You are on page 1of 17

PENGENALAN:

Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan yang muncul selepas kejatuhan kerajaan Funan
dan sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka. Srivijaya merupakan sebuah
empayar kelautan yang terletak di bahagian hujung sebelah barat Indonesia. Ibu kotanya
pula terletak di Palembang. Mengikut kajian Coedes, Srivijaya adalah merupakan sebuah
empayar laut Melayu, yang terletak di bahagian Tenggara Sumatera. Ia diasaskan oleh
Dapunta Hyang pada tahun 674 Masihi. Seorang Maharaja empayar tersebut telah
menulis kepada Maharaja Sung 1017, yang menggelarkan dirinya sebagai Maharaja
Kelautan iaitu The King of Ocean Land.

Kegemilangan dan kemunculan kerajaan Srivijaya adalah bermula pada abad ke-7
sehingga sekitar abad ke-13. Srivijaya juga pernah Menguasai Semenanjung Tanah
Melayu dalam tempoh masa tersebut. Namun demikian, bukti-bukti pengasasan kerajaan
Srivijaya amat kabur kerana rekod yang ada mengenai Srivijaya adalah amat terbatas.
Wolters pula berpendapat pada abad ke-5, merujuk kepada utusan yang dihantar oleh
China, kerajaan Kan-ton li (berdekatan Palembang) mempunyai kaitan penting dengan
zaman awal pengasasan Srivijaya. Nama lain bagi Srivijaya mengikut China ialah Che-lifo-che dan kemudiaannya ditukar kepada San-fo-tsi. Fo-tsi yang bermaksud vijaya.1

Bukti-bukti kewujudan kerajaan Srivijaya dapat dilihat melalui catatan-catatan dan


prasasti-prasasti yang dijumpai dan mempunyai kaitan dengan sejarah kewujudan
kerajaan Srivijaya. Antara catatan yang ditemui ialah catatan Arab dan China. Di dalam

O.W. Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, hlm. 1.

catatan sumber Arab, pada abad ke-9, kerajaan ini lebih dikenali sebagai kerajaan Sribuza
atau pun juga di panggil sebagai Al-Zabaj. Menurutnya lagi, raja Srivijaya merupakan
raja yang kaya. Hal ini dapat dilihat melalui upacara membuang emas di sungai yang
bertujuaan untuk memuja kuasa air. Raja Srivijaya juga mempunyai hubungan dengan
orang laut. Manakala dalam catatan sumber China pula melalui catatan I-Ching yang
merekodkan tentang tatabahasa Sanskrit yang dipelajari di Srivijaya adalah sama dengan
yang terdapat di Nalanda. Di dalam rekod Dinasti Tang, Ming dan Sung pula
menceritakan tetang hubungan dengan Srivijaya.2

Srivijaya telah melalui zaman kegemilangannya antara abad ke-8 Masihi sehingga abad
ke-11 Masihi. Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menakluki kerajaankerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan
Kepulauan Melayu. Antara kerajaan-kerajaan yang pernah ditakluki oleh Empayar
Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada tahun 775 Masihi,
Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumatera termasuk
Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat. Aspek kegemilangan kerajaan Srivijaya sebagai
sebuah empayar yang agung dalam sejarah Asia Tenggara Awal dapat dilihat dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial.3

1.BIDANG POLITIK
2

O.W.Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, hlm. 2.


Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2008, hlm. 117.
3

(1.1) Sistem Pentadbiran Yang Cekap, Sistematik & Kemas


Antara faktor yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah kerajaan sepanjang
tempoh keberlangsungannya adalah berpunca daripada faktor sistem pentadbiran yang
cekap, bersistematik dan kemas yang dimilikinya. Menurut prasasti Telaga Batu, Raja
menduduki hierarki yang tertinggi iaitu berada di puncak kuasa yang tertinggi di dalam
pusat pemerintahan Palembang . Raja pula akan di bantu oleh pembesar-pembesar yang
merupakan keturunan diraja dan bukan diraja. Raja turut menggunakan konsep devaraja
iaitu raja merupakan jelmaan dewa dan berkuasa mutlak. Raja digelar Haji atau Aji yang
bermaksud kuasa tertinggi. Raja Srivijaya juga digelar sebagai penguasa laut dan darat
kerana kepakaran dalam mengatur strategi dalam pemerintahan menyebabkan Srivijaya
berjaya menguasai banyak wilayah. Raja juga dianggap suci iaitu di sebut sebagai Lord
of The Mountion and Lord of The Island.

Srivijaya merupakan sebuah kedatuan ataupun empayar yang dibahagikan kepada


beberapa buah mandala ataupun daerah. Setiap mandala yang tertakluk kepada Srivijaya
akan terletak di bawah pemerintahan seorang Datu. Setiap Datu akan mempunyai
pembantunya yang tersendiri untuk membantu dalam hal-hal pemtadbiran mandala dan
pembantu datu diberi gelaran sebagai parvanda ataupun ketua tentera. Datu akan dilantik
daripada kalangan keluarga diraja iaitu putera-putera raja4.

Dalam hierari kelas sosial dan hierarki pentadbiran di Srivijaya, terdapat 4 kelas anak
4

Paul Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanjung Malaysia,
Yogyakarta: Penerbit Mitra Abadi, 2009, hlm. 166.

raja. Kelas yang paling tinggi diduduki oleh Yuvaraja. Yuvaraja akan berperanan sebagai
Raja Muda ataupun Tengku Mahkota. Kelas yang kedua akan diduduki oleh Pratiyuvaraja
dan putera ini yang akan mengantikan tempat Yuvaraja selepas Yuvaraja menaiki takhta.
Sementara anak raja yang seterusnya ialah Rajakumara. Ketiga-tiga anak raja daripada
kelas ini layak mewarisi takhta kerajaan tetapi perlu mengikut hierarki kerana mereka
berketurunan raja daripada kedua-dua belah iaitu bapa dan ibu. Rajaputra adalah anak
raja yang akan menduduki kelas yang keempat dan tidak layak untuk dilantik menjadi
raja kerana bukan berketurunan raja ataupun anak gundik. Inskripsi yang diperolehi
daripada batu bersurat Kedudukan Bukit yang ditemui di Palembang pada tahun 682
Masihi jelas memperlihatkan struktur organisasi politik dan sosial kerajaan Srivijaya dan
kewujudan dua kelas utama. Batu bersurat ini mengandungi prasasti yang
menggambarkan akan kewujudan konsep pembahagian pekerjaan secara khusus dalam
kalangan pembesar. Pertamanya adalah kelas daripada golongan diraja termasuk kaum
kerabat dan anak-anak raja. Penghormatan dan status mereka dalam golongan diraja
bergantung kepada kedudukan mereka mengikut hierarki dalam kelas itu.

Di bawah golongan raja terdapat golongan pembesar ataupun pentadbir yang


mempunyai bidang tugas yang masing-masing. Golongan pembesar ini terdiri daripada
senapati, nayaka, pratyaya, hajiprajaya, dan dandanayaka. Tugas senapati ialah sebagai
ketua angkatan tentera bagi wilayah dan fungsinya mungkin sama dengan fungsi
Laksamana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Di bawahnya adanya Pratisara yang
merupakan ketua tentera bagi golongan hamba. Sementara, Nayaka berperanan sebagai
penghulu bendahari serta memungut cukai daripada rakyat dan manakala Hajiprajaya

berperanan sebagai temenggung atau Royal Sheriffs. Dandanayaka iaitu ketua hakim
yang merupakan pentadbir tertinggi. Pratyaya ialah menteri yang bukan berketurunan
Raja yang bertanggungjawab langsung kepada Raja dan mentadbir hartanah diraja5.

Selain daripada golongan pembesar tersebut, terdapat juga golongan pembesar yang
boleh dimasukkan dalan golongan pentadbir ialah murdahaka yang berperanan sebagai
penghulu. Vatakvurah iaitu penyelia perdagangan dan pertukangan di pelabuhan dan
tugasnya adalah seperti syahbandar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Puhawang
ialah pengendali kapal dan nakhoda. Kumaramatya ialah menteri ataupun pembesar yang
bukan berketurunan diraja. Sthapaka ialah golongan sami-sami ataupun ketua bagi
upacara keagamaan diraja dan penasihat diraja dalam hal ehwal keagamaan. Adhyaksa
ialah penghulu bagi rakyat yang berkasta rendah. Pada zaman empayar Srivijaya juga
telah wujudnya golongan orang-orang kaya ataupun Kumaramatya iaitu Non-Royal
Ministers. Selain itu, terdapat juga kelas pekerja seperti Kayasdpa iaitu berjawatan
sebagai kerani dan Sthapaka iaitu jawatan arkitek. Kelas sosial yang seterusnya ialah
orang merdeka ataupun rakyat dan golongan hamba abdi. Kewujudan kelas orang
merdeka dan hamba abdi jelas kelihatan dalam inskripsi Telaga Batu dimana terdapat
catitan satu jawatan penghulu atau ketua bagi rakyat yang merdeka yang terdiri daripada
kelas kasta rendah. Akhirnya, terdapat juga golongan hamba-hamba raja6.

Kenneth R. Hall, Exploration in Early Southeast Asian History: The Origin Of Southeast Asian Statecraft,

Michigan: University of Michigan, 1980, hlm. 70.


6

Paul Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanjung Malaysia, hlm.
168-169.

(1.2) Mempunyai Angkatan Tentera yang Kuat dan Pemerintah yang Cekap
Kedudukan kerajaan Srivijaya yang sangat strategik di Palembang membolehkan
kerajaannya untuk mengawal perairan Selat Melaka dan Selat Sunda. Oleh itu,
pemerintah Srivijaya telah menyediakan angkatan tentera yang kuat bagi kerajaannya
untuk menakluk serta menguasai kerajaan-kerajaan di sekitar dengan menguasai
kedudukan yang strategik. Hal ini kerana tentera merupakan tulang belakang yang
penting dalam kerajaan. Jika lemahnya sistem ketenteraan maka musnahlah kerajaaan itu.
Pernyataan ini dikuatkan lagi dengan penemuan batu bersurat yang bertarikh 682 Masihi
di Kedudukan Bukit yang mempunyai inskripsi yang menceritakan perihal kerajaan
Srivijaya mempunyai angkatan tentera dengan sekurang-kurangnya 20000 orang tentera
yang berkebolehan pada masa kegemilangannya.7 Keadaan semulajadi yang strategik
yang dimiliki oleh kerajaan Sriviajaya telah menambah keutuhan benteng pertahanan
Srivijaya.

Kerajaan Srivijaya ini menggunakan taktik peperangan untuk memperluaskan kuasanya.


Sebagai contoh, Srivijaya telah menakluki kerajaan Jawa semata-mata untuk menguasai
Selat Sunda yang berperanan sebagai laluan perdagangan rempah-ratus yang utama pada
masa itu. Kecekapan pemerintah dalam ekspedisi meluaskan tanah jajahan dalam dilihat
kerajaan Srivijaya. Misalnya di bawah pemerintahan Raja Dapunta Hyang, Srivijaya yang
mempunyai angkatan tentera laut yang sangat kuat dan besar sehingga dapat menyerang
dan menguasai Kerajaan Kedah Tua di Semenanjung Tanah Melayu yang pada ketika itu
sedang berkembang maju sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting di Asia
7

Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2008, hlm. 122.

Tenggara dan juga kerajaan Melayu - Jambi. Srivijaya dapat menguasai kerajaan-kerajaan
kecil di sekitar kerana kekuatan tentera dan kebolehan raja-rajanya.

Di dalam sistem ketenteraan Srivijaya, terdapat dua kelas tentera iaitu tentera di pusat
pemerintahan dan di peringkat wilayah. Di pusat pemerintahan merupakan tentera diraja
yang diketuai oleh Nisamvarddhiku parvvanda. Manakala di peringkat wilayah pula di
ketuai oleh Senapati. Jawatan tentera kemudianya dibahagikan kepada tiga peringkat
utama iaitu Parvanda, Senapati dan Pratisara. Parvanda merupakan angkatan tentera
peringkat pusat. Ia mempunyai hubungan langsung dengan raja dan berperanan memberi
arahan ketenteraan. Di bawah Pravanda pula ialah Senapati dan akhir sekali ialah
Pratisara

iaitu

ketua

tentera

bagi

golongan

hamba.

Pratisara

dan

Senapati

bertanggungjawab terhadap Pravanda iaitu segala tugas yang di arahkan oleh Pravanda
perlulah dilaksanakan.8

Peranan ini dibahagikan adalah untuk memastikan setiap tugas dan pekara yang
dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sistematik. Antara tugas dan peranan utama
angkatan tentera Srivijaya ialah mengawal aktiviti perlanunan. Selain itu, mereka juga
perlu menangani serangan musuh. Hal ini adalah untuk memastikan kemakmuran dan
kelancaran terjamin. Hulun aji atau juga dikenali sebagai hamba raja turut di kerah
menjadi tentera semasa peperangan. Pratisara adalah bertanggungjawab ke atas golongan
hamba raja yang dikerah menjadi tentera. Kekuatan kerajaan akan dibantu oleh kekuatan
tentera kerana tentera akan bersikap profesional untuk memastikan negara berada dalam
8

Kenneth R. Hall, Explorations In Early Southeast Asian History: The Origins Of Southeast Asian
Statecraft, Michigan: University of Michigan, 1980, hlm. 73.

keadaan yang aman.9

(1.3) Perluasan Kuasa dan Penaklukan


Setiap empayar ataupun kerajaan perlu meluaskan kawasan jajahan takluknya untuk
muncul sebagai sebuah kuasa yang agung dalam lipatan sejarah. Empayar Srivijaya telah
meluaskan kekuasaaan melalui misi-misi ketenteraan di Bangka, Tulang Bawang,
Minangkabau dan Tarumangara (Jawa Barat). Selain itu, Srivijaya juga telah melancarkan
misi perluasan kuasanya sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Srivijaya telah
menakluki Kedah Tua dan Ligor di Pantai Timur. Penguasaan ini penting kerana hal ini
membolehkan Srivijaya menguasai beberapa pusat perdagangan sekunder yang
merupakan pelabuhan entrepot penting di Selat Melaka seperti Jenderam Hilir, Kuala
Selising, Kota China dan Lembah Bujang. Manakala sumber China juga mencatatkan
bahawa Srivijaya telah menguasai sebanyak 14 buah pelabuhan utama di Asia Tenggara
pada abad ke-11 Masihi. Hal ini membolehkan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan
Thallasocracy yang penting di Asia Tenggara.10

(1.4) Penguasaan Terhadap Orang Laut


Menurut O.W. Wolters dalam bukunya Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu
9

Kenneth R. Hall, Explorations In Early Southeast Asian History: The Origins Of Southeast Asian
Statecraft, hlm. 74.
10
Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, hlm. 84.

menjelaskan bahawa kejayaan Srivijaya terletak pada kemampuan pemerintahnya


menguasai orang laut.11 Orang Laut merupakan panggilan orang Melayu merujuk kepada
suatu corak budaya manusia daripada satu kumpulan manusia Melayu yang mendiami
persisiran laut di dalam sampan atau perahu dan hidup mereka secara nomad. Penguasaan
ke atas Orang Laut ini amat penting oleh sebab tanpa kawalan itu mereka akan merompak
kapal-kapal yang lalu lalang sebagai mata pencarian. Jadual pelayaran sebuah kapal
China kira-kira tahun 800 Masihi menarik perhatian para pelaut kepada sebuah pulau di
timur laut Srivijaya dan di tempat tersebut terdapatnya ramai perompak lanun dan anakanak kapal serta penumpang amat takut kepada mereka.12

Pengembara Cina Buddha bernama Fa Hsien menyebut setelah belayar ke India pada
tahun 413, lautan-lautan yang dilaluinya penuh dengan lanun dan para pelaut sentiasa
dalam kebimbangan kapal mereka akan dirompak. Oleh itu, dengan bantuan Orang Laut,
Srivijaya dapat mengawal lanun yang berada di perairan sekitarnya. Hal ini kerana Orang
Laut berpengetahuan mengenai beting karang dan beting pasir yang berbahaya dan ilmu
mereka tentang keadaan angin tempatan membolehkan mereka mengawal jalan-jalan laut
dari angkara perompak lanun dan dengan itu menarik lebih ramai pedagang ke
Srivijaya.13 Orang Laut ini merupakan pasukan perang yang gagah, dan kemahiran
mereka mendayung perahu menjadikan mereka pilihan utama sebagai anak-anak kapal
kerajaan Srivijaya serta menjadi tulang belakang angkatan lautnya. Mereka turut
menumpahkan taat setia mereka kepada raja-raja dan menjadi tenaga pengimbang kepada
11

O.W. Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, hlm. 12.
O.W. Wolters, Early Indonesian Commerce: A Study Of The Origins of Srivijaya, Ithaca New York:
Cornell University Press, 1967, hlm. 187.
13
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Hong Kong: Macmillan, 1983, hlm.
28-29.
12

kekuasaan dan kekuatan orang kaya. Oleh sebab mereka tinggal di pulau-pulau dan
sepanjang pantai Palembang dan Jambi, maka mudahlah bagi mereka menyahut perintah
Raja jika timbul sebarang krisis. Mereka dikatakan tidak ada tolok bandingnya di
kalangan bangsa-bangsa lain apabila menentang musuh dan menghadapi maut. Jelaslah
bahawa orang laut turut memainkan peranan dalam perkembangan kerajaan Srivijaya.14

2. BIDANG EKONOMI:
(2.1) Kedudukan Ekonomi yang Kukuh

14

O.W. Wolters, Early Indonesian Commerce: A Study Of The Origins of Srivijaya, hlm. 188.

10

Srivijaya telah berkembang daripada sebuah pelabuhan kecil menjadi sebuah pelabuhan
antarabangsa dalam sejarah maritim yang mengawal perdagangan antara Timur dan Barat
antara abad ke-8 sehingga abad ke-11. Antara kegiataan ekonomi yang terpenting yang di
jalankan dan menyumbang kepada perkembangang Srivijaya ialah perdagangan. Pada
zaman pertengahan, Srivijaya merupakan pusat perdagangan yang masyhur. Srivijaya
juga telah menguasai pantai yang dianggap istimewa dan telah menarik ahli-ahli
perkapalan melayu yang berulang-alik di pantai itu dan di pulau-pulau yang berhampiran.
Dengan penguasaannya terhadap laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda,
maka Srivijaya memperolehi sumber perdagangan yang lumayan kerana laluan ini
merupakan jalan perdagangan antarabangsa yang terpenting. Perhubungan antarabangsa
dengan negeri-negeri asing ini membolehkan Srivijaya menjalankan perdagangan laut
dengan China. Keagungan Srivijaya dapat diperolehi daripada laporan pedagang Arab
dimana dinyatakan bahawa Srivijaya merupakan bandar yang besar dan mengawal laluan
yang penting. Hal ini dikuatkan dengan laporan daripada sumber China.15

Antara hasil perdagangan yang utama ialah hasil hutan, hasil laut, emas, perak, beras,
besi, tembikar, lacquer, samsu, kapur barus, tanduk badak dan lain-lain. Srivijaya juga
turut kaya dengan sumber semulajadi seperti hasil hutan iaitu kayu cendana, rempah
ratus, kapur barus, damar, sarang burung dan lain-lain lagi. Terdapat juga hasil laut yang
turut membekalkan sumber protein yang berterusan seperti ikan, kulit kura-kura dan lanlain. Hasil-hasil ini kemudiaanya di pasarkan di dalam dan luar negeri untuk perdagangan
antarabangsa khususnya dengan China. Bahan-bahan mentah ini turut dibekalkan kepada

15

O.W. Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, hlm. 15-19.

11

pedagang-pedagang luar lain seperti Arab, India, Parsi dan lain-lain. Pelabuhannya juga
mempunyai kemudahan yang baik kepada pedagang-pedagang yang dalam perjalanan
mereka di antara Timur Tengah dengan China. Contoh kemudahan yang disediakan oleh
Srivijaya adalah tempat penyimpanan barang, tempat membaiki kapal dan sebagainya.
Tol dan cukai juga dikenakan kepada para pedagang yang singgah di pelabuhan tersebut.
Terdapat pelbagai rupa kemahiran yang diperlukan untuk memperlengkapi serta
memperbekalkan kapal untuk pelayaran pulang. Pendek kata, Srivijaya berkemampuan
memenuhi tuntutan sebuah pasaran antarabangsa. Satu sumber Arab pada awal kurun ke10 menyebut bahawa kekayaan Srivijaya datangnya dari tol dan cukai pelabuhan yang
membuktikan betapa banyaknya kapal yang datang ke situ. Jelaslah bahawa, faktor
ekonomi yang berkembang pesat turut membawa kepada perkembangan kerajaan
Srivijaya hingga membawa kepada kegemilangan.16

3.BIDANG SOSIAL:
(3.1) Pusat Pengajian Agama
Kegemilangan kerajaan Srivijaya juga sering dikaitkan dengan penyebaran agama

16

B. Harrison, Asia Tenggara : Satu Sejarah Ringkas , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966,
hlm. 27.

12

Buddha. Hal ini kerana kerajaan Srivijaya merupakan pusat penyebaran agama Buddha
yang terpenting pada ketika itu. Semasa pengembaraan I-Tsing, Palembang adalah
merupakan sebuah pusat agama buddha yang penting. Palembang dikunjungi oleh
mubaligh-mubaligh Buddha dari India dan China. Agama buddha telah berkembang baik
di Kepulauaan Melayu sebelum penghujung abad ke-7. Pengaruh Buddha Mahayana
adalah lebih dominan. Agama Buddha di Srivijaya pada sebahagian besarnya adalah
bermazhab mahayana. Antara bukti yang di temui bahawa kebanyakkan agama Buddha
itu mengikut mazhab mahayana ialah penemuaan patung-patung Bodhisattva. Selain itu,
terdapat juga sebilangan kecil agama buddha yang mengikut mazhab Hinayana di
Palembang ketika itu. Hal ini terbukti melalui penemuaan kitab-kitab di dalam bahasa
sanskrit. Namun demikian perbezaan antara mazhab ini tidaklah sebegitu nyata dan
ketara.17

Menurut sumber dari India iaitu Batu Bersurat Nalanda yang menjurus kepada universiti
Nalanda iaitu pusat pengajian agama Buddha yang sangat penting mencatatkan bahawa
pelajar-pelajar dari China dan Korea akan berada di Srivijaya untuk beberapa seketika
sebelum pergi ke Universiti Nalanda untuk fasa pembelajaran yang seterusnya. Malah,
mubaligh China iaitu I-Tsing yang bersinggah di Srivijaya telah menetap di Srivijaya
antara tahun 645 Masihi sehingga 679 Masihi untuk belajar bahasa Sanskrit dan
menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha. Pengembara Buddha yang masyhor iaitu ITsing pada tahun 671 sewaktu dalam perjalanan ke India mengatakan bahawa terdapat
lebih seribu orang sami Buddha dan segala undang-undang dan upacara-upacara yang
mereka lakukan adalah sama seperti di India.
17

D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1979, hlm. 60.

13

Melalui kekayaan yang di peroleh melalui perdagangan, Raja-raja Srivijaya juga telah
membiayai pengajian agama serta membina yayasan-yayasan agama Buddha. Contohnya,
pada tahun 949 Masihi, Raja Rajaputradewa telah membina sebuah kuil di Nalanda.
Sumber China menurut sarjana Leonard & Watson Andaya dalam buku Sejarah
Malaysiamenjelaskan bahawa seorang raja Srivijaya telah membiayai sebuah kuil Tao
di Kanton manakala seorang lagi telah membina semula tempat pertapaan Buddha di
pusat perhimpunan yang terbesar di Nalanda, India.18

(3.2) Pusat Perkembangan Bahasa dan Kebudayaan


Kerajaan Srivijaya pada masa itu dikatakan mampu dan dapat membentuk masyarakat
Srivijaya yang mempunyai kebudayaan dan tamadun mengikut masa. Sumber China juga
telah menyebut bahawa orang-orang di Srivijaya mahir dalam jurusan ilmu hisab dan
boleh menghitung waktu gerhana matahari dan bulan. Srivijaya juga bertanggungjawab
untuk mengembangkan bahasa Melayu. Hal ini kerana perkataan Melayu sebenarnya
berasal daripada nama Kerajaan Malayu yang juga merupakan salah satu ibu kota
kerajaan Srivijaya. Malayu merupakan kerajaan pertama yang diserapkan ke dalam
empayar Srivijaya pada tahun 685 Masihi. Bahasa Melayu yang digunakan pada era
kerajaan Srivijaya adalah Bahasa Melayu lama (old Malay) yang banyak dipengaruhi
oleh bahasa Sanskrit manakala penulisannya menggunakan Aksara Bami. Contoh
penulisan Bahasa Melayu lama di era Srivijaya boleh didapati melalui catitan-catitan
pada batu bukit seperti Batu Bersurat Talang Tuo yang mempunyai tulisan Kawi.
18

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Hong Kong: Macmillan, 1983, hlm.
32.

14

Walaupun ajaran agama Buddha telah mengajar bahasa Sanskrit dan agama Hindu telah
mengajar bahasa Pali tetapi Bahasa Melayu lama dan Jawi tetap digunakan sebagai lingua
franca di Srivijaya.19

(3.3) Hubungan Diplomatik dengan China:


Kerajaan China sememangnya terkenal dalam lipatan sejarah kerana kekuasaan dan
kebesarannya sehingga banyak kerajaan daripada rantau Asia Tenggara menerima
naungannya. Dalam hal ini , kerajaan Srivijaya juga tidak terkecuali. Hsin Tang Shu telah
mencatatkan bahawa Srivijaya telah menghantar utusan yang pertama ke China pada
tahun 670 Masihi untuk mendapatkan naungan ataupun perlindungan daripada kerajaan
China. Perhubungan ini telah menjadi semakin erat selepas Kerajaan China juga telah
mengirimkan seorang pegawainya ke negara Srivijaya pada tahun 683 Masihi. Hal ini
membolehkan keselamatan kerajaan Srivijaya terjamin daripada ancaman kuasa-kuasa
luar yang lain kerana Srivijaya telah berjaya mendapatkan pengaruh daripada kuasa besar.
Justeru itu, Srivijaya telah menghantar lebih banyak utusan untuk menghantar ufti iaitu
pada tahun 695, 702, 716, 728, dan 742 Masihi. Akan tetapi antara tahun 742 sehinggalah
904 Masihi tiada lagi penghantaran ufti melalui utusan ke China berlaku. Hal ini berlaku
kerana besar berkemungkinan Dinasti Tang pada masa itu telah menjadi lemah kerana
menghadapi konflik dalaman ataupun kerajaan Srivijaya telah mencapai tahap yang
setaraf dengan kerajaan China, jadi tidak lagi perlukan perlindungan.20

KESIMPULAN:
19

D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 56.
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2008, hlm. 118.
20

15

Kelazimannya, setiap yang berada di atas pasti akan jatuh jua. Kegemilangan kerajaan
Srivijaya ini tidak dapat bertahan dengan lebih lama ekoran daripada terdapatnya
beberapa cabaran dari luaran dan dalaman. Cabaran dari luaran contohnya adalah
serangan daripada serangan Dinasti Chola dari India Selatan di bawah pimpinan Rajendra
Chola pada tahun 1025 dan 1068 Masihi, serangan dari Jawa Timur pada tahun 992 dan
1077 Masihi dan akhir sekali tiga kali serangan dari kerajaan Siam yang muncul di
Sukhothai pada tahun 1017, 1025, dan 1068 Masihi. Manakala cabaran dalaman pula,
hubungan kerajaan Srivijaya dengan kawasan kawasan pedalaman yang longgar dan tidak
berjaya mempertahankannya menyebabkan kerajaan tersebut berjaya membebaskan diri.
Kebangkitan kerajaan baru ini telah memberikan saingan terhadap Srivijaya seperti
kerajaan Melayu-Jambi. Kesemua faktor ini telah melemahkan dan membawa kepada
kejatuhan kerajaan Srivijaya yang dahulunya berada pada tahap keagungan dan
membawa kepada kewujudan kerajaan melayu Melaka yang setelah itu mencapai zaman
kegemilangannya di Selat Melaka.

BIBLIOGRAFI:
1. Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, 2008.
2. Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya, Sejarah Malaysia, Hong Kong:

16

Macmillan, 1983.
3. B.Harrison, Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1966.
4. Hall. D.G.E., Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1979.
5. Hall, Kenneth R., Exploration in Early Southeast Asian History: The Origin of
Southeast Asian Statecaft, Michigan: University of Michigan, 1980.
6. Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979.
7. Paul Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanjung
Malaysia, Yogyakarta: Penerbit Mitra Abadi, 2009.
8. Wolters, O.W., Early Indonesian Commerce: A Study of The Origin of Srivijaya, Ithaca
New York: Cornell University Press, 1967.
9. Wolters, O.W., Kejatuhan Srivijaya dan Sejarah Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1990.

17

You might also like