You are on page 1of 2

Pengenalan

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah Kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah
Malaysia . Kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di
Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman
kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan
ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.

Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya
menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris
Kesultanan Melaka berpindah ke Johor Riau dan bermula dari situlah mereka meneruskan
perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.

Latar Belakang Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang Putera dari Palembang. Ketika
itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk
membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah
melarikan diri ke Temasik dan meneruskan perjalanan. Akhirnya Parameswara telah sampai di
sebuah perkampungan nelayan di Sungai Melaka dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi
nama Melaka.

Pada asalnya, muara sungai ini merupakan sebuah perkampngan nelayan dan tempat berjual beli
serta pertukaran barang dagangan disebabkan lokasi yang strategik seperti kedudukan Melaka di
laluan perdagangan utama antara timur dengan barat. Selain itu, Melaka mempunyai bentuk
muka bumi yang berbukit bukau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi
panduan kapal dagang. Seterusnya, Melaka juga mempunyai pokok bakau dan api-api yang
terdapat di pesisir pantai sebagai benteng pertahanan da pelindung semula jadi. Akhir sekalai,
muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun dan
membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan dengan selamat.

Faktor Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan oleh faktor kepemimpinan raja yang
berwibawa, sistem pentadbiran yang cekap dan sistem perundangan yang tersusun. Raja
merupakan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi disebabkan Sultan Melaka berasal
daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang dan diberikan taraf kedudukan yang tertinggi di
Alam Melayu. Selain itu, kedudukan raja merupakan peranan yang unggul dan memainkan
pelbagai peranan dalam sistem pemerintahan. Kepemimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep
daulat dan derhaka serta pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat
kebesaran diraja.

Di samping itu, Raja dibantu oleh pembesar yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Kesultanan Melayu Melaku juga telah memperkenalkan sistem perundangan yang mantap iaitu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka serta Undang-undang Adat, Adat
Temenggung.
Faktor Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun
1511. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka,
antaranya merupakan masalah kepimpinan. Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar
dalam pemerintahan dan pentadbiran menyebabkan ketidakstabilan politik. Sultan Mahmud
Shah dikatakan tidak memberi tumpuan kepada pentadbiran Kerajaan Melaka dan wilayah
takluknya. Selain itu, amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran setelah
Bendahara Tun Perak meninggal dunia dan telah digantikan oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara
Melaka. Pelantikan Tun Mutahir juga menyebabkan perbalahan sesama sendiri dalam kalangan
pembesar.

Seterusnya, masalah perpaduan antara rakyat Melaka juga merupakan faktor kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka. Rakyat Melaka yang tidak bersatu padu, pembesar Melaka yang
bersaing kuasa juga telah menyebabkan perpecahan. Kelemahan pertahanan ketenteraan
Melaka yang mengntung kepada peralatan perang tradisional dan askar upahan dari luar yang
tidak taat setia kepada Melaka.

Hubungkaitkan pengajaran kejatuhan Melayu Melaka.

Pengajaran kejatuhan Melayu Melaka yang harus dipelajari oleh rakyat Malaysia ialah
Para pemimpin haruslah mempunyai hubungan yangbaik sesama pemimpin dan rakyat. Para
pemimpin juga harus menolak kepentingan peribadi demi tugas dan tanggungjawab kepada
negara. Amalan rasuah perlu dihapuskan kerana ia akan melumpuhkan seluruh
jenter pentadbiran negara

Sikap saling hormatmenghormati harus ditanamkan di dalam diri setiap masyarakat yang hidup
dalam pelbagai kaum dan agama. Jika timbul prasangka yang berbentuk fitnah dan provokasi ,
maka akan menyebabkan perasaan marah dan dendam pihak yang tidak berpuas hati. Ini
sepatutnya menjadi cermin generasi kita hari ini. Setiap kaum harus menghormati adat resam
kaum-kaum yang lain dan menjauhkan rasa prejudis dan saling mengekalkan keharmonian
negara ini.Setiap rakyat perlu menanam dalam jiwa perasaan taat setia terhadap raja dan negara
ataupun pemerintah.

Semangat patriotisme di dalam masyarakat amat diperlukan meskipun hidup dalam budaya dan
agama yang berbeza. Di dalam negara kita, prinsip rukun negara menjadi wadah
perpaduan sepanjang zaman. Menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu
amat dituntut daripada generasi kini dan akan datang.

Nilai: Mempelajari dan memahami Kesultanan Melayu Melaka dapat memupuk sikap taat setia
dan patuh kepada kepimpinan negara.

Patiorisme: Kita haruslah menghargai sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di negara kita
dan sentiasa menunjukkan sikap cinta akan negara.

Harapan: Saya berharap………

You might also like