You are on page 1of 4

Nama: Grace Agnes Lee Yenn Huei Tingkatan: 2A

1.0 TAJUK KAJIAN


Kedatangan Portugis ke Alam Melayu kerana ingin mencapai matlamat kekayaan,
kemusnuhan Kesultanan Melayu Melaka, keagamaan dan kemasyhuran. Huraikan.

2.0 OBJEKTIF KAEDAH KAJIAN


2.1) Mengkaji Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
2.2) Mengenal pasti usaha bagi mengembalikan kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.
2.3) Kepentingan menghargai sumbangan Kerajaan Melaka kepada dunia pada hari ini.

3.0 KAEDAH KAJIAN


a) Saya telah menggunakan kaedah laman sesawang untuk mencari bahan kajian kes tentang
Kesultanan Melayu Melaka iaitu Serangan Portugis
b) Saya telah merujuk bahan-bahan rujuk yang berkaitan, buku-buku dan risalah
c) Saya juga telah melayari Internet untuk kemusnahan Kesultanan Melayu Melaka

4.0 Pengenalan
4.1 Menghuraikan latar belakang Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan melayu yang terkenal dan termasyhur di
asia tenggara. Kerajaan ini diasaskan oleh seorang Putera Srivijaya yang berasal dari
Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka
bukanlah sebuah Kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Pawamesrawa
berkhawin dengan puteri dari Pasai.  Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan
Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Parameswara telah berjaya memilih lokasi yang
sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Beliau telah memilih lokasi yang strategik untuk
membentuk kerajaan, iaitu muara Sungai Bernam yang juga dikenali sebagai Sungai Melaka.
Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih
juga mudah diperoleh. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi
petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan
Api-api boleh dijadikan benteng semula jadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan
perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

5.0 Dapatan Kajian


5.1 Menyatakan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak
kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak,
pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau
bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan.
Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu,
baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang
mengasaskan sebuah empayar luar negeri. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan
18 buah kapal daripada Angkatan di Raja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang
Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang
tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik
gadis-gadis dan mencuri di samping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya
mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang
dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa, India diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan
Mahmud Shah. Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan
Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu
pertahanan di Melaka, A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya
menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumat
kekuatan pertahanan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah,
ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan
kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat
pertolongan daripada negara China.

5.2 Menghuraikan Usaha bagi mengembalikan kegemilangan kesultanan Melayu Melaka


Apabila kejatuhan ibu kota Kesultanan Melayu Melaka iaitu Kota Melaka kepada penjajah
Portugis. Portugis berjaya menakluki Kota Melaka. Namun kesultanan Melaka tidak runtuh
disitu, hanya ibu kota Kesultanan Melaka sahaja yang ditakhluk oleh Portugis, wilayah
Kesultanan Melaka yang lain kekal dibawah kekuasaan Kesultanan Melaka.
Walaubagaimanapun, Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah tidak berputus
asa. Baginda berusaha untuk menawan semula kota Melaka dan menghalau penjajah portugis
dari Kota Melaka.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar dengan ketuanya
Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah berundur
ke Kampar, Sumatera.Dengan itu berakhirlah Kesultanan Melaka pada tahun 1526 setelah ibu
kota Melaka yang kedua iaitu Bentan dimusnahkan oleh Portugis. Berakhirlah Kesultanan
Melaka, Kerajaan melayu yang agung dan gemilang. Ia bertahan selama lebih 100 tahun
lamanya. Walaubagaimanapun anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan
mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai
keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud
Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka
dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Akhirnya, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat pada tahun 1528.

5.3 Apakan kesan kepentingan Kerajaan Melayu Melaka kepada Dunia hari ini?
Kesan kepentingan Kerajaan Melayu Melaka kepada Dunia hari ini adalah kepimpinan
merupakan aspek penting dalam sesuatu pemerintahan. Pemimpin mestilah melaksanakan
tanggunjawab dengan amanah dan tidak mengamalkan pilih kasih dalam pentadbiran.
Seterusnya, keselamatan negara. Perhatian dan tumpuan telah diberikan kepada aspek
latihan dan strategi ketenteraan. Selain itu peralatan ketenteraan telah lengkap dan mengikut
peredaran zaman serta setara dengan negara lain.
Akhirnya, kita telah mempelajari untuk tidak mempercayai orang asing terutamanya aspek
pertahanan negara kerana mereka tidak mempunyai perasaan taat setia kepada negara dan
bila-bila masa berpotensi untuk belot terhadap negara kita.

6.0 Rumusan
Kesultanan Melayu Melaka memang sangat hebat di serata dunia dari ketamadunan,
kebijaksanaan pentadbiran, kemajuan ekonomi, pusat kebudayaan, pendidikan
membuatkannya terkenal bebarapa abad. Malah teknologi terkini yang digunakan juga yang
paling canggih kerana Melaka sangat kaya bukan seperti yang kita di sogokkan selama ini
bahawa pahlawan hanya menggunakan keris dan lembing itu rancangan barat sejak ratusan
tahun untuk membuat sejarah baru orang Melayu yang kelihatan mundur dan lemah kajian
oleh ramai profesor di dunia juga telah menemukan bahawa kota, pakaian, peralatan org
Melayu Melaka semasa berperang dengan penjajah bukan seperti yang kita belajar selama ini
sebaliknya seperti pakaian bangsa Arab berdasarkan lukisan oleh seorang penulis sejarah
terkenal di Portugal pada zaman penjajahan portugis di tanah melayu kehebatan kesultanan
Melayu Melaka mendorong ramai pemerintah dari serata dunia dan pedagang datang
mengadap raja dengan membawa hadiah yang mahal sehinggakan tiada lagi yang setanding
dengan kehebatan Sultan Melaka lalu mereka menghadiahkan gunung kepada sultan melayu
Melaka yang kini di kenali di seluruh dunia dengan gunung Himalaya dagang orang Melayu
Melaka yang bernama Mendam Berahi yg paling besar di dunia sehingga besarnya 20x ganda
lebih besar dari kapal portugis tamadun melayu juga lebih lama dari tamadun mesir malah
Negara Amerika juga yang dikatakan asal milik peribumi red indian juga bila dilihat
genetiknya sangatlah mengejutkan bahawa ia adalah keturunan Melayu penulisan tentang
kesultanan melayu melaka sangat banyak ditulis namun penjajah telah membakar segala
bukti ketamadunan melayu kerana untuk menghapuskan sejarah sebuah bangsa yang agung
so banyakkan mengkaji sejarah terkini sebelum nak dengki dengan org Melayu.

Daripada zaman kesultanan melayu Melaka, banyak pengajaran yang dapat diambil dan
diamalkan dalam memajukan pentadbiran negara pada masa kini. Hal ini penting bagi
mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin terdahulu sehingga meruntuhkan sebuah empayar yang sangat
berpotensi untuk menjadi satu kuasa besar suatu masa dahulu. Oleh hal yang demikian,
YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.
7.0 Sumber Rujukan
Sumber Buku
-Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 KSSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
-Buku Focus PT3 Sejarah
Sumber laman sesawang
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka telah diakses pada 05 Ogos 2021
- https://berita.pas.org.my/kesultanan-melaka-pusat-perdagangan-dan-dakwah/ telah diakses
pada 07 Ogos 2021
- https://mymelaka.co/sejarah-melaka telah diakses pada 07 Ogos 2021

You might also like