You are on page 1of 14

Masyarakat Plural

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang


mengemukakan konsep masyarakat majmuk
berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut
Furnivall masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai
kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa
dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai
kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang
sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan
interaksi sosial dalam kalangan mereka amat
berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas
kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian
tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Menurut pandangan seorang penulis sejarah, penduduk


berbilang kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka
digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai
sebarang persamaan dalam setiap perkara hidup
mereka, melainkan mereka tinggal dalam sebuah
negara.

Komposisi dan Taburan


Penduduk Sebelum Merdeka
Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu
ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak
bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti
penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang
Melayu

Pada pertengahan abad ke-19, menyaksikan


penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku
ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk
kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan
sektor ekonomi.

Abad ke-19 sebenarnya memperlihatkan penguasaan


Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah
Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih
timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu
dieksploitasi sepenuhnya oleh British.
Untuk menyokong kegiatan ekonomi kapitalis, British
telah membawa masuk buruh-buruh Cina dan India
bukan sahaja untuk bekerja di tapak-tapak
perlombongan, tetapi juga di sektor ekonomi yang lain.
Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum

Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin


kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921
dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931

Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah


menyebabkan British mentadbir berdasarkan
pendekatan 'pecah dan perintah' {divide and rule).
Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti
dan budaya masing-masing sementara perhubungan
langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan
Bumiputera tidak digalakkan.

Kaum Melayu
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal
Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku
perpindahan beramai-ramai masyarakat dari kepulauan
Melayu yang lain di Nusantara ke Tanah Melayu.
Perpindahan ini berlaku ekoran daripada situasi
ekonomi, politik dan sosial tempatan yang semuanya
boleh menjamin keselesaan mereka

Masyarakat Melayu ini datang daripada berbagai-bagai


pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau.
Sehingga tahun 1957, keseluruhan penduduk Melayu di
Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8%
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu

Sebelum era kolonial, kegiatan ekonomi utama


masyarakat Melayu pesisir ialah perdagangan.
Perdagangan utama pula adalah melalui sungai-sungai
utama di negeri Melayu. Justeru, kerajaan-kerajaan
Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi dan muara
sungai

Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung,


penduduk Tanah Melayu lebih ramai yang tertumpu
kepada kegiatan menangkap ikan (nelayan) dan bertani.
Bagi kaum wanita di negeri. Kelantan dan Terengganu
pula, ramai yang bergiat dalam aktiviti perniagaan kecilkecilan.

Daripada senario ini, jelas bahawa kegiatan ekonomi


kaum Melayu di negeri-negeri Melayu ialah
perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti
pertanian, penternakan, menangkap ikan dan mengutip
hasil hutan

Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi orang Melayu


terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah
dan merosot setelah campur tangan British dalam hal ehwal politik
tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah
struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah
menggalakkan kemunculan bandar-bandar baharu seperti Taiping,
Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port
Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port
Dickson di Negeri Sembilan. Namun, bandar-bandar baharu ini
hanya menjadi tumpuan buruh asing. Kaum Melayu masih kekal di
bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.

You might also like