You are on page 1of 2

Latar Belakang Kesultanan Melayu Melaka

1. LATAR BELAKANG (SEJARAH MELAKA) Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang
merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Parameswara merupakan
keturunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama),
seorang penerus raja Srivijaya. Singapura Lama terdiri dan dikuasai oleh Sang Nila Utama selama 48
tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja dan kemudian
diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma. Pada tahun 1401, Parameswara putera dari
Seri Rana Wira Kerma. Parameswara telah mencuba untuk membebaskan Palembang daripada
Majapahit tetapi gagal atas sebab Palembang masih di bawah naungan kerajaan Majapahit pada
masa tersebut. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik, iaitu nama lama
Singapura bersama keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Gabenor Melayu dari Patani yang
dilantik oleh Raja Siam, beliau yang memerintah Singapura. Gabenor Melayu itu telah dibunuhkan
oleh Parameswara. Beberapa hari kemudian, Parameswara telah mengisytiharkan dirinya sebagai
Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Setelah hal pembunuhan Gabenor,
Parameswara telah melarikan diri ke Muar atas sebab beliau ingin menjamin keselamatan dirinya
kerana Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Di Muar, Parameswara telah
meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Kemudian baginda tiba di
Sungai Bertam yang nama lamanya ialah Sungai Melaka. Sungai Bertam merupakan kawasan
persisiran pantai yang terdiri daripada nelayan dan perkampungan Orang Laut dari puak kaum
Selatar. Pada masa itu, orang Selatar yang menduduki di kawasan tersebut telah meminta
Parameswara untuk menjadi Raja mereka. Menurut catatan Sejarah Melayu, baginda melihat seekor
anjing ditendang oleh seekor kancil ketika baginda berehat di bawah pokok Melaka. Parameswara
kagum atas semangat rusa tersebut dan baginda mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah
kerajaan dengan menamakan negeri itu sebagai ‘Melaka’. Baginda bijak menggunakan strategi yang
sistematik dan teratur untuk menjadikan Melaka sebagai bandar pelabuhan yang terkenal.
Hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa telah diwujudkan pada masa yang sama.
Parameswara telah berjaya membangunkan negeri Melaka bersama dengan pembesar-pembesar,
orang Melayu, orang Asli dan bantuan orang Laut.
2. Selepas Parameswara memeluk agama Islam dengan berasaskan gelaran Sultan Iskandar Syah
pada tahun 1409, Melaka telah menjadi sebuah negara Islam. Sehubungan dengan ini, kegemilangan
Melaka terus dilakukan oleh pemerintahan selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa
pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya mentadbir selama
lebih daripada satu abad sehingga Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Disebabkan Melaka terletak di lokasi yang strategik, ia menjadi
sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal terutamanya datang dari negara luar. Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan
Sultan Mansur Shah disamping untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dengan Melaka.
Seterusnya, bagi meraikan kedatangan Puteri Hang Li Po pada tahun 1458, Sultan Mansur Shah telah
menghantar Tun Perpatih Putih berserta segolongan pengiring pihak ke negeri China untuk
mengiringnya. Puteri Hang Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu
impak mengenai kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah kewujudan kumpulan kaum
Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk
tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya dan kebanyakan hidup
di Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah dari Empayar Melaka mencapai kemuncak
kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.
Melaka memainkan peranan sebagai pesaing utama di Siam yang berada di utara dan Majapahit
yang berada di selatan. Kemudian, Majapahit turut runtuh pada adap ke-15. Pada masa itu, Siam
telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali manakala semua percubaan serangan tersebut
mengalami kegagalan.

You might also like