You are on page 1of 19

TAJUK : KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

DISEDIAKAN OLEH : NUR NAJWA SYUHADA BINTI


KAMARUDDIN
TINGKATAN : 2 IBNU RUSYD
DISEDIAKAN UNTUK : PUAN ANIS ARIEZA BINTI CHE AZIZ
TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 2 (TST2)
#mestiskorTP6%
PERNYATAAN MASALAH
TEMA Warisan Negara
TAJUK 6 Kesultanan Melayu Melaka Sebagai Asas Kerajaan Masa
Kini
STANDARD KANDUNGAN Kesultanan Melayu Melaka

Pernyataan masalah:

Kerajaan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan yang hebat dan masyhur di Alam Melayu pada
abad ke-16. Bincangkan

Anda dikehendaki membuat kajian tentang kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

1 Pengenalan – Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka


2 Menghuraikan faktor-faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
3 Menjelaskan sistem pentadbiran dan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka
4 Membincangkan aspek kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
5 Sekiranya anda merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka,apakah langkah yang akan
anda ambil untuk membangunkan kerajaan ini
OBJEKTIF KAJIAN
PENGETAHUAN
Melalui kajian ini saya dapat mengetahui pengasas Kesultanan Melayu
Melaka secara terperinci dan faktor-faktor yang membawa kepada
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)


Selain itu, saya dapat membuat interpretasi berkaitan dengan sistem
pentadbiran dan sistem perundangan yang diamalkan oleh Kesultanan
Melayu Melaka yang berjaya membentuk Melaka sebuah negara yang
maju dan masyhur di peringkat antarabangsa.

NILAI KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK


Saya juga dapat menghargai usaha tokoh-tokoh pemimpin negara
seperti yang ditonjolkan oleh pemimpin daripada Kesultanan Melayu
Melaka yang sentiasa berusaha memajukan negara hingga terkenal di
peringkat antarabangsa.
KAEDAH KAJIAN
KAEDAH PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
Saya telah melawat ke Perpustakaan Sekolah Agama Menengah Jeram untuk mengumpulkan
maklumat serta fakta berkenaan dengan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Saya telah
memperoleh maklumat daripada majalah dan buku teks Sejarah Tingkatan 2 dan Tingkatan 1
(KBSM).

KAEDAH MELAYARI INTERNET


Saya telah membuat penyelidikan dengan melayari Internet dan mencari laman - laman web
yang berkaitan dengan kajian saya secara terperinci.

KAEDAH ANALISIS DOKUMEN


Melalui kaedah ini, saya telah mengumpul dan menganalisis maklumat-maklumat yang saya
perolehi daripada buku, majalah, internet dan youtube untuk memudahkan saya menyiapkan
laporan berkaitan dengan kesultanan melayu melaka sebagai asas kerajaan masa kini.
DAPATAN KAJIAN
1) PENGENALAN - PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka )‫ )كسلطانن ماليو مالک‬adalah sebuah kerajaan
melayu yang terkenal dan termasyhur di asia tenggara. Kerajaan ini
diasaskan oleh seorang Putera Srivijaya yang berasal dari Palembang
iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada
awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam.

Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin


dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama
rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih
satu abad sehingga lah apabila Kesultanan Melaka tewas di tangan
penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque yang meyerang
Melaka pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir
Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda
Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi
mewarisi Kesultanan Melaka.
2) FAKTOR KEGEMILANGAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dipengaruhi oleh 3 faktor utama
iaitu kepimpinan raja, sistem pentadbiran dan sistem perundangan.

1- KEPIMPINAN RAJA

1.Keturunan Raja Palembang


Berdasarkan teks Sulalatan Salatin,
pemerintah Melaka berasal daripada 2.Peranan yang Unggul
zuriat keturunan anak Raja Palembang
Raja mempunyai pelbagai peranan
yang dikatakan bersusur galur daripada
Iskandar Zulkarnain. dalam sistem pemerintahan :
• Mengetuai hubungan diplomatik.
Susur galur ini memberikan taraf
• Menjadi Ketua Agama Islam.
kedudukan yang tinggi kepada Sultan
Melaka dalam kalangan kerajaan lain • Menegakkan keadilan.
di Alam Melayu.
3. Daulat dan Alat Kebesaran
Daulat merupakan kuasa dan
kewibawaan raja sebagai pemimpin. 4.Kewibawaan
Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan
memberikan taat setia sepenuhnya dan raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil,
tidak boleh menderhaka kepada raja. berwibawa dan mengambil berat terhadap
kebajikan rakyat.
Antara alat kebesaran diraja termasuklah
cap mohor, nobat, keris, lembing dan Pemerintah mengutamakan keamanan dan
mahkota. Alat kebesaran digunakan kebajikan rakyat, menyiasat segala tuduhan
semasa upacara istiadat pertabalan, dengan teliti serta bekerjasama dengan
perkahwinan dan kemangkatan raja. pegawainya.
2- SISTEM PENTADBIRAN

1.Sistem Pembesar Empat Lipatan


Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat
pentadbiran, terdapat pembesar yang
dilantik oleh pemerintah bagi membantu
melicinkan pentadbiran.
Sultan dibantu oleh pembesar berempat,
pembesar berlapan, pembesar enam belas
dan pembesar tiga puluh dua.
Pembesar merupakan pentadbir kerajaan
pada peringkat pusat, jajahan, daerah,
mukim dan kampung.
2. Tugas Pembesar

Tugas utama pembesar ialah mewujudkan sistem pentadbiran yang


berkesan seperti:
• Menjaga keamanan kawasan.
• Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah.

Pembesar juga dikurniakan kawasan khas sebagai tanda untuk


mendapat sokongan bagi mewujudkan pentadbiran yang mantap:
• Kawasan khas pembesar berempat dikenali sebagai kawasan
pegangan.
• Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali sebagai
kawasan pemakanan.
3- SISTEM PERUNDANGAN
1.Undang-undang Kanun Melaka
1.Ditulis semasa pemerintahan Sultan
Muzaffar (1446-1456).
2.Disusun semula secara teratur pada
pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-
1511).
3.Terkandung 44 fasal-hak keistimewaan,
tanggungjawab raja dan pembesar.
Dapat mewujudkan keamanan dan
menjamin keselamatan rakyat.
2. Undang-undang Laut Melaka

1.Ditulis semasa zaman Sultan Mahmud


Shah untuk menentukan peraturan
pelayaran dan perdagangan.
2.Terkandung 25 fasal-peraturan di laut,
tertib berniaga, tatacara berjual beli,
tanggungjawab nakhoda, anak kapal,
kiwi dan syahbandar.
3.Undang-undang Adat (Adat Temenggung)

1.Diasaskan oleh Datuk Ketemenggunan.


2.Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan
takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan
perundangan.
3.Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu
takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki sulung.
4.Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
(kuasa terletak di tangan sultan atau raja).
4) ASPEK KEGEMILANGAN
KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka meneruskan tradisi gemilang kerajaan yang unggul di
Alam Melayu. Kegemilangan ini dapat dilihat dalam aspek pembentukan empayar,
kemunculan pusat penyebaran agama Islam dan pusat perdagangan serta kejayaan
menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan lain. Kegemilangan ini juga dapat
dibuktikan dengan kemunculan bahasa Melayu sebagai lincua franca dan sebanyak
84 bahasa dipertuturkan di Melaka.

Pusat
Empayar yang Pusat
Penyebaran
Luas Perdagangan
Agama Islam

Pengurusan Hubungan
Perdagangan Perdagangan
5) LANGKAH MEMBANGUNKAN KERAJAAN / NEGARA

Seandainya saya diberi amanah sebagai pemimpin Negara pada satu masa nanti, saya akan
berusaha mempertahankan kedaulatan Negara daripada dijajah semula seperti mana zaman
sebelum Kemerdekaan. Justeru itu, beberapa langkah akan saya lakukan antaranya ialah :-
- memperluaskan lagi Kempen Mencintai Negara terutama dikalangan pemuda-pemudi bangsa
- menerapkan nilai murni dan cinta akan Negara dalam melalui matapelajaran tertentu seperti
dalam subjek sejarah, sivik dan kewarganegaraan.
- menganjurkan lebih banyak program-program yang menarik penglibatan belia secara sukarelawan
yang dapat memelihara perpaduaan negara.
- menerbitkan buku tentang tokoh-tokoh kebanggaan Negara untuk dikenang jasa dan
pengorbanang mereka.
Kesimpulannya, dengan adanya seorang pemerintah yang berwawasan dan juga bijak mengatur
strategi, sudah cukup untuk membangunkan atau memajukan lagi sesebuah kerajaan. Pemuda-
pemudi di luar sana haruslah mengambil iktibar agar dapat memelihara insan yang cemerlamg dan
terbilang untuk negara pada masa hadapan.
6) KESIMPULAN & CADANGAN

Pengetahuan yang diperolehi daripada tajuk ini ialah Melaka telah di asaskan oleh
Parameswara yang berasal dari Palembang.Baginda bersama pemimpin yang lain telah
berusaha untuk memajukan negeri Melaka daripada pelbagai aspek seperti pembentukan
empayar, kemunculan sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat penyebaran serta
kejayaan menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan lain. Sehingga Melaka terkenal di
peringkat antarabangsa.

Nilai yang diperolehi ialah kita perlu memiliki sikap rajin dan gigih serta sentiasa bersungguh-
sungguh dalam melakukan sesuatu. Hal ini ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan
Melaka yang sentiasa bersikap adil dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka
demi memajukan negara. Secara tidak langsung negara juga akan dapat kekal aman dan
damai.

Harapan saya agar semua rakyat Malaysia memiliki semagat rajin berusaha dalam setiap
perkara khususnya dalam mewujudkan keharmonian negara. Saya juga berharap agar kita
dapat mencontohi semangat bekerjasama dan bersatu padu sebagaimana yang telah
ditonjolkan oleh pemerintah terdahulu demi mengekalkan kedaulatan negara.
RUJUKAN
BUKU
1. Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali dan Sharifah Afidah
binti Syed Hamid, 2016. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2. Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin dan Ahmad Salehee bin
Abdul Ishak bin Saidoo,2017. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

INTERNET
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Undang-Undang_Melaka
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_Temenggong
5. https://en.wikipedia.org/wiki/Undang-Undang_Laut_Melaka
LAMPIRAN (KAJIAN LITERATUR)

1) BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 2


2) BUKU TEKS TINGKATAN 1 KBSM
JADUAL ANALISIS DATA
NO. PERSOALAN KECIL SUMBER

internet
1 Pengenalan – Pengasasan Kesultanan
Melayu Melaka.

Buku teks
2 Menghuraikan faktor-faktor kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka.

internet
3 Menjelaskan sistem pentadbiran dan sistem
perundangan Kesultanan Melayu Melaka.

Buku teks
4 Membincangkan 3 aspek kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka.

internet
5 Sekiranya anda merupakan pengasas
Kesultanan Melayu Melaka, apakah
langkah yang akan anda ambil untuk
membangunkan kerajaan ini.

You might also like