurindam sahaja, kita mempunyai banyak
puisi-puisi yang indah seperti pantun, syair, seloka, teromba dan sebagainya yang harus kita
pelihara. Malah kita juga perlu menggunakan puisi-puisi tersebut sebagai alat untuk
menyampaikan pendidikan. Semoga selepas ini ada di antara kita yang dapat melahirkan penulispenulis atau penghasilan karya-karya sastera yang baru terutama dalam golongan anak-anak
muda.

10

9.0 KESIMPULAN
Gurindam adalah puisi tradisional yang masih diguna pakai oleh masyarakat-masyarakat
Melayu. Dalam kajian ini, puisi Melayu seperti gurindam adalah sebenarnya mempunyai peranan
dalam majlis pertunangan. Penggunaannya juga adalah luas dan tidak terbatas asalkan mengikut
adat dan peraturan yang telah ditetapkan seperti sedia ada. Bukan gurindam sahaja puisi yang
digunakan dalam majlis perkahwinan, malah puisi tradisional seperti pantun, syair, teromba dan
sebagainya juga sering digunakan untuk tujuan yang sama. Tetapi cara penggunaan dan
penyampaiannya adalah berbeza dan setiap puisi mempunyai keindahan estetika masing-masing.
Penggunaan gurindam dalam majlis perkahwinan juga banyak memberi kelebihan kepada
masyarakat sekeliling. Hal ini kerana, setiap adat dan perkara yang dilakukan oleh orang tua itu
akan menjadi contoh dan ikutan oleh anak-anak muda yang sedang meningkat dewasa. Perkara
ini harus diwarisi oleh anak cucu agar ia tidak hilang ditelam zaman dan perlu dikekealkan oleh
generasi yang seterusnya. Gurindam memang sejak dahulu dan sekarang sebahagiannya dapat
bertahan lama kerana masih ada orang Melayu yang mengamalkannya dalam majlis rasmi seperti
pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Bukan dalam majlis rasmi sahaja ianya diamalkan,
ada juga mengamalkannya untuk berjenaka dikala duku, berhibur dikala sunyi, bermain dikala
sepi dan megangkat dikala jatuh.
Selain itu, gurindam-gurindam yang dikemukan sebagai contoh dalam majlis
perkahwinan adalah mempunyai maksudnya yang tersendiri. Ianya hanya berkaitan dengan
majlis pertunangan. Contoh-contoh yang dinyatakan adalah tepat dan sesuai, dan ianya dibaca
atau dinyanyikan mengikut nada-nada yang telah ditetapkan. Seperti kita tahu, gurindam
bukanlah asing lagi kerana ia sudah menjadi darah daging dalam kesusasteraan lisan dan tulisan.
Anak-anak kecil Melayu dari kecil sudah pun didedahkan dengan karya-kaya tradisional. Tanpa
disedari, bila usia mereka meningkat dewasa iaitu ke tahap mengenal kawan banyak karya yang
wujub berbentuk puisi tradisional telah menpengaruhi mereka, bukan gurindam sahaja malah
syair, pantun dan sebagainya.

11

1.0 RUJUKAN
1. Sentuhan Rasa Dan Fikir Dalam Puisi Melayu Tradisional (Noriah Mohamed. 2006. 83.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Percetakan Watan Sdn. Bhd.).
2. Puisi Melayu Tradisional (Profesor Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin.
2014. 112. Institut Peradaban Melayu).
3. Pantun dan Gurindam Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan (Abdullah Hassan, Aripin
Said, Ainon Mohd. 2007. PTS Millennia Sdn. Bhd.).
4. Mutiara Sastera Melayu Tradisional (Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia. 2003.
Dawama Sdn. Bhd.).

0197327267

You might also like