You are on page 1of 19

Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat:

 Menjelaskan kewujudan masyarakat pluraliti zaman kesultanan Melayu Melaka


 Menerangkan dasar pecah dan perintah oleh penjajah British
 Memerihalkan kedatangan etnik Cina dan India
 Membincang struktur masyarakat Malaysia masa kini

3.1 Mukadimah
3.2 Empayar Kesultanan Melayu Melaka
3.3 Masyarakat Pluraliti Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
3.4 Masyarakat Plural
3.5 Dasar Pecah & Perintih Penjajah British
3.6 Kedatangan Etnik Cina
3.7 Kedatangan Etnik India
3.8 Keadatangan Etnik Lain
3.9 Struktur Masyarakat Malaysia Masa Kini

RINGKASAN
RUJUKAN

3.1 Mukadimah

Bab ini akan membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kewujudan


masyarakat plural Malaysia. Ditinjau ialah kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada
evolusi masyarakat plural sejak Empayar Melaka hingga kedatangan British ke Tanah
Melayu.

1
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

3.2 Empayar Kesultanan Melayu Melaka 1400-1511

Pada tahun 1401, Parameswara melarikan diri dari Temasik setelah diserang oleh Kerajaan
Majapahit. Beliau akhirnya sampai di muara Sungai Bertam (Sungai Melaka) dan di situ
berlakunya peristiwa seekor pelanduk menendang anjing buruannya. Takjub dengan
keberanian pelanduk itu, Parameswara merasakan tanah yang didudukinya begitu istimewa
lantas beliau memutuskan untuk mendidirikan sebuah kerajaan di situ. Nama Melaka diambil
dari sepohon pokok di mana kejadian tersebut berlaku.

Melaka berkembang dari sebuah pelabuhan kecil menjadi sebuah empayar yang setanding
dengan kuasa besar Siam dan China. Pada kurun ke 14, Kerajaan Siam cuba menyerang
Melaka tetapi gagal dan ini menyebabkan pengaruh kekuasaan Melaka semakin berkembang
sehingga ke Kelantan dan Patani. Empayar Melayu Melaka berjaya menjadi sebuah empayar
yang gemilang dan menguasai hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan
Lingga, Singapura dan juga Riau di Sumatera (Lihat Peta 2.1). Kerajaan Melaka turut
menguasai laut sekeliling Semenanjung Malaysia. Ini bermaksud bahawa kapal-kapal yang
melalui pantai timur Semenanjung Malaysia dan Selat Melaka turut tertakluk kepada bidang
kuasa Melaka.

Pedagang daripada
India & negara Arab

Pedagang
daripada Cina Keluasan Empayar
Melayu Melaka pada
abad ke 15

Kawasan Perairan yang


Dikuasai Empayar
Melayu Melaka

Peta 2.1 Empayar Melayu


Melaka
1400-1511

2
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Dasar-dasar ekonomi dan strategi yang diamalkan oleh Sultan Iskandar Shah menggalakkan
kedatangan pedagang asing. Tindakannya untuk menghapuskan aktiviti pelanunan yang
sebelum ini menyumbang kepada keengganan pedagang asing berdagang di Selat Melaka
turut memainkan peranan yang penting. Persekitaran yang selamat dan maju daripada segi
ekonomi telah membawa kepada penghijrahan pelbagai etnik ke Melaka dan seterusnya Alam
Melayu. Selama beberapa generasi, Melaka berkembang dari sebuah kerajaan kecil menjadi
sebuah empayar yang setanding dengan kuasa besar Siam dan China. Pada kurun ke 14,
Kerajaan Siam cuba menyerang Melaka tetapi gagal dan ini menyebabkan pengaruh kuasa
Melaka semakin berkembang sehingga ke Kelantan dan Patani. Hubungan diplomatik yang
dijalin dengan kuasa besar China juga satu tindakan bijak pemimpin Melaka.

Sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Sultan-Sultan Melaka


(1446-1459), Melaka sangat stabil dan Parameswara ( Sultan Iskandar Shah) 1400 – 1414
mencapai zaman kemuncak kegemilangannya. Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424
Kebijaksanaan Bendahara Tun Perak mentadbir
Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444
dan keberanian Laksamana Hang Tuah
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
mempertahankan Melaka, menjadi pelengkap
kejayaan Melaka. Kegemilangan ini diteruskan Sultan Muzaffar Shah 1446 - 1456
pula oleh Sultan Mansur Shah (1456-1477) Sultan Mansur Shah 1456 - 1477
yang dikenali sebagai seorang raja yang Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 - 1488
berilmu, adil dan mencintai agama sehinggalah Sultan Ahmad bin Mahmud Shah 1488 - 1511
ke zaman Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-
1488).

Tom Pires, seorang penulis portugis yang tekenal pernah menggambarkan kehebatan Melaka
dengan kata-kata berikut. “..tidak diragui lagi bahawa Melaka begitu penting dan beruntung
sekali, nampaknya bagi saya tiada bandingannya dalam dunia.. barang siapa menjadi raja
Melaka meletakkan tangannya ke kerongkong Venice..” Seorang lagi penulis Portugis,
Duarte Barbosa mengambarkan kehebatan Melaka dengan kata-kata berikut. “Sesiapa yang
menguasai Melaka, dia akan dapat menguasai perdagangan dunia”.

Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud, Melaka berada diambang kejatuhan. Beliau
diangkat menjadi Sultan diusia yang begitu muda ketika berumur 10 tahun. Selepas kematian
Tun Perak, pemerintahan Melaka tidak lagi stabil. Berlaku perebutan kuasa yang ketara
dikalangan pembesar negara. Rakyat berpecah belah dan tiada lagi perpaduan dikalangan
rakyat jelata. Bagi menggantikan Tun Perak, Tun Pepatih dilantik menjadi Bendahara dan
dikuti pula Tun Mutahir. Semasa Tun Mutahir berpegang jawatan Bendahara, konflik
perebutan kuasa semakin ketara. Beliau difinah oleh musuh-musuhnya yang ingin menjadi
Bendahara. Akhirnya Tun Mutahir dipersalahkan oleh Sultan dan dihukum bunuh.

Di saat itu Portugis mengambil kesempatan untuk menawan Melaka dan pada tahun 1511
Melaka ditawan dan berakhirlah kegemilangan Empayar Melaka. Sejak itu, Melaka kekal
tidak mempunyai sultan sehingga ke hari ini.

3
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

a) Bagaimana Melaka mendapat namanya?


b) Apakah yang dilakukan oleh pemimpin untuk memajukan Empayar
Melaka?
c) Apakah bukti Melaka disanjung tinggi oleh dunia?

3.3 Masyarakat Pluraliti Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Masyarakat pluraliti (berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘plurality’) wujud apabila
kumpulan etnik berlainan bertemu dan bertembung bukan kerana paksaan. Pertemuan
mereka disesuatu tempat adalah secara sukarela. Kumpulan pendatang berinteraksi dengan
penduduk tempatan, alam sekitar dan sistem tempatan secara harmoni. Sesetengah di antara
kumpulan etnik telah berkhawin dengan penduduk tempatan atau mengamalkan budaya
tempatan. Sambil itu adat resam pendatang diterima oleh penduduk tempatan.

Contohnya, pada zaman alam Melayu, pendatang menetap di kepulauan Melayu dan
berpindah-randah dari satu pulau yang lain dengan bebasnya untuk berniaga, berkhawin,
berkongsi ilmu dan sebagainya. Secara tak langsung mewujudkan unsur akomodasi serta
asimilai dalam kehidupan masyarakat kesultanan Melayu Melaka.

Empayar Melayu Melaka menguasai


sepenuhnya Selat Melaka yang menjadi
laluan perdagangan dunia terpenting. Ini
bermaksud bahawa kapal-kapal yang
melalui pantai timur Semenanjung
Malaysia turut tertakluk kepada bidang
kuasa Melaka. Pedangang dan
pendakwah keturuan India, Arab dan
Cina telah datang ke Melaka dan
muncul masyarakat plural (Lihat Rajah
3.1). Kerajaan Melaka mempunyai
perhubungan yang rapat dengan negara
China. Perhubungan ini kemudiannya
Rajah 3.1 Ketibaan pendakwah Islam daripada
negara Arab, Sumatera & India di Melaka
berkembang menjadi pertalian
diplomatik. Pertembungan budaya pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan titik permulaan kepelbagaian etnik Tanah
Melayu. Kebangkitan dan kegemilangan Melaka telah menarik perhatian pedagang dan
pendatang asing untuk bermastautin dan mewujudkan komuniti etniknya yang tersendiri.
Kedatangan etnik lain ini telah membawa kepada pertembungan dan penyerapan budaya yang
seterusnya menghasilkan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri kemajmukan.

4
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Melaka merupakan wilayah yang terkenal dengan kekayaannya. Kemashyurannya begitu


terkenal sekali sehingga penulis dan pedagang Portugis Tome Pires pernah menyebut bahawa
"Whoever is lord of Malacca shall have his hands on the throat of Venice" (Cortesao, 1990).
[terjemaham: Sesiapa yang menguasai Melaka akan dapat mencabar bandar Venice].
Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah jalan laut ke China dan India menjadikannya
pelabuhan yang ideal untuk kapal-kapal layar bersinggah sementara. Kapal-kapal layar ini
akan melalui Selat Melaka untuk mengelak angin taufan kencang yang pasti akan menimpa
mereka sekiranya mereka mengelilingi Sumatera.

Pada abad pertama kurun ke-16, Melaka telah pun


muncul sebagai bandar yang berciri kosmopolitan,
sehinggakan beratus-ratus kapal layar singgah di
pelabuhannya setiap tahun. Ia terkenal sebagai
pusat perdagangan sutera dan tembikar porselin
daripada Cina, tekstil daripada Gujerat dan
Coromandel di India (Lihat Rajah 3.2).
Rajah 3.2 Pedagang pelbagi etnik singgah
di pelabuhan Melaka untuk berdagang

Rempah ratus daripada Kepulauan Maluku di Indonesia,


emas dan lada hitam daripada Sumatera, kapur barus
daripada Borneo, kayu cendana daripada Timor dan bijih
timah daripada Malaysia Barat (Lihat Rajah 3.3).
Kesukaran memperolehi bahan-bahan mentah ini telah
menyumbang kepada kedatangan pedagang asing ke
Melaka, terutamanya daripada Eropah, yang menamakan
pelabuhan ini Malaqua.

Rajah 3.3 Melaka terkenal sebagai pusat


perdagangan rempah ratus

Hubungan Melaka dengan Cina:

Pada tahun 1409 juga, Laksamana Zheng He (atau Cheng


Ho) telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau
untuk meneroka dunia. Pada 1411, Sultan Iskandar Shah
(Parameswara) telah membuat pelayaran melawat negara
Cina dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang
untuk pertemuan dengan Maharaja Yung Lo daripada
dinasti Ming. Lihat Peta 3.2 yang menunjukkan
kedudukan Melaka daripada koleksi peta maritim Cina
pada abad ke 15.

Peta 3.2 Peta martim Cina yang


menunjukkan kedudukan
Melaka pada abad ke 15

5
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Disebabkan


kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan
penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik
dengan Kemuncak perhubungan diplomatik antara Cina dan Melaka
berlaku apabila Sultan Mansur Shah berkahwin dengan puteri Hang Li
Po (Lihat Rajah 3.4). Kedatangan Hang Li Po bersama dengan 500
orang wanita dan lelaki muda daripada keturunan bangsawan
membawa kepada petempatan Cina pertama di Tanah Melayu.

Kebanyakan daripada lelaki dan wanita ini berasal daripada daerah


Fujian. Keturunan lelaki keluarga-keluarga bangsawan ini kini
dikenali sebagai Baba manakala keturunan perempuannya pula
dikenali sebagai Nyonya. Komuniti Peranakan Cina di Melaka Rajah 3.3 Puteri
merupakan antara komuniti Cina terbesar pada zaman itu. Komuniti Hang Li Po
Peranakan Cina agak unik kerana masih mengekalkan budaya mereka (Rekaan Pelukis)
sendiri juga menyerap beberapa aspek budaya Melayu seperti pakaian
dan bahasa Melayu klasik. Pedagang Cina yang bertempat di Melaka juga merupakan
sebahagian daripada komuniti Peranakan Cina tetapi mereka telah berkahwin dengan wanita
tempatan kerana wanita Cina dilarang meninggalkan China pada zaman itu. Ini telah
menghasilkan kacukan Cina-Melayu. Namun demikian, kebanyakan daripada komuniti
Peranakan Cina pada ketika itu tidak mengamalkan perkahwinan campur.

Kegemilangan alam Melayu Melaka disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor
geografi dimana melaka terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk
dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal. Juga terdapat bukit yang boleh menjadi
petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan
masuk ke Melaka. Kegemilangan Melaka juga disebabkan kebijaksanaan pemerintah negeri.
Contohnya, Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua
kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu
oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.
Kegemilangan Melaka diperakui sehingga digelar sebagai ‘Cosmopolitan City’ dan
juga disamakan dengan kegemilangan Venice di Itali

Bagaimanakah penduduk pelbagai kumpulan


etnik berkomuniasi? Walau pun berpuluh bahasa
digunakan di Melaka, bahasa Melayu klasik
merupakan lingua franca pada ketika itu. Bahasa
Melayu klasik telah mula digunakan semenjak
zaman Kerajaan Srivijaya lagi dan semasa
kesultanan Melayu Melaka, penggunaannya telah
diperluaskan sebagai bahasa perdagangan dan
perniagaan (Lihat Rajah 3.4). Boleh dikatakan
bahawa bahasa ini berfungsi untuk menyatukan
pedagang-pedagang yang terdiri daripada pelbagai Rajah 3.4 Bahasa Melayu klasik
etnik pada ketika itu. Jadual 1.1 di bawah merupakan lingua franca di Empayar
Melaka
6
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

menunjukkan beberapa contoh perkataan Bahasa Melayu Klasik dan maknanya di dalam
Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden


Masygul Dukacita
Berahi Cinta
Marlepas Berlepas
Niparwuat Diperbuat

Jadual 3.1 Perkataan Bahasa Melayu


klasik yang menjadi lingua franca
Empayar Melaka

a) Bagaimana Empayar Melayu Melaka menjadi tempat bermaustatin


pelbagai kumpulan etnik?
b) Apakah yang maksud dengan ‘pluraliti’?
c) Apakah bukti Bahasa Melayu menjadi lingua franca penduduk Melaka
walau pun penduduknya pelbagai latar belakang?

3.4 Masyarakat Plural

Menurut Ongkili (1985), sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan
Borneo ketika itu didominasi oleh orang Melayu, orang asli, Kadazan-Dusun di Sabah dan
Iban di Sarawak serta bumiputera lain. Terdapat juga migrasi daripada luar juga berlaku
tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga pendatang daripada Sumatera, Indonesia.
Bagaimana pun, ia tidak berubah corak masyarakat ketika itu kerana kumpupan etnik
pendatang terdiru daripada rumpun yang sama. Bagaimana pun, keadaan berubah semasa
pemerintahan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak oleh penjajah British.

Perkataan ‘plural’ dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris yang bermakna lebih
daripada satu (Kamus Collins, 1983). Istilah ini diperkenalkan oleh J.S. Furnival dalam
bukunya, Colonial policy and practice: A comparative study of Burma and Netherland India
(1939) untuk menjelaskan komposisi sesuatu masyarakat. Menurutnya, masyarakat plural
terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai agama, buday, bahasa, adat resam dan
sebagainya yang tersendiri, berbeza di antara satu sama lain. Menurut, Ting Chew Peh (1979)
seorang ahli sosiologi tempatan, para ahli sosiologi baharu berpendapat masyarakat plural
terbentuk berasaskan kepada hubungan etnik berlainan di bawah satu sistem pemerintahan.

7
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Juga digunakan ialah perkataan ‘majmuk’ yang didefinisikan sebagai kumpulan manusia
yang hidup di sesuatu tempat, mengikut peraturan dan cara hidup tertentu yang terdiri
daripada pelbagai etnik, ras, keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam (Kamus Dewan,
1971).

Tambah, Furnivall walau pun pelbagai kumpulan etnik berganding bahu di bawah sistem
politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam
kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
ekonomi dan jual-beli. Dengan perkataan lain, penduduk berlainan etnik hidup berdampingan
tetapi tidak berintegrasi (Rujuk kepada Bab 2, Rajah 2.3). Seorang ahli sosiologi lain, Smith
(1965) berpendapat masyarakat plural wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas
dasar nilai bersama. Lazimnya, masyarakat plural dikuasai oleh satu kumpulan etnik yang
mempunyai budaya yang tersendiri. Colby dan van den Berghe (1969) pula menyarankan
bahawa sesetengah masyarakat plural di pecahkan bukan berdasarkan etnik, agama, kasta,
nilai atau adat resam tetapi berdasarkan kelas, taraf atau kuasa yang dipanggil ‘pluralisme
sosial’.

Nyata sekali bahawa terdapat perbezaan pandagan tentang kewujudan masyarakat plural. Ada
pendapat yang menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat
plural atau majmuk. Ada pula pendapat yang mendakwa bahawa masyarakat plural atau
majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘plural’?


b) Apakah masyarakat ‘majmuk’?
c) Bandingkan pendapat kewujudan masyarakat plural.

3.6 Penjajahan British & Kedatangan Etnik Cina

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau
Pinang pada Ogos 1786. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial
British di Malaysia iaitu selama lebih satu 150 tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara
tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimana
pun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada
komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios.

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat

8
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

faktor penarik yang ada di bumi mahu pun faktor penolak di negara asal masing-masing yang
bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur
masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor
penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi
berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor
utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Rajah 3.7 Orang Cina dibawa


masuk ke Tanah Melayu
untuk bekerja di lombong-
lombong bijih timah
kepunyaan penjajah Inggeris

Orang British sangat berminat dengan buruh dari Cina kerana upah yang rendah dan orang
Cina yang terkenal dengan kerajinan. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu berlaku
dalam abad ke 19 hingga abad ke-20. Pada masa itu, orang Cina yang datang ke Tanah
Melayu kebanyakannya dari Cina Selatan seperti Kwangung, Fuchien dan Kwangsai. Mereka
berhijrah berdasarkan dialek daerah. Ketibaan pesat pendatang asing dari Cina yang berlaku
dalam 1891 bermakna hampir separuh penduduk di Perak, Selangor dan Sungai Ujong terdiri
daripada orang Cina. Antara tahun-tahun 1895 dan 1927, lebih kurang 6 juta orang Cina
berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah (Lihat Rajah 3.7).
Selain itu, orang Cina juga terlibat dengan perniagaan (Lihat Rajah 3.8).

Rajah 3.8 Orang Cina


mencebor diri dalam
perniagaan & perdagangan

9
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Menurut Andaya (2008), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar
daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar
berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu
menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh
masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah
mengubah corak dan sistem sosial alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Pada
peringkat awal, kebanyakan pendatang Cina terpaksa membayar sendiri tambang perjalanan
dan lain-lain keperluan mereka di Tanah Melayu. Apabila keperluan untuk buruh meningkat,
orang British telah memperkenalkan tiga cara penghijrahan buruh dari China seperti berikut:

1) Sistem Tiket Kredit: Dengan pengenalan sistem ini, pendatang luar diberikan
pinjaman untuk menampung kos perjalanan dari China ke Tanah Melayu. Apabila
mereka sampai di Tanah Melayu, mereka diperlukan bekerja dengan broker yang
memberikan mereka pinjaman sehingga kesemua hutang dan faedah pinjaman mereka
langsai. Broker menentukan upah yang mereka terima. Oleh itu, pada kebiasaannya
kadar upah yang mereka terima adalah rendah. Buruh juga diberikan tempat tinggal,
makanan dan pakaian. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak bertahan lama kerana ia
memberikan kelebihan hanya kepada broker untuk mengaut keuntungan tinggi.
Broker mengenakan yuran yang tinggi kepada majikan tetapi memberikan upah yang
rendah kepada buruh. Sistem ini dilihat sebagai penindasan terhadap buruh. Akhirnya,
dalam tahun 1914, kerajaan British telah mengharamkan sistem ini.

2) Pengambilan oleh Majikan: Selepas sistem tiket kredit diharamkan, majikan


menghantar ejen mereka sendiri ke China untuk mendapatkan tenaga buruh. Biasanya,
ejen-ejen ini adalah mandur-mandur Cina yang kembali ke kampung masing-masing
untuk mendapatkan pekerja. Kesemua kos perbelanjaan dan perjalanan dibiayai oleh
majikan pada mulanya, dan selepas itu pekerja akan terikat terikat dengan kontrak
yang ditentukan oleh majikan. Pekerja buruh yang dibawa masuk mengikut sistem ini
dikenali sebagai buruh kontrak yang terikat untuk satu jangka waktu. Buruh dianggap
bekerja dengan kontraktor dan bukannya dengan majikan. Ini bagi mengelakkan
majikan dikenakan tindakan undang-undang. Sistem ini telah dapat mengurangkan
sedikit penindasan buruh dan melicinkan proses pengambilan buruh.

3) Sistem Pengambilan Rumah Kongsi: Satu lagi sistem yang diperkenalkan untuk
mengimpot buruh Cina ke Tanah Melayu ialah sistem pengambilan rumah kongsi.
Buruh dibekalkan dengan tempat tinggal dengan semua kos ditanggung oleh
pengurusan rumah kongsi. Sekiranya mana-mana kontraktor atau majikan
memerlukan buruh, mereka perlu membayar semua perbelanjaan dan hutang kepada
pengurusan yang mentadbir rumah kongsi. Sistem ini dilihat sebagai satu sistem yang
memberi banyak kelebihan kepada buruh dan mengelakkan mereka daripada ditindas.
Dengan pelaksanaan sistem ini, orang British telah dikenali sebagai orang yang teliti
dengan hal-hal dalaman pengambilan buruh

Pada awal abad ke-20, Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja
kemasukan buruh Cina ke Sarawak. Pendatng Cina telah menetap di Sibu. Miri dan Bintulu
dengan tujuan menerokai Lembah Rajang. Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa
masuk ke Sibu pada tahun Januari 1901 untuk mengusahakan tanah dan membangunkan
sektor pertanian gambir dan lada hitam. Di Sabah, orang Cina, Filipina dan Jawa dibawa

10
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

untuk bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa dan sektor pembalakan. Juga orang Jepun
dibawa masuk untuk kegiatan pemiliharaan mutiara.

a) Mengapakah orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu, Sabah dan


Sarawak oleh penjajah British?
b) Jelaskan tiga cara penghijarahan buruh Cina ke Tanah Melayu.
c) Manakah buruh Cina telah menetap?

3.7 Penjajahan British & Kedatangan Etnik India

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar
ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak
pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Rajah 3.9 Orang India


dibawa masuk ke Tanah
Melayu untuk bekerja di
ladang-ladang getah
kepunyaan penjajah
Inggeris

11
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani pada 17 Mac 1824, kerajaan


Inggeris telah membawa masuk buruh tawanan India, iaitu mereka yang telah dikumpul di
Bangkahulu, Indonesia. Buruh tawanan India ini diimpot ke Tanah Melayu untuk bekerja di
ladang-ladang kepunyaan orang Inggeris seperti ladang tebu di sepanjang Prai dan utara
Perak, ladang kopi di Selangor dan ladang teh serta estet getah yang dipunyai Inggeris dalam
tahun 1880an (Lihat Rajah 3.10). Kumpulan pendatang India lain, yang terdiri daripada etnik
Punjabi, dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk berkhidmat sebagai polis dibawah kerajaan
Inggeris. Pendatang India Muslim terlibat dengan perniagaan kecil (Lihat Rajah 3.10).

Rajah 3.10 Orang India


Muslim mencebur diri
dalam pernigaan kecil di
Pulau Pinang semasa
penjajahan British

Perkembangan masyarakat pendatang India meningkat pesat dalam tahun 1900an. Pada tahun
1911, 10% daripada penduduk Tanah Melayu terdiri daripada kumpulan etnik India dan
angka ini meningkat kepada 15% pada tahun 1921. Bagaimana pun, angka ini telah turun
kepada 7.3% pada tahun 2010. Pengambilan buruh India melalui sistem kontrak adalah
kaedah pertama digunakan oleh orang India ke Tanah Melayu. Sistem ini bermula pada awal
abad ke-19. Melalui sistem ini buruh India terikat dengan perjanjian kepada majikan mereka
yang telah mengambil mereka dan terlibat dalam usaha membawa tenaga kerja dari India.
Biasanya tempoh kontrak mereka tidak begitu lama, lebih kurang tiga tahun dan kontrak ini
dibuat secara lisan. Buruh kontrak adalah murah dan boleh dipindahkan dari satu majikan
kepada majikan lain dengan mudah. Walau bagaimana pun, sistem ini telah dihentikan dalam
tahun 1910 kerana terdapat kes-kes yang menyeleweng di kalangan buruh. Selepas itu
kerajaan British melaksanakan satu sistem baru.

 Sistem Kangani: Pengambilan buruh India melalui sistem Kangani diperkenalkan


apabila sistem kontrak dihapuskan. Kemasukan buruh melalui sistem ini adalah
murah dan bebas dari pemeriksaan pihak kerajaan. Biasanya, seseorang Kangani
akan mengambil buruh dari kampong mereka sendiri dan buruh tersebut akan lebih
beruntung kerana mendapat peluang kerja yang lebih luas. Buruh India di bawah
sistem ini tidak terikat kepada apa-apa perjanjian tetapi mereka dikehendaki
membayar balik semua perbelanjaan mereka.

 Dana Pendatang India: Penubuhan Dana Pendatang India adalah usaha kerajaan
British untuk menyarai dan mengimpot buruh India bekerja di Tanah Melayu.

12
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Kesemua kos termasuk kos perjalanan ditanggung oleh dana ini. Usaha ini membantu
kerja-kerja pengambilan buruh kerana India juga di bawah penjajahan British pada
masa itu. Dengan peningkatan jumlah dana, kerajaan British berjaya membawa ramai
buruh India ke Tanah Melayu.

3.8 Penjajahan British & Kedatangan Kumpulan Etnik Lain

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan migrasi daripada Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh
lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang
Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Timor dan Sulawesi serta
beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada
Indonesia terdiri daripada kumpulan etnik Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut
Arseculeratne (1991), pendatang dari Ceylon datang ke Tanah Melayu disebabkan penjajahan
British di Ceylon. Mereka menghijrah ke Tanah Melayu kerana ingin mencari rezeki yang
lebih baik berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka.

a) Mengapakah buruh India dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah


British?
b) Jelaskan sistem yang digunakan untuk membawa masuk buruh India ke
Tanah Melayu.

3.5 Dasar ‘Pecah dan Perintah British

Apabila British membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu, mereka telah pun
melaksanakan polisi ‘pecah dan perintah’. Dengan melaksanakan polisi ini, orang Inggeris
telah memecahkan Tanah Melayu daripada pelbagai aspek sambil ekploitasi hasil tempatan
dan menyekat penduduk Tanah Melayu daripada bersatu padu menentang mereka.

Penjajah British dengan sengaja menentukan status dan peranan yang berasingan kepada
Melayu, Cina dan India. Selepas mengambil alih Singapura daripada pihak Belanda melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, pihak British bermatlamat untuk memusatkan pentadbiran
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Selepas Perang Dunia Kedua, Melaka dan Pulau

13
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Pinang telah diserapkan ke dalam Malayan Union. Malayan Union telah digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

 Dasar ini dilaksanakan oleh penjajah British di kesemua tanah jajahan Tanah Melayu.
Pihak penjajah menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama Islam dan
istiadat Melayu diletakkan di bawah bidang kuasa sultan.

 Orang India diasingkan dalam estet. Mereka diberikan segala kemudahan asas seperti
perumahan, tempat ibadat serta sekolah Tamil. Dengan kemudahan-kemudahan ini,
penjajah British percayai bahawa mereka tidak akan keluar daripada estet dan
berinteraksi dengan kumpulan etnik lain.

 Orang Cina pula ditempatkan di kawasan perlombongan dan kampung-kampung baru


yang lengkap dengan sekolah Cina.

 Orang Melayu pula terlibat dengan kegiatan pertanian dan perikanan. Ramai di antara
mereka terdiri daripada penanam padi dan pekebun kecil getah (Lihat Rajah 3.11)
yang tinggal di luar bandar dan tidak banyak berinteraksi dengan kumpulan etnik lain.

Rajah 3.11(a) Orang Melayu sebagai Rajah 3.11(b) Orang Melayu sebagai pekebun
penanam padi semasa penjajahan British kecil getah semasa penjajahan British

 Paling jelas kelihatan akibat daripada kedatangan penjajah Barat ialah dasar
pengkelasan kumpulan etnik mengikut pekerjaan yang diamalkan oleh pihak British.
Dasar ‘pecah dan perintah’ British telah mewujudkan jurang yang luas antara
kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia dari segi sosial dan ekonomi.

14
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

 Pihak penjajah juga memperkenalkan sistem pentadbiran yang berasaskan sistem


pentadbiran yang digunapakai di Britain, iaitu sistem Westminster. Sistem pentadbiran
ini berlandaskan pengagihan kuasa antara pihak Kehakiman, pihak Eksekutif dan
pihak Perundangan. Setiap pihak hanya mampu mentadbir mengikut bidang kuasa
masing-masing. Sistem ini berbeza dengan sistem pemerintahan yang sedia ada
sebelum kedatangan British, di mana Raja atau Sultan mempunyai kuasa mutlak dan
pengagihan kuasa tidak berlaku sama sekali.

 Menurut Edward Said (1978) dalam bukunya Orientalism, penjajahan British tidak
hanya merlibatkan penjajahan ruang fizikal tetapi juga penaklukan ruang mind dan
pemikiran penduduk tempatan. Kuasa-kuasa penjajah Barat mencipta konsep sosial
“Timur”, yang membolehkan mereka menyeragamkan dan menghapuskan ciri-ciri
unik dan identiti sesuatu kumpulan etnik. Kuasa penjajah Barat telah menyifatkan
negara-negara Timur sebagai mundur, ganas, dan kurang rasional, berbanding dengan
diri mereka sendiri, yang lebih maju, bertamadun dan rasional. Pandangan ini
meninggalkan impak yang masih wujud sehinggalah hari ini.

3.9 Struktur Masyarakat Malaysia Masa Kini

Jumlah penduduk Malaysia, menurut Banci Penduduk 2010 ialah 28.3 juta orang yang
terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Lihat Jadual 3.2.

Kumpulaan Etnik Bilangan


Melayu 14,191,720
Cina 6,392,636
India 1,907,827
Kadazan-Dusun 568,575
Iban 713,421
Bajau 450,279
Bidayuh 198,473
Melanau 123,430
Murut 102,393
Etnik Lain (Sabah) 659,865
Etnik Lain (Sarawak) 156,436
Bukan Warganegara 2,320,779

Jadual 3.2 Taburan Penduduk Malaysia 2010

[sumber: Taburan Penduduk & Ciri-Ciri Asas Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia.
2010]

15
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Kumpulan etnik utama ialah Melayu yang mencatatkan 63.1% (atau kira-kira 14.1 juta)
daripada jumlah penduduk Malaysia dan ini diikuti dengan kumpulan etnik Cina dengan
24.6% (atau kira-kira 6.4 juta). Kumpulan etnik India adalah ketiga besar (6.3%) dan diikuti
dengan kumpulan etnik Iban dan Kadazan-Dusun. Lihat Rajah 3.12 yang menunjukkan
kumpulan etnik utama Malaysia dengan pakaian tradisional mereka.

Iban

Melayu

Kadazan-Dusun
Cina
India

Rajah 3.12 Kumpulan Etnik Malaysia dengan Pakaian Tradisional Mereka

Kumpulan etnik lain di Sabah dan Sarawak terdiri daripada orang bidayuh, kadayan,
rungus, orang sungai, bulongan, iranum, suluk, tidung, bisayah, bukitan, kajang, kayan,
kenyah, penan, sekapan, tabun, tanjong dan lain-lain (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010.
h:129).

Bukan warganegara Malaysia terdiri daripada warga Indonesia, Filipina, Bangladesh,


Nepal, Myanmar, Pakistan, India, Thailand, Vietnam, Kampuchea, Amerika Syarikat,
16
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Australia, Perancis, Itali, Sepanyol, Denmark dan lain-lain (Jabatan Perangkaan Malaysia,
2010. h: 130)

Rujuk kepada jadual 3.2 yang menunjukkan bahawa


2,320,779 penduduk Malaysia pada tahun 2010 Pada 16 Oktober 2013, akhabar
adalah bukan warganegara. The Star melaporkan bahawa
 Daripada jumlah ini, 0.9 juta terdiri daripada terdapat 14 kumpulan etnik
pekerja asing Indonesia, 0.31 juta pekerja menetap di Taman Sri Muda, Shah
asing Bangladesh dan 0.30 juta pekerja asing
Filipina. Alam.
 Pekerja Indonesia bekerja di sektor
pembinaan dan perladangan, pekerja
Bangladesh bekerja di sektor pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan.
 Pekerja Filipina bekerja sebagai pembantu rumah (20,000 orang), sektor pelancongan,
perubatan dan perkhidmatan.
 Pekerja Nepal yang berjumlah kira-kira 0.17 juta orang bekerja sebagai pengawal
keselamatan dan sektor perkilangan.
 Selain daripada itu terdapat kira-kira 0.17 juta pekerja asing Myanmar, 0.11 juta
pekerja asing India dan 0.10 juta pekerja asing Pakistan.
 Kumpulan etnik lain yang bekerja di Malaysia terdiri daripada orang Thailand,
Vietnam, Kampuchea dan lain-lain.

Kesimpulannya, pada masa kini, kepelbagaian etnik di Malaysia bukan sahaja terhad kepada
etnik-etnik yang sudah lama menetap di negara ini seperti Melayu, Cina, India, Iban,
Kadazan-Dusun dan bumiputera lain. Kini telah muncul komuniti peralihan (transitional)
yang terdiri daripada pekerja asing daripada pelbagai kumpulan etnik yang mempunyai
budaya, agama, adat resam dan pemikiran sendiri. Apakah peranan mereka dalam
pembentukan Malaysia sebagai negara pelbagai etnik atau masyarakat plural?

Agama Peratus
Islam 61.3
Budhisme 19.8
Kristian 9.2
Hinduisme 6.3
Lain-lain agama & kepercayaan 2.4

Jadual 3.3 Agama-Agama Penduduk Malaysia

[sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010]

Selain kepelbagaian etnik, penduduk Malaysia menganuti pelbagai agama. Lebih 61.3%
penduduk Malaysia menganuti agama Islam dan ini diikuti dengan kira-kira 19.8% yang
menganuti agama Budhisme. Kira-kira 9.2% penduduk Malaysia adalah penganut agama
Kristian dan 6.3% adalah penganut agama Hinduisme. Kira-kira 2.4% penduduk berpegang
kepada agama dan kepercayaan termasuk konfucianisme, taoisme, bahaisme, puak, suku,
folk, dan agama tradisi.

17
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

 Melaka berkembang dari sebuah pelabuhan kecil menjadi sebuah empayar yang
setanding dengan kuasa besar Siam dan China.

 Dasar-dasar ekonomi dan strategi yang diamalkan oleh Sultan Iskandar Shah
menggalakkan kedatangan pedagang asing.

 Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud, Melaka berada diambang kejatuhan.

 Masyarakat pluraliti (berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘plurality’) wujud


apabila kumpulan etnik berlainan bertemu dan bertembung bukan kerana paksaan.

 Empayar Melayu Melaka menguasai sepenuhnya Selat Melaka yang menjadi laluan
perdagangan dunia terpenting.

 Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan sutera dan tembikar porselin daripada
Cina, tekstil daripada Gujerat dan Coromandel di India.

 Pada tahun 1409 juga, Laksamana Zheng He (atau Cheng Ho) telah singgah di
Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.

 Menurut Furnivall, masyarakat plural terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai
agama, buday, bahasa, adat resam dan sebagainya yang tersendiri, berbeza di antara
satu sama lain.

 Masyarakat plural terbentuk berasaskan kepada hubungan etnik berlainan di bawah


satu sistem pemerintahan.

 Pengambilan buruh India melalui sistem Kangani diperkenalkan apabila sistem


kontrak dihapuskan.

 Apabila British membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu, mereka
telah pun melaksanakan polisi ‘pecah dan perintah’.

 Dasar ‘pecah dan perintah’ British telah mewujudkan jurang yang luas antara
kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia dari segi sosial dan ekonomi.

18
Bab 3: Kewujudan Masyarakat Plural

Andaya, L. Y. (2008). Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka.
New York: University of Hawaii press. p. 200

Arasaratnam, S. (1970). Indians in Malaysia and Singapore. London: Oxford University


Press.

Colby,B. dan van den Berghe, P. (1969). Ixil Country: A Plural Society in Highland
Guatemala. Berkeley: University of California.

Furnivall, J.S. (1939). Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.

Osborne, M. (2000). Southeast Asia: An Introductory History. Allen & Unwin.

Ongkili, J. (1985). Nation Building in Malaysia. Oxford: Oxford University Press.

Smith, M. G. (1965). The Plural Societies in the British West Indies. Los Angeles: University
of California Press.

Uy, V. (6 February 2009). "No foreign workers' layoffs in Malaysia". Global Enquirer.
Retrieved 2009-02-16.

19

You might also like