You are on page 1of 14

MALAYSIA:MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI BARU LSM 1023 TAJUK: Dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku sejak zaman

Srivijaya, bincangkan kekuatan / kelebihan Melaka sehinnga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan dan budaya yang penting di rantau Melayu pada kurun ke -15 dan ke -16 NAMA : CHE SITI FATIMAH BINTI VHE AZIZ NO MATRIK: D20081032697 FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN PROGRAM :PENDIDIKAN SEJARAH KOD : AT32 DI SEMAK OLEH: DR.HARYATI BINTI HASAN

PENDAHULUAN
Menurut sumber Melayu dan Eropah 1Melaka sebenarnya berasal dari kerajaan Srivijaya iaitu berpunca dari putera raja yang lari dari Palembang. 2Selain itu, di dalam Suma Oriental Sejarah Melayu ada menyebut Parameswara putera Palembang itu, meninggalkan Sumatera oleh sebab dia sedar bahawa martabatnya di `kepulauan jiran` tidak boleh bertahan lagi.
3

Pada suatu hari, puteranya pergi berburu dan apabila

mendekati Bukit Melaka, pelanduk yang sedang dikejar oleh anjing pmburu itu tiba-tiba berbalik melawan baalik anjing-anjing tadi. Beliau telah menanggap tempat ini istimewa dan meminta kebenaran ayahandanya untuk membuat negeri. Kejayaan Melaka bukan hanya disebabkan oleh kemakmurannya dan pusat dagangannya,tetapi bersandar pada kegemilangan zaman lalunya. Melaka telah mengasaskan satu corak pemerintahan dan cara hidup kepada kerajaan-kerajaan lain serta menjadi asas kepada `kebudayaan serta bentuk pemerintahan tradisional Melayu. 4

Pendahuluan
1

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Pubkishers (M) Sdn.Bhd. Hlmn 36. 2 Ibid Hlmn 37. 3 Ibid Hlmn 38. 4 Idid Hlmn 42

Pada Abad ke-5 Empayar Funan telah mengalami zaman kejatuhan iaitu selepas serangan Chenla, dari peristiwa ini maka lahirlah sebuah kerajaan baru iaitu Srivijaya yang mana merupakan sebuah Empayar yang kuat di Nusantara. Kerajaan Srivijaya ini muncul pada abad ke-7 sehingga abad ke-13. (sejarah Malaysia-41). Srivijaya ini telah diasaskan oleh Dapunta Hiyam seperti mana yang telah dinyatakan berdasarkan inskripsi Kedukan Bukit di Palembang. Kedudukan strategik Srivijaya

sedikit sebanyak telah menbantu dalam perkembangan kerajaan Srivijaya iaitu di antara Selat Melaka dengan Selat Sunda. Di zaman kegemilangan ini berlakunya perdagangan entrepot. Di samping menjalankan aktiviti perdagangan Srivijaya juga telah meluaskan kuasa jajahannya dengan menundukkan Bangka, Minangkabau, Kedah dan lain-lain lagi. Namun begitu, pada abad ke-12 kerajaan Srivijaya ini telah mula mengalami kemerosatan. Di sini kerajaan Srivijaya telah mula di ancam dan negeri naugannya mulai bebas.

Ekoran daripada kejatuhan Srivijaya ini, maka timbullah kuasa baru iaitu Melaka. Melaka telah ditubuhkan pada abad ke-14 yang diasaskan oleh Parameswara. Parameswara dikatakan anak Raja Sri Wijaya,berasal dari Dinasti Sailendra,dari Palembang(sejarah tanah melayu-2). Setelah diusir dari Palembang Parameswara telah pergi ke Singapura dan telah membunuh pemerintahnya dan Parameswara telah menjadi pemerintah di singapura untuk beberapa tahun sebelum berpindah ke Melaka(kesultanan melayu melaka-138). Daripada pengalaman memerintah di Singapura dan Palembang inilah telah memnberikan beliau pengalaman untuk berpolitik(kesultanan melayu melaka139). Di sini ,Melaka telah menjadi pusat kegiatan politik, perdagangan, dan budaya.

Seperti mana Srivijaya, Melaka juga merupakan sebuah kerajaan entrepot kerana kedudukannya yang stragegik yang menjadi laluan utama para pedagang iaitu tempat pertemuan angina monsun (sejarah tanah melayu-5). Selain itu, Melaka juga merupakan pusat penyebaran agama Islam iaitu selepas Paraameswara memeluk Islam dan

berkahwin dengan puteri Pasai(kesultanan melayu Melaka-243). Namun begitu, Empayar Melaka mulai merosot semasa pemerintahan Sultan Mahmud syah. Hal ini kerana, beliau tidak menganbil berat terhadap pemerintahan Negara dan lebih gemar berfoya-foya dengan wanita(kesultanan melayu Melaka -42). Srivijaya

Kerajaan Srivijaya muncul pada pada abad ke-7 M selepas kejatuhan empayar Funan ekoran daripada serangan Chenla pada abad ke-5 dan kerajaan ini terletak di Tenggara Sumatera. Para sarjana menganggap Srivijaya sebagai sebuah Empayar Melayu yang unggul sebelum Kesultanan Melaka. Srivijaya berlaya mengekalkan keunggulannya dalam ekonomi dan politik di Alam Melayu sehingga abad yang ke-13(sejarah Malaysia41). Kedudukan Srivijaya srategik telah Berjaya mengawal perdagangan di Selat Sunda dan Selat Melaka yang mana selama ini dikuasai oleh kerajaan Kantoli dan Melayu.

Melaka

Pada kurun ke 8M, kerajaan Srivijaya telah mengalami kemerosotan dan telah mengalami zaman kejatuhan pada abad ke -13. Ekoran daripada peristiwa ini, telah muncul satu kuasa baru iaitu Melaka yang penting di Nusantara dan mengalami zaman kegemilangan pada kurun ke-15 dan ke-16 kerana menpunyai kekuatan dan kelebihan sebagai pusat politik, perdagangan dan budaya. Namun begitu kerap kali dikatakan bahawa Melaka adalah penerusan atau warisan Srivijaya. (kesultanan melayu Melaka237) . Selain itu, dalam Suma Oriental Sejarah Melayu ada menyebut Perameswara Putera Palembang itu, meninggalkan Sumatera kerana beliau tahu bahawa martabatnya di `Kepualan Jiran` tiadak boleh bertahan lagi. (sejarah malaysia-37). Melaka sebenarnya muncul setelah Parameswara di usur drai Palembang dan telah pergi ke Singapuara dan telah membunuh pemerintahnya(kesultanan melayu Melaka-138). Oleh hal yang demikian,Paramesara telah membawa diri ke Melaka serta terlah menubuhkan kerajaan sendiri iaitu Melaka. Semasa Melaka mula-mula di tubuhkan Parameswara sebenarnya hidup di dalam ketakutan akan serangan daripada Siam, di sini Parameswara telah mengambil langkah dengan mengadakan hubungan dengan China dengan tujuan China mengiktiraf Melaka sebagai sebuah kerajaan(2-sejarah tanah melayu1400-1959). Namun begitu di sini kita akan membincangkan perkaitan perkembangan Srivijaya dengan Melaka sehingga Melaka muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan dan budaya.

Isi

Pentadbiran dan Politik

Melaka telah muncul menjadi sebuah kerajaan yang gemilang pada kurun ke15 dan ke 16 kerana sisten politik dan pentadbirannya yang sistemetik dan teratur. Hal ini kerana pengalaman Perameswara semasa menjadi pemerintah untuk beberapa tahun di tanah asalnya Palembang dan Singapura telah menberi pengalaman untuk beliau

berpolitik(kesultanan melayu melaka-139). Oleh hal yang demikian di sini kita dapat lihat bahawa corak pemerintahan yang di jalankan oleh Parmeswara adalah berkaiatan dengan kerajaan Srivijaya yang suatu dahulu merupakan sebuah kerajaan yang kuat dari segi politik, ekomoni mahu pun sosial.

Di samping itu, dalam sistem pentadbiran juga Paameswara juaga telah menjalankan persahabatan dengan kerajaan China, ini dapat di buktikan semasa Laksamana Cheng Ho mengunjungi Melaka dengn tujuan untuk menunjukkan bahawa China menjalankan persahabatan dengan Melaka(sejarah tanah melayu-4). Hal ini kerana dengan nengadakan hubungan dengan China kerajaan Melaka tidak lagi akan diganggu oleh kerajaan Siam sekaligus keamanan kerajaan Melaka dapat dikekalkan. Selain itu, Parameswara juga telah mengamalkan dasar dan perinsip berpolitik di Palembang di Melaka iaitu dengan menjadikan ia sebagai model untuk bergerak di Melaka(kesultanan melayu melaka-139).

Di Melaka, Parameswara telah memberikan Orang Laut kedudukan dan peranan yang formal kerana Parameswara mahu menjadikan ia sebahagian daripada

institusi dan sisten kerajaan. Dalam pentadbiran di Melaka Orang Laut merupakan orang yang terpenting dalam menjaja keamanan dan kemakmuaran di Melaka. Hal ini kerana Orang Laut menjaga perairan Selat Melaka daripada lanun di samping mahir dengan kehidupan di laut serta hal pelayaran. Di sini kita juga dapat lihat perkaitannya dengan Srivijaya kerana kerajaan Srivijaya juga telah terdapatnya Orang Laut. Berbalik ke era Srivijaya. O.W Wolter menpercayai bahawa kekuatan perkembangan nenek moyang Parameswara adalah disebabkan hubungan yang eret antara pemerintah dengan Orang Laut(kesultanan melayu melaka-144). Oleh itu, tidak salah jika dikatakan bahawa Paramesara menjadikan Srivijaya sebagai model dan sedikit sebanyak telak meniri corak pemerintahan Srivijaya.

Selain itu, dalam pemerintahan Melaka juga ianya bukan sahaja diperintah oleh sultan seorang tetapi telah debantu oleh datuk Bendahara, Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, Perdana Menteri, Syabandar dan lain-lain(ilmu sejarah dan

pensejarahan-114). Oleh itu, di Melaka juga terdapatnya susunan para menteri dan sistem pentadbiran yang semakin kompleks(kesultanan melayu Melaka-144). Di sini, Parameswara memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur iaitu dengan wujudnya pembesar empat set yang pertama yang mana ia terdiri daripada penbesar-pembesar di atas tadi (kesultanan melayu melaka-151). Dengan wujudnya sistem pentadbiran ini, sedikit sebanyak telah melicinkan sistem pemerintahan Melaka, hal ini kerana setiap pembesar menpunyai peranan tersendiri. Contohnya bendahara yang berperanan menjaga khazanah kerajaan(kesultanan melayu melaka-150) . contoh lain ialah Syahbanbar iaitu berkaitan dengan pelabuhan dengan menjaga urusniaga di pelabuhan perdagangan dan

entrepot(kesultanan melayu melaka-148). Namun begitu walaupun ia di bantu oleh pembesar-pembesar raja/sultan masih lagi mempunyai kuasa mutlakdan merupakan kuasa tertinggi dalam pemerintahan(sejarah malaysia1400-1641-7). Jika dilihat secara kasarnya kerajaan Srivijaya juga telah mengamalkan sisten pentadbiran ini iaitu dengan wujudnya para pemungut cukai, pengawal yang bertugas mengawal perbendaharaan, jurtulis, arkitek dan lain-lain.(kesultanan melayu melaka-142)

Di samping itu, bagi melicinkan lagi pentadbiran di Melaka telah wujudnya sistem perundangan iaitu Hukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka. Dengan wujudnya undang-undang ini sedikit sebanyak telah membantu dakam perkembangan negeri Melaka. hal ini kerana dalam undang-undang ini terdapatnya hal berkaitan peraturan perlayaran, juru batu dan serang, pereaturan masuk istana dan lainlain lagi(kesultanan melayu Melaka-202). Manakala daripada bukti-bukti dokumen sahih yang didapati menjelaskan bahawa Melaka merupakan kejajaan Melayu Tua di Semenanjung Melayu yang mempunyai undand-undang bertulis(kesultanan melayu Melaka -219)

Perdagangan Pada kuru ke 15 dan ke-16 Melaka merupakan `perdagangan tiga jurusan` di antara negeri-negeri India, China dan Asia Tenggara(sejarah tanah melayu1400-1959-7). Hal ini kerana, kedudukkan Selat Melaka sebagai kawasan lalulintas di antara Timur dengan Barat, tempat pengumpulan, penyaluran, dan pertukaran barang-barang menerusi sistem entrepot, terlindung daripada tiupan angina monsoon yang telah menjadi panduan

arah dan pergerakkan kapal dan yang terakhir ialah kemudahan-kemudahan fizikal dan material yang disediakan di pelabuhan-pelabuhan entrepot oleh kerajaan

Melaka(kesultanan melayu melaka-236).

Selain itu, ia di tambah pula dengan pengalaman penduduk melatu di Tanah Melaka kerana ia bukan perkara baru bagi penduduk melayu di Melaka. Hal ini kerana, kegiatan perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kegiatan ekonomi peribumi yang telah berjalan pada zaman awal Srivijaya lagi iaitu adab ke-7 hingga ke13(kesultanan melayu melaka-236). Kegiatan perdagangan di Melaka telah menjadi nadi kepada kerajaan Melaka kerana ia telah menjadikan Melaka terkenal di seluruh dunia. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Melaka menjadi pusat

perdagangan yang terpenting pada kurun ke-15 dan kurun ke-16.

Faktor lain yang menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang terpenting di rantau Melayu pada kurun ke-15 dan ke-16 juga adalah dengan terjalinnya hubungan baik dengan kerajaa China. Ini terbukti dengan penghantaran utusan Parameswara ke Peking dan hasilnya Parameswara telah di beri sebuuh cop mohosr, satu persalinan pakaianan daripada kain sutera dan sekaki payung bewarna kuning(sejarah tanah melayu-4). Dengan terjalinnya hubungan baik antara China dan Melaka ia sedikit sebanyak telah memudahkan urusan perdagangan antara China dan Melaka. Seperti yang kita ketahui Melaka merupakan laluan utama perdagangan Barat dan Timur(kesultanan melayu melaka-236). Oleh hal yang demikian hubungan Melaka dan China boleh dikatakan saling memerlukan dan bergantung ini kerana Melaka mahukan China sebagai

tempat perlindungan manakala China pula mahukan Melaka untuk aktiviti perdagangan dan tempat persinggahan semasa tiupan angina monsun.

Selain itu, faktor lain yang menolong Melaka dalam perkembangannya ialah pelabuhannya mempunyai kemudahan-kemudahan yang elok dan juga kerana keselamatannya yang terjamin untuk saudagar yang melawatinya(sejarah tanah melayu5). Hal ini dibuktikan dengan peranan Orang Laut iaitu menjaga keaadan di laut. Di sini Orang Laut telah membantu menentang lanun yang boleh menjejaskan keselamatan di perairan dan keselamatan para pedagang. Oleh itu, kawalan keselamatan menjadi perkara yang utama bagi Melaka untuk menjamin kegiatan perdagangan dan kedatangan pedagangan asing(kesultanan melayu Melaka -244). Dari segi kemudahan dan keselamatan lain pula kita dapat lihat kerajaan Melaka telah membina gedung yang dikelilingi oleh pagar kayu dan menpunyai pintu-pintu yang berkunci serta dikawal oleh penjaga yang bersedia menbunyikan loceng sekiranya terjadi kekecohan dan kecemasan(kesultanan melayu Melaka-243).

Di samping itu, faktor lain yang menjadikan Melaka berkembang dengan pesat ialah berkat pengaruh orang Islam. Sepanjnag abad ke-14, saudagar Islam daripada negeri Arab dan Indialah yang menguasai perdagangan dan dalam beberapa tahun meraka telah mengubah Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan utama dan masyhur(sejarah tanah melayu-5). Pedagang-pedagang dari Arab dan India ini telah membawa bahan makanan, beras, gula, kain india dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini kemudiannya ditukar dengan pedagang dari negeri lain seperti China, Jepun, Jawa, dan Nusantara dan Melaka

hanya dijadikan tempat persinggahan dan pertukaran barang sahaja(kesultanan melayu Melaka-246).

Selain itu, penyebab lain yang menyebabkan Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju adalah kerana corak perniagaan yang diamalkan di Melaka. Sumber yang menarik tentang hal ini ialah terdapatnya Undang-Undang Laut Melaka, dalam Undang-undang Laut Melaka ini terdapatnya hal-hal di laut seperti tanggungjawab pegawai-pegawai kapal, tatacara perniagaan dan pelayaran, hukuman terhadap `jenayah` atau `syariah` Islam, dan juga dan juga kuasa nahkhoda kapal(kesultanan melayu Melaka221). Oleh hal yang demikian, maka tidak hairanlah jika ramai pedagang yang dating berdagang ke Melaka.

Faktor lain yang menyebabkan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal ialah melalui pemelukkan Islam oleh Parameswara dan dan perkahwinan beliau dengan puteri Pasai. Hal ini kerana, apabila Parameswara memeluk Islam, sebilangan daripada saudagar telah tertarik hati, lalu pergi ke pelabuhan Melaka(sejarah tanah melayu-5). Dalam dakwaan Tome Pires pula ada mendakwa debgan perkahwinan Sultan Iskandar Syah (Parameswara) dengan puteri Pasaiyang beragama Islam telah menyebabkansemakin ramai saudagar islam dari pelabuhan Pasai datang ke Melaka(kesultanan melayu melaka-243). Ini telah menyebabkan perdagangan Melaka di Selat Melaka mencapai keuntungan dan menjadi pusat perdagangan yang terkenal.

Budaya

Zaman awal Melaka dihadapkan dengan tradisi temurun Melayu-hindu atau Buddha dan kemudiannya telah memeluk agama Islam(ketika pemerintahan Megat Iskandar Syah) dan tradisi dan budaya inilah yang melahirkan penciptaan

menyarakat(kesultanan melayu Melaka-220). Agama Islam telah memberikan kesan budaya dan pemikiran yang besar di kalangan penduduk Melaka, khususnya mereka daripada golongan peribumi yang beragama Islam(kesultanan melayu Melaka -303). Di kalangan manyarakat kelas atasan, terutama raja atau pemerintah, Islam telah memberikan kekuatan, keyakinan yang lebih bermakna dan berkesan terhadap undangundang tertinggi dan kedaulatan(kesultanan melayu Melaka-304).

Agama Islam dikatakan mempengaruhi perkembangan Melaka adalah kerana apabila leislaman yang ditunjukkan oleh Sultan Mansor, Sultan Alaudin dan Sultan Mahmud sebagai pusat perkembangan Islam. Oleh yang demikian , Islam juga merupakan sebahagian daripada agama orang lain cina yang menetap di Melaka iaitu yang terlibat dengan golongan kelas atasan, begitu juga dengan orang Tamil-Islam, Parsi iaitu melalui ikatan perkahwinan,ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perkembangan Melaka(kesultanan melayu Melaka-306).

Selain itu, agama Islam juga telah menarik minat atau perhatian ulama dan mubaligh Islam yang terdiri daripada para pedagang mubaligh dan para sufi yang menjalankan dakwah Islamiah(kesultanan melayu Melaka-307). Jika dilihat secara kasar

ini secara tidak langsung telah menarik para pedagang ke Melaka dan telah mebantu perkembangan Melaka menjadi pesat.

Kesimpulan

Melaka mulai merosot ketika pemerintan Sultan Mahmuh, hal ini kerana Sultan Mahmud dikatakan tidak mementingkan pemerintahannya tetapi lebih gemar berfoya-foya dengan perempuan(kesultanan melayu Melaka-42). Selain itu Sultan Mahmud juga dikatakan sultan yang pertama memecahkan tradisi perjanjian yang termaktub sejak persetiaan Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba Taram Seri Tribuana dahulu. Pencabulan ini dikatakan mengakibarkan keruntuhan kerajaan Melaka(kesultanan melayu Melaka-42).

Disamping itu, kekuasaan Melaka semakin menurun kerana saudagar sing yang membawa kekayaan ke Melaka dikenakan cukai yang tinggi dan ini telah membuatkan para pedagang kurang berminat untuk berurusan dengan Melaka lagi. Disebabkan kerana bosan dengan pemerasan ini, saudagar telah mula beraliah arah dan Melaka semakin merosot(sejarah tanah melayu1400-1959-15).

Pada tahun 1511, Melaka telah dibinasakan oleh Alfonso d`Albuqurque. Disini melak telah pun jatuh dan kejatuhan Melaka bukan kerana diserang oleh Portugis

tetapi kerana Orang Jawa, India, dan Cina telah menyebelahi Portugis. Melaka ditawan pada 24 Ogos 1511 dan tamatlah zaman kegelinagan Melaka(sejarah tanah melayu-15).

You might also like