You are on page 1of 25

SEKOLAH MENENGAH TAMAN TUN DR ISMAIL

KAJIAN KES SEJARAH

TAJUK: KESULTANAN MELAYU MELAKA

Disediakan oleh : Nur Hidayah binti Ahmad Rizal

Kelas : 2 Edison

Subjek : Sejarah

Guru : Encik Muhammad Fikribillah bin

Kamarul Zaman
SEK MEN KEB TAMAN TUN DR ISMAIL
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

NAMA : NUR HIDAYAH BINTI AHMAD RIZAL


KAD PENGENALAN : 070424101088
TINGKATAN : 2 EDISON

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR


MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan grafik
dan gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:

PERAKUAN GURU :

TANDATANGAN : ………………………………
TARIKH : / / 2021
TEMA : KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI ASAS KERAJAAN MASA
KINI
TAJUK 5 : KESULTANAN MELAYU MELAKA

JADUAL KERJA

BIL TARIKH/ PERKARA T.TANGAN


HARI GURU
1. / /2021 Menerima taklimat peringkat sekolah dari Guru Subjek
Sejarah menerusi Google Meet
Rabu
2. Membina PERNYATAAN MASALAH yang sesuai
3. Membuat PERSOALAN KAJIAN mengikut tajuk
4. Menentukan OBJEKTIF KAJIAN yang sesuai mengikut
tajuk sekurang-kurangnya 3 objektif
5. Menentukan KAEDAH KAJIAN yang digunakan
sekurang-kurangnya 3 kaedah
6. Melaksanakan LAPORAN KAJIAN dengan sumber yang
betul
7. Membuat KESIMPULAN dan CADANGAN
8. Membuat SUMBER RUJUKAN sekurang-kurangnya 3
sumber mengikut ‘Kaedah Kajian’
9. LAMPIRAN
1.0 PERNYATAAN MASALAH

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400. Kemunculan
Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesinambungan kepada kerajaan masyhur di Alam
Melayu. Ia menjadi sebuah kerajaan yang unggul dan gemilang. Buktikan tentang pengasasan,
kegemilangan dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka.

2.0 PERSOALAN KAJIAN

I. (PENGETAHUAN)

Latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka?

II. (BUKTI)

Bagaimanakah pemilihan lokasi yang strategic untuk membentuk kerajaan Melayu Melaka?

III. (NILAI)

Apakah nilai-nilai yang dapat kita peroleh daari zaman Kesultanan Melayu Melaka.?

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian sememangnya penting dalam penulisan kajian kes kerana dengan adanya
objektif, maka murid mempunyai satu garis panduan yang jelas terhadap perkara-perkara penting
yang akan dikupas oleh murid. Antara objektif kajian murid adalah seperti berikut:-

A. Menceritakan tentang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

B. Menghuraikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

C. Menerangkan berakhirnya pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di


Melaka.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam proses menyiapkan kajian ini dengan berdasarkan tajuk, saya telah merujuk pelbagai
sumber rujukan seperti buku teks Sejarah tingkatan 2 untuk memastikan kesahihan fakta yang
ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalh tepat dan
benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang dipercayai.

Selain itu, kaedah seterusnya ialah kaedah yang saya gunakan ialah kaedah melayari
internet. Dengan menggunakan kaedah ini saya mendapat maklumat dengan senang berkaitan
tugasan ini. Antara laman web saya layari ialah https://anyflip.com/unhcf/akto/basic dan
https://www.slideshare.net/RathnaaWayy/kesultanan-melayu-melaka-39146762.

Seterusnya, saya juga menggunakan kaedah menganalisis dokumen dari Mardiana Nordin
http://eprints.um.edu.my/17851/1/DR_MARDIANA.pdf bagi memastikan fakta yang digunakan
dalam kajian ini adalah tepat selain dapat mengelakkan kebenaran terhadap peristiwa bersejarah
ini diragui.
5.0 LAPORAN KAJIAN

A: PENDAHULUAN

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 14,000
setiap selepas terjatuh dan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang kerajaan Majapahit
dalam menguasai kawasan seri Wijaya termasuk palembang penguasaan ini ditentang oleh
kerajaan oleh Raja paling bank dan puteranya Parameswara nak bagi mengembalikan kedaulatan
bangsa dan negara Parameswara telah berusaha membebaskan palembang daripada Majapahit
tetapi tidak berjaya.

Parameswara terpaksa berundur sehingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh


Temagi di bawah naungan Siam telah menerima kedatanganya. Kedudukan geografi Temasik
yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi pemerintah
Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan
Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar dan membuka penempatan baharu yang
dikenali sebagai Melaka.
LATAR BELAKANG PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. Laluan Perdagangan
- Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat
membolehkannya mengawal laluan kapal dagang.

2. Bentuk Muka Bumi


- Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau yang sesuai
dijadikan banteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang.
3. Benteng Pertahanan
- Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya
sebagai banteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh
musuh.
4. Terlindung angin monsun
- Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin
monsun. Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di
pelabuhan Melaka dengan selamat.
KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka berkembang dari sebuah perkampungan nelayan dan akhirnya
menjadi kerajaan yang masyhur. Terdapat beberapa faktor yang telah melonjakkan kerajaan ini
berkembang menjadi sebuah kerajaan yang gemilang di Alam Melayu iaitu;

1) Keturunan Raja Palembang

- Berdasarkan teks Sulatus Salatin, pemerintah Melaka berasal dari


zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur
galur daripada Iskandar Zulkarnain.
- Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada
Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

2) Peranan yang unggul

 Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran


 Ketua angkatan tentera
 Mengetuai hubungan diplomatik
 Menyelaraskan kegiatan ekonomi
 Ketua Agama Islam
 Menegakkan keadilan
3) Daulat dan Alat Kebesaran

- Daulat ialah kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin


- Alat kebesaran raja adalah seperti cap mohor, nobat, keris, lembing dan mahkota untuk
digunakan semasa uacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja.

Cap mohor Nobat diraja

4) Kewibawaan

- Adil, berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat


- Memerintah berdasarkan bidang kuasa Hukum Kanun Melaka
- Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah mengutamakan keamanan, kebajikan rakyat.
Sultan Mansur Shah menasihat puteranya, Sultan Alaudin Riayat Shah bersikap adil
SISTEM

PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Sultan berada di puncak sistem pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan melantik pembesar untuk membantunya dalam mentadbir kerajaaan. Hal ini juga
menyebabkan kerajaan ini gemilang dangan sistem pentadbiran yang tersusun.

i. Sistem Empat Lipatan


Pentadbiran Kesultaan Melayu Melaka berasaskan Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini juga
bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar dilantik bagi membantu
melicinkan pentadbiran. Selain itu, pembesar merupakan entadbir kerajaan pada peringkat
pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung.

ii. Tugas Pembesar

Tugas pembesar dapat mewujudkan sistem pentadbiran berkesan dengan menjaga keamanan
kawasan, mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah , membekalkan tenaga tentera
ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah. Pemerintah Melaka
juga mengurniakan kawasn khas kepada pembesar untuk ditadbir. Pengurniaan ini juga
sebagai tanda untuk mendapat sokongan pembesar.

Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan


pegangan. Manakala kawasan pemakanan ialah kawasan yang dikurniakan kepada
pembesar jajahan dan daerah. Selanjutnya, pembesar dibenarkan mengutip cukai di
kawasannya dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti.

Pembesar berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak


utama pentadbiran. Terdiri daripada Bendehara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Dikenali juga sebagai Orang Kaya Berempat.

Bendahara Penasihat raja, menteri utama peringkat pusat, ketua turus


angkatan perang, ketua hakim dan pemangku sultan
Penghulu Bendahari Pemungut hasil atau ufti, ketua bendahari, ketua urus setia
istana dan ketua syahbandar
Temenggung Ketua polis dan penjara,penguasa bandar dan kota Melaka,
pegawai protokal istana dan hakim di darat
Laksamana Ketua angkatan laut, pengawall peribadi raja, ketua duta, ketua
utusan ke luar negara dan hakim di laut
SISTEM PERUNDANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

i. Hukum Kanun Melaka


Hukum Kanun Melaka mula ditulis semsa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-
1456). Undang ini disusun semula secara teratur pada masa pemerintahan Sultan
Mahamud Shah (1489-1511).
Seterusnya, undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak
keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar. Dalam pada itu, hukum Islam juga
terdapat pada undang-undang ini yang berkitan dngan jenayah, urusan jual beli dan
kekeluargaan. Undang–undang ini juga dapat mewujudkan keamanan dan menjamin
keselamatan rakyat. Jenayah di dalam negeri Melaka dapat diatasi dengan baik dan
terurus.
ii. Undang-undang laut Melaka
Undang-undang ini ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan
menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Terdapat 25 fasal yang
menerangkan peraturan di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli. Ini kerana
kandungannya juga berkaitan tanggungjwab nakhoda, anak kapal, kiwi dan
syahbandar. Oleh itu, undang-undang menyebabkan aktivit perdagangan berjalan
dengan lacar dan adil. Keadaan ini memberikan keyakina kepada para pedagang.
iii. Undang-Undang Adat
- Dikenali sebagai adat temenngung kerana ia diasaskan oleh Datuk
Ketemenggungan
- Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan
harta, perundangan, sistem penggantian sultan (takhta kerajaan diwarisi oleh anak
lelaki sulung)
- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja, kuasa tertinggi sultan atau raja
- Membolehkan sistem perwarisan takhta berlaku secara teratur

ASPEK KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


i. Cara Pembentukan Empayar
Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
dan kawasan pantai timur Sumatera. Terdiri daripada tanah jajahan dan naungan.
Terdapat beberepa cara pembentukan empayar.
Antaranya pembentukan Empayar Kesultanan Melayu Melaka ialah dilakukan
untuk menjamin keselamatan Kesultanan Melayu Melaka. Antara kawasan taklukan
di Semenanjung Tanah Melayu ialah seperti Kuala Linggi Beruas Pahang Terengganu
dan Kelantan. Manakala kawasan taklukan di Sumatera pula ialah Siak, Kampar dan
Rokan. Di samping itu juga perkahwinan berlaku antara Melaka dengan puteri diraja
kerajaan lain perkahwinan mengapakah kan lagi hubungan persahabatan dan ke
keluargaan antara kerajaan Melaka dan kerajaan lain perkahwinan Sultan Mansur
Shah dengan Puteri Majapahit Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh
Melaka semakin luas.
Hal ini demikian membuatkan pengaruh Melaka bertambah hingga ke Barat dan
Timur.
ii. Kepentingan pembentukan empayar
Pembentukan empayar sangat penting utu meluaskan lagi politik, ekonomi, sosial dan
agama. Terdapat beberapa kepentingan
Antaranya ialah seperti politik untuk meluaskan wilayah dan jajahan takhluk dan
mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakhluk. Ini juga untuk menyekat
pengaruh kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai. Seterusnya, adalah untuk
pengaruh ekonomi seperti mendapat bekalan seperti hasil pertanian, rempah ratus dan
biji timah untuk diperdagangkan ke pelabuhan Melaka. Melaka juga boleh dilimpahi
dengan kemewahan barang dagangan dari luar negara. Contohnya adalah seperti
rempah ratus, rotan dan kayu yang menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.
Negeri Melaka juga dapat menumpukan kepada bidang perniagaan dan akhirnya
menjadi pusat perdagangan di gugusan kepulauan Melayu.
Selain itu, pengaruh sosial berlaku disebabkan wujud masyarakat majmuk yang
terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa dan merupakan masyarakt yang terdiri
daripada beberapa golongan dan dikelaaskan mengikut keturunan. Pengaruh sosial
juga berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab, India, China dan
Alam Melayu. Akhir sekali, adalah pengaruh agama Melaka merupakan tempat
tumpuan pendakwah-pendakwah menyebarkan agama Islam kerana Islam merupakan
agama rasmi kerajaan Melayu ini.
Hal ini kerana kerana perluasan boleh membolehkan Kesultanan Melayu Melaka
menguasai politik dan ekonomi serta menyebarkan agama Islam di wilayahnya.
iii. Pentadbiran Empayar
a. Pentadbiran pusat iaitu pusat pemerintahan dan pentadbiran terletak tempat raja
bersemayam dan raja dibantu oleh pembesar pusat.
b. Pentadbiran kawasan naugan iaitu kawasan yang mengakui ketuanan Melaka,
menghantar ufti, pemerintahan diketuai pemerintah negeri dan dibantu oleh
pembesar tempatan.
c. Pentadbiran kawasan jajahan iaitu  pemerintahan diketuai pemerintah yang
dilantik oleh Sultan Melaka.

PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

Cara Penyebaran Agama Islam

Pengislaman Pengislaman Sultan Iskandar Shah, para pembesar dan rakyat (1414) dan
Pemerintah Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam agama rasmi
Perkahwinan Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak
Peranan ulama Menghantar ulama dan mubaligh ke kawasan pengaruh. Tasawuf dan
dan mubaligh sufi berkembang melalui ulama dari Timur Tengah dan India. Sultan
Alauddin Riayat Shah menghantar ulama mengajar Raja Pahang,
Kampar, Inderagiri tentang hal ehwal agama
Perdagangan Tersebar melalui pedagang Arab, China dan India yang datang ke Melaka.
Selain jual beli, mereka mempunyai sifat mubaligh yang mendorong
penyebaran Islam dan mereka juga meyebar ke kawasan yang disinggahi
mereka selepas berlepas dari Melaka.
Perluasan kuasa Negeri naugan dan jajahan memeluk Islan sebagai tanda taat setia kepada
pemerintah Melaka.

Kesan Penyebaran

Tumpuan ulama Tumpuan ulama dan pendakwah dan Sultan menjadi penaung aktiviti
dakwah dan perbincangan kitab agama
Tempat Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar shah, madrasah, masjid dan surau
pembelajaran menjadi tempat pembelajaran al-Quran dan ilmu tasawuf
Persuratan Pengaruh Islam dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi dan
berlaku perkembangan tulisan Jawi dan Bahasa melayu, Bahasa Melayu
menjadi Bahasa persuratan dan penulisan
Pemerintahan Ulama memainkan peranan penting dalam hal pentadbiran, mufti dan kadi
dan Pentadbiran wujud untuk kelicinan pengurusan agama Islam

PUSAT PERDAGANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. Kedudukan Strategik
- Terletak di laluan perdagangan
utama (India dan China)
- Selat Melaka muncul sebagai
pusat perdagangan
- Menjadi perlabuhan maju

2. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran


Pusat Perdagangan Pelbagai Barangan

- timah, emas, kapur barus, hasil hutan,


4. Pusat Perkapalan
3. Dikunjungi Pedagang dari Dalam
- kapal kecil perahu, sagur, dan Luar Alam Melayu
payar, sampan, ghurab,
- Arab, China, Gujerat paling ramai, Pasai,
penjajap, baluk, lancuang,
jawa paling ramai dari Alam Melayu,
kakap, balang, kelulus, kapal
Brunei, Pegu, Parsi, Turki, Mesir, Luzon,
besar jong, bahtera
Ceylon, Burma, Kemboja, Champa, Annam

Pengurusan Perdagangan

1. Syahbandar
2. Cukai perdagangan
- Perlabuhan siuruskan
dengan teratur dan cekap Sumber pendapatan KMM.
oleh pegawai yang mahir Terdapat dua jenis cukai.
dan berpengalaman
- Urusan perdagangan - Cukai rasmi (cukai import)
dikendalikan olehnya. dikenali sebagi panduan.
- Tugasnya adalah Arab, India, Ceylon, Siam
mengurus pasar dan dan Pegu cukai 6%. Alam
gudang,menjaga kebajikan Melayu 3%. Bahan
serta keselamatan makanan tidak dikenakan
3. Mata Wang

- tukar barang China, Alam Melayu


dengan Barat, India

- Awalnya, tukaran nilaian seperti


jongkong timah, serbuk emas, kulit
(sambungan halaman sebelah) siput

- Mata wang timah digunakan


dikenali Calanis. Kepingan timah
terpahat nama Sultan Melaka yang
memerintah. Terdapat mata wang
emas, perak. Mata wang dari Pasai,
Harmuz, Cambay digunakan.

4. Orang laut 5. Kemudahan Pelabuhan


- memberikan taat setia kepada
- gudang tempat menyimpan barang
raja dan memainkan peranan
penting mengekalkan kestabilan
- kemudahan pengangkutan
kerajaan dan memastikan
urusan perdagangan lancar.
- Kemudahan bekalan makan dan
- Pelayar dan petunjuk arah minum dan khidmat membaiki kapal
yang cekap
- tempat penginapan dan syahbandar
- Sebagai tentera menjamin
keselamatan pedagan di perairan menjaga kebajikan pedagang
Melaka.
- kemudahan tempat beribadat
HUBUNGAN LUAR KESULTANAN MELAYU MELAKA
Alam melayu

Pasai - Dasar sama taraf


- Perkahwinan Sultan Melaka dengan Puteri Ratna
Kaumala
- Berkonsi pendapat dan perbincangan berkaitan dengan
hal agama Islam

Demak - Dasar kepentingan perdagangan dan penyebaran Islam


- Membekalkan beras, bahan makanan, erempah ratus dan
tentera

Majapahit - Perkahwinan
- Mengukuhkan persahabatan
- Semakin luas dan tamat ancaman dari Majapahit

Makasar - Menghantar utusan persahabatan


- Hubungan berlaku dalam aspek perdagangan, perkapalan,
Islam, kebudayaan dan kesenian.
- Makasar menghadiahi ‘Budak Raja’ kepada Sultan
Melaka
Luar Alam Melayu
China - Hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan
terjalin. Kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching dan
Laksamana Zheng He pada 1405
- Pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan
pakaian sebagai tanda pengiktirafan. Melaka mendapat
naugan dan perlindungan China.
- Pengiktirafan dan perlindungan dari China dapat
mengelakkan Siam. Melaka mahu situasi menang-
menang dengan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya

Ryukyu - Hubungan diplomatik dan perdagangan


(Jepun) - Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan
Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagangnya yang
melanggar undang di Melaka
- Membantu meningkatkan perdagangan

Siam - Pernah diancam oleh Siam semasa pemerintahan


Parameswara dan Sultan Muzaffar Shah
- Menjalinkan hubungan atas dasar diplomatik dan
perdagangan.
- Menghantar utusan ke Siam yg diketuai oleh Tun Telanai
dan Menteri Jana Putera
- Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras, bahan
makanan dan menjamin keselamatan.

Kerajaan lain - Perdagangan (Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel,


Bengal)
- Hubungan (Mesir, Parsi,Turki, Arab)
PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun
1511. Peristiwa ini menandakan bermula serangan Portugis dan penaklukan ke atas Melaka.

Faktor Dalaman
1. Masalah 2. Masalah Perpaduan
Kepimpinan
- Kelemahan Sultan  Rakyat tidak
Mahmud Shah dan bersatu padu
pembesar  Berlaku
menyebabkan persaingan kuasa
ketidakstabilan antara pembesar
politik. Melaka
- Amalan pilih kasih, menyebabka
rasuah dan nperpecahan
penyelewengan  Askar upahan dari
dalam pentadbiran luar tidak taat
- Perbalahan sesama setia kepada
sendiri dalam Melaka
kalangan pembesar

SERANGAN PORTUGIS

- Kedatangan Portugis ke Melaka adalah dengan matlamat kekayaan, keagamaan


dan kemasyhuran.
- Mengawal perdagangan rempah, menyebarkan agama Kristian daan
menghapuskan penguasaan pedagang Islam.  Hubungan Melaka-Portugis mula
dengan kedatangan Lopez de Sequeira II September 1509.
- Kegagalan rundingan menyebabkan Portugis di bawah pimpinan Alfonso de
Albuquerque menyerang Melaka
- Serangan tiga kali : 25 Julai 1511, 10 Ogos 1511, 24 Ogos 1511

STRATEGI MELAKA MENGHADAPI SERANGAN PORTUGIS


- Aspek diplomasi, strategi, pertahanan dan pertempuran menggunakan lancaran
dan perahu berapi
- Pertahanan Melaka diperteguhkan di kawasan pantai dengan kayu-kayan dan
pelbagai jenis meriam serta peti-peti berisi serbuk peluru
- Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai
- Menggunakan tentera bergajah bagi menghadapi serangan Portugis

PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN

- Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta
jajahannya kemudian bersemayam di Bentan
- Antara 1515 hingga 1519, Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan
mendapat semula Melaka tetapi gagal. Pada 1526, pusat pemerintahan Sultan
Mahmud Shah di Bentan dimusnahkan oleh Portugis.
- Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar
IKTIBAR KESULTANAN MELAYU MELAKA

Nilai yang kita boleh diambil dari Kesultanan Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu. Ia
menjadi pegangan masyarakat masa kini ke arah mebudayakan budaya timur yang penuh dengan
kesantunan.

Antaranya ialah menghormati pemimpin. Nilai amat penting kerana ia memupuk sikap
taat setia dan patuh kepada raja kepimpinan negara. Seterusnya, pengukuhan jati diri dan
menghargai kewarganegaraan masing-masing. Selain itu, ia meberi kefahaman kepada generasi
muda bahawa negara-negara yang lahir dari ini adalh berdasrkan persempadanan moden. Akhir
sekali, genersi muda perlu meletakkan ketinggian Tamadun Melayu (dengan meletakkan
Kesultanan Melayu Melaka) sebagai juga sebuah tamadun awal yang mempunyai ciri ketinggian
peradaban.

6.0 KESIMPULAN

Antara kefahaman saya dalam menulis laporan ini adalah tentang kemegahan atau kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka. Ia juga membuktikan kerajaan di Alam Melayu mampu menjadi
bangsa yang maju dan kuat. Parameswara bagus dalam memilih kawasan yang strategik dalam
membina kerajaannya.

Ia juga sebuah tempat perdagangan yang selamat dikunjungi kerana pedagang yang
berdagang di Melaka dijaga dengan baik. Kerajaan ini juga membuat hubungan diplomatik
dengan hubungan luar. Ini juga menyebabkan negara lain menghormati Kesultanan Melayu
Melaka. Kita juga perlu terus memelihara hubungan baik dengan negara lain.

7.0 CADANGAN

Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka berakhir pada 24 Ogos 1511. Legasi
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka diwarisi dan diteruskan pula oleh Kesultanan Johor
Riau. Kekalahan Kesultanan Melayu Melaka perlu dijadikan iktibar kepada kita tentang
kepentingan memelihara perpaduan. Hal ini bagi mengelakkan perpecahan yang boleh
mengancam perpaduan dan keamanan negara.

8.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

Sumber Buku

Dr. Suffian bin Mansor, Dr Mardiana binti Nordin.2019. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 KSSM.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(Tambah lgi sumber buku rujukan lain yang kamu rujuk)

Sumber Jurnal

Mardiana Nordin. 2017. “Kesultanan Melayu Melaka”

http://eprints.um.edu.my/17851/1/DR_MARDIANA.pdf (sumber internet)

Sumber Internet

https://prezi.com/gbmvt53k25zj/kepentingan-pembentukan-empayar/

https://learning-is-easy-here.blogspot.com/2021/01/nota-ringkas-dan-padat-

sejarah_72.html

https://www.slideshare.net/Zairol83/zaman-kesultanan-melayu-melaka-9766578

https://en.wikipedia.org/wiki/Malacca_Sultanate
9.0 LAMPIRAN

You might also like