You are on page 1of 19

KANDUNGAN

1. PENGENALAN 2. KONSEP DAULAT DAN DERHAKA 3. PELAKSANAAN KONSEP DAULAT DAN DERHAKA DALAM PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA 4. PENILAIAN RUJUKAN

2 4 9 18 19

1. PENGENALAN Intitusi pemerintahan beraja yang terawal di Tanah Melayu bermula di Melaka. Keagungan dan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka terserlah dalam

Sejarah Melayu .Kesultanan Melaka merupakan satu zaman kepahlawanan dalam


tradisi riwayat kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu yang muncul kemudian bukan sahaja mewarisi satu tradisi yang melahirkan nilai-nilai utamanya , tetapi juga satu corak atau bentuk organisasi politik yang menjadi kemegahan mereka untuk memeliharanya. Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar Shah setelah kejatuhan empayar Melayu Srivijaya. Melaka pada awalnya merupakan sebuah perkampungan kecil nelayan dan tempat persembunyian lanun.Akhirnya Kesultanan Melayu Melaka telah mencapai kegemilangan dan muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Antara yang menyumbang kepada kegemilangan Melaka ialah kekuatan intitusi kesultanan, kedudukan Melaka dan kebijaksanaan pemimpin. Kekuatan intitusi kesultanan telah banyak menyumbang kepada keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam susunan masyarakat tradisional Melayu Melaka, tempat teratas adalah raja dan diikuti oleh para pembesar, rakyat dan yang terakhir ialah hamba. Dalam susunan ini, raja ataupun sultan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak dan golongan rakyat wajar menerima apa sahaja yang diarahkan oleh raja ataupun sultan. Baginda memiliki dua unsur utama iaitu kuasa dan wibawa. Ketua negara yang digelar raja merupakan istilah yang berasal dari perkataan Sanskrit.

Intitusi raja telah bertapak dalam masyarakat Melayu seiring dengan pengaruh Hindu-Budhha yang mula meresap masuk serta menguasai organisasi politik alam Melayu ini. Konsep raja yang yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai ketua kerajaan dan raja yang dikatakan sebagai berketurunan dewa-dewi atau tuhan yang disebut Devaraja . Hal ini terkandung dalam di dalam Hikayat Pendawa Lima yang merupakan saduran dari kitab Mahabhrata. Dalam Sejarah Melayu pula, raja Melayu dikaitkan dengan satu lagenda iaitu Iskandar Zulkarnain. Dikatakan bahawa keturunan raja Melayu khususnya Melaka adalah dari Iskandar Zulkarnain. Hal ini telah meletakkan kedudukan raja di tempat yang paling tinggi dan mempunyai kuasa mutlak tanpa dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Dengan kedatangan Islam tanggapan raja-raja berketurunan dewa-dewa tidak relevan dengan ajaran Islam. Manakala gelaran raja telah digantikan dengan gelaran sultan yang berasal dari perkataan Arab yang bermaksud pemerintah. Dalam ajaran Islam, kedudukan sultan tetap pada tingkat yang paling atas dalam sistem politik Melayu dan dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi ini serta menjadi ketua serta pelindung agama Islam. Seterusnya apabila dunia politik Melayu telah semakin kukuh khususnya apabila kerajaan Melayu Melaka telah bertapak dan berkembang di seluruh Nusantara, intitusi kesultanan telah menjadi antara indentiti penting bagi sistem politik Melayu tradisional. Kekuasaan raja dalam intitusi pemerintahan Melayu dalam masyarakat tradisional merupakan suatu bentuk kuasa yang unggul dan terpelihara melalui unsur-unsur spiritual dan material. Unsur spiritual secara umumnya merujuk kepada sistem nilai dan tanggapan masyarakat terhadap raja itu sendiri. Sehubungan dengan itu dalam masyarakat Melayu, raja dianggap sebagai wakil Allah di muka bumi ini. Tanggapan ini telah diperkukuhkan lagi oleh konsep daulat dan derhaka yang diletakkan ke atas diri raja itu sendiri. Raja pada pandangan masyarakat Melayu dahuu adalah merupakan subjek yang sangat mulia dan hamper tidak ada cacat celanya. Malah walaupun terdapat sebarang sama ada dari segi tingkah laku mahupun kewibawaan sebagai pemerintah, mereka tidak boleh dipertikaikan apalagi dicela. Sementara itu apa sahaja perintah raja merupakan sesuatu yang wajib

dituruti walaupun ia bercanggah dengan hukum agama mahupun nilai-nilai kemanusiaan.

2. LATAR

BELAKANG

KONSEP

DAULAT

DAN

DERHAKA

DALAM

KESULTANAN MELAYU MELAKA. Dalam Sejarah Melayu konsep daulat dan derhaka ini bermula apabila satu perjanjian (Waadat/Waad) antara Seri Teri Buana yang mewakili golongan pemerintah (raja) dengan Demang Lebar Daun yang mewakili golongan rakyat telah dipersetujui.1 Perjanjian ini berlaku kerana keinginan Seri Teri Buana yang mahu berkahwin dengan dengan anak Demang Lebar Daun yang bernama Wan Sendari. Sebelum perjanjian tersebut, dikatakan bahawa Seri Teri Buana telahpun berkahwin dengan 39 wanita kebanyakan tetapi kesemua wanita tersebut telah mendapat penyakit misteri iaitu penyakit kedal selepas ditiduri oleh baginda. Wanita-wanita tersebut pula telah dihalau oleh Seri Teri Buana keluar daripada istana. Perkara ini telah memberi aib kepada wanita-wanita tersebut serta keluarga mereka. Menyedari hakikat tersebut, Demang Lebar Daun terpaksa membuat satu perjanjian dengan Seri Teri Buana sebelum dia bersetuju bermenantukan Seri Teri Buana memandangkan mereka berlainan darjat dan keturunan. Perjanjian tersebut akan mengelakkan anak Demang Lebar Daun diperlakukan seperti isteri-isteri baginda sebelumnya di samping dapat menjaga maruah anak perempuannya.Perjanjian itu menyatakan bahawa rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji untuk memberi taat setia kepada raja. Manakala, raja pula berjanji untuk menjaga kebajikan, tidak menzalimi dan tidak mencela rakyat. Perjanjian itu jelas menunjukkan wujudnya perasaan taat setia mutlak rakyat kepada raja di satu

Ruslan Zainuddin

pihak dengan kewibawaan mutlak seorang raja di satu pihak yang lain sehingga timbulnya konsep daulat dan derhaka.2 Waad Antara Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun Menurut Sejarah Melayu, keinginan Seri Teri Buana untuk mengahwini anak Demang Lebar Daun iaitu Wan Sendari telah membawa kepada Waad antara golongan pemerintah dan rakyat.

....Maka sembah Demang Lebar Daun,Jikalau anak patik Tuanku peristeri,nescaya kedal ia; tetapi jika tuanku mahu berwaadah dengan kita, maka patik persembahkan anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan.3
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa Demang Lebar Daun telah menggunakan bahasa Yang Dipertuan dan patik sebagai ganti diri bagi seorang raja dan rakyat biasa yang diamalkan sehingga hari ini. Seri Teri Buana telah bersetuju dengan permintaan Demang Lebar Daun dan akhirnya satu perjanjian antara kedua-dua pihak telah termeterai.

....Maka sembah Demang Lebar Daun, Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkhendakkan patik itu, patik sembahkan,lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik. Maka titah baginda, Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu ? Katakan oleh paman hamba dengar. Maka sembah Demang Lebar Daun, barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba

2 3

Ibid Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), A.Samad Ahmad,hal.25

Melayu jikakalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarat bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi Maka titah Seri Teri Buana, kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman. Maka sembah Demang Lebar Daun, Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia. Maka titah Seri Teri Buana Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan , anak cucu patik pun berubahlah tuanku. Maka titah Seri Teri Buana Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka banginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke-bawah kaki ke atas. Maka sembah Demang Lebar Daun, Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya. Itulah dianugerahkan Allah subhanahuwa taala pada segala raja-raja Melayu ,tiada pernah member aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hokum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu, alamat negerinya akan binasa.......4
Dalam perjanjian tersebut kedua-dua pihak bersetuju mematuhi peranan masing-masing sebagaimana yang termaktub dalam waad tersebut. Di sebelah pihak raja, golongan tersebut telah bersetuju dengan perkara berikut : a. Tidak akan menghalau rakyat dari istana ; dan b. Tidak akan menista/mengaibkan/memalukan rakyat. Jika wajar dibunuh, maka rakyat tersebut hendaklah dibunuh sahaja.
4

Ibid hlm 25-26

Di sebelah pihak rakyat pula, golongan ini bersetuju bahawa mereka ; a. Tidak akan menderhaka raja walau sejahat atau sezalim mana sekalipun raja itu ; dan b. Tidak akan menitikkan darah ( membunuh atau mencederakan ) raja. Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun kemudiannya bersumpah akan mematuhi semua ketetapan dalam perjanjian tersebut. Mana-mana pihak yang melanggar sumpah tersebut akan menerima balasan seperti berikut : a. Rakyat yang derhaka akan menerima balasan buruk, termasuk kemusnahan segala isi rumah; manakala b. Raja yang zalim akan hilang kuasa dan takhta kerajaannya. Dengan perjanjian tersebut maka wujudlah konsep daulat dan derhaka dalam masyarkat Melayu tradisional dan telah menjadi kekuatan yang membawa kepada keagungan kesultanan Melayu Melaka. Konsep Daulat Menurut kamus dewan edisi ketiga muka surat 276, derhaka membawa maksud bahagia dan kebahagian. Daulat juga membawa pengertian kekuasaan yang tertinggi yang dimiliki oleh golongan pemerintah. Walau bagaimanapun daulat sebenarnya membawa pengertian yang lebih luas iaitu tentang kesempurnaan,kuasa politik tertinggi,kebolehan,keistimewaan serta kebahagian kepada seseorang raja yang memerintah.5 Oleh itu konsep daulat dikemukakan dengan tujuan untuk memberi kuasa kepada raja serta untuk mengawal para pembesar dan rakyat. Daulat memberi sultan banyak hak dan kemudahan serta meletakkan dirinya di tempat yang mulia. Konsep daulat menyebabkan raja tidak boleh ditegur atau dicela yang bermakna mendapat kesetiaan yang mutlak daripada rakyat. Dalam masyarakat Melayu kedudukan raja semakin kukuh apabila dikaitkan dengan anggapan bahawa raja mempunyai kuasa luar biasa atau sakti secara turun temurun.

Ruslan Zainuddin hlm 11

Konsep Derhaka Perkataan derhaka menurut kamus dewan muka surat 296 membawa maksud tidak taat atau khianat. Derhaka juga dianggap sebagai melanggar atau ingkar kepada perintah atau arahan raja.6 Sekiranya seseorang rakyat itu menderhaka atau menginkari perintah raja, maka rakyat tersebut akan ditimpa tulah. Tulah menurut kamus dewan muka surat 1481 bermaksud sebagai kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan. Dalam masyarakat Melayu mana-mana pihak yang melanggar waad akan menerima tulah samada golongan raja atau rakyat. Ini jelas dinyatakan dalam waad antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun. Jika rakyat melakukan penderhakaan kepada raja maka Allah akan menterbalikkan bumbung rumah penderhaka ke bawah manakala tiang rumahnya ke atas. Manakala raja pula jika zalim akan dibinasakan negerinya atau akan kehilangan kerajaan. Konsep daulat dan derhaka menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, terutamanya mereka yang tinggal berdekatan dengan istana. Mereka percaya bahawa dengan pengaruh peribadi atau tulah raja boleh mendatangkan sebarang bencana atau malapetaka dan menjejaskan hasil pengeluaran. Ada pepatah yang mengatakan bahawa adat orang Melayu tidak boleh menderhaka kepada raja. Pepatah ini jelas menerangkan bahawa perbuatan menderhaka kepada raja merupakan satu perkara yang dilarang dalam masyarakat Melayu dan dianggap sebesar-besarnya jenayah yang dilakukan. Jelasnya, konsep ini merupakan satu peraturan yang diadakan bagi memastikan bahawa raja bukan sahaja berperanan sebagai pemerintah, tetapi menjadi pelindung dan penaung kepada rakyat.Manakala di pihak rakyat pula, mereka harus tunduk dan taat setia tanpa berbelah bagi kepada raja. Menerusi konsep daulat ini, seseorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyatnya. Jika rakyat menderhaka kepada raja, mereka akan dikenakan hukuman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hukuman secara langsung bermaksud apabila raja sendiri yang mengarahkan orangnya membunuh pesalah berkenaan. Manakala, hukuman secara tidak langsung pula merujuk kepada hukuman yang diturunkan dalam bentuk bala,tulah ataupun sumpahan.
6

Ibid hlm 12

PELAKSANAAN KONSEP DAULAT DAN DERHAKA DALAM PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Konsep daulat dan derhaka dalam kesultanan Melayu Melaka boleh dilihat dari dua aspek iaitu dari sudut kesetiaan (daulat) dan melanggar waad (derhaka). Unsur kesetiaan ialah patuh kepada waad manakala derhaka pula ialah melanggar waad. Kedua-dua unsur ini telah dilakukan oleh golongan pemerintah (raja) dan juga golongan rakyat. Kepatuhan Kepada Waad Keadilan Sultan Mansur Syah Sultan Mansur Syah seorang sultan yang adil lagi bijaksana pada masa pemerintahannya. Kerajaan Melaka memperlihatkan kemajuan yang luar biasa sehingga dapat meluaskan kuasa di Kepulauan Melayu. Sultan Mansur Syah berjaya membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan yang besar dan kuat seperti China dan Siam. Perkara membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang kuat dan digeruni oleh beberapa kuasa lain. Melaka menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia termasuk dari Arab dan India. Keadaan ini membolehkan rakyat hidup dan Melaka bertambah makmur. Kepatuhan sultan Mansur Shah terhadap waad terserlah apabila berlaku tragedi pembunuhan anak Tun Perak iaitu Tun Besar oleh putera baginda. Sultan Mansur Syah bersetuju dengan cadangan bendahara Tun Perak agar Raja Muhamad tidak mewarisi tahkta kerajaan Melaka. Keadilan Sultan Alauddin Riayat Shah Baginda seorang seorang sultan yang adil dan mengambil berat akan kehidupan rakyat. Dalam beberapa hal, baginda mencontohi corak pemerintahan Islam dan corak pemerintahan Khalifah Rasyidin. Sebagai contoh baginda mengguna pakai undang-undang yang bercorak Islam/hudud dengan mengenakan hukuman potong tangan kepada individu atau kumpulan yang tidak mengembalikan harta yang ditemukan mereka. Selain itu baginda sendiri turun padang untuk membenteras

kejadian kecurian di Melaka. Kesungguhan Sultan Alauddin telah mewujudkan keamanan di negeri Melaka . Kepatuhan dan Kesetiaan Bendahara Tun Perak ( Paduka Raja) Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling berjaya dalam

pemerintahan beraja di Melaka. Beliau telah menjadi bendahara kepada empat orang sultan iaitu Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah. Beliau merupakan orang kanan sultan yang banyak menyumbang kepada kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Bendahara Tun Perak boleh diibaratkan sebagai pengurus pentadbiran politik yang sebenarnya. Tun Perak merupakan penjunjung konsep daulat dan derhaka dan beliau amat mementingkan konsep daulat dan derhaka. Bagi beliau ,kesetiaan kepada sultan amat penting untuk memastikan empayar Melaka terus berkembang dengan pesat dari pelbagai aspek. Sepanjang perkhidmatannya dengan sultan Melaka sebagai bendahara, Tun Perak telah memperliharkan kebaktian yang tinggi, penuh kesetiaan dan kejujuran demi kebaikan dalam pentadbiran kerajaan Melaka. Dalam banyak hal, beliau lebih bijak bertindak , membuat keputusan dan berfikiran luas berbanding sultan Melaka. Sebagai orang kanan sultan, Tun Perak juga tidak menurut perintah sultan secara membuta tuli. Sebaliknya apa yang patut dilakukan, akan dilakasanakan dengan penuh bijaksana dan rasa tanggungjawab yang tinggi sebagai seorang ketua pentadbir kerajaan Melaka. Tun Perak amat berpegang kepada prinsip Pantang Anak Melayu

Menderhaka .Konsep ini sebenarnya telah mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat kerana membolehkan politik menjadi lebih stabil walaupun pihak raja berlaku zalim. Walaupun anaknya Tun Besar telah dibunuh oleh putera raja tetapi beliau tidak mahu menderhaka kepada raja. Dalam Sejarah Melayu ada dinyatakan bahawa : ...Maka orang geruparlah ; segala anak buah Bendahara Paduka Raja pun

semuanya keluar dengan alat senjatanya. Maka Bendahara Paduka Raja pun keluar bertanya, Apa sebab gerupar ini ? Maka kata orang itu, Anakanda Tun Besar mati

dibunuh oleh Raja Muhamad! Maka segala perihalnya semua dikatakan orang pada Bendahara Paduka Raja. Maka kata Bendahara, Mengapakah maka kamu semua berlengkap ini ? Maka sahut segala anak buah Bendahara, Sahaya semua hendak berbalas akan kematian saudara sahaya semua! maka kata Bendahara Paduka Raja, Hei ! Hei! Hendak derhakakah ke bukit ? Hendak derhakakah ke bukit ? Nyiah! Nyiah! Kamu semua ;nyiah ! Kerana istiadat Hamba Melayu tiada pernah derhaka....7
Dalam petikan di atas, anak Tun Perak telah dibunuh oleh Raja Muhammad. Semua anak buah Tun Perak ingin membalas dendam tetapi dihalang oleh Tun Perak. Sebaliknya Tun Perak memutuskan bahawa Raja Muhammad tidak diterima sebagai bakal sultan Melaka. Akhirnya Raja Muhammad telah dirajakan di Pahang oleh Sultan Mansur Shah. Terbukti bahawa Tun Perak mematuhi konsep daulat dan derhaka kerana walaupun anaknya dibunuh tetapi beliau tetap tidak mahu menderhaka kepada sultan dan kerabatnya.

Kepatuhan dan Kesetiaan Hang Tuah Hang Tuah ialah seorang laksamana dalam kesultanan Melayu Melaka. Berdasarkan teks Sejarah Melayu, beliau boleh disifatkan sebagai lambang seorang hamba Melayu yang memperlihatkan tahap kesetiaan yang sangat luar biasa sekali. Taat zaman sekarang. Namun kerana pada zaman tersebut konsep daulat dan derhaka adalah pegangan yang harus dipatuhi oleh orang Melayu. Sebenarnya terdapat banyak kisah yang memperlihatkan unsure kepatuhan Hang Tuah terhadap waad iaitu pantang derhaka kepada raja. Namun hanya dua perkara yang memperlihatkan unsur kesetiaan yang luar biasa iaitu bila hukuman bunuh terhadap Hang Tuah dan tindakan Hang Tuah membunuh Hang Jebat. Kedua-dua kisah ini berkait rapat. Hang Tuah merupakan laksamana yang sangat disayangi oleh Sultan Mansur Shah dan sering mendapat pujian baginda. Perkara ini telah menyebabkan perasaan
7

Sejarah Melayu, A, Samad Ahmad, hlm155

cemburu di kalangan pembesar yang lain. Oleh itu mereka mencari jalan bagaimana untuk menghapuskan Hang Tuah. Para pembesar lain telah membuat fitnah dengan mengatakan bahawa Hang Tuah berlaku curang dengan dayang kesayangan baginda. Perkara ini menyebabkan Sultan Mansur Shah mengeluarkan perintah bunuh kepada Hang Tuah. Hang Tuah pula tidak membantah hukuman tersebut seolah-olah ia bersalah tetapi sebenarnya Hang Tuah tidak mahu menentang Sultan. Walau bagaimanapun hukuman tersebut tidak dilaksanakan oleh Seri Nara Diraja kerana tahu bahawa Hang Tuah memang tidak bersalah . Hukuman bunuh terhadap Hang Tuah telah menyebabkan Hang Jebat membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan sultan. Hang Jebat telah merogol dayang kesayangan sultan dan membunuh orang yang cuba menghalangnya. Hang Jebat juga telah merampas istana sultan dan melakukan hura-hara di istana. Akhirnya Hang Tuah telah dipanggil semula untuk membunuh Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada sultan. Hang Tuah sepatutnya menyokong tindakan Hang Jebat tersebut kerana ia bertujuan untuk membalas dendam atas kematiannya yang telah dihukum bunuh kerana fitnah pembesar lain. Tetapi Hang Tuah adalah seorang yang berpegang kepada konsep pantang anak Melayu derhaka telah membunuh rakan karibnya sendiri. Hang Tuah telah berkata bahawa yang dibunuhnya bukanlah sahabatnya tetapi seorang penderhaka. Dalam peristiwa ini jelaslah bahawa Hang Tuah seorang yang mematuhi waad yang telah dibuat oleh Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun. Hang Tuah tidak akan menderhaka kerana percaya kepada konsep daulat dan derhaka. Oleh itu Hang Tuah rela dihukum bunuh dan membunuh rakan baiknya iaitu Hang Tuah yang membela kematiannya.

Kepatuhan Tun Biajid Tun Biajid ialah anak kepada Laksamana Hang Tuah. Beliau juga merupakan salah seorang hamba Melayu yang tidak mahu menderhaka kerana berpegang kepada konsep daulat dan derhaka. Dikatakan Tun Biajid telah diarahkan oleh sultan mengurus Merba. Malangnya sewaktu menjalankan tugasnya, Sultan Mahmud Shah telah menjalin hubungan sulit dengan isterinya. Tun Biajid telah melihat sendiri perlakuan jahat Sultan Mahmud Shah ketika pulang dari Merba pada suatu malam. Tun Biajid memang marah dengan tindakan Sultan Mahmud Shah dan boleh membunuhnya jika mahu kerana pada masa itu tidak ada pembesar lain yang mengiringi baginda. Tetapi Tun Biajid tidak mengambil kesempatan tersebut kerana sebagai hamba Melayu, tiada ia mahu mengubahkan setianya. Beliau sekadar memarahi baginda dan kemudian tidak menjalin apa-apa hubungan dengan Sultan Mahmud lagi. Kepatuhan Tun Biajid ini menunjukkan beliau seorang yang berpegang kepada konsep daulat dan derhaka. Walaupun mempunyai peluang untuk membunuh Sultan Mahmud tetapi tidak bertindak demikian. Ini kerana beliau tidak mahu menderhaka dan ingin mengekalkan kesetiaannya terhadap pemerintah.

Kepatuhan dan Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir adalah bapa saudara kepada Sultan Mahmud. Hubungan ini wujud kerana bonda Sultan Mahmud yang bernama Tun Naja/ Senaja ialah kakak bendahara itu. Beliau menjadi bendahara Melaka selepas kematian Bendahara Putih. Pada waktu itu, Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Shah. Pada penghujung penguasaannya sebagai bendahara Melaka, beliau kurang disenangi oleh Sultan Mahmud kerana Tun Mutahir tidak mempersembahkan anaknya Tun Fatimah yang rupawan kepada Sultan Mahmud sedangkan baginda pada masa itu telah kematian raja perempuan. Malah Tun Mutahir telah mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Oleh itu apabila Kitul, Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja Hassan memfitnah bahawa Bendahara Tun Mutahir hendak merampas kuasa, Sultan

Mahmud yang memang berdendam telah menghukum bunuh Tun Mutahir sekeluarga tanpa melakukan siasatan. Hukuman itu telah membangkitkan kemarahan kaum keluarga dan pengikut Bendahara Tun Mutahir. Mereka telah datang berkumpul dan bersedia menentang sultan. ...ditegah

oleh Bendahara Seri Maharaja, katanya, Hei Hassan! Hendak

membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau ? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka..8
Bendahara Tun Mutahir telah melarang kaum keluarga dan pengikutnya agar tidak menderhaka . Malah Tun Mutahir juga telah menunjukkan kepatuhan kepada konsep waad apabila Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara hendak membunuhnya. Beliau dengan tenang merelakan hukuman itu sebagaimana katanya Barang yang telah berlaku hukum Allah itu, hamba pun redalah. Jelas sekali Bendahara Tun Mutahir juga adalah seorang yang berpegang kepada konsep pantang anak Melayu menderhaka .Tindakan Tun Mutahir melarang kaum keluarga dan pengikutnya menentang sultan merupakan bukti yang jelas tentang kepatuhan Tun Mutahir kepada waad. Malah Tun Mutahir merelakan dirinya dihukum bunuh.

Ibid hlm 264

Pelanggaran Waad Pelanggaran terhadap waad juga berlaku sepanjang kewujudan Kesultanan Melayu Melaka. Pelanggaran ini juga telah dilakukan oleh golongan raja dan rakyat. Kesannya mereka telah menerima balasan (tulah) di atas perbuatan tersebut. Kezaliman Sultan Mahmud Shah Sultan Mahmud merupakan golongan raja yang telah melanggar waad yang dipersetujui oleh Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun. Sultan Mahmud dikatakan seorang yang mempunyai nafsu seks yang kuat terhadap wanita serta banyak membunuh orang yang tidak disukai atau dibencinya atas alasan yang kecil dan tidak munasabah. Ketidakrasionalan baginda telah banyak mencetuskan konflik dan krisis, sama ada kepada individu, keluarga yang terlibat mahupun kepada Melaka yang diperintahnya. Rentetan keserakahan nafsu baginda terhadap wanita bermula dengan tindakan baginda bermain dengan isteri Tun Biajid sehingga menyebabkan baginda tidak dihormati oleh Tun Biajid. Baginda juga membuat hubungan sulit dengan Tun Dewi dan apabila perempuan itu menjalin hubungan dengan Tun Ali Sandang, baginda telah membunuh lelaki itu. Baginda seterusnya merampas Tun Teja daripada tunangannya, Sultan Abdul Jamal hingga menyebabkan sultan itu membawa diri ke hulu Pahang. Yang lebih menyayat hati, baginda tergamak membunuh Bendahara Tun Mutahir yang juga bapa saudaranya hanya semata-mata mahu memiliki Tun Fatimah yang telah bernikah dengan Tun Ali. Perbuatan Sultan Mahmud ini telah menyebabkan banyak kematian hamba rakyat yang tidak berdosa. Antara yang menjadi mangsa pembunuhan Sultan Mahmud ialah Tun Mutahir dan ahli keluarga, Tun Ali Sandang, Seri Bija Diraja dan akhir sekali anaknya sendiri iaitu Sultan Ahmad. musibah dan malapetaka kepada kesultanan Kezaliman Sultan Mahmud dan dirinya sendiri, merupakan pelanggaran terhadap waad yang dipersetujui telah mendatangkan Melaka sebagaimana yang terkandung dalam waad Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya. Akhirnya Melaka telah ditawan oleh Portugis( Feringgi) dan Sultan

Mahmud telah menjadi pelarian dan terpaksa melarikan diri ke sana ke mari kerana dikejar oleh tentera Portugis. Penderhakaan Hang Jebat Kisah penderhakaan Hang Jebat juga merupakan satu lagi pelanggaran terhadap waad . Kisah penderhakaan Hang Jebat berlaku kerana ingin membalas dendam terhadap kematian Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Shah. Hang Jebat telah bertindak melakukan kejahatan dengan merogol dayang di istana dan membunuh sesiapa sahaja yang diutuskan oleh sultan membunuhnya. Beliau juga bertindak merampas istana sultan.Perbuatan ini jelas sekali telah melangar konsep daulat dan derhaka. Akhirnya Hang Jebat telah menerima balasan dan telah dibunuh oleh sahabatnya sendiri iaitu Hang Tuah. Malah ahli keluarga dan rumahnya turut dibunuh dan dimusnahkan . ...Maka bangkai Hang Jebat pun ditarik oranglah, maka segala anak bininya habis

diumbut, datang kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah pun habis digali dibuangkan ke laut...9
Balasan yang diterima oleh Hang Jebat dan ahli keluarganya adalah seperti yang terkandung dalaam waad iaitu Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke-bawah kaki ke atas. Balasan yang diterima oleh Hang Jebat adalah akibat daulat seorang raja dan telah menerima balasan atau tulah di atas penderhakaannya.

Penderhakaan Megat Seri Rama Megat Seri Rama ialah Laksamana kerajaan Johor-Riau. Beliau telah diarahkan untuk menghapuskan lanun-lanun yang sedang mengganas di perairan kerajaan JohorRiau. Kerana patuh dan setia kepada Sultan Mamud Syah II, beliau telah meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung. Semasa ketiadaan Megat Seri Rama, isteri mengidam memakan buah nangka yang terdapat dalam istana raja. Akhirnya dia telah berjaya mendapatkan seulas nangka kepunyaan sultan. Sultan
9

Ibid hlm 175

sangat murka kerana dihidangkan dengan nangka yang telah menjadi sisa orang lain. Tanpa berfikir panjang, baginda telah menitahkan isteri Megat Seri Rama dihukum bunuh dengan membelah perut untuk mendapatkan nangka tersebut. Megat Seri Rama amat marah dan kecewa dengan sultan apabila mengetahui perkara tersebut dan berazam untuk membalas dendam. Ketika Sultan Mahmud Syah II sedang dijulang untuk menunaikan sembahyang Jumaat, Megat Seri Rama telah membunuhnya. Sebelum menghembuskan nafasnya, Sultan Mahmud Syah sempat melontarkan kerisnya dan terkena kaki Megat Seri Rama dan telah menyebabkan kematian beliau. Dalam peristiwa ini ada dua keadaan yang boleh menjelaskan konsep daulat dan derhaka. Pertama ialah kezaliman Sultan Mahmud Syah telah menerima balasan iaitu kehilangan nyawa dan terhapusnya keturunan sultan yang berasal dari Melaka. Yang kedua, Megat Seri Rama juga telah menerima balasan atau tulah diatas perbuatannya. Beliau hanya tercedera di kaki tetapi tetap meninggal dunia. Kematian ini kerana tulah di atas perbuatannya yang menderhaka kepada raja.

PENILAIAN Konsep Daulat dan Derhaka yang terhasil daripada perjanjian kesetiaan (Waadat/Waad) antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun merupakan suatu bentuk perjanjian yang menjadi lambang atau simbol hubungan raja dengan rakyat dalam memelihara keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara. Raja dan rakyat harus memahami tugas masing-masing dan bertindak berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pihak raja harus memerintah dengan adil dan menjauhi perbuatan bersifat zalim terhadap rakyat. Pihak rakyat pula harus setia dan menghormati raja serta jangan sekali-kali menderhaka kepada raja. Raja dan rakyat yang berpegang teguh kepada waad akan menikmati

kehidupan yang aman dan selamat. Raja yang adil akan mewujudkan keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyat jelata. Demikian juga, rakyat yang setia terhadap raja akan hidup aman dan selamat. Sebaliknya raja yang melanggar waad akan menerima balasan iaitu kehilangan kuasa dan takhta kerajaannya. Demikian juga dengan rakyat yang derhaka akan menerima balasan iaitu dirinya dan seluruh ahli keluarga akan ditimpa kebinasaan. Sepanjang kewujudan Kesultanan Melayu Melaka terdapat banyak peristiwa yang berkaitan dengan konsep daulat dan derhaka. Keadilan raja ditunjukkan oleh Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah. Kezaliman raja pula ditunjukkan dengan Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mahmud Syah II. Bendahara Tun Perak, Bendahara Tun Mutahir, Laksamana Hang Tuah dan Tun Biajid pula lambang kesetiaan golongan rakyat. Hang Jebat dan Megat Seri Rama ialah lambang penderhakaan golongan rakyat yang terkena tulah . Jelaslah bahawa memang konsep daulat dan derhaka telah wujud sepanjang kewujudan Kesultanan Melayu Melaka.

RUJUKAN A.Samad Ahmad ,Sulatus

Salatin

(Sejarah

Melayu

),Dewan

Bahasa

dan

Pustaka,Kuala Lumpur,1979. Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,Fajar Bakti,2003

You might also like