You are on page 1of 1

BINCANGKAN PERANAN SISTEM BERAJA DI TANAH MELAYU SEBELUM CAMPUR

TANGAN KUASA BARAT.


Sistem beraja yang diamalkan di negeri-negeri Melayu diwarisi
daripada Kesultanan Melayu Melaka. Sistem beraja telah diamalkan di negerinegeri Melayu seperti Perak, Kedah, Pahang, dan Johor. Raja mempunyai
tugas dan peranan tertentu dalam masyarakat Melayu.
Sultan atau raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam struktur
sosial masyarakat Melayu. Sultan atau raja dianggap suci. Sultan atau raja
mempunyai kuasa mutlak.
Sultan atau raja menjadi simbol perpaduan rakyat untuk memerintah
dengan berkesan. Raja atau sultan perlukan sokongan dan taat setia
daripada rakyatnya. Keharmonian dan keamanan masyarakat Melayu
menunjukkan dengan jelas akan kewibawaan dan kedaulatan sultan. Oleh itu,
sultan atau raja akan memerintah dengan adil dan saksama.
Sultan atau raja menjadi ketua angkatan tentera. Sekiranta berlaku
peperangan,
sultan
akan
mengetuai
angkatan
tentera
untuk
mempertahankan negara atau semasa melakukan penaklukan kawasan.
Sultan menjadi ketua agama dan hal-hal yang berkaitan dengan adat
istiadat Melayu. Selain daripada itu, sultan turut menyebarkan agama Islam
di dalam negeri dan di seluruh tanah jajahannya.
Sultan atau raja berkuasa untuk melaksanakan sistem kerah ke atas
rakyatnya seperti membina istana, membuat perahu, membina jalan, dan
menjadi tentera. Melalui sistem kerahan, rakyat terpaksa melakukan sesuatu
pekerjaan untuk sultan atau raja untuk tempoh masa tertentu tanpa gaji atau
upah.
Sultan atau raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh kepada
pesalah-pesalah.
Sultan atau raja mempunyai peranan besar untuk masyarakat Melayu.
Peranan dan kuasa raja atau sultan berubah secara mendadak setelah
campur tangan British di negeri-negeri Melayu.

You might also like