You are on page 1of 2

TUGASAN KULIAH M5

NAMA: ANIS FADHLIANA BT ZULKUFLI

KUMPULAN: SEJARAH (SK)

SOALAN

Renaissance telah menyebabkan kemunculan negara bangsa.

a) Jelaskan apakah kepentingan Renaisance dalam sejarah eropah.


Kepentingan Renaissance dapat membangkitkan semangat inkuiri. Semangat ini mengutamakan
pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik. Semangat Renaissance memberi keutamaan
kepada keobjektifan dan eksperimen. Hal ini dapat meningkatkan perkembangan ilmu sains
seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan. Dengan wujudnya zaman Renaissance ia dapat
membangkitkan sifat individualisme yang mendorong manusia menzahirkan emosi melalui
muzik, lukisan dan ukiran. Oleh itu, ia menggalakkan penggunaan ilmu untuk memajukan
kehidupan serta melahirkan sifat berani meneroka perkara baru.

b) Nyatakan ciri-ciri Zaman Renaissance


Ciri ciri zaman renaissance ialah pertumbuhan bandar-bandar baharu atau negara kota yang
bebas dan merdeka. Bandar-bandar ini berperanan sebagai pusat kegiatan ekonomi, politik dan
pusat pentadbiran. Di samping itu bandar-bandar ini berperanan sebagai pusat kegiatan
kesenian dan kesusasteraan. Seterusnya, perkembangan perdagangan dan industri di kawasan
bandar. Hal ini telah melahirkan satu golongan baharu yang dikenali sebagai golongan
pertengahan iaitu golongan yang mengecapi kemewahan. Ciri yang ketiga ialah penjelajahan ke
seberang laut. Hal ini dapat dilihat daripada pelayaran dan ekspedisi-ekspedisi yang dibuat oleh
pelayar-pelayar yang terkenal hingga kini. Kemajuan dalam persenjataan juga merupakan ciri
pada Zaman Renaissance. Hal ini menyebabkan kedudukan raja semakin kukuh.

c) Apakah faktor-faktor kemunculan Zaman Renaissance


Faktor yang pertama ialah sumbangan tamadun islam berpunca daripada kemunculan tamadun
Islam di Sepanyol oleh orang Islam semasa Eropah berada dalam Zaman Kegelapan. Sebenarnya,
Eropah telah banyak membawa masuk keilmuan tamadun Islam, terutamanya yang berkaitan
sains seperti yang dilakukan oleh Robert Grossereste seorang canselor di Universiti Oxford telah
membawa masuk pengetahuan saintifik yang dipelopori oleh Islam ke Oxford di England sebagai
suatu khazanah ilmu. Faktor kedua ialah faktor penindasan pihak gereja terhadap rakyat yang
telah menyebabkan kemunculan Renaissance. Golongan paderi pada masa ini merupakan
golongan yang berkuasa telah melakukan pelbagai penyelewengan sebagaimana yang
dinyatakan oleh Chalton J.H. Hayes. Faktor ketiga ialah pertumbuhan kelas pertengahan yang
kuat. Pada awal kurun ke-14, terdapat kelas menengah yang amat kuat di Itali. Mereka
mempopularkan idea-idea baharu tentang kehidupan dan peranan individu dalam masyarakat.
Kemunculan ini memberikan tamparan yang hebat kepada golongan gereja sehingga pengaruh
gereja merosot.
d) Berikan 5 kesan-kesan Zaman Renaissance

1. Perkembangan teknik percetakan


Teknik percetakan merupakan penemuan yang paling berpengaruh pada Zaman
Renaissance. Teknik ini dicipta oleh Johann Gutenberg (1397-1468). Penciptaan teknik
percetakan membolehkan penerbitan buku yang lebih banyak dengan kos yang lebih murah.

2. Pemikiran Humanisme
Humanis ialah golongan akademik yang mengkaji tentang manusia, idea-idea agung dan
kesenian klasik. Golongan ini turut mementingkan hal-ehwal orang ramai dan kebahagiaan
hidup di dunia. Pendekatan humanisme menekankan peranan akal fikiran, budi pekerti,
intelektual, dan kehendak manusia sendiri dalam menyelesaikan segala perkara.

3. kemunculan monarki baru.


Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan
kesatuan kebangsaan. Kekuasaan monarki ini telah diperkukuhkan lagi dengan amalan
pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Apabila kuasa raja bertambah
kukuh, maka, dengan sendirinya kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah
kurang.

4. kegiatan ekonomi sara diri kian pupus


Sebaliknya, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan
meluas. Inilah yang kemudiannya menumbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan
yang berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi
(teknik melukis peta) dan astronomi. Dalam hal ini, semangat Renaissance yang
menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjekifan, dan eksperimen jelas telah bertanggungjawab
merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi,
fizik, kimia dan perubatan.

5. Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia


Manusia pada Zaman Renaissance lebih bersedia menzahirkan emosi mereka. Penzahiran
emosi atau perasaan ini telah dicerminkan dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan.
Dari segi psikologinya, unsur begini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang
menyuburkan keyakinan diri. Satu lagi kesan sosial yang penting ialah perubahan sikap
masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan
metafizik. Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam
masyarakat.

You might also like