You are on page 1of 3

INTELEKTUAL

Ilmu Undang-Undang
Kod Undang-undang Hammurabi diterbitkan setelah Hammurabi mengumpul dan
menyusun semula undang-undang lama negerinya serta meluluskan undang-undangnya
sendiri.
Di Rom kanak-kanak diajar Undang-Undang Dua Belas bagi menyalurkan ilmu
undang-undang melalui pendidikan dari peringkat kanak-kanak lagi.
Ilmu Astrologi dan Ilmu Astronomi
Ilmu bintang telah berkembang di Mesopotamia melalui ilmu astrologi. Kalender yang
dicipta oleh orang Sumeria mengandungi 12 bulan dan tiap-tiap bulan pula
mengandungi 30 hari.
Orang Greek mengemukakan teori-teori peredaran dunia mengelilingi matahari.
Di Mesir , kalender 365 hari setahun dengan berdasarkan bulan dan matahari
telah dicipta. Mereka juga mengasaskan 24 jam sehari. Orang Mesir menggunakan ilmu
astronomi untuk memastikan masa banjir Sungai Nil.
Di China pada zaman Dinasti Han telah dicipta sistem membahagikan hari
kepada siang dan malam dengan seragam. Ahli astronomi dan matematik China yang
bernama Chang Heng telah mencipta alat seismograf yang berfungsi mengukur gegaran
gempa bumi.
Ilmu Perubatan
Sekurang-kurangnya 550 jenis ubat telah digunakan pada tamadun Mesopotamia.
Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang pembedahan dan anatomi.
Mesir juga terkenal dengan ilmu perubatan. Kajian-kajian mengenai perubatan
termasuk menghasilkan ubat, mengawet mayat dan bagaimana tubuh manusia
berfungsi telah dijalankan. Sebuah buku mengenai pembedahan telah dihasilkan.
Kandungannya ialah tentang cara-cara merawat kecederaan badan.
Antara tokoh perubatan Greek yang masyhur ialah Hippocrates dan Herophillus.
Hippocrates iaitu Bapa Perubatan berpendapat bahawa penyakit adalah disebabkan

faktor-faktor semula jadi. Herophilus pula telah berjaya menemui saraf optik dalam tubuh
manusia.
Ilmu Matematik
Orang Sumeria merupakan orang pertama mencipta satu pusingan jam mengandungi
60 minit, satu minit mengandungi 60 saat. Merekalah yang mencipta satu bulatan
mengandungi 360 darjah yang digunakan hingga ke hari ini, begitu juga dengan
Khatulistiwa yang dibahagikan kepada 360 darjah.
Orang Mesir purba telah mencipta sistem timbangan dan ukuran. Mereka telah
mempunyai pengetahuan tentang kira bahagi dan kira tambah. Mereka menggunakan
ilmu matematik untuk tujuan pembinaan seperti pembinaan piramid.
Antara tokoh bidang matematik di Greek ialah Thales dan Pythagoras. Thales
telah mengasaskan kepentingan geometri. Pythagoras merupakan pengasas Teorem
Pythagoras.
Semasa India diperintah oleh Dinasti Gupta (320-500M), sistem nombor iaitu 0
hingga 9 telah dicipta.
Ilmu Falsafah
Ahli falsafah di Greek mengajar manusia supaya jangan menerima sahaja tetapi
hendaklah mengkritik dan menyoal tentang idea-idea dan institusi sosial atau politik dan
menyelidik serta menganalisis tabiat manusia.
Di Rom, ajaran Stoisisme Zeno telah diasaskan oleh ahli falsafah Yunani yang
bernama Zeno.
Dalam tamadun China, antara yang terkenal ialah Confucius dan Lao Tzu telah
memperkembangkan faham Confucianisme dan Taoisme pada zaman Dinasti Han.
Di India, ajaran Buddha berkembang pesat semasa pemerintahan Asoka dan
telah meluas hingga ke China.
Ilmu Kejuruteraan
Kemunculan tokoh seperti Archimedes di Greek telah memperkenalkan alat-alat
seperti skru, takal dan tuil.

Ilmu

kejuruteraan

Rom

dilihat

melalui

peninggalan

istana,

gimnasium,

perpustakaan, kuil dan dewan. Begitu juga dengan saluran air (aqueduct), jambatan,
terowong dan jalan raya.
Mesir juga mempunyai ilmu kejuruteraan boleh dilihat melalui pembinaan
piramid. Begitu juga dengan pembinaan roda untuk pertanian di Mesopotamia dan
penciptaan pedati.
Pada

zaman Dinasti Han di China petani mencipta roda air yang berfungsi

menghancurkan bijirin.
Ilmu Pertukangan
Pembinaan kapal laut oleh orang Mesir awal dengan menggunakan kayu
bermutu tinggi bagi tujuan perdagangan dan peperangan menunjukkan bahawa orang
Mesir purba telah mengembangkan ilmu pertukangan. Pembinaan kapal telah
meningkat ke satu taraf yang bermutu dan pada abad ke-6 SM.

You might also like