You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

LAPORAN PERKHIDMATAN SOKONGAN


PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS
KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI DAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 2019

Tajuk :

Tarikh : Mei 2019

Tempat : SK

Kumpulan sasaran : Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Program Pendidikan Inklusif

Bilangan MBK di PPI yang menerima perkhidmatan sokongan 3PK : 5 orang MBK

Pengenalan

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat khidmat setempat yang
menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi / rehabilitasi dan konsultasi
melibatkan pasukan pelbagai disiplin dalam meminimakan impak ketidakupayaan murid
berkeperluan khas.

Perkhidmatan Sokongan 3PK kepada MBK di PPI melibatkan aktiviti saringan / penilaian,
intervensi/ rehabilitasi dan memberi konsultasi kepada MBK / guru / pentadbir sekolah
yang dijalankan oleh pegawai mengikut bidang khusus iaitu audiologi, terapi pertuturan
bahasa, terapi carakerja, psikologi dan peripatetik.

Perkhidmatan sokongan 3PK kepada MBK adalah selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu MBK perlu diberi sokongan mengikut keperluan
individu MBK supaya mereka dapat mengikuti sistem pendidikan yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif

1. Mengenal pasti masalah-masalah spesifik MBK melalui saringan awal dan


penilaian khusus.

2. Murid yang dikenal pasti melalui saringan / penilaian khusus mendapat intervensi /
rehabilitasi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang menjadi penghalang
kepada MBK mengikuti pembelajaran dengan baik.

3. Mengenal pasti peralatan sokongan yang diperlukan oleh MBK di PPI dan
membantu pihak sekolah / ibu bapa untuk mendapatkan peralatan tersebut melalui
kerjasama dengan pelbagai agensi.

4. Guru dan pentadbir sekolah mendapat input tentang sokongan khusus dan strategi
pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan perkembangan dan pencapaian
MBK di PPI.

Butiran aktiviti

1. Mendapatkan maklumat daripada pentadbir sekolah / guru mengenai kekuatan,


kelemahan dan pencapaian murid.

2. Melaksanakan saringan awal kepada MBK di PPI bagi mengenal pasti masalah
spesifik murid.

3. Memberi konsultasi kepada guru / pentadbir sekolah tentang sokongan khusus


dan strategi pembelajaran yang sesuai dan diperlukan oleh MBK.

Tindak Susul (jika ada)

Akan menjalankan penilaian yang lebih menyeluruh ( full assessment) terhadap MBK
yang memerlukan lanjutan perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan carakerja
Masalah/ isu yang dikenal pasti di PPI

Kurang komunikasi / interaksi / pergaulan antara MBK dan rakan-rakan di kelas perdana.
Mereka berkumpul sesama mereka (MBK), tidak mengenali dan tidak dikenali rakan-
rakan tipikal.

Rumusan

Perkhidmatan sokongan 3PK Sarawak kepada MBK di PPI telah dilaksanakan seperti
yang dijadualkan dan dimaklumkan kepada pihak berkaitan. Daripada sejumlah 5 orang
MBK, 3 orang MBK didapati masih memerlukan sokongan dari aspek penilaian lanjutan
dan intervensi / rehabilitasi yang akan dilaksanakan kemudian. Secara keseluruhannya,
didapati MBK di PPI boleh mengikuti pentaksiran arus perdana dalam subjek yang diikuti
(Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani) dan perkhidmatan sokongan perlu
diteruskan bagi memastikan MBK dapat mengikuti pembelajaran tanpa halangan.

Disediakan oleh:
LAMPIRAN :

Disebabkan tiada subjek untuk ke kelas inklusif, saringan dilakukan di PPKI. Murid diuji
kebolehan menulis nama sendiri, melukis, aktiviti asas kognitif dan diminta melakukan
beberapa aktiviti kemahiran motor kasar.

You might also like