Tugasan Projek WAJ 3012 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
Tugasan Pertama (Kumpulan)
1. Kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah memberi pelbagai impak kepada penduduk tempatan. Adaptasi dan hubungan dua hala kesan daripada penghijrahan tersebut boleh dilihat daripada aspek ekonomi, politik dan hubungan antara kaum. Wujud fakta yang menunjukkan bahawa terdapat aspek positif dan negatif dalam bidnag yang dinyatakan dan juga lahirnya persepsi yang berbeza mengenai bumi Malaysia. 2. Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghuraikannya secara ilmiah dengan menyertakan rujuakn yang jelas mengenai:
Sejarah kemajuan Tamadun CIna dan India serta kedatangan mereka ke Tanah Melayu serta kesan positif dan negatif dari aspek ekonomi dan amalan sosial dalam kalangan masyarakat selepas kedatangan mereka ke Tanah Melayu.
Sejarah kemajuan Tamadun Cina dan India Tamadun Cina dan India telah banyak menyumbang kepada perkembangan ketamadunan semasa mahupun perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan pada zaman ini. Tamadun Cina Kajian arkeologi menunjukkan sains dan teknologi China telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya, teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan bagi mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang Cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi. Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik Cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke-2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan. Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat. Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli- ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke- 8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran. TAMADUN INDIA Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo- Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya. Pemahaman geometri,hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus. Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.Hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.Dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempat Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.Pengetahuan dalam bidang astronomi pula daripada dipetik daripada Rig Veda.Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi. Sejarah kemajuan Tamadun Cina dan India Tamadun Cina Sebagai tamadun besar tamadun Cina telahpun banyak menyumbang kepada perkembangan teknologi, adat, agama, arkeologi, sistem tulisan dan sebagainya terhadap seluruh dunia dan impak positifnya terbawa kepada hari ini. Umumnya, terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun Cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Bagi teknik membuat kertas, Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13. Teknologi teknik pencetakan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini merupakan Jingang jing (Kitab Sutra Diamond) vesi Cina yang membuktikan pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan ini juga membawa impak yang sungguh besar kepada perkembangan alat bacaan di pentas global sehingga zaman kini. Bahan letupan pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam sebuah uji kaji mencampur saltpeter dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina telahpun giat menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Namun, ia digunakan dalam bidang militiaru pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang. Ilmu bahan letupan kemudiannya dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dari situ diperkenalkan kepada negara Eropah. Kompas yang dicipta dalam tamadun Cina telah banyak menyumbang kepada bidang pelayaran dan teknologi. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudahpun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan dan kemudiannya ilmu pengherotan dan juga kekutuban magnet dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas yang pada mulanya diganakan dalam kapal. Tamadun India Tamadun India dan tamadun China sebagai tamadun besar telah banyak menyumbang kepada perkembangan dunia. Sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat Hindu mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya asas kepada perkembangan tamadun ini. Dalam konteks ini, semangat mereka yang tabah dan tidak berputus asa turut menjadi panduan kepada generasi seterusnya unutk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang. Tamadun India juga terkenal dengan kecemerlangan perancangan bandar yang merupakan hasil pencapaian pengetahuan dalam bidang geometri, matematik dan teknologi pembakaran batu-bata. Di samping itu, tamadun India juga berusaha meningkatkan mutu bahan binaan. Sifat keterbukaan yang diamalkan oleh tamadun ini adalah aspek yang amat penting juga. Ia memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan sert abertukar pandangan dengan pihak lain. Kerjasama dan hubungan yang baik antara tamaudn India dengan tamadun asing telah menjamin kegemilangan tamadun tersebut secara tidak langsung.
Kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu Kemasukan Imigran Cina Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Chian, terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Walaupun mereka dikenalikan sebagai orang Cina secara umumnya, namun mereka terdiri daripda suku-suku kaum yang berbeza. Keadaan ini kemudianya membentuk satu masyarakat Cina yang heterogenous di Tanah Melayu. Kedatangan mereka adalah didorong oleh keperitan hidup dan penderitaan mereka dalam suasana yang huru-hara ditokok dengan bencana alam yang teruk. Di samping itu, peluang rezeki yang wujud di Tanah Melayu juga menyumbang kepada penghijrahan mereka. Lebih-lebih lagi, kedatangan mereka ke Tanah Melayu amat digalakkan oleh pihak Bitish. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu dikenal pasti melalui beberapa cara yang diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa, namun angka yang tepat sukar untuk dikenal pasti kerana ketidakadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Sistem Tiket Kredit Sistem Tiket Kredit merupakan satu cara kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu di mana bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-kampung negara China oleh Kheh-tau iaitu ketua yang dibayar bagi setiap imigran Cina. Shin kheh (bakal imigran) diletakkan bawah pengawasan nakhoda kapal iaitu agensi buruh yang menerima bayaran terlebih dahulu daripada bakal majikan. Sin kheh dikehendaki membuat perjanjian secara lisan (bertulis) bagi bekerja dengan majikan dalam satu tempoh untuk menjelaskan hutang. Selepas itu, mereka dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang dituju serta diberi keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Setelah tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh iaitu oran tengah yang mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu. Selain itu, jawatan pegawai pelindung buruh dari China diwujudkan di Tanah Melayu bagi mengawasi keselamatan dan kebajikan buruh Cina di Tanah Melayu. Di samping itu, beberapa undang-undang diluluskan untuk membaiki sistem pengambilan buruh. Sistem Pengambilan Kakitangan Di bawah sistem pengambilan kakitangan, majikan di Tanah Melayu menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh di mana tambang buruh dibiayai oleh majikan yang terbabit. Pegawai bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh sehingga samapi di tempat majikannya. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi Di bawah Sistem Pengambilan Rumah Kongsi pula, pengambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai ke rumah kongsi. Pembawa buruh tesebut akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetuji bagi setiap buruh yang dibawanya. Kedatangan Imigran India Ke Tanah Melayu Kedatangan imigran India ke Tanah Melayu adalah diakibatkan oleh faktor- faktor yang dapat dikategerikan oleh faktor penolak dan penarik. Sebenarnya kehadiran kaum India di Tanah Melayu banyak didorong oleh pergolakan dalaman yang berlaku di negara asal mereka di mana masalah pertambahan penduduk yang pesat menimbulkan banyak masalah seperti kekurangan sumber untuk menyara diri dan keluarga, situasi kerap kali menimpa golongan petani yang miskin. Keadaan diburukkan lagi dengan bencana alam yang daksyat serta sistem social yang tidak adil iaitu amalan hokum kasta. Bagi segi faktor penarik, ketidakgemaran penduduk Melayu dengan berladang getah dan Revolusi Perindustrian di Eropah turut menggalakkan kemasukan buruh-buruh India ke Tanah Melayu. Selain itu, kerajaan British memberi galakan kepada kemasukan buruh dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah. Sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang India dan golongan Brahmin. Pada abad ke-15 iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka jumlah orang India di Tanha Melayu semkin bertambah sehingga petempatana awal mereka Kampung Keling didirikan di Melaka. Menjelang tahun 1870-an, kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti kopi and getah. Cara Kemasukan Buruh India Terdapat dua kaedah yang dikenal pasti bagi kedatangan imigran India ke Tanah Melayu iaitu Sistem Buruh Kontrak dan Sistem Kangani. Sistem Buruh Kontrak Di bawah Sistem Buruh Kontrak, pemilik ladang membuat pesanan jumlah tenaga buruh yang diperlukan kepada seorangejen di India. Ejen tesebut akan pergi ke kampong-kampung bagi mendapatkan buruh-burh India yang sanggup bkerja di Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, mereka dikehendaki menandatangani satu kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang ditetapkan oleh majikan masing- masing. Di samping itu, sebahagian daripada gaji mereka akan diserahkan kepada majikan bagi menjelaskan tambang perjalanan. Dalam sistem ini, buruh India dipaksa bekerja keras di ladang dalam 9 hingga 10 jam sejari dengan bayaran gaji yang amat rendah. Sistem Kangani Sistem Kangani diperkenalkan pada tahun 1898 dan dihapuskan pada tahun 1938 kerana berlakunya kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 sehngga 1932 tahun. Menurut Sistem Kangani, majikan akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke Inida. Di India kangani tersebut akan kembali ke kampong halamannya dan berusahan mengumpulkan saudar mara, sahabat dan penduduk jampung yang ingin bekerj dan berhijrah ke Tanah Melayu dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Kangani. Kesan kedatangan Imigran Ke Tanah Melayu Dari segi sosial, kehadiran imigran Cina dan India secara ramai-ramai di Tanah Melayu telah menyumbang kepada pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu pesat. Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira- kira 200 000 orang, namun jumlah penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang pada tahun 1921. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk dinegara kita. Kehidupan mereka bercorak beasingan dan mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang dating ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kelompak, maka mereka berbeza daru segi dialek, adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka secara berkelompok. Dengan kehadiran imigran Cina dan India di Tanah Melayu, prekonomian semakin meningkat, khususnya dalam bidang perlombongan bijh timah dan perladangan getah. Umumnya, pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina secara ramai-ramai untuk memajukan bidang perlombongan kerana mereka berkemahiran dalam bidang tersebut. Memandangakan penduduk tempatan tidak berminat dengan kerja perladangan, buruh India terut dibawa masuk ke Tanah Melayu secara ramai-ramai sebagai buruh yang mahir dalam perladangan getah. Dengan cara ini, bukan sahaja kedua-dua sektor perlombongan dan perladangan dapat mencapai kemajuan, malah ciri orang Cina yang suka berniaga turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Contohnya, orang Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai di kawasan bandar dan lomong bijih timah. Apa yang menariknya, golongan pelanggan peniaga Cina bukan sahaja terdiri daripada orang Cina sehaja malah melibatkan semua kaum yang berlainan. Kesan seterusnya ialah pembentukan bandar-bandar baru. Orang Cina dan orang India membuat petempatan berkelompok di kawasan lombong serta ladang getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Seiring dengan kewujudan Bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya untuk memudahkan urusan pentadbiran, perniagaan dan pengangkutan. Oleh itu, sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara lading getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun melabuhan. Dalam konteks ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu secara tidak langsung menggalakkan perkembangan sistem pengangkutan di Tanah Melayu. Antara kesan utama kehadiran imgiran India dan Cina katakan masyakarat imigran yang menguntungkan masyarakat peribumi orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyak dinikmati oleh golongan Imigran seperti India dan Cina. Dengan erti kata lain, kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah membangkitkan semangat orang Melayu untuk bangkit menuntut kebajikan untuk bangsa mereka yang di mana mereka masih berada dalam zon selesa sebelum kedatangan imigran aisng. Seterusnya, kesan social kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu ialah aktiviti perlacuran dan budaya kongsi gelap yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Apabila imigran asing masuk ke Tanah Melayu, mereka membawa budaya negatif kehidupan harian mereka ke Tanah Melayu juga. Walaupun, akviti tersebut hanya melibatkan orang ICna, tetapu sering menimbulkan keadaan tidak tenteram kerana pergaduhan berlaku dengan kerap. Hal ini telah menyebabkan kemantapan politik terganggu lalu terus menjejaskan perkembangan akitiviti perlombongan di kawasan yang terbabit. Oleh itu, pihak British telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pelacuran dan pergaduhan tersebut. Kesimpulannya, proses kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu dalam tempoh sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka dan semasa era penjajah British dikenal pasti melalui pelbagai cara dan kaedah tersendiri atas dorongan faktor penolak dan faktor penarik yang ternyata. Antara faktor penolak termasuklah keadaan sosial, kemunduran ekonomi, bencana alam dan kehuru-haraan politik negara asal mereka. Malah faktor penarik pula termasuk kestabilan politik, bebes dari bencana alam dan peluang pekerjaan. Imigran Cina datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Malah, imigran India datang ke Tanah Melayu melalui sistem Kangani dan sistem buruh kontrak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan mereka membawa kesan positif dan negatif dari aspek ekonomi dan amalan sosial. Mereka telahpun banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sistem pengangkutan Tanah Melayu, namun terdapat juga masalah sosial yang terbawa oleh mereka seperti aktiviti pelacuran dan pertubuhan kongsi gelap.
Tugasan Kedua (Individu)- Al- Khawarizmi Pengenalan Seorang ahli matematik yang tersohor dalam Tamadun Islam yang dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan kajian beliau. Sumbangan beliau begitu besar dan namanya dilupai zaman sehingga mendapat gelaran Bapa Algebra. Beliau adalah Al-Khwarizmi. Abu Abdullah Muhamad Ibu Musa Al- Khwarizmi merupakan seorang ahli matematik Muslim. Namanya merujuk kepada tempat kelahiran beliau di timur Laut Kaspia, berdekatan dengan Delta Oxus (Amu Darya) di atas Laut Aral wilayah Baghdad, pusat penyelidikan dan pembangunan ilmu pengetahuan. Penulis sejarah matematik yang terkenal, George Sarton mengungkap bahawa Al-Khawarizmi adalah seorang ilmuan muslim terbesar dan terbaik, hingga menggolongkan tempoh antara abad IV- V sebagai Zaman Al- Khawarizmi. Selain itu, E.Wiedermann pula mengatakan tugasknya adaalh mendedahkan bahawa peribadi Al-Khawarizmi sebagai seorang genius. Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al- Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang berpengatahuan luas di mana pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometiri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia juga. Beliau telah pun menyumbang kepada perkembangan Tamadun Islam serta perkembangan ilmu seruluh dunia.
Mengenalpasti seorang tokoh tamadun dan kaitkan sumbangannya kepada perkembangan tamadun dan berikan pendapat anda dalam laporan refleksi berhubung hasil kajian tersebut dengan menjadikan kejayaan tamadun serta tokoh tersebut sebagai role-model. Algebra Al-Khawarizmi berjaya mengasaskan beberapa cabang dan konsep matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliay tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis urus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah suatu persamaan yang mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (sebagai contoh, x2+2x8=0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas algebra. Nama algebra diperoleh daripada buku beliau yang terkenal iaitu Al- jabrwa- al- Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar, iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorism atau algorism memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Sistem angka Arab Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur mengira termasuklah operasi serta pecahan. Sistem angka itu kemudian diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat di mana hasil kerja beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sinus. Di samping itu, beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai konsep perbezaan. Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi dan beliau turut menulis buku mengenainya.
Selain ilmu matematik, Al-Khawarizmi turut menyumbang dalam ilmu geografi. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al-Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Beliau sememangnya seorang ahli fikir yang hebat dan kita seharusnya mengenang jasa beliau walaupun kita tidak pernah mengenalinya. Hasil kerja beliau kini menjadi ikutan dan telah banyak menyumbang ke arah perkembangan tamadun dunia. Al-Khawarizmi turut menghasilkan kerja- kerja berkaitan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta mengaji bintang. Dalam catatan sejarah, beliau pernah menghasilkan sebuah buku yang diberi nama Kitab al-Jama wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi. Namun demikian, buku tersebut dipercayai telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabrwa-al-Muqabilaj juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan merupakan terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard serta peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhaj Tarikh al- Yahudi. Al-Khawarizmi juga menulis tentang Penanggalan Yahudi (Risala fiistikhaj tarikh al-yahud Petunjuk Penanggalan Yahudi). Seleucid dan memberikan hukum tentang bujur matahari dan bula menggunakan Kalendar Yahudi. Hukum tersebut sama seperti yang ditemukan oleh al-Biruni dan Maimonides. Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengalaman luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi dalam bidang falsafah, logik, arithmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Beliau ialah guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian sinus dan tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al- MaMun di Bayt al-Hikmah, Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap yang bermaksud tempat belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India pada dunia zaman Islam. Di samping itu, beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Beliau juga seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan al-hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang. Selain itu, beliau dikenali di barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Di negara Perancis al- Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Manakala di negara Inggeris pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Sepanjang hayatnya, al-Khawarizmi sememangnya memberi sumbangan yang amat berharga buat tamadun kita hari ini. Banyak karya beliau dijadikan panduan dan masih digunakan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya ialah Al- Jabr wal Muqabalah. Dalam karya ini, beliau telah mencipta pemakaian sinus dan tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Selain itu, beliau turut menghasilkan buku berjudul Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Dalam buku ini, beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah persoalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo Babylian dalam bentuk ujian yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi. Persoalan ini telah dimuatkan dalam karya beliau yang berjudul Hisab al-Jabr Wa-al-Muqabalah. Salah satu daripada buku beliau yang memberikan pengetahuan tentang nombor yang kita gunakan hari ini ialah buku yang berjudul Sistem Nombor. Dalam buku tersebut, beliau telah memperkenalkan konsep sifar yang penting dalam sistem nombor yang diguna pakai pada hari ini. Itulah sebahagian contoh sumbangan beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karyanya. Laporan Refleksi Bila disebut tentang matematik, pasti ramai yang mempunyai persepsi seolah-olah ilmu angka ini sukar diperlajari, difahami dan mungkin juga mustahil untuk diaplikasikan dalam hidupan seharian. Namun, pernahkan kita hidup sehari, sejam atau seminit tanpa kiraan angka? Secara logik akal, semua manusia yang hidup atau mati, bergerak aatu tidak, akan memerlukan pengiraan sama ada menghitung masa, perjalanan, aktiviti fizikal dan apa sahaja perbuatan. Dalam konteks ini, jelas kita nampak bahawa hidupan kita tidak lari dari matematik dan penyumbang terbesar dalam bidang matematik adalah al- Khawarizmi. Adalah amat terkejut dan terharu apabila saya mula membaca dan mengkaji maklumat tentang al- Khawarizmi yang tidak pernah saya dengar nama beliau sebelum ini. Kepintaran dan naluri ingin tahu beliau amat terpuji di mana beliau berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam bidang matematik yang jarang diguna pada zaman itu. Sebagai pengetahuan umum, pada zaman al- Khawarizmi pengetahuan matematik amat mundur dan terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. Al- Khawarizmi iaitu pengasas Algebra telah menyumbang kepada perkembangan besar dalam bidang matematik dunia. Pengenalan algebra dan sistem angka Arab kepada dunia telah memudahkan banyak urusan kira-kira dan manusia masih mempergunakan ia sehingga hari ini. Pada zaman dahulu yang sebarang kekurangan dengan alatan teknologi yang canggih dan talian internet tanpa sempadan di seluruh dunia, memandangkan betapa tabah dan cerdik tokoh al- Khawarizmi dalam mencernakan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut. Betapa cekal dan sabar beliau melakukan ulangan serta kajian secara berterusan sehingga beribu-ribu kali percubaan eksperimen tetapi tidak berputus asa sehingga mencapai kejayaan yang bukan sahaja membawa kepada kemajuan serta perkembangan tamadun Islam namun bersumbang kepada perkembangan dunia juga. Sebagai seorang role model, peribadi yang terpuji adalah penting supaya memberi teladan yang baik kepada orang ramai. Dalam konteks ini, keperibadian al- Khawarizmi teah diakui oleh orang Islam mahupun orang Barat. Al- Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang termasyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G. Sarton mengatakan pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orang-orang Timur (termasuklah al-Khawarizmi sendiri). Al- Khawarizmi sentiasa disanjungi kerana kepentirannya. Menurut Wiedmann, al- Khawarizmi mempunyai keperibadian yang teguh dan seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains. Beliau bukan sahaja membawa wajah gambaran sifat-sifat muslim yang taat kepada agama malahan telah berjaya membuka mata masyarakat dunia terhadap kehebatan umat Islam dalam penguasaan ilmu duniawi yang seimbang dengan kepentingan ukhrawi. Al- Khawarizmi selalu disebut dan dijadikan role-model kepada generasi baru terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam bidang matematik. Namun, ciri-ciri ketokohan beliau sebenarnya perlu dicontohi oleh semua orang. Pertama sekali, ketekunan dan semangat ingin tahu beliau adalah kriteria yang amat penting bagi menjayakan beliau dalam kerjayanya. Beliau begitu bergiat menceburkan diri dalam bidang matematik, falsafah, logik, arithmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia menunjukkan naluri ingin tahu beliau yang kuat dan beliau adalah seorang yang suka membaca serta menimba ilmu. Dalam konteks ini, rasa ingin tahu sebagai bayi yang baru diperkenalkan kepada dunia adalah amat penting dan perlu sentiasa diamalkan dalam kehidupan kita. Hal ini adalah disebabkan hanya dengan selalu menanya soalan dan berfikiran secara kritis, seseorang itu dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas. Oleh itu, generasi baru haruslah sentiasa peka terhadap sekeliling mereka tetapi bukannya hanya fokus dalam internet atau permainan digital sahaja. Selain itu, ketabahan menghadapi sebarang cabaran dan tidak berputus asa adalah asas kejayaan al- Khawarizmi juga. Tanpa berusaha dengan bersungguh- sungguh dan bangun selepas berkali-kali kegagalan, nama beliau tidak akan dicatat dalam sejarah dunia. Oleh itu, generasi baru haruslah mencontohi sifat murni beliau dengan berani menghadapi sebarang cabaran dan rintangan yang dihadapai untuk mencapai kejayaan. Selain itu, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha menyumbang kepada negara serta dunia. Ianya bukan sahaja bertujuan meningkatkan nama atau imej bangsa atau negara , malah ia dapat memperbaiki dan mengubah keadaan dunia pada masa kini seperti mencipta produk yang dapat mengawal pencemaran serta menjana tenaga tanpa mencemari alam sekitar.
RUMUSAN Al- khawarizmi merupakan seorang ahli matematik dan ahli arkeologi yang agung
Rujukan Murni Shazwen. (2013). Tokoh-tokoh Islam. Retrieved from http://murnianashazwen. blogspot.com/2013/02/tokoh-tokoh-islam.html Nurul Anuar. (2010). Tiada Kehidupan Tanpa Angka. Budaya Inovasi Ke Arah Kecemerlangan Sains Dan Teknologi, pp 14, 15. Hani Izatti. (2011). Al- Khawarizmi. Retrieved from http://www.alumni- sbp.org.my/topics/artikel/2011/al-khawarizimi/ Amafariza Alias. (2011). Ahli Matematik Tersohor. Menemui Matematik (Discovering Mathematics), Vol. 33, No. 2: 25- 30. Hani Izatti. (2011). Al- Khawarizmi. Retrieved from http://www.alumni- sbp.org.my/topics/artikel/2011/al-khawarizimi/ Amafariza Alias. (2011). Ahli Matematik Tersohor. Menemui Matematik (Discovering Mathematics), Vol. 33, No. 2: 25- 30. Maran Ramping. (2013). Kedatangan Imigran Cina dan India Ke Negeri-ngeri Melayu. Retrieved from http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/kedatangan-imigran- cina-dan-india-ke.html Sokri Saad. (2012). Kesan Kemasukan Imigran Dari Segi Sosio-ekonomi. Retrieved from http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/03/kesan-kemasukan-imigran-dari- sei-sosio.html Khoo KAy Kim. (1971). Latar Belakang Sejarah Mahsharakat India Dan China DI Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.