You are on page 1of 1

NAMA: ANIS FAHLIANA BINTI ZULKUFLI

KELAS: SEJARAH SK

Berdasarkan pembacaan anda terhadap buku tulisan Haji Mohamad Hasbie Sulaiman, buat suatu
rumusan sebab-sebab utama penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British pada 1 Julai 1946. Tulis
jawapan anda tidak melebihi 100 patah perkataan.

Berdasarkan pembacaan buku tulisan Haji Mohamad Hasbie Sulaiman, sebab utama penyerahan
Sarawak kepada Kerajaan British pada 1 Julai 1946 ialah kerana Vharles Vyner Brooke tidak mempunyai
putra waris untuk mewarisi tahta Kerajaan Sarawak dan beliau sanggup menyingkirkan waris-waris yang
diwasiatkan oleh James Brooke. Penyerahan dibuat secara haram tanpa mengambil kira persetujuan
waris yang berhak menduduki takhta kerajaan Sarawak iaitu Tuan Muda (Bertam Brooke) dan Raja
Muda (Anthony Brooke). Selain itu, Kerajaan British ingin mengambil alih pemerintahan di Sarawak, ia
dilaksanakan oleh MacBryan yang menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan dari
ahli-ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi yang mana surat tersebut mengenai persetujuan mereka untuk
menyerahkan negeri Sarawak kepada Baginda King. Tambahan pula, kerajaan British merupakan
kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kepentingan Brooke semasa mentadbir Sarawak. Justeru
pada 1 Julai 1946, secara rasminya Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.

Apakah kesan ke atas Sabah selepas zaman pendudukan Jepun? Anda boleh membuat rujukan dalam
buku tulisan K.G. Tregonning, A History of Modern Sabah, Singapore: University of Malaya Press, hlm.
223-247. Tulis jawapan anda tidak melebihi 100 patah perkataan.

Sabah adalah tanah jajahan British yang mengalami kerosakan yang teruk dan paling binasa semasa
pendudukan Jepun berbanding tanah jajahan British yang lain. Perkara ini secara langsung telah
memberi kesan dalam pemerintahan SBUB. Kerosakan yang teruk di Sabah adalah akibat daripada
serangan tentera Berikat di bandar-bandar besar seperti Jesselton. Serangan ini telah mengakibatkan
bandar-bandar besar, perindustrian, ladang-ladang dan sebagainya musnah teruk. Sama seperti di
Sarawak, SBUB tidak mampu untuk menanggung kerugian yang besar dan tidak mampu untuk membaik
pulih bandar-bandar besar serta membangunkan semula negeri Sabah. Tambahan pula, pemerintahan
SBUB adalah usang dan ketinggalan zaman. Pemerintahan SBUB di Sabah selama 63 tahun berakhir
apabila Sabah telah menjadi Tanah Jajahan British pada 15 Julai 1946. Penyerahan Sabah kepada pihak
British telah didorong oleh beberapa faktor. Pertama, kerosakan yang dialami selepas pendudukan
Jepun, kedua, hubungan erat British dengan SBUB, ketiga, kelemahan sistem pemerintahan SBUB dan
seterusnya, kepentingan British di Sabah. Penyerahan ini telah dilakukan oleh Neil Malcolm iaitu
Presiden SBUB yang terakhir.

You might also like