You are on page 1of 10

SEJARAH TAHUN 4

TUN PERAK BENDAHARA TERBILANG


Nama : TUN PERAK
Nama Bapa : TUN PEPATIH SEDANG
Jawatan : Bendahara Melaka
Gelaran : Bendahara Paduka Raja
Pengalaman : Menjadi Penghulu Klang
Menjadi Penghulu Bendahari Melaka
Senarai Sultan Melaka Semasa Tun Perak
Menjadi Bendahara Melaka
 SULTAN MUZZAFAR SHAH
 SULTAN MANSUR SHAH
 SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH
 SULTAN MAHMUD SHAH
Kebijaksanaan Tun Perak Dalam
Menangkis Serangan Siam di Melaka

 Tun Perak merupakan salah seorang pembesar yang berperanan penting dalam usaha memperluaskan
kuasa kerajaan Melaka.
 Pada tahun 1445, Tun Perak Berjaya menghalang serangan Siam.
 Pada ketika itu beliau ada Penghulu Klang.
 Strategi beliau ialah mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke
Melaka.
 Tujuannya untuk menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka.
 Kebijaksanaan Tun Perak mematahkan serangan Siam menyebabkan Sultan Muzaffar Shah melantik
Tun Perak menjadi Penghulu Bendahari Melaka.
 Tun Perak telah dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah sebagai Bendahara Melaka apabilaBendahara Tun
Ali meletakkan jawatan setelah berkahwin dengan Tun Kudu, kakak Tun Perak.
Peranan Tun Perak Dalam Membina
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

 Mempertahankan Kesultanan Melayu Melaka daripada serangan Siam sebanyak dua kali
 Memperluas kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
 Menjadi penasihat Sultan Melaka
 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran atas arahan Sultan Melaka
 Membangunkan Melaka sebagai pusat perdagangan
 Mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan
 Menjalinkan hubungan antarabangsa
 Mencadangkan pengganti Sultan Melaka
 Membantu mengembangkan agama Islam
Sifat-sifat Kepimpinan Tokoh Yang Boleh
Dijadikan Contoh

 Menjadi pemimpin yang cekap dan bijaksana


 Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar
 Berfikiran jauh ke hadapan
 Berusaha memajukan negara
 Berani bersuara kepada kuasa dalam mahupun luar
 Memiliki rasa percaya diri yang tinggi
Kebijaksanaan Tokoh Dalam Membentuk
Sahsiah Individu

 Seorang pemimpin perlu membantu pemerintah dalam urusan pentadbiran dengan memberikan buah
fikiran yang bernas.
 Bijak merancang strategi bagi memajukan negara.
 Merancang kaedah untuk mengekalkan kedaulatan negara.
 Berusaha mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan.
 Menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.
 Mengutamakan keamanan dan kedaulatan negara.
Kepentingan Nilai Ketaatan Dan
Kesetiaan Kepada Pemimpin

 Menjamin sesebuah kerajaan dapat bertahan lama dalam keadaan aman dan harmoni.

 Menentukan masa depan dan kejayaan sesebuah negara.


 Mengelakkan perselisihan dan konfrontasi dalam kalangan rakyat dan
pemerintah.
 Menjamin kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.
 Menutup ruang terhadap campur tangan kuasa asing.
KUIZ SEJARAH
http://gg.gg/sejarah4sina

You might also like