You are on page 1of 17

PUISI : keunikan Pantun Dalam Masyarakat Melayu

Ahli Kumpulan : Robbyatul Khadzeelah Binti Mohd Khair Norsaadah Binti Lokman Nurul Kamilah Binti Idris Nurul Suliza Binti Hashim Nor Hidayah Binti Mohamad Hussain

Judul Buku : Mengenal Puisi Penulis : Anis Sabirin Tahun : 1989

Analisis
Memperkenalkan pelbagai aspek tentang puisi, terutama puisi moden, secara lebih dekat kepada peminat-peminat sastera, pelajar-pelajar dan guru-guru sastera. Puisi : Cabang seni yang disebut sastera atau kesusasteraan yang bererti bahasa indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu. Suatu pernyataan dari kesedaran masyarakat, membantu menjalinkan hubungan dalam masyarakat supaya lebih rapat.

Lahir dari perasaan dan fikiran manusia, mencerminkan orang dan masyarakat yang melahirkan puisi. Menurut T. S. Coleridge (1772-1834) puisi ialah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik (the best words in the best order). Puisi terbahagi kepada enam jenis:
pantun gurindam syair seloka sajak nazam

Judul Buku : Puitika Sastera Melayu Penulis :Muhammad Haji Salleh Tahun : 2006
Bab 4 : Perkataan Yang Indah-Indah

Analisis
Fokus kepada ciri-ciri perkataan dalam pantun Banyak rangkap pantun yang canggih hasil daripada permainan bahasa dan gagasannya Menggunakan alat bahasa sastera yang diperlengkapkan dengan pelbagai strategi naratif bentuk pantun adalah terbaik pantun berdasarkan perbandingan manusia dengan alam contoh : seperti aur dengan tebing

Ciri-ciri bahasa
Disalut dengan perkataan yang lembut, sopansantun / merendah diri Kata yang menarik dari sudut budaya Melayu Dipandu oleh nilai sosial dan estetik Pemilihan perkataan diutamakan Alat bahasa yang sering digunakan adalah kias/ibarat atau metafora

Judul Buku : Puisi Melayu Tradisional Penulis : Dr. Zurinah binti Hassan Tahun : 2012

Analisis
Buku ini membincangkan tentang warisan puisi Melayu tradisional yang meliputi pantun, syair, gurindam, nazam dan seloka. Buku ini diterbitkan oleh seorang penulis terkenal dan juga ahli akademik di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang penyair yang aktif mempersembahkan puisi baru dan puisi tradisional di peringkat nasional. Buku ini sebenarnya hanya menumpukan pada kesusasteraan puisi tradisional. Terdapat perbezaan puisi dengan prosa dalam konteks kesusasteraan kerana prosa adalah berbentuk penulisan sahaja contohnya novel, cerpen dan sebagainya.

Terdapat beberapa bab dalam buku ini. Dimulakan dengan bab berkaitan pengenalan kepada puisi. Bab seterusnya lebih memberi tumpuan pada penghayatan pantun, syair Melayu, gurindam, nazam dan seloka. Bab terakhir buku ini cuba mengetengahkan contoh contoh karya puisi tradisional Melayu. Penumpuan kumpulan kami adalah berkaitan karya pantun. Pengkelasan jenis-jenis pantun dalam buku ini terbahagi kepada 16 jenis. Antaranya ialah: Pantun dua kerat, budi, agama, perantau, nasihat, kepahlawanan, percintaan, kiasan dan sindiran, pengantin baru dan sebagainya.

Hubungkait 3 buah buku dapat menghasilkan tajuk dan maklumat baru, iaitu Keunikan Pantun dalam Masyarakat Melayu

Keunikan pantun
Secara keseluruhannya, dalam pantun tersirat pelbagai pengalaman hidup manusia yang melahirkannya. Sejak berzaman-zaman lagi, pantun digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai pengucapan lisan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu terungkap melalui pantun. Terdapat pantun yang memperlihatkan aspek pendidikan kepada seorang kanak-kanak, remaja dan orang dewasa sendiri.

Pantun dapat disulami dalam puisi Melayu yang lain bagi mempelbagaikan ungkapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.

Perkataan pantun banyak menggunakan kata-kata yang unik dan indah. Contoh : unsur personafikasi, simile, asonansi, aliterasi. Penggunaan pantun berlaku dalam adat masyarakat Melayu seperti.. Bagi memartabatkan pantun ke seluruh dunia, peranan media massa adalah medium penting agar dapat diperluaskan.

Buku-buku ini amat berguna kepada peminat-peminat kesusasteraan khasnya penuntut-penuntut dalam usaha mengenali, memahami dan seterusnya mencintai puisi sebagai salah sebuah cabang seni.

Sekian, terima kasih.

RUJUKAN
Anis Sabirin. (1989). Mengenal Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zurinah Hassan. (2012). Puisi Melayu Tradisional. Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

You might also like