You are on page 1of 18

Nama: Thilagan Raaj A/L Maran

Kelas: 3 Delta
Nama Sekolah: Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Dol Said
Nama Cikgu: MOHAMED YAZED BIN MOHAMED ISA
Tema: Warisan Negara
Tajuk Kajian Kes : Kesultanan Melayu
Melaka
Isu Kajian Kes : Kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka
Kajian Literatur
1)Fatimah Ismail
2)Mardiana Nordin
• Jabatan Sejarah
• Universiti Malaya
Standard Pembelajaran
• Menghuraikan Kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka
• Menilai kepentingan sifat kepimpinan
dalam pembinaan Negara
• Merumuskan iktibar yang diperoleh
daripada sejarah Kesultanan Melayu
Melaka
Objektif Kajian
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian
tentang Kesultanan Melayu Melaka.Saya telah
memilih kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka sebagai hasil kajian saya.Kajian saya ini
merangkumi objektif-objektif berikut:
1)Pengetahuan;
=Mengetahui ciri kepimpinan raja dan sistem
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
Objektif Kajian
2)Kemahiran;
=Menghuraikan sistem kepimpinan
Kesultanan Melayu Melaka
3)Nilai;
=Menghuraikan sistem pemerintahan
beraja yang diamalkan di Negara kita
Pernyataan Masalah
1)Apakah yang dimaksudkan dengan sistem
pembesar empat lipatan?
~Kerajaan Melaka telah mengamakan sistem pentadbiran
berdasarkan sistem pembesar empat lipatan yang dimana raja
menduduki hierarki paling tinggi
~Bertujuan bagi melicinkan sistem pemerintahan dari akar umbi
iaitu dari peringkat paling rendah hingga kepada pemerintah iaitu
sultan
~Antara pembesar yang tersenarai di dalam sistem empat lipatan
ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan penghulu
Bendahari.
Pernyataan Masalah
2)Jelaskan ciri kepinpinan raja dalam
Kesultanan Melayu Melaka yang mampu
mewujudkan sistem pemerintahan yang
gemilang.
~Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan.
~Pemimpin pertama=Iman
~Iman ada tiga implikasi,iaitu ‘imun’,’aman’,’amin’.
Pernyataan Masalah
3)Bandingkan sistem pebesar Kesultanan
Melayu Melaka dengan sistem pentadbiran
Negara kita sekarang.
~Perubahan itu mulai ketara
~Lebih 1700 bilik hotel meningkat
~Berpuluh kilang dibuka yang memberi lebih 20000 pekerjaan
Pernyataan Masalah
4)Nyatakan iktibar yang diperoleh dari
Kegemilangan Kesultanan Melaka.
~Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas pembinaan
Negara dan bangsa kita.
~Melaka digambarkan mempunyai masyarakat yang tersusun.
~Telah menyerang Bandar dan pelabuhan Melaka bagi membalas
dendam.
Kaedah Kajian
Penyelidikan Perpustakaan Melayari Internet
• Sejarah PT3(Tingkatan1,2,3)
• Sejarah Malaysia(Andaya) • www.gurukanansmkpn.blogspot.com
• www.eprints.um.edu.my
• Sejarah Melayu(Samad Ahmad)
Laporan
1)Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pembesar empat lipatan?
Kerajaan Melaka telah mengamakan sistem pentadbiran berdasarkan sistem pembesar empat
lipatan yang dimana raja menduduki hierarki paling tinggi dan di ikuti oleh pembesar pembesar empat
lipatan, pembesar lapan lipatan, pembesar enam belas lipatan dan pembesar tiga puluh dua lipatan .
Sistem ini digunakan bertujuan bagi melicinkan sistem pemerintahan dari akar umbi iaitudari
peringkat paling rendah hingga kepada pemerintah iaitu sultan. Mengikut sejarah, Melaka merupakan
pengasas sistem pembesar empat lipatan yang diperkenalkan oleh Parameswara atau nama islamnya
ialah Sultan Iskandar Shah.
Para pembesar merupakan golongan kedua terpenting selepas Sultan. Meraka merupakan
sekumpulan pegawai yang membantu Sultan dan raja bagi menjalankan pentadbiran. Antara
pembesar yang tersenarai di dalam sistem empat lipatan ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana,
dan penghulu Bendahari.
Terdapat para pembesar yang terdiri daripada golongan Kerabat diraja dan daripada kerabat
bangsawan dan juga dilantik kerana berjasa kepada sultan. Jawatan disandang secra warisan dan para
pembesar harus taa dan diberi surat tauliah untuk mentadbir serta diberikan kawasan pegangan bagi
membolehkan para pembesar mengutip cukai dan sebahagiannya diberikan kepada sultan.
Laporan
2)Jelaskan ciri kepimpinan raja dalam Kesultanan Melayu Melaka yang mampu mewujudkan system
pemerintahan yang gemilang.

Ketua negara dan pemerintah tertinggi. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan ketua agama
Islam. Mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar. Raja bertanggungjawab
sebagai ketua kehakiman.Raja mempunyai daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai oleh sultan.Raja berkuasa
menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah.Raja berkuasa menggubal undang-undang untuk
mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak boleh mempertikaikannya. Raja adalah ketua angkatan
tentera, walau bagaimana pun , Sultan tidak pergi berperang tetapi tugas berperang dipertanggungjawabkan
kepada Bendahara.Raja mempunyai kuasa mutlak mengerahkan rakyat menyertai tentera tanpa diberi upah.
Raja adalah ketua agama Islam dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang Islam diamalkan
dan diterapkan dalan system pentadbiran negara. Kecemerlangan pemerintahan beraja menjadikan Melaka
gemilang pada abad ke 15 hingga 16.Sistem pemerintahan Melaka memperlihatkan satu bentuk
pemerintahan sistematik dan teratur.Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka memperkukuhkan
konsep daulat da Melaka
Laporan
3)Bandingkan sistem pembesar Kesultanan Melayu Melaka dengan sistem pentadbiran Negara kita sekarang.
Sistem pentadbiran semasa zaman Melayu Melaka sememangnya telah banyak mempengaruhi sistem
pentadbiran negara Malaysia pada hari yang mana jika kita teliti dengan lebih mendalam lagi, terdapat
kesinambungan antara satu sama lain. Seperti yang kita semua tahu, Semenanjung Tanah Melayu merupakan bekas
tanah jajahan Inggeris sehinggalah negara kita mendapat kuasa sepenuhnya untuk memerintah negara ini pada
tahun 1957. Keadaan ini secara langsung memberi ruang dan peluang kepada pihak British untuk mencorak Tanah
Melayu mengikut acuan mereka sendiri terutamanya dari aspek politik dan ekonomi. Melihat dari aspek politik iaitu
melalui sudut pentadbiran pada ketika itu, Sultan-Sultan masih mempunyai kuasa sebagai ketua negara, akan tetapi
Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat dalam semua hal-hal kerajaan kecuali hal-hal berkaitan agam
Islam. Pada zahirnya, sememangnya pihak British sengaja letakkan sultan sebagai penaung utama dalam
Semenanjung Tanah Melayu, walau bagaimanapun, kuasa-kuasa Sultan adalah sangat terhad sehinggakan mereka
tidak mempunyai kuasa dalam menentukan sebarang keputusan. Hal ini berlaku kerana British sedar bahawa Sultan
merupakan lambang perpaduan masyarakat Melayu pada ketika itu melalui konsep derhaka yang mana rakyat jelata
tidak berani untuk menderhaka kerana risau akan dikenakan tulah. Oleh itu, sistem kesultanan masih dikekalkan
dan tidak dihapuskan oleh pihak Inggeris untuk memastikan kedudukan mereka terjamin iaitu tidak wujud sebarang
penentangan daripada masyarakat tempatan pada ketika itu yang sangat berpegang kepada konsep taat setia
kepada Sultan. Perbezaan yang ketara hanyalah dilihat dalam kuasa Sultan yang mana pada semasa Zaman
Kesultanan Melayu Melaka, Sultan mempunyai kuasa mutlak. Maka itu, melalui konsep inilah, asas sistem
kesultanan yang dibina sejak zaman Melayu Melaka masih kekal di negara kita sehingga ke hari ini.
Laporan
4)Nyatakan iktibar yang diperoleh dari kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
MEMILIKI sebuah empayar yang ternama, pusat perdagangan terkaya dan memiliki barisan pemimpin
yang bijaksana hingga berjaya membentuk sebuah kota kosmopolitan yang teragung pada abad ke-15,
membuatkan nama Melaka termasyhur dalam sejarah ketamadunan dunia.
Bukan sahaja Sulalatus Sulatin dan Hikayat Hang Tuah malah Ming Chronicle, Suma Oriental yang ditulis
oleh Tome Pires, The Book of Duarte Barbosa (1880) termasuk Eredia’s Description of Malacca catatan
Manuel Godinho de Eredia merupakan dokumen historiografi signifikan bercerita tentang keunggulan
Melaka.
Secara faktanya, kewujudan Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas pembinaan negara dan bangsa
kita. Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin berkata, Melaka digambarkan mempunyai masyarakat yang
tersusun, berperaturan serta mempunyai sistem pentadbiran dan politik yang tersendiri.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada
turun ke-15 bukan sahaja disebabkan kepentingan sebagai pusat
perdagangan.Di samping kegiatan perdagang, terdapat beberapa factor
lain yang berpangaruh dan menyumbang kapada kegemilangan
kerajaaan tersebut.Antaranya ialah factor politik,ekonomi dan
pendidikan.Faktor ini merupakan tiga faktor utama uang merangkumi
kesemua faktor kegemilangan kesultanan Melayu Melaka seperti sistem
pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik,hubungan antara kelas
melayu dangan orang laut ,kekayaan hasil bumi,penggunaan lingua
franca ,sistem masyarakat,penyebaran agama Islam dan
sebagainya.Kesemua faktor tersebut amat bertepatan dalam semua
aspek yang diperlukan dalam membentuk kerajaan Melaka seterusnya
dijadikan asas dalam mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka.
Rujukkan
1)Buku Ilmiah;
~Zainal Abidin Wahid,Kesultanan Melayu Melaka
~Shellabear,W.G(pengusaha)Sejarah Melayu
2)Internet;
~https://www.sabrizain.org/Malaya/Melaka-htm
~https://Malaysia.history.com
3)Buku Teks;
~Sejarah (Tingkatan 2)

You might also like