You are on page 1of 2

Kebijaksanaan Pemimpin

Kejayaan Melaka membentuk sebuah empayar yang luas disebabkan oleh


kebijaksanaan sultan dan pembesarnya. Usaha perluasan kuasa bermula semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Baginda berjaya menguasai Pahang, Inderegiri, dan
Kampar. Sultan Muzaffar Shah bertindak bijak dengan menghantar Tun Perak bagi
menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. Baginda juga menjalin hubungan diplomatik
dengan China. Melalui hubungan ini, kedudukan Melaka bukan sahaja diiktiraf oleh sebuah
kuasa yang kuat seperti China, malahan oleh kerajaan lain di rantau ini. Sultan Muzaffar
Shah juga bijak menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim
di istana. Dengan itu, baginda dapat menumpukan usaha meluaskan kerana tidak
menghadapi masalah dalam negeri. Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah, usaha
perluasan kuasa telah diteruskan oleh pengganti baginda iaitu Sultan Mansor Shah.
Baginda berjaya menguasai Bernam dan Perak di Semenanjung Tanah Melayu serta Siak di
pantai timur Sumatera. Dengan usaha baginda, Pahang, Kampar, dan Inderagiri berjaya
dihalang daripada membebaskan diri daripada penguasan Melaka. Selepas kemangkatan
Sultan Mansor Shah, tampuk pemerintahan kerajaan Melaka diterajui oleh Sultan Alauddin
Riayat Shah. Baginda merupakan seorang pemimpin yang warak dan sangat mementingkan
pentadbiran negara. Buku Sejarah Melayu menggambarkan Sultan Alauddin Riayat Shah
sebagai seorang yang gagah. Usaha memperluas kuasa kerajaan Melaka turut dibantu oleh
pembesar yang berwibawa dan cekap. Salah seorang pembesar tersebut ialah Tun Perak.
Semasa menjadi penghulu Klang, Tun Perak berjaya menghalang serangan Siam pada
tahun 1445. Tun Perak mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing
berpindah ke Melaka. Ini dapat menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan
Melaka. Perluasan kuasa memberi beberapa kesan terhadap kerajaan Melaka. Melalui
dasar perluasan kuasa ini, Melaka menerima pelbagai ufti sama ada dalam bentuk wang,
barangan atau ketenteraan.
Dengan menguasai kerajaan di pantai timur Sumatera dan semua kerajaan di
Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Melaka dapat mengawal perairan Selat Melaka.
Bekalan barangan juga sentiasa diperoleh daripada negeri jajahan dan naungan. Dasar
perluasan kuasa juga telah membolehkan Melaka mengembangkan ajaran agama Islam ke
kawasan yang dikuasainya. Dengan itu, agama Islam tersebar luas di Kepulauan Melayu.
Kerajaan Melaka membentuk sebuah empayar yang luas merupakan penyambung
keagungan kerajaan Srivijaya. Melaka muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka.
Kejayaan ini adalah disebabkan Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak dan
berwawasan, serta mendapat sokongan daripada rakyat, dan tentera yang gagah dan setia.

Melaka bukan sahaja dapat menguasai politik tanah jajahannya, tetapi turut memajukan
ekonomi kawasan tersebut.

You might also like