You are on page 1of 15

KOD KURSUS TAJUK KURSUS SEMESTER

: HBEF1503 : MASYARAKAT DAN TAMADUN : SEPTEMBER 2011

NAME : SABTU SALEHON NOMBOR MATRIK : 710410125495001.

BUDAYA DAN FUNGSINYA DALAM MASYARAKAT.

PENGENALAN Di dalam setiap bangsa mempunyai pelbagai tafsiran bagi mendefinisikan tamadun. Tidak hanya ejaan dan sebutan berbeza, makna dan konsep juga berbeza antara satu bahasa dengan yang lain. Contohnya, istilah culture dalam bahasa Inggeris merujuk kepada kebudayaan manakala kulture dalam bahasa Jerman membawa makna tamadun. Ini menunjukkan setiap bahasa mempunyai persepsi tersendiri terhadap istilah tamadun. Terminologi tamadun atau kadangkala disebut peradaban di bicara oleh para sarjana dari pelbagai disiplin mengikut pandangan masing-masing. Biarpun begitu, fokus utama bab ini ialah untuk memberi penjelasan bagaimana budaya tu berfungsi membangunkan sesuatu tamadun manusia dan seterusnya menjelaskan konsep peradaban atau tamadun berdasarkan aspek bahasa (semantik) dan pandangan para sarjana.

KONSEP TAMADUN DARI SUDUT BAHASA Melalui bahasa Inggeris, civilizations paling meluas digunakan bagi merujuk kepada istilah peradaban atau tamadun. Perkataan civilize merujuk kepada memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan, menjinakkan (to tame) dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Secara ringkasnya civilized bolehlah dikatakan sebagai keluar daripada kehidupan primitif kepada kehidupan yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan, Mahdi Shuid, 2002. Aspek tingkah laku atau moral lebih ditekankan dalam definisi civilizations ini. Istilah civilizations dalam bahasa Inggeris lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas yang membawa maksud city atau bandar. Perkataan peradaban lebih sinonim dengan bandar atas alasan tiap-tiap tamadun yang ternama

memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri sesebuah peradaban mudah ditemui di kawasan bandar (Muhammad Abdul Jabbar Beg, 1982).

Bahasa Greek pula, peradaban merujuk kepada kei, nomos dan keimelion. kei bermaksud terbentang atau terhampar atau sesuatu yang datang kepada kita. Perkataan perkataan terbitan lain seperti kei tai, kei mai, kesai dan kestai juga bermaksud yang sama. Selain itu kei juga bermaksud kediaman atau rumah. Tamadun dalam bahasa Greek bermakna sesuatu yang terbentang seperti segulung permaidani yang dihampar (Liddle & Scott, 1997). Tempat perlindungan yang selamat boleh dihubungkan dengan adanya undang-undang untuk mencapai keselamatan dan keamanan. Nomos merujuk kepada jalan, method, unsur peraturan atau laluan serta undang-undang yang ditetapkan. Nomos juga merujuk kepada malaikat yang membawa undang-undang yang dihamparkan ke hadapan manusia untuk membawa keamanan dan keselamatan kepada manusia. Keimelion pula bererti khazanah atau harta yang disimpan. Pendek kata, soal penempatan, undang-undang dan harta diberi penekanan bagi menjelaskan maksud peradaban. Dalam bahasa Arab, beberapa istilah sering digunapakai bagi menjelaskan konsep tamadun. Beberapa istilah seperti madaniah, hadarah dan tamaddana. Perkataan peradaban lahir daripada perkataan maddana yang mempunyai dua pengertian, iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota, serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada maddana muncul perkataan maddani yang membawa erti pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji (Chandra Muzaffar , 2001). Hadarah pula dikaitkan dengan keadaan kehidupan yang berada pada tahap maju. Lawannya ialah badawah yang bererti mundur. Daripada erti perkataan hadarah ini dapat difahamkan bahawa apa yang kita namakan tamadun itu adalah berasal daripada bandar (Abdul Rauh Yaacob, 1994). Hal ini kerana bandar merupakan tempat yang sesuai untuk melahirkan kemajuan disebabkan di situ terdapat pelbagai benda dan kemudahan yang boleh menjadi asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun. Kehidupan hadarah banyak tertumpu kepada unsur-unsur yang bercorak perdagangan, kemajuan teknologi, dan pengkhususan pekerjaan. Kota-kota dalam bahasa Arab dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri

tamadun.Perkataan tamadun diambil daripada kata dasar bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Kamus al-Munjid menjelaskan istilah tamadun adalah terbitan daripada lafaz tamaddana, iaitu fenomena daripada perubahan cara kehidupan daripada corak liar atau nomad kepada kehidupan yang berbentuk maju. Dari perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan perkataan umran, adab dan dinnun atau dainun. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan . Istilah adab pula merujuk kepada jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna memperelok tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh. Tadib adalah proses membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun membawa maksud kepatuhan, penyerahan; cara hidup, pinjaman; hakim atau pemerintah; madinah (sebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah) Mahdi Shuid & Saliza Saad, 2002). KONSEP TAMADUN PADA PANDANGAN SARJANA Said Hawa membahagikan tamadun itu kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam manakala tamadun jahiliyah ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral, Abu Bakar Hamzah pula menitikberatkan soal pembangunan yang sepadu antara dua unsur iaitu unsur kerohanian dan unsur kebendaan. Pembangunan itu lahir seiring, sejalan dan serentak dengan perkembangan kehidupan manusia, sama ada dalam bentuk pemikiran atau kebendaan (Abu Bakar Hamzah, 1964). menegaskan bahawa peradaban akan wujud apabila adanya kerjasama antara sesama manusia bagi memenuhi keperluan material dan spiritual, Marzuki Mahmood. Syed Naquib Al-Attas dan Ahmad Bek Kamal memilih tema tingkah laku dalam mendefinisikan peradaban. Menurut Syed Naquib Al Attas, tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya (Amir A. Rahman,1990). Ahmad Bek Kamal menjelaskan tamadun dengan menekan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan masyarakat daripada suasana hidup liar atau nomad kepada

hidup berpendidikan dan pembentukan moral tanpa mengira sama ada di Timur mahupun di Barat.

R.A. Buchanan pula menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun perlu memiliki institusi-institusi yang kompleks, melibatkan tahap pengkhususan yang tinggi di kalangan anggota masyarakat, wujudnya stratifikasi sosial, tahap penguasaan matematik dan teknologi yang tinggi. Menurutnya lagi, masyarakat bertamadun juga seharusnya mempunyai pengeluaran barangan melebihi keperluan tempatan, kerancakan aktiviti perdagangan, wujudnya kesepaduan politik dan budaya, dan masyarakatnya memiliki ciri-ciri moden dan berdaya saing (R.A.Buchanan, 1979).

Bagi ahli antropologi tempatan, Wan Hashim Wan Teh menegaskan bahawa konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila, serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan mengurus sebuah kerajaan yang demokratis, Ismail Hussein (Wan Hashim Wan The dan Ghazali Shafie, 1997). Bagaimanapun, penggunaan perkataan demokratis oleh Wan Hashim boleh dipersoalkan. KONSEP BUDAYA Pada dasarnya, perkataan kebudayaan bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran, (Hajah Noresah Baharom, 2005). Dari sudut etimologi, perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya. Kalimah budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan daya bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya. Pandangan ini disokong oleh Haji Abdul Karim Amrullah (1908M-1981M), (Haji Abdul Malik Karim Amrullah, 1966), dan Sutan Takdir Alisjahbana (1908M-1994M) (Sutan Takdir Alisjahbana, 1982). Perkataan

budaya mengalami proses hiplologi (budi + daya : budaya). Bertentangan dengan Koentjaraningrat kerana beliau berpendapat istilah budaya berasal dari bahasa Sanskrit buddhayah iaitu kata jamak dari perkataan buddhi yang bererti budi atau akal. Dengan demikian, kebudayaan dapat diertikan sebagai hal-hal yang bersangkutan dengan akal (Koentjaraningrat, 1970), Begitu juga Bakkar dalam buku Filsafat Kebudayaan: Sebuah Pengantar yang mendakwa perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit Abhudaya yang bererti hasil baik, kemajuan dan kemakmuran yang serba lengkap (Hashim Awang A.R. 1998). PENGERTIAN BUDAYA DARI ASPEK TERMINOLOGI Bertitik tolak dari akal sebagai esensi utama dalam menghasilkan sesuatu pola kebudayaan, dapatlah dirumuskan bahawa kebudayaan merupakan satu cara berfikir yang komprehensif kumpulan manusia untuk dijadikan nilai yang dikongsi bersama dan diterjemahkan dengan tindakan dalam setiap aspek kehidupan sosial. Pandangan Sarjana Barat Franz Boas (1858-1942) berpendapat kebudayaan merupakan the totality of the mental and physical reactions and activities that characterize the behavior of the individuals composing a social group collectively and individually in relation to their natural

environment, to other groups, to members of the group and of each individual to himself Bronislaw Malinowski (1884-1942) melihat kebudayaan sebagai an integral composed of partly autonomous, partly coordinated institutions. It is integrated on a series of principles such as the community of blood through procreation; the contiguity in space related to cooperation; the specialization in activities and lastly the use of power in political organization

Alfred Reginald Radcliffe-Brown (1881-1955) mendefinisikan kebudayaan sebagai the process by which a person acquires from contact with other persons or from such things as books or works of art, knowledge, skill, ideas, beliefs, tastes, sentiments

Ralph Linton (1893-1953) dalam bukunya The Cultural Background of Personality27 mendefinisikan kebudayaan sebagai the configuration of learned behaviour and result of behaviour whose component elements are shared and transmitted by the members of particular society Pandangan Sarjana Islam dan Nusantara Berbeza dengan pentakrifan yang dikemukakan oleh sarjana Arab Islam. Terdapat pemisahan di antara unsur material dan bukan material yang menjadi pola budaya sarjana Barat di mana al-thaqafah merujuk kepada perspektif bukan material (idea, pemikiran, adab, tingkah laku dan sebagainya). Manakala dimensi material pula

merujuk kepada istilah al- hadarah (tamadun). Ini termasuklah teknologi, peralatan dan sebagainya yang berhubung-kait dengan hasil berbentuk material. Sarjana Islam Malik Bennabi (1905-1973) merumuskan kebudayaan sebagai suatu himpunan sifat-sifat akhlak dan nilai-nilai sosial yang mengesani individu sejak kelahirannya dan secara tidak disedari ia menjadi tali yang mengikat tingkah laku individu dengan sistem hidup masyarakat di mana ia tinggal. Pandangan ini juga tidak berbeza dengan apa yang dikemukakan oleh Ismail Raji alFaruqi (1921-1986). Beliau mendefinisikan kebudayaan sebagai the consciousness of values in the totality of their realm, implying at its lowest level an intuitives awareness of their respective identities and the order of rank properly belonging to each of them, as well as personal commitment to their pursuit and actualization Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu

Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh (Shamsul Amri Baharuddin, 2007).

Memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd Taib Osman,1988). pula menjelaskan bahawa budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan (E.B. Tylor). Manakala L.A. White memperlihatkan bahawa budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010). KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik,

ekonomi dan sosial. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri

Baharuddin, 2007). Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya. Ciri-ciri budaya ialah seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5.

Boleh dipelajari Boleh dikongsi Bersifat sejagat Boleh diwarisi Sentiasa berubah

Sebagai sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan Tanah Melayu tentunya pernah menjadi tempat persinggahan dan penempatan bagi orangorang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di sini (Malaysia). Kebanyakan ahli sejarah dan anthropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial

dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia. Lim (1973) menyatakan bahawa tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia. KONSEP MASYARAKAT MAJMUK Sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonominya (Furnivall,1939). Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak bergabung. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, ideaidea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem

pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. J.S. Furnival (1956) dalam bukunya Colonial Policy and Practice : A Comparative Study of Burma & Netherlands India menggariskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai berikut :

1. Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, ras, etnik) seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). 2. Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu. 3. Hidup berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik yang sama. 4. Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan kaedah sendiri. 5. Bertemu di pasar ketika membeli belah dan kemudian balik ke tempat masing-masing. 6. Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum. Harry Eckstein (1966) dalam Division and Cohesion in Democracy menulis bahawa masyarakat majmuk adalah masyarakat yang terpisah kerana segmen-segmen yang berasingan yang meliputi Ras, Kumpulan etnik, Budaya-Bahasa, Kepercayaan agama,Ideologi Faktor Penghijrahan / Kewujudan Masyarakat Majmuk Push and Pull factor Penolak (negara Asal) 1. Tiada pekerjaan dan peluang ekonomi kebuluran dan kemiskinan 2. Masalah politik seperti revolusi dsb. 3. Masalah alam semulajadi seperti Kemarau, Banjir dan Gempa Bumi Penarik (Destinasi penghijrahan) 1. Peluang ekonomi 2. Dasar kerajaan Inggeris di Tanah Melayu 3. Keamanan 4. Masyarakat Malaysia yang dianggap baik. 5. Perkahwinan politik cth: Sultan Melaka + Hang Li Po

6. Faktor Umum seperti mengembara, hanyut dan sesat.

Struktur & Komposisi Masyarakat Malaysia Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai etnik/kaum/bangsa. Rumpun bangsa utama membentuk masyarakat Malaysia ialah Melayu (termasuk Bumiputera), Cina dan India di samping kaum-kaum minoriti yang lain. Di Sabah, etnik terbesar ialah Kadazan, Dusun dan Bajau. Di Sarawak kelompok terbesar ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabir dan juga Penan. Hakikatnya ini bukan gambaran sebenar yang dapat menerangkan struktur masyarakat kerana terdapat lebih 40 etnik berbeza di Sabah dan Sarawak. Melayu Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, berugama Islam, dan yang mengamalkan adatistiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tanpa mengira agama, bahasa, dan adat istiadat yang masing-masing diikuti dan dipraktikkan oleh rumpun masing-masing. Subetnik Melayu adalah terdiri daripada Melayu Bugis (Sulawesi), Mendeling, Melayu Kampar, Jawa, Banjar, Minang, keturunan syed termasuklah masyarakat bumiputra. Cina Kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia berasal dari sebelah selatan cina. Berhijrah sekitar abad ke 15 dan 19. Keturunan Hokkien yang berasal dari wilayah Fujian, Hakka dan Kantonis yang berasal dari Kwangtung, Teochew, Hailam termasuk masyarakat Baba dan Nyonya. Kategori pengijrah terdiri daripada petani, pekerja ladang, pekerja lombong, pelarian yang menuntut suaka politik dan ahli kongsi gelap. India

Kebanyakan masyarakat India yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari sebelah pantai Timur India. Berhijrah sekitar abad ke 18 dan 19. Golongan imigran terdiri dari keturunan Tamil (Tamil Naidu) Malayali (Kerala/Pantai Malabar) Telegu (Andhra Pradesh) Sikh (Punjab) Tamil Chettiar (Tamil Naidu) Gujrati (India Utara). Kategori pengijrah terdiri daripada golongan pemodal (chetty), golongan profesional, askar, pekerja ladang dan landasan keretapi. Masyarakat Bumiputera dan Orang Asli Terdiri daripada 3 kelompok utama iaitu Negrito (Kensui di Baling, Kintak dan Lanoh di Hulu Perak, Bateq di Kuala Lipis, Besut dan Kuala Krai), Senoi (Temiar di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Gua Musang, Semai di Kuala Lipis, Raub, Hulu Selangor, Semaq Beri di Jerantut dan Hulu Trengganu, Mehmeri di Kuala Langat, Sepang dan Klang). Orang Asli (Jakun di Johor dan Pahang, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Selatar di sekitar Kota Tinggi, Batu Pahat dan Pontian). Mereka terlibat dalam penjualan rotan, buluh dan sebahagiannya mengusahakan tanaman getah.

Kepelbagaian Etnik sebagai kesan asimilasi budaya Melayu-Arab Peranakan Cina India Muslim (masyarakat india yang datang dari India dan berkahwin dengan wanita tempatan. Dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka. Peranakan Jawi (Hasil perkahwinan campur antara golongan IndiaMuslim dengan wanita Melayu Pulau Pinang. Dikenali sebagai anak mami) Serani

Hubungan Etnik di Malaysia

Pada asasnya hubungan antara kaum adalah baik. Bagaimanapun adakalanya hubungan antara kaum dan etnik boleh menjadi tegang. Contohnya peristiwa 13 Mei 1969, Taman Medan 2000. Faktor penyumbang kepada masalah integrasi atau faktor mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia Dasar Pecah dan Perintah Politik Perkauman (Communalism) Perbezaan fahaman dan orientasi politik. Perbezaan agama, sistem kepercayaan dan kebudayaan Penggunaan akhbar berbeza-beza Sistem persekolahan yang beraneka ragam Sikap prasangka

Manusia merupakan makhluk unik kerana ia kumpulan hidupan yang mempunyai budaya. Budaya juga elemen yang membezakan manusia dari hidupan lain. Istilah kebudayaan banyak digunakan dalam bidang antropologi budaya. Dalam disiplin antropologi budaya, tiada perbezaan maksud di antara perkataan budaya dengan kebudayaan. Konsep tentang kebudayaan banyak dan rumit. Penghuraian mengenai konsep ini mengundang pelbagai kecelaruan dan kekeliruan kesan daripada perbezaan disiplin dan perspektif kebudayaan itu dilihat oleh para pengkaji. Malah lebih merumitkan apabila melibatkan emosi. Konsep ini perlu difahami sama ada dari aspek praktikal mahupun teoretikal. Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu masyarakat. Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walau bagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan

berulang. Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapat negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negara di mata dunia.

Rujukan , Tamadun dunia / Mahdi Shuid dan Saliza Saad Mahdi Shuid : Petaling Jaya : Pearson Malaysia, 2003 Perspectives of civilization / by Muhammad Abdul Jabbar Beg. Beg, Muhammad Abdul Jabbar. : Kuala Lumpur : University Of Malaya, c1985 Rights, religion, and reform : enhancing human dignity through spiritual and moral transformation / Chandra Muzaffar Chandra Muzaffar, 1947- : London : Routledge, 2002. Lembaran sejarah dan tamadun Islam / diselenggarakan oleh Abdol Rauh Yaccob -: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994 Penciptaan dan kemanusiaan dalam cerpen dan novel / Hashim Awang Hashim Awang, 1936- : Shah Alam : Fajar Bakti, 1998 History and Industrial Civilization R. A. Buchanan December 1, 1979 Budaya yang tercabar/ Shamsul Amri Baharuddin Shamsul Amri Baharuddin, 1951- : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, c2007. http://tebalik.org/blog/?p=1431 (10/11/2011)

You might also like