You are on page 1of 25

1

1.0 PENGENALAN

Seperti yang kita ketahui, Melaka merupakan sebuah kerajaan yang berpengaruh di
Alam Melayu dan mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 15. Kegemilangan
Melaka berkait rapat dengan kebijaksanaan dan ketokohan pemerintahan Kerajaan
Melaka iaitu yang ditadbir oleh sultan yang menduduki hirearki yang teratas dalam
pentadbiran Kerajaan Melaka. Kerajaan Melayu Melaka didirikan oleh parameswara
pada tahun sekitar 1400 hingga 1403 yang mana memperlihatkan zaman kebangkitan
parameswara sendiri dalam kebijaksanaannya membangun dan mentadbir sebuah
kerajaan. Namun, karisma dan daya kepimpinan parameswara tentu tidak bererti jika
tanpa pembesar. Premis kewibawaan politik parameswara disokong oleh para
pembesar dan menterinya.1 Hal ini menunjukkan bahawa, kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka turut juga dibantu dan dimain peranan penting oleh para pembesar
yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan. Tidak hanya kerajaan Melaka, kerajaan lain
di Tanah Melayu seperti Perak dan Kedah juga menunjukkan tentang peranan serta
keterlibatan pembesar dalam pemerintahan kerajaan tersebut.

Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat, pembesar membawa maksud


orang yang berpangkat tinggi dan mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan. Ini
menunjukkan bahawa pembesar ialah mereka yang dilantik oleh sultan untuk
memegang suatu jawatan dalam pentadbiran kerajaan dengan diberi tugas-tugas
tertentu untuk dilaksanakan. Sistem pembesar di Tanah Melayu adalah ikutan dari
sistem pembesar yang dilaksanakan pada era kerajaan Kesulatanan Melayu Melaka.
Sultan Melaka bermula dengan pengasasnya iaitu parameswara yang telah membentuk
sistem pemerintahan yang berisistematik serta lebih teratur. Sebagai contoh, Kerajaan
Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang paling tersusun dan licin. Ketika itu,
sultan telah melantik pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-
undang dan peratruran, menghakim pembicaraan, mengawal dan melaksanakan
protokol serta adat istiadat. Hal ini menunjukkan bahawa peranan pembesar mewakili
pelbagai aspek meliputi politik, ekonomi dan sosial.

Pembesar yang dilantik oleh sultan terdiri daripada pelbagai lipatan mengikut
fungsi dan peranannya. Hal ini merujuk pada era zaman Kerajaan Melayu Melaka,
yang mana sultan telah melantik pembesar empat lipatan yang dikenali sebagai
1
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Hlm 142.
2

pembesar berempat yang kemudiannya dibantu oleh pembesar berlapan, pembesar


enam belas dan pembesar tiga puluh dua yang menjalankan tugas dalam pentadbiran
kerajaan.2 Bagi sistem pembesar empat lipatan boleh dirujuk melalui perlaksanaan
sistem pembesar di Melaka. Hal ini dibuktikan dalam Sejarah Melayu yang ada
mengatakan kalimat ‘menteri empat’ dalam sistem pembesar Melaka.3 Pembesar
empat yang pertama seharusnya adalah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung
dan Laksamana. Mereka yang memegang jawatan ini terdiri daripada peribumi yang
dilantik secara tersusun mengikut tradisi dan adat ataupun dilantik dikalangan tokoh
baharu yang telah berjasa kepada raja. 4 Jawatan Bendahara merupakan pemilik
wibawa fizikal yang terbesar di kalangan pembesar-pembesar dalam hirearki
pentadbiran. Bendahara menjadi tokoh penyokong yang paling utama dan penegak
kepada konsep daulat dalam institusi kerajaan. Antara gelaran bagi Bendahara ialah
Tun Pepatih Permuka Berjajar dan Tun Pepatih Tulus. Seterusnya, Penghulu
Bendahari. Pada mulanya jawatan ini hanya disandang oleh kerabat diraja yang
dikenali sebagai raja kecil muda dan pada akhirnya disandang oleh orang bukan
melayu tulen dan bukan dikalangan kerabat raja. Selain itu juga, jawatan Temenggung
yang mana berperanan dalam menjaga keselamatan dan keamanan raja serta bertindak
sebagai ketua majestrit di Kota Melaka. Akhri sekali, jawatan Laksamana yang
mempunyai tugas rasmi dalam kententeraan dan awam juga yang bertindak sebagai
pegawai protokol dan kedutaan.5

Hirearki pembesar yang seterusnya ialah jawatan pembesar 8 lipatan. Dalam


Sejarah Melayu dan Hukum Kanun Melaka telah menampilkan beberapa gelaran yang
kelihatannya berfungsi, tetapi kurang jelas tentang kedudukan taraf pembesar ini. 6
Antaranya seperti jawatan perdana menteri yang sebelum ini pernah disandang oleh
Tun Perak sebelum menjadi bendahara, Seri Bira Diraja, hulubalang yang bertugas
dibawah Laksamana, Kepala Bentara Kanan, Kepala Bentara Kiri dan jawatan yang
paling terserlah dalam pembesar lapan lipatan iaitu Syahbandar. Bagi jawatan Perdana
Menteri dan Seri Bira Diraja yang diletakkan dalam jawatan pembesar ini kerana

2
Naim Fikri bin Abdul Rahim. Struktur Politik, Ekonomi dan Sosial dalam Kerajaan Melayu Tradisional.
Hlm 3.
3
W.G. Shellabear. 1903. Sejarah Melayu. Hlm 80.
4
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan melayu melaka. Hlm 151.
5
Ibid. Hlm 176.
6
Ibid. Hlm 179.
3

secara andaian sahaja.7 Namun sistem hirearki ini jelas dinyatakan dalam sistem
pembesar di Kesultanan Melayu Perak. Wujudnya jawatan pembesar lapan lipatan
yang jelas. Antaranya seperti, Orang Kaya Balai Maharaja Lela, Laksamana Orang
Kaya, Orang Kaya Syahbandar, Panglima Kinta Seri Amarbangsa, Seri Akar Diraja,
Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, Seri Adika Raja, dan Imam Paduka Tuan.
Setiap pembesar memainkan peranan yang penting seperti menjadi pembesar daerah
dan berjawatan tinggi dalam bidang agama islam dan adat istiadat melayu.

Akhir sekali, hirearki pembesar yang dinyatakan dalam perlaksanaan sistem


pembesar di Tanah Melayu ialah, pembesar enam belas lipatan dan tiga puluh dua
lipatan. Hirerarki bagi jawatan ini amat sukar untuk ditentukan. Hal ini kerana, tiada
sumber yang kukuh dan jelas yang menerangkan hal ini secara khusus. Dalam
Kesultanan Melayu Melaka, memang sukar untuk menentukan jawatan bagi pembesar
lapatan lipatan dan seterusnya. Tugas bagi pembesar dalam lipatan ini, adalah sebagai
pembesar kecil yang mana berperanan dalam membantu pembesar yang lebih tinggi
jawatannya. Menurut sejarah Kesultanan Melayu Melaka, antara gelaran pembesar
enam belas dan pembesar tiga puluh dua ialah terdiri daripada Orang Kaya-Kaya,
Citeria, Sida-Sida, Bentara dan Hulubalang. Mereka iaitu pembesar dalam kumpulan
ini dikurniakan gelarannya oleh pembesar empat lipatan dan pembesar lapan lipatan.

Kesimpulannya, ketokohan dan kejayaan seorang raja atau sultan berkait rapat
juga dengan peranan yang diamainkan oleh pembesar. Sebagai contoh, ketokohan
Sultan Melaka dalam pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka disebabkan
kecemerlangan tugas dan peranan yang dimainkan oleh pembesar kerajaan tersebut.
Kesemua jawatan pembesar ini dilantik dan oleh sultan atau raja melalui surat khusus
dan pemberian sebilah pendang yang dianggap sebagai suatu lambang jawatan.
Pembesar juga diberikan sebuah cop mohor yang menunjukkan bahawa pembesar
tersebut mempunyai kuasa dalam melaksanakan kuasanya atas pemberian raja.

2.0 PERANAN PEMBESAR MELAYU DARI ASPEK POLITIK.


7
Ibid. Hlm 15.
4

Sebelum wujudnya institusi kesultanan dan kerajaan di tanah melayu, pembesar


merupakan pentadbir tempatan dan menduduki kedudukan hireraki tertinggi dalam
politik masyarakat. Hal ini merujuk, Tun Derma Dewa dan Tun Pekasa yang
merupakan pentadbir tempatan di Negeri Kedah sebelum wujudnya institusi
Kesultanan Kedah. Namun, selepas kewujudan dan penubuhan institusi raja, pembesar
dilantik oleh raja dalam membantu raja menjalankan perlaksanaan dan pentadbiran
negeri serta menjalankan amanah yang ditugaskan oleh raja. Antara peranan pembesar
melaui aspek politik ialah membantu raja dalam urusan pentadbiran kerajaan. Ini
boleh merujuk peranan Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi
pemangku pemerintah dalam pentadbiran kerajaan. Ketika Sultan Mansur Shah dan
rombongannya berangkat ke Majapahit, Bendaharalah yang menjadi pengganti atau
pemangku sultan.

Maka bendahara paduka raja dan seri nara diraja dan seri bira diraja dan
segala menteri hulubalang yang besar-besar sekaliannya ditinggalkan oleh
sultan mansor syah menunggui negeri.8

Selain itu, pembesar juga memainkan peranan penting membantu sultan dalam
mentadbir kawasan pengaruh atau pegangannya. Melaka yang berkembang menjadi
empayar sekitar abad ke 15 masihi mempunyai kawasan pengaruh yang amat luas
iaitu meliputi semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian kepulauan Sumatera.
Kawasan pegangan ini diserahkan dan ditadbir oleh para pembesar sebagai satu
anugerah sultan kepada para pembesar terhadap perkhidmatan yang cemerlang dalam
pentadbiran. Hal ini menunjukkan bahawa semakin besar pengaruh pembesar dalam
politik kerajaan tersebut.9 Sebagai contoh, dalam Kesultanan Melayu Melaka,
Bendahara memerintah kawasan Bentan dan Muar, manakala Laksamana pula
memegang kawasan Siantan dan Sungai Raja.

Di peringkat daerah pula, jawatan pembesar lapan lipatan berfungsi sebagai


pembesar daerah serta dibantu oleh pembesar enam belas lipatan dan pembesar tiga
puluh dua lipatan. Hal ini dibuktikan dalam Kesultanan Melayu Pahang yang
menunjukkan bahawa peranan pembesar dalam membantu raja mentadbir daerah-
daerah kerajaan. Contohnya seperti, Dato’ Bahaman yang dilantik sebagai pembesar

8
W.G. Shellaber. 1903. Sejarah Melayu. Hlm 116.
9
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Hlm 191.
5

Semantan dan Tok Gajah yang mentadbir kawasan Pulau Tawar. Selain itu juga,
pembesar yang dilantik oleh raja, mentadbir sembilan daerah seperti daerah Sungai
Ujong dalam kesultanan Negeri Sembilan dan daerah-daerah dalam kesultanan
Selangor seperti daerah Klang yang mana kedua-dua daerah ini amat berpengaruh
serta membawa perekonomian masyarakat di Tanah Melayu. Di peringkat kampung
pula, pembesar yang lebih rendah jawatannya seperti pembesar tiga puluh dua lipatan
yang membantu raja mentadbir kawasan kampung. Sebagai contoh, Ketua-ketua
kampung yang dilantik oleh raja atau pembesar menjalankan tugas di peringkat
kampung di bawah perintah sultan.

Antara peranan pembesar dalam aspek politik juga ialah, menjalankan segala
arahan yang diperintah oleh raja. Hal ini berkait rapat dengan sistem daulat dan
derhaka yang mana para pembesar amat patuh serta taat terhadap segala arahan raja.
Sebagai contoh, Laksamana atas arahan dari sultan dihantar ke pahang untuk
menghukum bunuh orang suruhan Sultan Pahang yang telah membunuh Telanai
Terengganu. Laksamana juga telah dihantar ke Siak untuk memarahi dan menghina
Tun Jana Pakibul yang telah melakukan pembunuhan.10

Maka laksamana menghadap tun jana pakibul... ditunjukkan tun jana pakibul dengan
tangan kirinya, katanya, “tiada berbudi, tuan hamba orang hutan, maka tiada tahu
cara adat bahasa; benarkah membunuh orang tiada memberitahu ke melaka?...11

Pembesar juga amat pantang dalam menderhaka kepada rajanya. Walaupun raja
bertindak dengan melanggar hukum atau undang-undang yang telah ditetapkan.
Namun begitu, atas sikap daulat dan derhaka yang mendalam, para pembesar
menyokong dan bertindak dengan menyetujui segala arahan dan perbuatan raja.
Sebagai contoh, kisah pembunuhan Tun Besar anak Bendahara Tun Perak oleh Raja
Muhammad. Bendahara Tun Perak tetap menumpukan segala daulatnya kepada Raja
Muhammad dan tidak lansung menderhakai perbuatan Raja Muhammad tersebut.
Menurut kenyataan Tun Perak;

10
Ibid. Hlm 178.
11
W.G. Shellaber. 1903. Sejarah Melayu. Hlm 183.
6

‘Hei! Hei! Hendak derhakakah ke bukit? Hendak derhakakah ke bukit? Nyaih! Nyaih!
Kerana istiadat hamba melayu tidak pernah derhaka. Tetapi akan anak raja yang
seorang ini, jangan kita pertuan.12

Akhir sekali, antara peranan pembesar dari aspek politik dalam membantu
sultan terhadap pemerintahannya ialah, menjadi penghubung diplomatik atau
bertindak sebagai duta kepada kerajaan. Menurut Sejarah Melayu, Laksamana dalam
Kesultanan Melayu Melaka berperanan sebagai duta dan pegawai protokol terhadap
kerajaan melaka. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya gelaran Laksamana sendiri
sewaktu kunjungan hormat Hang Tuah ke kerajaan Majapahit dalam hubungan
diplomatik. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Ratu Majapahit sewaktu
lawatannya ke Majapahit yang bertindak sebagai duta bagi Kerajaan Melaka. Jawatan
tersebut diformalkan oleh Sultan Mansur Shah pada abad ke 15 masihi dan terus
diangkat ke dalam pembesar empat lipatan. Menurut Hukum Kanun Melaka,
Laksamana juga turut dianggap sebagai ‘raja laut’. Hal ini kerana, merujuk kepada
peranan Laksamana sendiri dalam membantu sultan mengawal perairan laut selat
melaka. Sejarah Melayu juga mencatakan bahawa fungsi Laksamana ialah ‘memayar’
yang bererti meronda atau mengawal laut. Hal ini juga disokong oleh catatan Tome
Pires dalam menyebut tugas rasmi dan kedudukan Laksamana;

“The lasemana is a kind of admiral. He is the chief of all the fleet at sea. Everybody
at sea, and junks and lancharas are under this man’s jusrisdiction”.13

Jelaslah bahawa peranan pembesar dari aspek politik iaitu membantu raja
dalam pemerintahan amat penting dalam keterusan serta kelansungan hidup sesebuah
kerajaan. Peranan pembesar yang terdiri daripada pelbagai peringkat berfungsi dalam
memenuhi semua aspek pemerintahan dari peringkat kerajaan, daerah hingga ke
peringkat kampung yang mana, menunjukkan bahawa raja amat memerlukan
pembesar untuk membantunya bagi menggerakkan sistem pemerintahan ini.

3.0 PERANAN PEMBESAR MELAYU DARI ASPEK PENTADBIRAN.


12
Samad A. Ahmad. 1984. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Hlm 153.
13
Armando Cortesao. 1944. The Sume Oriental of Tome Pires; and Account of The East, From The Red
Sea to Japan. Hlm 177.
7

Undang-undang merupakan suatu adat bertulis yang mana menjadi suatu ketetapan
bagi sesebuah kerajaan dan dijadikan sebagai suatu panduan serta perlaksanaan bagi
setiap hukuman. Di Tanah Melayu, undang-undang telah digunapakai oleh sistem
pemerintahan kerajaan-kerajaan melayu yang mana undang-undang tersebut terhasil
melalui atau mempunyai pengaruh dari Hindu dan kemudiannya dilandaskan oleh
syarak selepas kedatangan agama Islam. Undang-undang merupakan suatu perkara
yang penting dalam sebuah pentadbiran kerajaan yang mana dilaksanakan oleh raja
serta dibantu oleh pembesar dalam sesebuah kerajaan. Oleh hal yang demikian,
pembesar mempunyai peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan melalui
penguatkuasaan undang-undang.

Jika kita merujuk contoh terhadap institusi Kesultanan Melayu Melaka, antara
pembesar yang berfungsi dalam penguatkuasaan undang-undang ialah Bendahara.
Bendahara merupakan penasihat tertinggi kepada sultan dalam semua aspek termasuk
dalam penguatkuasaan undang-undang. Tugas Bendahara ialah memantapkan lagi
undang-undang perlaksanaan kerajaan Melaka serta menjalankan dasar hukuman atas
perintah raja sewaktu itu. Bendahara berfungsi dari sudut tugas awam sebagai ketua
pentadbir dan tugas sebagai ketua turus hulubalang di darat dan laut. 14Dalam
pentadbiran awam, kekuasaan dan wibawa bendahara meluas dalam aspek
penguatkuasaan undang-undang. Undang undang melaka fasal satu;

Apa pun hukum yang diserahkan kepada bendahara itu, seperti hukum orang
yang berjabatan dan segala tuan-tuan dan segala sida-sida dan segala anak
orang besar-besar.15

Bendahara dikenali sebagai chief justice, iaitu Bendaharalah yang menjalankan tugas
pendakwaan dalam kes-kes pembicaraan awam dan jenayah di peringkat negeri.
Perkara ini dibuktikan menurut catatan Sejarah Melayu yang menyebut bagaimana
Bendahara Seri Maharaja menjalankan acara ‘becerca’ iaitu membicarakan seseorang
antara Tun Pepatih Hitam. Sebagai ketua eksekutif dalam pentadbiran, Bendahara
dikurniakan dengan sebuah kebak dan bekas dakwat raja sebagai bukti terhadap
kekuasaannya yang dikurniakan oleh sultan. Menurut Sejarah Melayu,

14
Ishak bin Saat. 2005. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Hlm 57.
15
Liaw Yock Fang. 2003. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Hlm 62.
8

Adapun akan adat dahulu kala, apabila orang menjadi bendahara.... dianugerahu
baju sakhlat dan keris dengan selengkap alatnya..... akan bendahara berkebak, dan
buli-buli dakwatnya.16

Bendahara juga turut dibantu oleh Temenggung yang mana dalam


menjalankan undang-undang dan perlaksanaan hukuman. Temenggung dikenali
sebagai ketua majestrit di Kota Melaka. Bidang kuasa Temenggung saling melengkapi
dengan tugas ‘tahafus menafus’ seperti menyelidik, memeriksa dan tangkap
menangkap. Dan kemudiannya bendahara bertindak sebagai ketua hakim dalam
menjatuhkan hukuman pesalah. Menurut Tome Pires yang menyebut Temenggung
sebagai Tumunguo;

“He ... is the chief megistrate in the city. He has charge of the guard and has
many people under his jurisdiction. All prison cases go first to him and from him to
the bendahara, and this office always falls to person of great esteem. He is also the
person who receives the dues on the merchandise.17

Hal ini menunjukkan bahawa dalam institusi kesultanan melayu melaka, Bendahara
dan Temenggung berkait antara satu sama lain yang berfungsi dalam memainkan
peranan yang penting dalam aspek pentadbiran melalui penguatkuasaan undang-
undang.

Adat bendahara melaka, apabila menyerca orang, temenggunng..... tiada bercerai


dengan bendahara....18

Akhir sekali, antara peranan pembesar dalam aspek pentadbiran ialah,


mengawal keamanan dan keselamatan kerajaan. Semasa pemerintahan Sultan
Muhammad Syah. Dua jawatan pembesar atau menteri utama tekah diwujudkan iaitu
Temenggung dan Seri Bira Diraja. Keadaan pada masa itu amat memerlukan kedua
jawatan ini oleh kerana, keamanan dan keselamatan Melaka perlu diberi pehatian.
Maka, wujudlah jawatan Temenggung untuk mengawasi keamanan dan di samping
itu, mengawal perjalanan urusniaga negeri. 19 Selain itu juga, kehadiran dan peranan
orang laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan di perairang Melaka
16
Liaw Yock Fang. 2003. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Hlm 207.
17
Armando Cortesao. 1944. The Sume Oriental of Tome Pires; and Account of The East, From The Red
Sea to Japan. Hlm 265.
18
W.G. Shellaber. 1903. Sejarah Melayu. Hlm 243.
19
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Hlm 148.
9

bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bira Diraja sahaja
ketua ketumbukan hulubalang di darat dan laut. 20 Selain itu juga, pembesar-pembesar
di kerajaan Kedah juga memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan
kerajaan Qalha iaitu Kedah pada waktu itu, dari serangan Raja Tenangsari.

Maka bermuafakatlah Seri Paduka Maharaja Derma Raja dengan Paduka adinda
Maha Putera dan segala menteri-menteri hendak mengandang musoh di Padang
Jangam.21

Di Kseultanan Kedah, pembesar seperti Temenggong amat memainkan peranan yang


penting dalam segala urusan kerajaan lebih lagi dalam keselamatan kerajaan tersebut
seperti dilantik sebagai panglima perang Kedah.

Adapon orang yang menyandang pangkat temenggong itu adalah orang yang sangat-
sangat diharap kerana sekalian pekerjaan itu terserah kepadanya, dan segala alat
senjata hulubalang pahlawan, panglima perang dan kota parit sakalian adalah di
bawah hukumnya.22

Kesimpulannya, jelaslah bahawa pembesar amat memainkan peranan dalam


aspek pentadbiran kerajaan. Bermula dari penetapan undang-undang, perlaksanaannya
dan bertindak sebagai pengawal keamanan menjadikan peranan pembesar amat
penting dalam mengawal serta membentuk keamanan dan kesejahteraan masyarakat di
Kota Melaka. Tanpa adanya jawatan pembesar tersebut, berkemungkinan Melaka
terlibat dengan serangan dari kerajaan luar dan berlakunya perkecohan di Kota
Melaka atas jenayah yang berleluasa dan tanpa adanya undang-undang dalam
penetapan hukum.

4.0 PERANAN PEMBESAR DARI ASPEK EKONOMI.

Sistem perdagangan serta pelabuhan yang maju serta tersusun, telah mengangkat
kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan melayu yang
berpengaruh dalam sektor ekonomi maritim di Asia Tenggara pada abad ke 15.
Perkara ini turut disokong oleh Tome Pires. Menurutnya, sesiapa yang dapat

20
Ibid. Hlm 148.
21
Muhammad Hassan. 1968. Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Hlm 19.
22
Ibid. Hlm 79.
10

menguasai Melaka bermakna akan menguasai Venice. Hal ini menunjukkan bahawa
Melaka sememangnya sebuah kerajaan perdagangan yang terkenal di seluruh dunia
sewaktu zaman kegemilangannya. Tidak hanya kerajaan Melaka, kerajaan lain di
tanah melayu seperti Perak dan Selangor juga mengalami perkembangan dalam aspek
ekonomi seperti maju dalam bidang perlombongan bijih timah yang telah membawa
keuntungan tinggi terhadap kerajaan tersebut. Namun, semua perkara ini tidak mampu
dicapai tanpa adanya peranan dan fungsi para pembesar. Pembesar amat berperanan
dalam bidang ekonomi terhadap sesebuah kerajaan. Malah, ada pembesar juga yang
lebih berkuasa serta lebih kaya berbanding rajanya sendiri dalam sektor ekonomi
kerajaan. Hal ini seperti kekuasaan Tun Mutahir yang mana lebih kaya berbanding
Sultan Melaka, sehinggakan mampu mengancam kedudukan sultan sendiri dalam
pentadbiran. Di Perak juga, pembesar-pembesar lebih kaya berbanding rajanya
sendiri, kerana keterlibatannya dalam ekonomi perlombongan bijih timah. Kekayaan
pembesar di Perak amat berpengaruh sehinggakan berkuasa dalam perlantikan raja di
Perak.

Antara peranan pembesar dalam aspek ekonomi ialah menjalankan


perlaksanaan kutipan cukai. Kutipan cukai yang dilaksanakan oleh pembesar ke atas
kawasan pengaruhnya menjadi satu pendapatan utama bagi pembesar tersebut. Cukai
yang dibayar oleh rakyat kepada pembesar seperti cukai pertanian dan cukai
perniagaan menjadi lesen atau perlepasan kepada rakyat untuk menjalankan sesuatu
kegiatan yang sah. Cukai yang diberikan kepada pembesar seterusnya dipecah dan
diberikan hasil tersebut kepada raja oleh pembesar yang mana membuktikan bahawa
konsep taat serta setia kepada raja tersebut. Terdapat beberapa jenis cukai yang
dibayar kepada pembesar antaranya ialah, cukai labuh batu iaitu cukai yang dipungut
di sepanjang sungai, cukai bebas kuala, cukai kepala yang diamalkan di
kedah,kelantan dan terengganu dan cukai tanaman iaitu cukai terhadap penghasilan
tanaman. Pembayaran cukai kepada pemerintah ialah satu anugerah yang diberikan
oleh raja kepada pembesar yang mana menunjukkan lambang kekuasaan pembesar itu
sendiri.

Menurut kesultanan Melayu Melaka, antara pembesar yang memainkan


peranan yang penting dalam perlaksanaan kutipan cukai ialah Shahbandar. Menurut
Tome Pires, Shahbandar dikenali sebagai Xabandares dan jawatan ini diisi seramai
11

empat orang yang menyandangnya. Tugas dan fungsi Shahbandar dalam bidang
ekonomi terhadap Melaka amat besar dan luas. Menurut Tome Pires, institusi
Shahbandar berkait dengan organisasi perbandaran Melaka. Shahbandar mungkin
dapat ditakrifkan sebagai ‘raja pelabuhan’ kerana mengendalikan organisasi dan
sistem perkapalan, pengendalian cukai, pengawal bagi urusniaga dan urusan dagang. 23
Menurut Meilink-Roelofsz, tugas awam Shahbandar yang lain termasuklah mengawas
perjalanan dan organisasi pasar dan gudang-gudang simpanan barangan dagang serta
keselamatannya.24 Pentingnya fungsi Shahbandar dalam perekonomian kerajaan
melaka sewaktu itu sehingga Shahbandarlah yang mengawal turun naik nilai mata
wang dan mengawal daripada berlakunya inflasi. Cukai yang dikutip oleh Shahbandar
dari setiap pedagang amat tinggi dan sebahagiannya telah diserahkan kepada Sultan
Melaka. Hal ini menjadikan Sultan Melaka amat kaya hasil daripada pendapatan
kutipan cukai yang dilaksanakan. Menurut Sejarah Melayu, ketika Sultan Mansur
Shah mendengar permintaan Puteri Gunung Ledang akan syaratnya untuk
mengahwininya, iaitu syaratnya membina sebuah jambatan emas dari Melaka ke
Gunung Ledang, dan tidak menjadi masalah bagi sultan kerana memiliki kekayaan
yang melimpah ruah. Hal ini jelaslah perlaksanaan kutipan cukai yang dilaksanakan
oleh pembesar Shahbandar amat membantu dalam menaikkan taraf ekonomi kerajaan
Melaka pada waktu itu menjadi sebuah kerajaan yang kaya raya. Dapat disimpulkan
bahawa, Wujudnya jawatan Shahbandar ini selari dengan kemunculan Melaka sebagai
sebuah pelabuhan dagangan dan entrepot. Peningkatan ekonomi yang berlaku hasil
dari dagangan pelabuhan menyebabkan peranan Syahbandar yang penting dalam
menguruskan pentadbiran pelabuhan.

Selain itu juga, antara fungsi pembesar dalam aspek ekonomi ialah berperanan
dalam sistem serah dan kerah. Sistem ini dimalakan oleh masyarakat melayu sejak
sekian lama. Sistem serah ialah pemberian hasil tanaman kepada pemerintah yang
mana diertikan sebagai ufti atau balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah
untuk kegiatan pertanian. Sistem ini juga boleh diertikan sebagai kutipan cukai yang
dilakukan oleh pembesar kepada petani yang mana cukai tersebut dalam bentuk
lebihan hasil pertanian. Namun demikian, sistem ini dinyatakan lebih teruk

23
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Hlm 179.
24
Meilink-Roelofsz. 1962. Asian Trade and European Influence in the indonesian archipelago between
1500 and about 1630. Hlm 36-40.
12

berbanding sistem kerah. Hal ini disokong oleh kenyataan munsyi abdullah yang
menyatakan bahawa;

“Maka katanya ( seorang rakyat biasa yang ditemui oleh Abdullah ) Dan lagi baik
perahu atau tanaman-tanaman dan hidup-hidupan sahaja sekalian, jikalau
dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi, kalau ada
berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya
juga, tiada ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi,
disuruhnya tikam mati-mati sahaja”.

Manakala sistem kerah ialah kerja paksa yang dilakukan orang lekaki untuk sultan dan
pembesar tanpa sebarang upah. Pembesar diarah untuk menyediakan tenaga buruh
kepada raja sebagai kerahan tenaga untuk membina istana baru, membina kapal raja
dan keperluan-keperluan raja yang lain. Dalam sistem ini, pembesar menyediakan
anak-anak buahnya yang terdiri dari rakyat yang berada di bawah kawasan
pengaruhnya dan mengetuai kerja-kerja sosial yang diarahkan oleh raja. Menurut
Yusoff Hashim, dalam kesultanan Melayu Melaka menyatakan bahawa setiap
pembesar mempunyai anak-anak buah yang datangnya dari kawasan pengaruh
pembeasar tersebut. Sistem kerah ini juga boleh di manfaatkan oleh pembesar sebagai
gantian kepada bayaran gaji yang mana dianugerahkan oleh raja kepada pembesar.
Selalunya kerja-kerja dalam sistem ini bukan sahaja melibatkan bidang pertanian,
tetapi merangkumi pelbagai bidang lain. Ia pula dilakukan tanpa mempunyai
ketetapan yang tetap dan jangka masa yang tidak tentu menyukarkan sistem ini
dilakukan. Perkara ini boleh diertikan sebagai sistem paksa yang boleh dikerahkan
oleh raja dan pembesar ke atas rakyatnya pada bila-bila masa sahaja. Hal ini jelaslah
bahawa sistem serah dan kerah merupakan antara peranan pembesar dalam
menyediakan tenaga kerja kepada sultan.

Akhir sekali, antara fungsi pembesar dalam aspek ekonomi ialah berperanan
dari segi aktiviti perdagangan dan perniagaan. Dalam Kesultanan Melayu Melaka,
antara pembesar yang terlibat dalam perdagangan ialah Tun Mutahir yang
menjalankan aktiviti perdagangan dengan menggunakan modal pinjaman dari
Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Perak. 25 Temenggung iaitu Tun Mutahir pada waktu
itu yang menjalankan dan mengembangkan aktiviti perniagaan di Kota Melaka
25
Ishak bin Saat. 2005. Sejarah sosial Masyarakat Malaysia. Hlm 53.
13

menjadikan ia seorang yang kaya melebihi kekayaan Sultan Melaka sendiri. Hal ini
telah mengangkat kekuasaan dan pengaruh Temenggung Tun Mutahir ke kedudukan
yang lebih berpengaruh di Kota Melaka. Selain itu juga, di Perak dan Selangor
khususnya, pembesar terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan di sepanjang
sungai dengan bertindak sebagai pelabur atau memberi modal untuk berniaga. Di
Kedah pula, Dato Seri Paduka Raja Laksamana yang berperanan dalam membuka
perniagaan di Kedah pada tahun 1061. Hal ini jelaslah bahawa, kekayaan pembesar
lebih banyak berbanding kekayaan rajanya sendiri.

Kesimpulannya, walaupun dalam hirearki pemerintahan menunjukkan bahawa


raja berkuasa mutlak dalam aspek ekonomi. Namun, jelaslah bahawa perekonomian
sesebuah kerajaan adalah dipegang atau dikuasai sebenar oleh pembesar dan bukannya
raja. Apabila pembesar tersebut menunjukkan prestasi yang baik dalam aspek
ekonomi, maka kerajaan tersebut mampu menjadi sebuah kerajaan yang maju dalam
taraf ekonomi. Hal ini boleh dibuktikan dengan kepentingan pembesar seperti
Shahbandar dalam Kesultanan Melaka, yang mana berkhidmat dengan baik dalam
mengembangkan lagi kedudukan ekonomi melaka pada waktu itu.

5.0 PERANAN PEMBESAR DARI ASPEK SOSIAL.

Di tanah melayu, setiap kerajaan yang wujud mempunyai adat istiadatnya yang
tersendiri bagi bagi menunjukkan identiti sesebuah kerajan. Kerajaan-kerajaan melayu
yang sememangnya kaya dengan adat istiadat menjadi salah satu aspek penting dalam
sosial kerajaan melayu. Mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Adat
berfungsi sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain
adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun
temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua.
Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan
dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan
diketuai oleh seorang ketua adat yang terdiri daipada pembesar atas lantikan raja.

Dari aspek sosial, para pembesar amat berperanan penting dalam menjalankan
adat istiadat yang mana menunjukkan bahawa pembesar mempunyai kedudukan tinggi
dalam sosial masyarakat di tanah melayu. Sebagai contoh kerajaan Melaka, adat
14

istiadat dijalankan dengan begitu tersusun dan kompleks. Setiap pembesar mempunyai
fungsi dan tugas serta mempunyai kedudukan dalam acara tersebut. Dalam hirearki
pembesar dalam kerajaan Melaka, Bendahara mempunyai kedudukan tertinggi dalam
balairung. Seterusnya, kedudukan tersebut di sambung oleh pembesar empat lipatan
yang lain iaitu Penghulu Bendahari, Tememnggung dan Laksamana. Bendahara akan
duduk dihadapan sekali daripada menteri yang utama di Seri Balai. 26 Hal ini
menunjukkan bahawa Bendahara amat penting dalam perlaksanaan adat istiadat.
Menurut Sejarah Melayu, menyatakan bahawa istiadat menghadap raja dan bersirih
nobat hanya boleh dilakukan sekiranya Bendahara turut hadir. Bendahara akan
menjalankan istiadat sirih nobat selepas anak raja-raja.27 Seterusnya adat sirih nobat
dilakukan oleh pembesar utama yang lain. Segala menteri yang besar-besar dan
hulubalang yang besar-besar dan sida-sida duduk di seri balai.28

Semasa perayaan, semua pembesar akan menghadap raja di Balairung untuk


menjalankan istiadat yang diadakan setiap kali perayaan tiba. Perkara ini menjadi
salah satu tradisi adat yang di jalankan oleh pemerintah iaitu raja dan pembesar dalam
mengukuhkan lagi hubungan serta membina hubungan yang baik antara raja dan
pembesar. Sebagai contoh, di Kedah, setiap pembesar akan menjunjung duli kepada
sultan semasa hari raya. Semua pembesar terikat dengan sistem adat sewaktu di
Balairung. Dari bawah jawatan pembesar iaitu penghulu kampung hingga jawatan
pembesar empat lipatan mengambil tempat dalam menjunjung duli kepada raja. Hal
ini menunjukkan bahawa konsep taat dan setia yang diserlahkan oleh pembesar
kepada pemerintahnya.

Dalam sistem adat ini juga, pembesar yang memainkan peranan yang penting
ialah, Penghulu Bendahari. Penghulu Bendahari dianggap sebagai orang kuat istana
dan penyokong adat istiadat Melayu. Malah, Penghulu Bendaharilah yang menjadi
ketua istiadat dan acara rasmi diraja di Balairung. Antara tugasnya semasa acara rasmi
yang dijalankan di Balairung ialah, mengarahkan anak-anak buahnya menghias
Balairung istana, mengerah orang membentang tikar, menggantung tabir langit-langit,
mengendalikan hidangan dan makanan dan mendapatkan tenaga rakyat untuk uruskan
perkerjaan dirja yang termasuk dalam konsep sistem kerah.

26
W.G. Shellaber. 1903. Sejarah Melayu. Hlm 76.
27
Ibid. Hlm 80.
28
Ramlah Adam. 2016. Pemerintahan Beraja Di Alam Melayu Merentas Zaman. Hlm 38.
15

Menurut kesultanan Melayu Perak, dalam Susunan Yang Pertama Adat


Lembaga Orang-Orang Melayu Di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada
Zaman Purbakala, Toh Seri Nara Diraja iaitu Ketua Bentara akan membaca surat
sumpah iaitu “Surat Chiri”. Surat ini dibacakan ketika adat istiadat menjunjung titah
dalam perlantikan pembesar di Negeri Perak.29

Selain itu juga, peranan pembesar dalam aspek sosial ialah dalam hal ehwal
agama Islam. Kadi dan Fakih yang dilantik oleh raja merupakan orang yang mahir
dalam ilmu agama Islam. Hal ini kerana, mereka berperanan dalam memberi nasihat
kepada raja berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Mereka juga berperanan dalam
menyebarkan agama Islam ke pelusuk kerajaan serta kepada pedagang-pedagang di
sekitar kerajaan yang berdaagang di pelabuhan. Sebagai contoh, Kerajaan Melaka
menjadi sebauh kerajaan yang masyhur dalam perkembangan Islam serta dakwahnya
kepada masyarakat. Pembesar juga bertugas sebagai imam dan pegawai agama di
peringkat daerah serta kampung. Hal ini menunjukkan bahawa, agama islam terjaga
dengan rapinya dalam kerajaan melayu dan sehingga kini.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa pembesar amat berperanan dalam aspek


sosial masyarakat di tanah melayu. Dari segi adat istiadat yang dijalankan oleh
pembesar menunjukkan bahawa kerajaan Melayu kaya dengan adat dan tradisinya
tersendiri. Oleh hal yang demikian, tugas pembesar adalah untuk mempertahankan
adat ini dengan mempraktikkan ke atas wilayah pengaruhnya serta mementingkan
setiap adat dalam suatu perlaksanaan.

6.0 PERUBAHAN FUNGSI MELIBATKAN PEMBESAR.

Dalam hirearki sistem jawatan pembesar di Tanah Melayu, berlaku perubahan dalam
jawatan pembesar yang mana terjadi kenaikan dan penurunan taraf seseorang
pembesar tersebut. Hal ini berlaku disebabkan penggantian peranan dan tugas dalam
sistem jawatan pembesar yang mana perubahan dasar atau mengikut kepentingan oleh
raja dalam sesebuah kerajaan tersebut. Mengikut contoh dalam Kesultanan Melayu
Melaka, berlaku perubahan dalam institusi ini yang mana munculnya beberapa
jawatan baharu mengikut keperluan dan beberapa individu yang telah dinaiktaraf
jawatan pembesarnya oleh sultan atas kecemerlangannya dalam perkhidmatan.

29
Harun Mat Piah. 2019. Kesultanan Melayu Perak. Hlm 102.
16

Antara perubahan fungsi yang berlaku terhadap sistem pembesar di Tanah


Melayu boleh dilihat dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Temenggung
Tun Mutahir diangkat menjadi Bendahara Melaka. Semasa zaman pemerintahan
Sultan Mahmud Shah, pengaruh Temenggung kelihatan amat mencengkam institusi
istana. Hal ni disebabkan kekayaan dan pengaruh keluarga Tun Senja, iaitu bonda
Sultan Mahmud, kakak Tun Mutahir.30 Hal ini kerana, Tun Mutahir terlibat aktif
dalam perniagaan dan perdagangan yang mana menjadikan ia seorang pembesar yang
kaya melebihi kekayaan sultannya sendiri. Oleh hal yang demikian, Tun Mutahir yang
memeiliki kekayaan yang melimpah ruah serta pengaruhnya yang kuat telah diangkat
jawatannya dari Temenggung ke jawatan Bendahara Seri Paduka dengan
menggantikan Bendahara Pepatih Putih, dan jawatan Temenggung pula diisi oleh
anaknya iaitu Tun Hassan.

Selain itu, berlaku perubahan atau penambahan jawatan pembesar dalam


Kesultanan Melayu Melaka, iaitu jawatan Seri Bira Diraja dan jawatan Laksamana.
Apabila mengkaji salasilah keluarga Laksamana dan salasilah keluarga Seri Bira
Diraja, dapat dibuktikan bahawa kedua-duanya berasal dari keluarga melayu jati. 31
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah, taraf kedudukan Seri Bira Diraja
diangkat selari dengan kedudukan empat pembesar utama. Tugas Seri Bira Diraja
dilaporkan selari dengan tugas Laksamana. Jelaslah bahawa Seri Bira Diraja
merupakan sebuah gelaran yang dipegang oleh tokoh yang mana dinamakan juga
sebagai hulubalang besar, dan pembesar keempat terpenting selepas Bendahara,
Temenggung, Penghulu Bendahari, dan sebelum wujudnya jawatan Laksamana.
Namun, semasa zaman Sultan Mansor Shah, jawatan Laksamana diwujudkan dan
disandang oleh Hang Tuah. Perkara ini menunjukkan bahawa kuasa Seri Bira Diraja
semakin terpencil dan menurun. Menurut Sejarah Melayu,

Telah itu hang tuah dilekatkanlah gelar laksamana itu dan diarak keliling negeri
seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara seri bija diraja kerana adat dahulu
kala.32

Manakala jawatan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan


Mansur Shah pada tahun 1456-1477. Pada mulanya, jawatan ini ditempelkan oleh
30
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Hlm 175.
31
Ibid. Hlm 131.
32
W.G. Shellaber. 1903. Sejarah Melayu. Hlm 137.
17

Ratu Majapahit kepada Hang Tuah yang berkhidmat sebagai pembesar diplomasi
kerajaan Melaka ke Majapahit dan kemudiaannya diformalkan oleh sultan sendiri.
Telah dikatakan dalam Sejarah Melayu bahawa taraf Seri Bira Diraja telah berubah
apabila munculnya institusi Laksamana ini.33 Hal ini menunjukkan bahawa
Laksamana merupakan sebuah jawatan baharu di Melaka. Manakala jawatan Seri Bira
Diraja pula dianggap sebagai timbalan laksamana. Menurut Tun Seri Lanang, gelaran
Seri Bira Diraja disebut serentak dengan penyebutan jawatan Laksamana. Hal ini
menunjukkan bahawa, dari segi kedudukannya Laksamana mempunyai kedudukan
yang lebih tinggi berbanding Seri Bira Diraja, namun, fungsi dan peranan kedua-dua
pembesar ini tetap juga sama. Menurut Sejarah Melayu,

“... dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang... dan
kepada bentara yang di kanan itu daripada anak cucu hulubalang yang akan patut
menjadi laksamana dan seri bira diraja.34

Dalam catatan Sejarah Melayu menyatakan bahawa fungsi dan peranan Laksamana
dan Seri Bira Diraja adalah sama, namun yang membezakannya ialah peringkat dalam
hirearki jawatan pembesar.

“Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya
diselang-selang duduknya, melainkan puan dan pedang dikelek-kelekkan kir kanan;
pedang kerajaan itu laksamana atau seri bira diraja memikul pedang itu.35

tidak hanya berlaku dalam Kesultanan Melaka sahaja, di Kesultanan Johor juga
berlaku perubahan gelaran jawatan pembesar. Gelaran Seri Bira Diraja diubah kepada
gelaran Seri Bija Wangsa. Tokoh ini dilaporkan orang yang bertanggungjawab
menjadi ketua angkatan laut yang menjadi sebahagian ketumbukan angkatan laut
kerajaan Melayu-Johor.36

Seterusnya, berlaku perubahan jawatan dari jawatan Perdana Menteri ke


jawatan Bendahara. Pembesar yang terlibat dalam perubahan jawatan ini ialah Tun
Perak. Pada sebelumnya, Tun Perak berkhidmat sebagai perdana menteri dalam
Kesultanan Melaka. Semasa perkhidmatannya, Melaka telah diserang oleh Kerajaan

33
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Hlm 175.
34
W.G. Shellaber. 1903. Sejarah Melayu. Hlm 72.
35
Ibid. Hlm 72.
36
Leonard Yuzon Andaya. 1972. The Kingdom of Johor. Hlm 58-77.
18

Siam. Tun Perak sewaktu itu, menjadi panglima perang dalam mempertahankan
Melaka dari serangan Siam telah membuahkan hasil. Tun Perak berjaya mematahkan
serangan laut Siam pimpinan Awi Dicu (okya tejo) di Batu Pahat.37 Startergi licik serta
kejayaan tentera Melaka yang berjaya menewaskan tentera Siam yang diketuai oleh
Tun Perak telah mengangkat kedudukannya semakin tinggi dari perdana menteri
menjadi Bendahara Paduka Raja.

Jawatan pembesar tidak juga hanya diwarisi oleh keturunan para pembesar
sahaja, namun terdapat juga rakyat biasa yang dinaiktaraf kedudukannya dari rakyat
menjadi atau menjawat jawatan pembesar. Sebagai contoh yang dinyatakan dalam
Sejarah Melayu, bahawa mobiliti sosial dari bawah keatas pernah berlaku khususnya
terhadap Hang Tuah lima bersaudara.38 Hang Tuah pada sebelumnya diangkat menjadi
pembesar dalam Kesultanan Melaka merupakan seorang rakyat biasa. Namun,
disebabkan kemahirannya dalam bertempur dengan musuh. Beliau diangkat menjawat
jawatan pembesar dalam kerajaan Melaka. Menurut Hikayat Hang Tuah;

Suatu hari, Hang Tuah mengusulkan pada keempat sahabatnya untuk pergi berlayar
dan merantau bersama-sama. Empat sahabatnya pun setuju, dan mereka berangkat
berlayar. Di tengah perjalanan, mereka bertemu dan menundukkan tiga perahu yang
ternyata adalah musuh Bintan dari Siantan. Kawanan tersebut tak lain adalah kaki
tangan Patih Gajah Mada dari Majapahit yang ingin memperluas kekuasaan dengan
merompak di Tanah Palembang. Akhirnya, lima sekawan itu diangkat menjadi abdi
salah seorang pemimpin di negeri Bintan, yang dipanggil Bendahara Paduka Raja.
Dari sinilah kisah perjuangan Hang Tuah yang akhirnya justru mendapat gelar
laksamana dari Raja Majapahit dimulai.39

Kesimpulannya, jelaslah bahawa institusi pembesar di Tanah Melayu telah


mengalami perubahan jawatannya dari segi kedudukan hireraki dan fungsi serta
peranan pembesar tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pembesar yang berkhidmat
dengan cemerlang serta berpengaruh dalam suatu kerajaan akan diangkat ke jawatan
yang lebih tinggi dari sebelumnya. Perkara ini dapat disimpulkan bahawa pembesar
perlu memainkan peranan dan fungsinya dengan baik serta cemerlang dalam

37
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Hlm 169.
38
Badariyah Haji Salleh. 1997. Sejarah Dari Bawah : Sejarah Rakyat Dalam Masyarakat Melayu
Tradisional. Hlm 173.
39
Kasim Ahmad. 2017. Hikayat Hang Tuah.
19

perkhidmatannya agar pembesar tersebut dapat dinaiktaraf jawatannya atau tidak


diganti oleh pembesar lain yang mana menunjukkan lebih berfungsi darinya.

7.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN FUNGSI DAN PERANAN PEMBESAR


MELAYU ANTARA SATU NEGERI DENGAN SATU NEGERI YANG LAIN.

Seperti yang kita ketahui, jawatan hirearki pembesar terdapat di kesemua kerajaan di
Tanah Melayu. Peranan pembesar di negeri-negeri Melayu memiliki persamaan dan
perbezaan dalam beberapa aspek. Antara persamaan yang wujud melibatkan fungsi
dan peranan pembesar antara satu negeri dengan negeri yang lain ialah, bertindak
sebagai penasihat raja. Sebagai contoh, peranan Bendahara Melaka dalam menasihati
sultan merangkumi pelbagai aspek. Perkara ini boleh juga dijumpai dalam kerajaan
Kelantan yang mana membentuk sebuah majlis penasihat yang berfungsi sebagai
penasihat kepada raja. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat persamaan antara fungsi
pembesar di Tanah Melayu dalam menjadi penasihat kepada raja.

Dalam pengurusan pentadbiran juga, kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu


mempunyai skop dan peranan yang sama. Sebagai contoh, pembesar berperanan
dalam sistem kehakiman. Di peringkat negeri, Bendaharalah yang bertugas menjadi
hakim, manakala di peringkat daerah pula, pembesar daerah yang mengendalikan kes-
kes kecil. Di peringkat kampung pula, Penghulu Kampung bertindak sebagai orang
tengah dalam menyelesaikan suatu konflik atau masalah masyarakat. Manakala dari
aspek pentadbiran wilayah pula, peranan pembesar adalah sama di setiap kerajaan di
Tanah Melayu. Pembesar dikurniakan daerah oleh raja dan bertindak sebagai wakil
atau pemangku raja di daerah tersebut. Pembesar akan mentadbir daerah tersebut
sesuai dengan perintah dan arahan dari pusat iaitu raja. Sebagai contoh, Laksamana
Melaka yang mempunyai kawasan pengaruh seperti Siantan, manakala Dato’
Bahaman pula iaitu pembesar Pahang mentadbir kawasan Semantan. Jelaslah bahawa,
peranan pembesar dalam mentadbir kawasan pengaruh kerajaan mempunyai
persamaan dengan negeri Melayu yang lain.

Selain itu, antara persamaan fungsi pembesar antara kerajaan negeri di Tanah
Melayu ialah, dalam aspek ekonomi iaitu bertindak dalam mengutip cukai, menyelia
ekonomi negeri, menyokong perdagangan dan perniagaan serta membangun
20

infrakstruktur negeri. Pembesar di Tanah Melayu sememangnya amat berperanan


dalam aspek ini. Sebagai contoh, Shahbandar yang bertindak dalam kutipan cukai
kerajaan. Perkara ini juga mempunyai persamaan dengan para pembesar di Perak.
Contohnya seperti pembesar daerah iaitu Dato’ Maharaja Lela, pembesar Pasir salak
yang berperanan dalam mengutip cukai dalam kawasan pengaruhnya.

Namun, terdapat juga perbezaan fungsi dan peranan antara para pembesar di
negeri di Tanah Melayu. Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah melalui kedudukan
dan gelaran pembesar. Sebagai contoh, gelaran pembesar di kerajaan Melaka iaitu
menggunakan gelaran Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung serta
Laksamana. Manakala di Perak, pembesar menggunkan gelaran seperti Orang Kaya
Seri Maharaja, Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka
Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Hal ini menunjukkan perbezaan gelaran
yang wujud antara para pembesar di Tanah Melayu.

Selain itu juga, perbezaan yang wujud ialah dalam hirearki sistem lapisan
pembesar. Hampir kesemua sistem lapisan pembesar mengikut contoh hirearki yang
wujud di kerajaan Melaka, iaitu pembesar empat lipatan, lapan lipatan dan setersunya.
Namun di Negeri Sembilan, sistem pembesar terdiri dari enam peringkat bermulanya
dari bawah iaitu, anak buah, kedim, basar, buapak, lembaga dan tertinggi ialah
undang. Manakala, undang pula berpernan dalam melantik Yam Tuan Antah dalam
pentadbiran di Negeri Sembilan. Perkara ini dapat dilihat bahawa pembesar di Negeri
Sembila dilantik oleh orang bawahannya berbeza dengan lantikan pembesar di negeri
lain yang dilantik terus oleh sultan. Jelaslah bahawa perbezaan yang wujud ini adalah
disebabkan perbezaan adat yang diamalkan iaitu adat pepatih yang dilaksanakan
hanya di Negeri Sembilan, manakala hampir kesemua negeri lain menggunakan adat
temenggung.

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa setiap pembesar mempunyai tugas dan


peranan yang penting. Setiap pembesar di Tanah Melayu mempunyai fungsi yang
hampir sama dengan negeri yang lain. Namun, yang membezakannya ialah cara serta
perlaksanaan negeri tersebut yang membawa kepada perubahan perlaksanaan sistem
pembesar.
21

8.0 KEPENTINGAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN


POLITIK PEMERINTAHAN TANAH MELAYU.

Tidak dinafikan bahawa, pembesar amat memainkan peranan yang penting dalam
sistem pemerintahan di tanah melayu. Pembesar yang menduduki hirearki kedua
tertinggi selepas raja mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam pemerintahan
kerajaan tersebut. Dalam sistem pemerintahan, pembesar penggerak utama bagi
kerajaan dalam aspek politik, ekonomi serta sosial. Seperti yang telah dinyatakan di
atas, antara fungsi pembesar dalam aspek politik ialah, menasihati sultan dalam segala
aspek pemerintahan, menjalankan segala arahan dan perintah raja serta bertindak
sebagai pengganti kepada raja dalam memerintah suatu kawasan pegangan kerajaan
tersebut. Hal ini jelaslah bahawa, tanpa pembesar pentadbiran sesebuah kerajaan tidak
dapat dijalankan. Hubungan antara raja dan pembesar amat memerlukan antara satu
sama lain. Pembesar yang diperintah mengikut ketentuan raja tanpa paksaan dan
dilakukan dengan penuh taat dan setia sebagaimana perjanjian antara Sang Sapurba
dan Demang Raja Daun dalam konsep Wa’adat. Perkara ini dikuatkan lagi dalam
Sejarah Melayu; dengan kenyataan;

“Dan lagi tiada akan sentosa kerajaannya, kerana raja-raja itu umpama api, akan
segala menteri itu umpama kayu; jikalau tiada kayu, dimanakah api itu bernyala?...40

Dalam hikayat Hang Tuah memperlihatkan bahawa kesatuan raja dan pembesar
sebagai organisma melalui agihan tugas dan peranan. Raja sebagai payung negara
tempat rakyat berteduh, dan pembesar menumpukan taat setia dan mencurahkan
kebaktiaannya.41

Selain itu juga, dalam aspek ekonomi tidak diragukan lagi sumbangan
pembesar dalam aspek ini. Sememangnya raja berkuasa mutlak dalam ekonomi
kerajaan. Namun, penggerak kepada aspek ini adalah pembesar. Tanpa pembesar,
ekonomi kerajaan di Tanah Melayu mungkin tidak berkembang seperti sedia kala.
Pembesar sering dikaitkan dengan peranannya dalam kutipan cukai ke atas kawasan
pengaruhnya. Pembesar yang mempunyai kuasa ke atas kawasan pengaruhnya juga
berkuasa dalam menentukan perjalanan ekonomi wilayah tersebut seperti mengadakan
40
W.G. Shellaber. 1903. Sejarah Melayu. Hlm 172.
41
Ishak bin Saat. 2005. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Hlm 48.
22

perniagaan atau membuat pelaburan ke atas suatu perniagaan. Cukai yang dikutip oleh
pembesar juga merupakan sebahagian daripada pendapatan negeri tersebut. Tidak
hanya kutipan cukai, pembesar juga berperanan dalam penyediaan tenaga kerah iaitu
sistem kerah kepada raja. Sistem ini amat penting dalam pemerintahan. Hal ini kerana,
raja amat memerlukan tenaga kerah untuk keperluan pemerintahan seperti peperangan
dan membina keperluan sosial seperti masjid dan istana. Hal ini menunjukkan
kewibawaan pemerintah kerana mempunyai kedudukan sosial yang tinggi dalam
hirearki lapisan masyarakat.

Akhir sekali, pembesar juga amat berfungsi dalam aspek sosial. Pembesar
mempunyai peranan dalam mempertahankan adat istiadat dengan menjadikan ia
sebahagian daripada kehidupan sosial bagi masyarakat di Tanah Melayu. Adat istiadat
ini amat penting dalam pemerintahan kerana membezakan taraf dan kedudukan
susunan lapis masyarakat. Selain itu juga, adat istiadat ini menunjukkan nilai taat dan
setia pembesar kepada rajanya dan perkara ini amat penting dalam membina sebuah
kerajaan yang aman dan harmoni.

9.0 KESIMPULAN.

Kekuasaan dan pengaruh pembesar semakin kuat dikalangan rakyat. Perkara ini
menunjukkan bahawa jawatan pembesar amat berpengaruh dalam hirearki sosial
masyarakat di tanah melayu. Namun demikian, setelah kedatangan british di tanah
melayu pada abad ke 19, kekuasaan pembesar mula dicabar dan dihapuskan oleh
british. Hal ini telah menyebabkan ramai pembesar yang tidak berpuas hati kerana,
hak serta keistimewaannya dihapuskan dan pembesar telah bertindak balas dengan
menyatakan penentangannya kepada british. Oleh itu, telah terjadinya beberapa siri
penentangan yang dimainkan oleh pembesar untuk mempertahankan haknya dari terus
terhapus.

Sebelum kedatangan british ke tanah melayu, pembesar merupakan penasihat


tertinggi bagi sebuah raja. Perkara ini juga telah dinyatakan dalam fungsi pembesar
melalui aspek politik iaitu menjadi penasihat kepada raja dalam pelbagai aspek.
Sebagai contoh, peranan bendahara seri paduka dalam kesultanan melaka yang
bertindak sebagai penasihat tertinggi bagi sultan melaka. Namun, setelah kedatangan
23

british ke tanah melayu, peranan dan fungsi utama pembesar ini telah dihapuskan dan
diganti dengan sistem residen. Melalui sistem baharu ini, residen menjadi penasihat
kepada sultan yang terdiri daripada anggota pegawai british dan bukannya terdiri
daripada orang melayu sendiri. Walaupun residen hanya bertindak sebagai penasihat
kepada sultan, namun kekuasaan sebenar kerajaan terletak di tangan residen itu sendiri
dan bukannya raja. Kekuasaan raja hanya meliputi soal agama islam dan adat istiadat
melayu. Hal ini boleh diertikan bahawa, raja hanya berfungsi sebagai ketua agama
islam dan adat isitiadat serta hanya dianggap sebagai pemersatu kepada golongan
melayu.

Selain itu juga, dalam aspek ekonomi, pembesar kehilangan kuasanya melalui
aspek kutipan cukai. Kutipan cukai ke atas kawasan pengaruhnya merupakan sebuah
anugerah yang dikurniakan oleh raja kepada pembesar. Namun selepas kedatangan
british ke tanah melayu, anugerah itu dihapuskan. Hal ini menyebabkan para
pembesar kehilangan sumber pendapatannya. Hal ini juga telah mendorong para
pembesar bangkit melawan sistem ini dan menjadi antara faktor utama penentangan
para pembesar terhadap british di tanah melayu. Sebagai contoh, kebangkitan
pembesar di perak seperti dato’ maharaja lela yang menentang british kerana
kehilangan haknya untuk mengutip cukai ke atas wilayah pengaruhnya. Hal ini juga
turut terjadi di kawasan taboh-naning yang mana dato’ dol said iaitu pemerintah
daerah itu telah menentang british atas tindakan british yang menghapuskan haknya
dan telah menaikkan serta memperkenalkan pelbagai jenis cukai baharu kepada
rakyat. Tidak hanya melaui kutipan cukai, perlaksanaan sistem kerah, iaitu sistem
yang telah lama diamalkan oleh raja dan para pembesar di tanah melayu turut
dihapuskan. Menurut british, sistem ini merupakan suatu bentuk penindasan kepada
orang bawahan. Melalui penghapusan sistem ini, raja dan para pembesar telah
kehilangan pengaruh serta anak-anak buahnya, dan hal ini seterusnya telah
menurunkan pengaruh pembesar itu sendiri dalam sosial masyarakat di tanah melayu.
24

RUJUKAN

A Aziz Deraman. 2001. Masyarakat dan kebudayaan malaysia, suatu analisis


perkembangan kebudayaan di malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Armando Cortesao. 1944. The Sume Oriental of Tome Pires; and Account of The
East, From The Red Sea to Japan. Written in Malacca and India in 1512-1515. 2
Volumes. London. Hakluyt Society Works.

Badariyah Haji Salleh. 1997. Sejarah Dari Bawah : Sejarah Rakyat Dalam
Masyarakat Melayu Tradisional. dalam Badariyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee. Alam
Pensejarahan : Dari Pelbagai Persepsif. Dewan Bahasa dan Pustaka. kuala lumpur.

Harun Mat Piah. 2019. Kesultanan Melayu Perak. Dewan Bahasa dan Pustaka.

HJ. Ishak nin Saat. MA. 2005. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. karisma
publication sdn bhd.
25

J.M Gullick . 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kasim Ahmad. 2017. Hikayat Hang Tuah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang. 2003. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Yayasan
karyawan. Perpustakaan Negara Malaysia.

Leonard Yuzon Andaya. 1972. The Kingdom of Johor, 1641-1728, A Study Economic
and Political Developments in The Straits of Malacca. Cornell University.

Muhammad Hassan. 1968. Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim ph.d. 1989. Kesultanan Melayu Melaka, Kajian Beberapa
Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke 15 dan Abad ke 16 Dalam Sejarah Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Naim Fikri bin Abdul Rahim. 2021. Struktur Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam
Kerajaan Melayu Tradisional. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Adam. 2016. Pemerintahan Beraja Di Alam Melayu Merentas Zaman. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Samad A. Ahmad. 1984. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Shellabear. W.G. 1975. Sejarah Melayu (edisi kedua). Petaling Jaya. Fajar Bakti.

You might also like