You are on page 1of 18

WARISAN NEGARA BANGSA

BUILDING PROCESS OF NATION


Latar Belakang Negara
1.1 Bangsa Sebelum
Kedatangan Barat

NEGARA BANGSA KERAJAAN ALAM MELAYU


Kemunculan kerajaan Alam Melayu bukti asas negara bangsa
telah bermula sebelum kedatangan Barat
Proses pembentukan negara bangsa :
• Mengambil masa yang lama
• Melalui tahap berdasarkan sesebuah kerajaan
Kehebatan kerajaan Alam Melayu(Funan, Champa, Kedah Tua,
Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor, Majapahit) menunjukkan ciri
negara bangsa berkembang dan diwarisi kerajaan Alam Melayu
selepasnya
Latar Belakang Negara Bangsa
1.1 Sebelum
Kedatangan Barat

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA


Raja
✓ Tonggak utama kerajaan
✓ Kedudukan raja diperkukuh dengan pentadbiran
✓ Dibantu pembesar
✓ Raja ditaati rakyat dan dianggap suci
✓ Contoh : Raja Champa suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva
Undang-undang
✓ Memastikan kesejahteraan kerajaan
✓ Terpakai di wilayah pengaruh
✓ Panduan dalampentadbiran
✓ Contoh : Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa
Wilayah Pengaruh
✓ Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang
raja
✓ Contoh : Wilayah pengaruh Funan luas dari Sungai Mekong,
Teluk CamRanh, selatan Myanmar dan Segenting Kra
Rakyat
✓ Penduduk di dalamsesebuah negara yang setia kepada raja dan tidak
menderhaka
✓ Contoh : Rakyat Srivijaya buktikan kesetiaan mereka kepada
raja dengan upacara persetiaan dan meminumair
sumpah
Ciri-ciri Negara Bangsa
1.2 Kesultanan Melayu Melaka

KESULTANAN MELAYU MELAKA

1
Memberikan gambaran jelas tentang
kepentingan pembinaan dan perkembangan
sesebuah negara bangsa
Mempunyai sistem pentadbiran, peraturan,
masyarakat yang tersusun dan corak politiknya
yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

2
Ciri-ciri negara bangsa seperti kerajaan,
rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh,
undang-undang dan lambang kebesaran
menggambarkan pembentukan negara
bangsa yang kukuh pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka

KERAJAAN
• Muncul disebabkan oleh adanya raja
• Raja ialah pemerintah tertinggi dan dibantu pembesar
• Pemerintahan raja diperkukuh dengan Sistem
Pembesar Empat Lipatan
• Sistem pentadbiran tersusun menjadikan Melaka
empayar yang terkenal
• Selepas kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan
Melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan
Ciri-ciri Negara Bangsa
1.2 Kesultanan Melayu Melaka

RAKYAT
• Menumpahkan kesetiaan kepada Sultan Melaka
• Mematuhi undang-undang
• Rakyat Melaka terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Laut
• Golongan diperintah terdiri daripada golongan merdeka dan
hamba
• Raja menjamin kesejahteraan dan rakyat mengakui kuasa
Sultan
• Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan ikatan
antara pemerintah dengan yang diperintah

KEDAULATAN
• Lambang kekuasaan tertinggi sultan
• Hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah
• Kedaulatan Melaka diakui kerajaan lain dan bebas
campur tangan kuasa asing
• Diiktiraf oleh Dinasti Ming (Dinasti Ming menghantar
beberapa utusan seperti utusan yang diketuai oleh
Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan
antara China dengan Melaka)

WILAYAH PENGARUH
• Kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui rakyat
• Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh
yang luas iaitu seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan
pantai timur Sumatera
• Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan
• Menjadi bukti kewibawaan pemerintah
• Wilayah taklukan : wilayah yang diperoleh melalui
peperangan(Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri,
Kampar)
• Wilayah naungan : wilayah yang menerima ketuanan
Kesultanan Melayu Melaka sama ada melalui perkahwinan
atau persahabatan(Lingga, Pattani, Kedah)
• Peolehan wilayah melalui perkahwinan(Majapahit
menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana
mengahwini Puteri Majapahit)
Ciri-ciri Negara Bangsa
1.2 Kesultanan Melayu Melaka

UNDANG-UNDANG
• Terdapat dua undang-undang bertulis iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
• Mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat
• Menjadikan Melaka unggul
• Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99
Perak dipengaruhi oleh Undang-undang
Kesultanan Melayu Melaka

LAMBANG KEBESARAN
• Identiti kerajaan dan keistimewaan Sultan
Melaka
• Simbol kedaulatan pemerintah
• Contoh : Adat istiadat, warna, nobat, alat
regalia dan cap mohor(untuk mengesahkan
arahan dari Sultan
Keunggulan Sistem
1.3 Pentadbiran dan Undang-
undang

KEUNGGULAN
Bererti kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah
kerajaan
Dalam Kesultanan Melayu Melaka, keunggulan terbukti melalui sistem
pentadbiran dan undang-undang yang tersusun sehingga menjadikan
kerajaan ini masyhur

SISTEM PENTADBIRAN
• Mempunyai pentadbiran yang lengkap
• Dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan
• Menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka lancar dan tersusun
• Sultan Melaka memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu
wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat
• Kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan

SULTAN

BENDAHARA

PENGHULU
TEMENGGUNG LAKSAMANA
BENDAHARI
Keunggulan Sistem
1.3 Pentadbiran dan Undang-
undang

SISTEM PENTADBIRAN
• Tersusun dan berhieraki
• Pembesar lain yang membantu dalam pentadbiran ialah Syahbandar,
Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan penghulu
• Pelaksanaan pemerintahan secara sistematik ini menjadikan
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul
• Pentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung
dan Laksamana. Hubungan dan persefahaman dua hala antara sultan
dengan pembesar memastikan kejayaan Kesultanan Melayu Melaka.
Permuafakatan antara sultan dengan pembesar menjadikan proses
pentadbiran yang sempurna dan dapat mengelakkan sebarang
tindakan sewenang-wenangnya oleh pemerintahan. Permuafakatan ini
wujud sehingga hari ini
• Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem kewangan yang teratur.
Sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh daripada
urusan perdagangan, segala jenis cukai dan ufti daripada wilayah
taklukan serta naungan. Hasil perbendaharaan akan disalurkan untuk
kepentingan kerajaan seperti membeli senjata dan membina istana.
Kebijaksanaan pemerintah mengawal perbendaharaan menjadikan
Kesultanan Melayu Melaka semakin maju dan makmur.
• Dari aspek keselamatan pula, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai
sistem keselamatan yang kemas untuk menjaga keamanan di darat dan
di laut.
Keunggulan Sistem
1.3 Pentadbiran dan Undang-
undang

SISTEM PENTADBIRAN - PUSAT


SULTAN
Mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam segala
aspek, iaitu pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik
dan agama

BENDAHARA
Menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir dan ketua turus
angkatan tentera
Menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku
sultan

PENGHULU BENDAHARI

Menguruskan perbendaharaan secara teratur

SYAHBANDAR

Mengutip cukai di pelabuhan

PEMBESAR LAIN

Mengutip cukai di kawasan pegangan


Keunggulan Sistem
1.3 Pentadbiran dan Undang-
undang

SISTEM PENTADBIRAN - PUSAT


TEMENGGUNG

Menjaga keselamatan kota Melaka

LAKSAMANA

Bertindak sebagai panglima angkatan laut Melaka

SISTEM PENTADBIRAN - JAJAHAN

Pembesar ditugaskan untuk menguruskan


pentadbiran di daerah dan kampung.
Pembesar ini dilantik oleh sultan dan Pembesar
Berempat. Antara peranan mereka termasuklah
menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan
pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai.
Keunggulan Sistem
1.3 Pentadbiran dan Undang-
undang

UNDANG-UNDANG

Hukum Kanun Melaka


• Mengandungi 44 Fasal yang membincangkan antaranya
termasuklah jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar,
kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi

JENAYAH PERANAN SULTAN


DAN PEMBESAR
Perbuatan jenayah menggugat
ketenteraman dan keharmonian Setiap pembesar Melaka
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai peranan dalam
Hukuman setimpal dikenakan pentadbiran dan mereka juga
terhadap perbuatan jenayah perlu arif dalam hal berkaitan
seperti membunuh, menikam dengan pelaksanaan undang-
dan mencuri undang

KEKELUARGAAN EKONOMI
Perdagangan merupakan elemen
Isu kekeluargaan diberikan penting yang menjadikan Kesultanan
perhatian oleh Kesultanan Melayu Melayu Melaka terkenal di seluruh
Melaka dunia
Undang-undang keluarga bertujuan Undang-undang ini mempunyai
mewujudkan keharmonian dalam peraturan yang jelas tentang urus niaga
keluarga dan menyelesaikan untuk mengawal perdagangan di
masalah yang dihadapi oleh Melaka agar tidak berlaku sebarang
keluarga atau dalam perkahwinan kesalahan yang bertentangan dengan
ajaran Islam
Keunggulan Sistem
1.3 Pentadbiran dan Undang-
undang

UNDANG-UNDANG
ASPEK FASAL PENERANGAN
Jenayah Fasal 5.1 Apabila seseorang didapati
membunuh orang lain tanpa
pengetahuan raja atau pembesar,
maka dia akan dihukum bunuh.

Fasal 4 Hukuman bunuh dikenakan kepada


sesiapa yang ingkar arahan dan
memalsukan titah sultan.

Peranan Sultan Fasal 1 Dijelaskan tugas sultan, Bendahara,


dan Pembesar Temenggung dan Penghulu
Bendahari. Sultan bertanggungjawab
melantik pembesar, contohnya
Bendahara dan Temenggung.
Kekeluargaan Fasal 26 Pernikahan memerlukan empat orang
saksi, jika tidak cukup memadai dua
orang sahaja. Hamba abdi dan wanita
tidak boleh menjadi saksi dalam
pernikahan.
Ekonomi Fasal 30 Amalan riba diharamkan dalam
urusan perniagaan dan orang yang
menjalankan perniagaan hendaklah
akil baligh, siuman dan perlu
melafazkan niat jual beli.
Keunggulan Sistem
1.3 Pentadbiran dan Undang-
undang

UNDANG-UNDANG

Undang-Undang Laut Melaka


• Diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka, iaitu Nakhoda
Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak
• Diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah

PERANAN NAKHODA PELAYARAN


Dalam undang-undang,
dijelaskan peranan pegawai
Nakhoda berkuasa penuh dan selain nakhoda, antaranya
diibaratkan sebagai raja dalam termasuklah jurumudi, malim
pelayaran dan jurubatu
Semua pihak harus mematuhi Pelaksanaan peranan masing-
arahan nakhoda masing akan menjadikan
pelayaran selamat dan lancar

JENAYAH PERCUKAIAN
Perbuatan jenayah di atas kapal Percukaian yang sistematik dan
akan menggugat ketenteraman adil dinyatakan dalam undang-
dan keselamatan isi kapal undang ini
Undang-undang ini menjelaskan Pelbagai cukai dikenakan dalam
hukuman terhadap perbuatan urusan pelayaran untuk
jenayah yang berlaku meliputi perdagangan
perbuatan mencuri, membunuh Contohnya, cukai perjalanan dan
dan memberontak hasil perniagaan
Keunggulan Sistem
1.3 Pentadbiran dan Undang-
undang

UNDANG-UNDANG
ASPEK FASAL PENERANGAN
Peranan Nakhoda Fasal 13.1 Nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk
berniaga selama empat hari.

Fasal 13.3 Sekiranya nakhoda hendak singgah di


tempat yang tidak ada dalam senarai
persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat
dengan semua orang di dalam kapal untuk
mendapatkan persetujuan.

Pelayaran Fasal 9 Seorang malim harus arif tentang ilmu


pelayaran. Malim perlu mengetahui
keadaan ombak, arus dan kedudukan
bulan dan bintang agar pelayaran berada
dalam keadaan selamat. Jika malim lalai
dalam menjalankan tugas sehingga
menyebabkan pelanggaran dan kerosakan,
dia akan dijatuhi hukuman bunuh.

Jenayah Fasal 5 Seseorang yang berkelakuan jahat dan


membunuh orang di atas kapal, maka
orang tersebut akan dikenakan hukuman
mati.
Percukaian Fasal 6.3 Nakhoda menentukan jumlah cukai yang
dikenakan terhadap penumpang, iaitu satu
persepuluh daripada hasil penumpang
sekiranya penumpang ingin turun sebelum
sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga
bulan atau tiga hari.
Peranan Pemerintah dan
1.4 Rakyat

Peranan Pemerintah dan Rakyat

Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan


Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat. Rakyat yang
bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling
berkait antara satu sama lain. Perkaitan ini berfungsi
menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan.
Hubungan secara timbal balik ini mengukuhkan pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka yang membawa kegemilangan
kesultanan ini.

WAADAT
Maka titah Sang Sapurba, “Hendaklah segala anak cucu hamba, jikalau ada
salahnya sekalipun, atau zalim dan jahat pekertinya, janganlah segala hamba
Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan
cedera, berundur hingga ditakluk negerinya juga...”. Maka sembah Demang
Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi anak cucu duli tuanku dahulu
mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku”. Maka titah Sang
Sapurba, “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu”. Titah baginda,
“Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan
Allah bumbungan rumah ke bawah kaki ke atas”. Maka sembah Demang Lebar
Daun, “Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba
Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya”.
Peranan Pemerintah dan
1.4 Rakyat

GOLONGAN PEMERINTAH
Terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat diraja dan ulama.
Peranan Sultan :
• Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda
• Mewujudkan perpaduan rakyat
• Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan
• Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat

Peranan Pembesar :
• Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan
• Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat
• Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera
melalui sistem kerah.

GOLONGAN DIPERINTAH(RAKYAT)
Terdiri daripada pelbagai golongan seperti peniaga, petani, tukang dan nelayan.
Hamba terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.

• Menunjukkan taat setia kepada pemerintah


• Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana
takut ditimpa tulah
• Menjadi tentera
• Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong
• Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang
• Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana
atau jalan
APLIKASI NILAI KEHIDUPAN

Penerokaan warisan ciri-ciri Keunggulan pentadbiran dan


negara bangsa sebelum undang-undang sebelum
kedatangan Barat wajar kedatangan Barat yang
diwarisi dan diamalkan kini
dihayati untuk memupuk
berupaya untuk mengukuhkan
semangat kesetiaan kepada agenda pembinaan negara dan
raja dan negara. bangsa.

Hubungan antara pemerintah Sebagai ahli dalam keluarga,


dan rakyat yang diwarisi sejak sikap kerjasama dapat
zaman Kesultanan Melayu mengukuhkan institusi
Melaka penting untuk keluarga dan seterusnya
mewujudkan perpaduan menyumbang
masyarakat dan menjamin kesejahteraan masyarakat.
kestabilan negara.

Perpaduan dalam masyarakat


pelbagai kaum, budaya dan
agama menjadi asas penting
untuk menjamin keharmonian
masyarakat dan mengukuhkan
peradaban bangsa serta
negara.
RUMUSAN BAB

Ciri-ciri negara bangsa yang diwarisi oleh kerajaan Srivijaya daripada


kerajaan Alam Melayu sebelumnya telah mengukuhkan kerajaan
tersebut. Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka
merupakan asas kepada kewujudan negara bangsa di negara kita.
Kepimpinan yang baik dan diperkukuh dengan ciri-ciri negara bangsa
yang tersendiri mencerminkan keunggulan Kesultanan Melayu
Melaka. Kekukuhan kesultanan ini dilengkapi dengan keunggulan
pentadbiran dan undang-undang yang tidak tolok tandingan pada
zamannya dan diwarisi oleh kerajaan Melayu selepasnya. Keunggulan
ini mengukuhkan kelangsungan ciri-ciri negara bangsa yang diwarisi
sehingga hari ini. Ciri-ciri negara bangsa ini juga memupuk perasaan
cinta akan negara dalam kalangan penduduk. Sebagai rakyat
Malaysia, kita harus berbangga kerana mewarisi asas negara bangsa
yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara kita.

You might also like