You are on page 1of 20

MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang

bermaksud kata yang membawa maksud khusus dimana su bermaksud indah, baik atau lebih

berfaedah. Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi

hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya

dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala

pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Manakala menurut Zalila Sharif

dan Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu sas´

dan tra. Kata ‘sas´ bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. Manakala tra´

pula menunjukkan alat atau sarana

Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit µsusastera yang bermaksud huruf

atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1983:2), mereka berpendapat

bahawa Kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan

persoalan sama ada kata-kata itu tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan).

1
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Menurut Hamzah Hamdani pula (1998) kesusasteraan itu merupakan bidang yang begitu

umum dan diperkatakan oleh begitu ramai penulis dan pembicara. Oleh itu ia tetap hidup dan

mengenai semua manusia, ia menjadi bahan bicara ramai, sastera dibicarakan oleh para

wartawan, orang politik, orang agama dan ahli akademik sendiri. Selalunya juga menjadi alat

kepada mereka yang melihat kesempatan menggunakan sastera untuk kepentingan tertentu.

Kesusasteraan mempunyai nilai-nilai kehalusan, persasaan, intuiti, harapan, emosi dan lain-lain

jenis unsur jiwa. Unsur kehalusan baik daripada sudut bentuk, isi dan maknanya sifat utamanya

yang membezakan isi daripada karya-karya tertulis yang barangkali bercorak deskriptif dan

informative semata-mata.

Pendidikan adalah satu persoalan yang sama tua dengan wujudnya manusia. Hasil

daripada perhubungan jantina, manusia menghasilkan keturunan yang terdiri daripada generasi

yang lebih muda yang pada peringkat permulaanya hidup dan dibesarkan di dalam kelompok

yang sama. Hasil daripada kehidupan di dalam kelompok ini berlakulah proses pendidikan

supaya generasi muda itu akan dapat mengambil tempat generasi yang lebih tua manakala

sampai giliran mereka. Dalam masyarakat yang primitive , pendidikan dijalankan pada

sebahagian besarnya dengan melalui cara memelihara anak dan juga oleh ahli-ahli masyarakat

yang hidup di dalam kelompok itu tetapi dalam masyarakat moden; pendidikan, pada sebahagian

besarnya telah diserahkan kepada institusi tertentu- sekolah (Atan Long 1982:23)

2
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Kamus Dewan (2007: 1081) menyebutkan nilai dalah darjat, kualiti, mutu, taraf, sifat

ketinggian, Bahasa Indonesia (1989:679), menyebut nilai adalah sifat-sifat yang penting atau

berguna bagi kemanusiaan. Memperkatakan kedua-dua takrif tersebut dapat dibuat kesimpulan

bahawa nilai adalah sesuatu yang tinggi dan berharga. Sesuatu perkara atau sifat yang dikatakan

bernilai itu pastinya mempunyai kualiti yang diingikan. Menyebut sahaja tentang nilai, kita

berasa sesuatu itu berguna, berfaedah dan boleh memuaskan setiap individu dan masyarakat.

Dalam falsafah, nilai dikatakan sebagai suatu kebenaran dalaman atau norma sanubari.

Jika semua objek yang baik mempunyai nilainya tersendiri maka konsep nilai itu boleh berubah-

rubah mengikut masa, tempat dan kegunaannya. Cara menilai ini adalah menggunakan

pendekatan objektivis iaitu melihat dari segi luaran sahaja. Sebaliknya jika nilai hanya

merupakan persaan dalaman atau objek yang menjadi kemuliaan seperti cincin kahwin maka

nilainya akan terus kekal. (Tam Yeow Kwai, 1996: 7-8).

Falsafah nilai dalam pendidikan mencorakan idealisma dan kualiti pendidikan yang

disampaikan dan dipelajari sesuatu masyarakat. Falsafah nilai memberi kesan yang mendalam

kepada penggubalan kurikulam, pembentukan pengetahuan dan disiplin keilmuan yang berguna

yang boleh dihayati anggota masyarkat. Memupuk nilai murni dalam pendidikan menjadikan

apa yang dipelajari releven, berguna dan penting dalam mencorakkan wawasan hidup sesuatu

masyarakat. Falsafah nilai pendidikaan yang dipupuk dalam pendidikan akan dapat

memantapkam ilmu pengetahuan dan pemikiran (Abd Rahim Abd Rashid, 2001:64)

3
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Nilai-nilai agama atau moral agama dipupuk melalui kurikulam pendidikan agama yang

dipelajari oleh pelajar beragama islam di sekolah. Nilai agama dapat menguatkan perkembangan

moral, akhlak dan pandangan hidup seseorang. Agama juga mencorakan word-view individu dan

juga kelompok manusia terhadap sesuatu perkara. Nilai Agama juga dipupuk melalui kegiatan

kokurikulam yang melibatkan kegiatan keagamaan di dalam dan diluar sekolah. Usaha bagi

mengimbangi pengaruh sekularisme dalam kurikulam telah mempengaruhi keputusan yang

dibuat dari semasa kesemasa bagi menerapkan nilai islam atau kepercayaan agama dalam

kurikulum telah mempengaruhi keputusan yang dibuat dari semasa ke semasa bagi menerapkan

nilai islam atau nilai kepercayaan agama dalam kurikulam sekolah. Islamisasi turut mencorakkan

perubahan paradigma pendidikan keagamaan di Malaysia (Abd Rahim Abd Rashid: 85-86).

Setelah kita membicarakan nilai-nilai moral dalam pendidikan, kita lihat pula bagaimana nilai

murni dapat membentuk kepribadian pembaca.

Kamus Pelajar Baru (1989, dalam buku Tam Yeow Wai, 1996: 1), definisi perkataan

moral adalah ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk dan bauk sesuatu perbuatan moralis

perlu bermaksud amalan kepada ajara keadilan dan kebaikan. Oleh itu, moral bolrh ditakrifkan

sebagai tingkah laku amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyrakat.

Tatasusila dan undang-undang masyarakat Malaysia merangkumi segala nilai murni seperti

baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, menyanyangi, adil kebebasan,

keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kehuhuran, kerajianan, bekerjasama, kesederhnaan,

kesyukuran, berfikir secara rasional dan memupuk semangat kemasyarakatan. (Abd Rahim Abd

Rashid, 1996: 1).

4
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Novel adalah salah satu bentuk dari sebuah karya sastera. Novel merupakan cerita

fiksyen dalam bentuk tulisan atau kata-kata dan mempunyai unsur instrinsik dan ekstrinsik.

Sebuah novel biasanya menceritakan tentang kehidupan manusia dalam berinteraksi dengan

lingkungan dan sesamanya. Dalam novel si pengarang berusaha semaksima munkin untuk

mengarangkan pembaca kepada gambaran-gambaran realiti kehidupan melalui cerita yang

terkandung dalamm novel tersebut. (Faridah Jamaludin 2015)

Banyak sasterawan yang memberikan batasan atau definisi novel. Batasan-atau definisi

yang mereka berikan berbeza-beza kerana sudut pandangan yang mereka pergunakan juga

berbeza-beza. Definisi-definisi itu antara lain menurut ahli dibidangnya asalah berikut:

1. Novel adalah bentuk sastera yang paling popular di dunia. Bentuk sastera ini

paling banyak dicetak dan paling panting banyak beredar , lantaran daya

komunitinya yang luas pada masyarakat (Jakob Sumardjo Drs).

2. Novel merupakan karya sastera yang mempunyai dua unsur, iaitu: Unsur intriksik

dan unsur ekstriksik yang kedua saling berhubungan kerana sangat berpengaruh

dalam kehadiran sebuah karya sastera( Drs. Rostamaji, M.Pd, Agus priantoro,

S.Pd)

3. Novel adalah karya sastera yang berbentuk prosa yang mempunyai unsur-unsur

intriksik( Paulus Tukum, S.Pd)

4. Novel adalah bentuk karya sastera yang di dalamnya terdapat nilai-nilai budaya

social, moral dan pendidikan (Dr. Nurhadi, Dr. Dawud, Dra. Yuni Prariwi, M.Pd,

Dra. Abdul roni, M.Pd)

5
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Karya Adalah manifestasi kesenian yang dihasilkan daya reativiti lagi indah dan melaluinya

dapat memberi peluang kepada khalayak untuk menikmati kehalusan dan keindahannya.

(Khatijah 1987). Kadangkala dalam sebuah karya tidak semestinya segala persoalan yang

diungkapkan sama dengan reality yang digambarkan bukanlah sesautu yang berdiri sendiri

tetapin realiti bergantung kepada pengliharatan pengarangnya yang menjadi lebih indah.

Nilai berkait rapat dengan pengalaman dan pendirian seorang individu serta boleh

mempengaruhi motif, alas an dan justifikasi setiap tindakan individu tersebut. Nilai juga wujud

dalam kelompok social yang lebih besar, kelurga komunikasi organisasi dan masyarakat. Nilai-

nilai yang terkandung dalam kelompok sosial secara kolektif. Seringkali wujud konflik dalam

pemilihan dan penetapan nilai-nilai moral kerana ia kemanusiaan kerana melibatkan pelbagai

pihak yang memiliki sistem nilai individu yang diadasari oleh pengalaman, kekangan dan

kepentingan peribadai. Selain itu, komponen nilai-nilai sama ada individu dan masyarakat,

seringkali berubah mengikut konteks dan situasi semasa. Sistem nilai lazimya diadaptasikan

berdasarkan kepentingan dan komitmen sosial , budaya, ekonomi dan politik.

Nilai adalah tingkahlaku normatif yang mempengaruhi manusia dalam menentukan

pilihannya di antara cara-cara tindakan alternatif (Kuperman, via Mulyana, 2004). Nilai

merupakan keyakinan yang membuat seseorang dapat merasa tenang dan bebas dari segala

6
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

tuduhan masyrakat yang akan merugikan dirinya. Nilai Merupakam keyakinan yang membuat

seseorang betindak atas dasar pilihannya (Alloport, Via Muyanan, 2004). Menurut Golden

Allport, nilai terjadi pada wilayah psokologi yang disebut keyakinan. Keyakinan ditempatkan

sebagai wilayah psokologi yang lebih tinggi dari wilayah lainya seperti hasrat, motif, sikap,

keinginan dan kebetulan. Kluckhohn (Brameled, via Mulayana, 2004), Mendifinisikan nilai

sebagai konsepsi dari apa yang diinginkan yang mempengaruhi pilihan terhadap cara, tujuan

antara dan tujuan akhir tindakan. Nilai juga adalah rujukan dan keyakinan dalam menentukan

pilihan. Pengertian tersebuat merupakan kesimpulan dari beberapa pengertian nilai di atas,

dimaksudkan sebagai pendirian manusia yang kukuh atau nilai yang berkaitan dengan konsep

benar dan salah yang dipegang oleh golongan atau masyarakat tertentu.

Nilai Pendidiakan moral adalah nilai bersifat perasaan, dan jiwa. Manusia merupakan

makhluk yang tertinggi diantara makluk ciptaan Tuhan sehingga nilai-nilai moral mencerminkan

setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Kajian ini adalah untuk melihat nilai pendidikan

moral seperti nilai kasih sayang, bertanggungjawab, tolong menolong, kesabaran sebagainya.

Novel Pantai kasih adalah novel yang banyak menceritakan tentang moral. Terdapat nilai-nilai

moral yang boleh digunakan dalam kajian ini.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini akan membincangkan kehadiran elemen nilai pendidikan moral dengan menggunakan

Teori Moral, Kajian ini akan cuba mengganalisis bagaimana pengarang cuba meganalisis

bagaimana pengarang cuba mengintegrasikan dan menimbulkan nilai pendidikan moral dalam

7
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

karya. Malaysia masih sebuah negara membangun dan perubahan-perubahan besar telah

memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian dan sebagainya.

Walaupun negara kita telah mencapai pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan namun tidak

keterlaluan jika dikatakan negara kita masih lemah dalam menangani masalah keruntuhan akhlak

dalam kalangan remaja. Kebanyakan golongan ini telah menyebabkan golongan ini terjebak

dengan aktiviti yang tidak bermoral. Perbuatan ini akana menghancurkan masa hadapan generasi

muda negara kita. Dengan ini ternyata bahawa pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan dapat

menyokong teras pembentukan individu, terutamanaya dari segi pemupukan ilmu, kemahiran

dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek dan emosi.

Permasalahan yang diutarakan dalam Novel Pantai Kasih menunjukan pengarang begitu

sensitif dengan persoalan kemanusian. Hal ini dapat dikaitkan dengan kehidupan masyarakat dan

khlayak tempatan. Pada zaman sekarang, para remaja lebih tertarik kearah dunia hiburan dan

teknologi sehinggakan kurangnya kesedaran untuk mengaplikasi nilai pendidikan moral dalam

kehidupan seharian. Dengan mengkaji nilai pendidikan moral melalui watak, pengkaji dapat

memberi kesedaran kepada generasi muda. Kajian tentang nilai pendidikan moral amat sesuai

dikaji kerana generasi muda kini kurang memahami nilai-nilai.

Generasi muda mahupun masyarakat tidak menghayati nilai-nilai pendidikan moral

seperti kerajinan, kasih sayang, keadilan, kerajinan, keyakinan diri, kepimpina, kepimpinan,

pengorbanan, hermat-menghormati, dan banyak lagi dalam kehidupan seharian. Bagi mengatasi

kekangan ini, novelis mengarang pelbagai pelbagai novel yang berdasarkan kepada niali-nilai

8
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

pendidikan moral tersebut. Oleh itu, pengkaji berhasrat menjalankan satu penyelidikan dan

kajian secara khusus serta mendalam terhadap novel pantai kasih.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian amat penting bagi menentukan perkara yang hendak dikaji dan mencapai

matlamat kajian. Antara objektif kajian adalah:

I. Mengenalpasti nilai pendidkan moral dalam Novel Pantai Kasih.

II. Menganalisis perkaitan nilai pendidikan moral dalam novel Pantai Kasih dengan

menggunakan Teori Moral.

1.4 SOALAN KAJIAN

I. Apakah nilai pendidikan moral yang terdapat dalam novel “ Pantai Kasih?

II. Sejauh manakah perkaitan nilai pendidkan moral dengan menggunakan Teori Moral?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Nilai pula berkait rapat dengan pengalaman dan pendirian seorang individu serta dapat

mempengaruhi motif, alas an dan justifikasi setiap tindakan individu tersebuat dalam

kehidupannya. Nilai-nilai yang dikaitkan dengan negara maju ialah individulis (Hofstede 1980),

9
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Moden (Inkeles& smith 1974), mementingkan diri, adil, autonomi, jujur, opportunis, tidak takau

gagal dan amat menginginkan kejayaan (Wichiarajote 1975). Malangnya, nilai-nilai juga telah

menggalakanketerasingan dan bersendirian sehingga mengakibatkan tekanan emosi dan masalah

mental dalam masyarakat di negara-negara maju. Hail Karya pula selalunya tidak tercipta dalam

kekosongan, ini bermakna sastera bukan hasil seseorang pengarang sahaja tetapi apa yang lebih

penting ialah hakikatnya pengarang juga terikat dengan ruang dan waktu serta

bertanggunagjawab terhadap masyarakat (Scott 1972).

Pengarang turut berusaha untuk memahami lingkungan social dan mengkaji tindak balas

dengan alam persekitaran. Melalui Novel Pantai kasih, dapat ditekankan bahawa masyarakat

yang hidup dengan pergaulan bebas sehingga terdapat masyarakat mengandungkan anak luar

nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya. Hal ini menjadi penyebab kepada hilangnya nilai-

nilai pendidikan moral dalam diri masyrakat. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat

mengetahui nilai-nilai Pendidikan Moral yang masih diamalkan dalam diri mereka. Malah,

Kajian ini juga dapat memperlihatkan perkaitan antara nilai pendidikan moral menggunakan

teori moral.

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini menumpukan kepada nilai pendidikan moral yang terdapat dalam novel pantai kasih

dengan menggunakan teori moral bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan pembaca

dalam mengharumi arus pemodenan. Pendekatan moral dianggap sebagai sebuah teori tertua

iaitu bermula dari zaman Greek sehingga kini. Pendekatan ini memberi penekanan terhadap isi

10
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

teks yang dihubungkan dengan prinsip moral. Pengkaji menggunakan Novel Pantai Kasih bukan

sahaja berfungsi sebagai hasil seni malah boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat

yang baik dan sempurna. Pengkaji menilai teks kesusasteraan seperti novel pantai kasih memberi

penekanan kepada nilai moral dan kesan didaktif kepada masyarakat. Hal ini bermakna

pendekatan moral lebih bersifat menyampikan pengajaran, pendidikan kearah pembentukan

akhlak yang baik.

1.7 DEFINISI ISTILAH

Dalam kajian ini dijelaskan beberapa definisi istilah yang akan digunakan dalam kajian. Perkara

ini penting kerana dapat mengelakan sebarang kekeliruan dalam memahami maksud yang ingin

disampaikan oleh pengkaji.

1.7.1 Nilai

Kamus Dewan Edisi keempat menyatakan nilai sebagai sifat perikemanusian: darjat kualiti,

mutu dan taraf atau ketinggian (pemikiran agama, kemasyarakat). Jules Henry (1975)

mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan

hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesedarhanaan. Raths, Harmin dan

Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis

panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu

masyarakat. Mengikut Redfield nilai ialah suatu kelompok yang dikehendaki yang

mempengaruhi pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan.

11
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Nilai budaya melayu penting dapat dibahagikan kepada tiga(Endiruslan Pe Amanriza,

1992:3) iaitu yang pertama, nilai agama. Masyarakat yang menjalankan syariat agama.

Mematuhi dan melaksanakan sistem nilai agama dengan baik, disebut masyarakat yang

mempunyai akhlak yang baik. Nilai kedua ialah nilai adat, iaitu adat mengatur hubungan antara

manusia dan mempunyai sanksi-sanki terhadap pelanggaran yang terjadi. Nilai ketiga ialah nilai

tradisi yang bertindak mengatur hubungan manusia dengan alam. Banyak karya sastera terutama

novel terbina dengan berdasrkan tiga nilai tersebut. Dalam masyarakat Melayu juga terdapat dua

nilai yang sering diperkatakan, iaitu nilai tradisi dan nilai moden (Syed Husin Ali, 1971). Nilai

tradisi mencerminkan kebiasaan perlakuan masyarakat dan menjadi seperti kawalan kepada

penentuan perlakuan masyarakat itu. Walau bagaimanapun mereka juga menerima perubahan-

perubahan yang tersebut sebagai nilai moden. Penerimaan ini tidaklah seratus peratus kerana ada

waktunya nilai moden dan Barat itu dianggap negatif dan menyalahi tatasusila Melayu. Nilai

yang disanjung oleh sesebuah masyarakat adalah sistem yang dianggap baik dan dijadikan

pedoman tertinggi bagi kelakuan setiap anggota masyarakat (Ismail Hamid, 1998: 73).

Dalam Falsafah, nilai dikatakan sebagai suatu kebenaran dalaman atau normal sanubari.

Jika semua objek yang baik mempunyai nilainya tersendiri maka konsep nilai itu boleh berubah-

ubah mengikut masa, tempat dan kegunaannya. Cara menilai ini adalah menggunakan

[endekatan objektivis iaitu melihat dari segi lauaran sahaja. Sebaliknya jika nilai hanya

meruapakan perasaan dalaman atau objek yang menjadi kemulian seperti cincin kahwin maka

nilainya akan terus kekal. (Tam Yeow Kwai, 1996: 7-8).Bagi memantapkan nilai dalam

pendidikan, maka perlu dipupuk mengikut falsafahnya iaitu memupuk nilai melalui falsafah.

Falsafah nilai dalam pendidikan mencorakkan idealism dan kualiti pendidikan yang disampaikan

12
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

dan dipelajari sesuatu masyarakat. Falsafah nilai memberi kesan yang mendalam kepada

penggubalan kurikulam, pembentukan pengetahuan dan disiplin keilmuan berguna yang boleh

dihayati anggota masyarakat. Memupuk nilai murni dalam pendidikan menjadikan apa yang

dipelajari releven, berguna dan penting dalam mencorakkan wawasan hidup sesuatu masyarakat.

Falsafah nilai pendidikan yang dipupuk dalam pendidikan akan dapat memantapkan ilmu

pengetahuan dan pemikiran (Abd Rahman Abd Rashid, 2001: 64)

1.7.2 Konsep Pendidikan Moral

Pendidikan telah dikenal pasti sebagai kunci dan elemen yang penting dalam menggerakkan

pembangunan insan. Pendidikan bukan setakat melahirkan seorang yang berpengetahuan tinggi

tetapi juga berakhlak. Seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi hari ini, negara sering

dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan permasalahan akhlak dan tingkah laku pelajar yang

dikaitkan dengan tugas guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah. Pada kaca mata

masyarakat tugas para pengajar adalah sangat berat iaitu untuk membawa golongan pelajar

kembali ke pangkal jalan dan mampu membina benteng yang kukuh dalam menangkis segala

bentuk kebatilan.

Menurut Vishalache Balakrishnan (2009) moral berasal daripada perkataan Latin ‘mores’

atau morality bererti cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima. Semua konsep ini

merujuk kepada konsep tingkah laku manusia yang terlibat dengah tingkah laku betul atau salah

13
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

yang kadang-kala dikenali sebagai ‘baik’ atau ‘buruk’. Ia boleh digunapakai sebagai kod tingkah

laku yang diterima dalam satu masyarakat atau sub masyarakat tersebut.

Kamus pelajar baru (1989), definsi perkataaan moral adalah ajaran atau pegangan

berkenaan dengan buruk dan baik sesuatu perbuatan Moralis perlu bermaksud amalan kepada

ajaran keadilan dan kebaikan. Oleh itu, moral boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan

yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyarakat Malaysia merangkumi segala nilai

murni seperti baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, menyayangi, adil,

kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan emtak, kejujuran, kerajinan, bekerjasam,

kesederhanaan, kesyukuran, berfikir secara rasional dan memupuk semangat kemasyarakatan

(Abd Rahim Abd Rashis, 1996: 1)

Menurut kamus Pelajar (1989) definisi perkataan moral adalah ajaran atau pegangan

berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan. Moralis perlu bermaksud amalan kepada ajaran

keadilan dan kebaikan. Oleh itu, moral boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang

sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyarakat. Tatasusila dan undang-undang

masyarkat Malaysia merangkumi segala nilai murni seperti baik hati, berdikari, berhemah tinggi,

hormat-menghormati, menyayamgi, adil, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,

kejujuran, kerajinan, bekerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, berfikar secara rasional dan

memupuk semangat kemasyarakatan. (Tam Yeow Wai, 1996:1). Pendidikan moral dan nilai-nilai

murni sangat penting untuk mendidik seseorang individu supaya menjadi seorang yang baik dan

berakhlak mulia.

14
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Pendidikan moral tidak jauh bezanya dengan pendidikan akhlak yang penting untuk

meningkatkan kemajuan rohani seseorang. Malah kepentingan ini jelas dalam pendidikan dan

gesaan menuntut ilmu pengetahuan yang bertujuan meningkatkan kemajuan rohaniah, mental

dan spiritual manusia. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah lagi

kepadanya, adakah sama orang-orang yang mengetahui atau berilmu dengan orang-orang yang

tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan

hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”5 Ini menunjukkan bahawa kedudukan orang

yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Jika orang yang berilmu dipandang

mulia dan diutamakan maka begitulah orang yang dididik dengan akhlak mulia akan lebih

beradab sopan dalam tingkah lakunya.

Tujuan mengajar pendidikan moral kepada seseorang ialah untuk mendidik dan

membinanya menjadi manusia yang tinggi tingkah lakunya. Namun pendidikan moral meninjau

lebih jauh lagi bahawa ia bukan sekadar mendidik peribadi yang baik malah melibatkan

kesempurnaan iman seseorang dan dapat membezakan seseorang daripada makhluk lain.

Umpamanya pendidikan akhlak Islam yang diamalkan akan menunjukkan kesempurnaan iman

individu.

Pendidikan moral akan membawa manusia ke arah kehidupan yang sempurna. Menurut

Sayid Mujtaba Musawi Lari, kesempurnaan manusia adalah terletak pada pembebasan dirinya

dari ikatan hawa nafsu yang mendorong ke arah kejahatan. Manusia merupakan makhluk yang

dilengkapi dengan kekuatan akal dan mempunyai hasrat serta hawa nafsu yang tidak terbatas.

15
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Apabila manusia tidak mampu mengendalikan hasrat dan nafsunya, maka ia akan menjadi

seolah-olah binatang buas yang boleh menyebabkan kehancuran besar.6 Oleh itu, melalui

pendidikan akhlak dan moral yang sempurna dapat membantu seseorang daripada terjerumus

dalam hawa nafsu yang selalunya mengajak manusia melakukan perkara yang tidak baik.

1.7.3 Konsep Novel

Menurut kamus Dewan, edisi keempat (2005). Novel bermaksud cerita dalam bentuk prosa,

biasanya panjang dan kompleks serta berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial.

Menurut Ainon Abu Bakar (1993) dalam kertas kerja mendefinisikan novel adalah karya sastera

yang berbentuk prosa fiksyen panjang yang memerialkan manusia dan kehidupannya dengan

lebih lengkap dan teratur. Keseluruhan kegiatan manusia dalam kehidupan dapat diperkatakan

dengan lebih lengkap dan teratur. Keseluruhan kegiatan manusia dalam kehidupan dapat

diperkatakan dengan lebih mendalam dan benar serta novel yang dipilih juga mengandungi

catatan penting terutama sosiobudaya masyarakat melayu.

Selain itu, menurut Sohaimi Abdul Aziz (2004) mengatakan novel ialah satu genre atau

bentuk sastera yang berasal dari barat, khususnya Eropah moden. Perkataan novel diambil

daripada perkataan Itali ialah “novella” yang bermaksud cerita pendek. Pengertian yang sama

juga boleh diperoleh daripada bahasa Sepanyol “novella” dan bahasa Perancis iaitu “nouvella”.

Menurut beliau, novel bukanlah cerita pendek tetapi menjangkau daripada 60-70 000 sehingga

200, 000 patah perkataan dan merupakan fikyen moden atau cerita rekaan moden. Moden

16
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

tersebut adalah merujuk kepada bahan-bahan yanag karyanya itu diambil daripada kehidupan

yang sebenar atau kehidupan seharian. Dengan kata laian, novel adalah merujuk kepada satu

bentuk prosa naratif yang mengisahkan watak, aksi dan kejadian yang dikenali dalam kehidupan

seharian dan semasa.

Menurut Burhan Nurgiyantoro (2010), Novel berasal dari bahasa novella, yang dalam

bahasa jerman disebut novelle dan novel dalam bahasa inggris, dan inilah yang kemudian masuk

ke Indonesia. Novella bermaksud sebuah barang baru yang kecil, yang kemudian diertikan

sebagai cerita pendek yang berbentuk prosa.

KESIMPULAN

Kesimpulan, nilai dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau norma yang ada dalam pertalian antara

benda (objek), fikiran (keinginan) dan pemilikan. Ini bermakna “nilai” akan mencapai peringkat

pengenalannnya atau dihargai apabila sesuautu objek yang diingini. Dalam falsafah, nilai adalah

suatu kebenaran dalaman atau norma sanubari. Jika semua objek yang baik mempunyai nilainya

tersendiri maka konsep nilai itu boleh berubah-ubah mengikut masa, tempat dan kegunaanya.

Cara menilai ini adalah menggunakan pendekata objektivis iaitu melihat dari segi luaran sahaja.

Pendidikan moral merupakan mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian,

kemanusian dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberi kepada pemupukan, penghayatan

amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di

17
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Malaysia, sejajar dengan nilai moral sejagat. Pemupukan nilai-nilai ini akan menyumbang kearah

perbentukan insan yang mulia dan bertanggunjwab selaras dengan hasrat falsafah pendidikan

negara. Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan penyayang akan memenuhi hasrat

negara bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan damai.

Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan novel pantai kasih bagi melihat nilai-nilai

pendidikan moral yang terdapat dalam novel. Kajian ini juga akan menggunakan pendekatan

teori moral. Teori moral merupakan antara pendekatan sastera yang tertua. Jika ditelusuri

sejarahnya, teori moral sudah wujud sejak zaman greek lagi. Ahli-ahli falsafah terdahulu seperti

plato, Socrates, dan Aristotle seringakli menegaskan dalam teori sastera mereka bahawa

perbentukan warga negara yang baik dapat dilakukan melalui kesusasteraan. Pendekatan moral

terus digunakan dalam sastera sejak zaman dulu hingga sekarang, maka ianya berguna sebagai

alat perataraan untuk meminta sahsiah manusia.

18
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

RUJUKAN

Anushea Veni A/P Velooamy (2015) Peranan watak Dalam Cerpen R.Karthigesu. Tesis Sarjana
Pendidikan: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abdul Rahman Aroff (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Abdul Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai Murni Pendidikan. Kuala Lumpur: Sanon Printing
Corporataion Sdn. Bhd.

Vishalache Balakrishnan (2009). Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej. Selangor:
Percetakan Polygraphic (M) Sdn. Bhd.

Kamus Dewan.(2007). Kamus Dewan Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributor And. Bhd.

Mat Zin manun (2009). Nilai Dari Perspektif Masyarakat Melayu Dalam Karya Agung Melayu.
Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Faridah Jamakudin (2015). Citra Keagamaan Perbandingan Bagi Novel Syajar dan Skip
DramaMustaqima Dalam Kumpulan Drama Hikmah Bunuh Apa-Apa Karya Mana
Sikana. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rizana Hj. Mohd Rasial (2015). Nilai Kemanusian Dalam Novel Mandala Dunia Kedua:
Menggunakan Pendekatan Alamia dan Dakwah. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti
Pendidikan Idris

Haryani mahamad Namawi (2007). Unsur Budaya dan Moral Dlam Novel Rancangan Malaysia
Kesembilan Berdasarkan Pantun Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti
Pendidikan Sultan Idris

Ainon Abu Bakar (1993). Telaah Sastera Melayu Himpunan Kertas Kerja Minggu Sastera
Malaysia di Landon 1992. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sohaimi Abdul Aziz (2004) Novel Dalam Kritikan. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains
Malaysia

19
MUHAMMAD ARDHAN BIN CHE ROS (20141066362)

Burhan Nurgiyantoro (2010), Teori Pengkajian Fiksi. Yogyakarta: Gadjah Mada University
Press.

Nur Aida Zakaria (2007). Hubungan Kesusasteraan Melayu Dengan Pembinaan Sahsiah Pelajar
Melalui Gemre Novel: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Pendidikan
Sultan Idris

20

You might also like