You are on page 1of 9

TUGASAN INDIVIDU PENGURUSAN EKOSISTEM PERSEKITARAN TG30203 TAJUK NAMA 1.

0 : ULASAN JURNAL TENTANG ISU ISU BERKAITAN EKOSISTEM : ROSIEY BIN STEVEN KALUNANG CT10210646 PENDAHULUAN

Alahamdulillah syukur pada Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan individu untuk subjek Pengurusan Ekosistem Persekitaran TG30203. Untuk tugasan ini, saya telah memilih jurnal yang mengkaji tentang kesan penebangan hutan ke atas perubahan suhu dan kelembapaan bandingan di kawasan tanah tinggi. Jurnal ini bertajuk Kesan penyahutanan ke atas pola suhu dan kelembapan bandingan di Cameron Highlands, Malaysia : Satu analisis awal yang dikeluarkan dalam Geografia Malaysian Journal of Society and Space issue 3 (56-65) 2011. Jurnal ini ditulis oleh Ahadi Iskandar Ismail, Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md.Hashim dan Yaakob Mohd Jani. Kesemua penulis ini bertugas di Pusat Pengajian Sosial, pembangunan dan Persekitaran, Falkulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2.0 TUJUAN PENULISAN JURNAL

Tujuan jurnal ini dihasilkan untuk melihat sejauhmanakah kesan penebangan hutan dan perubahan pola tanah ke atas suhu dan kelembapan bandingan di kawasan tanah tinggi. Kajian ini telah dibuat di Cameron Highlands yang merupakan satu kawasan tanah tinggi yang terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan dan agrikultur. Penulis membuktikan bahawa penyahutanan dan perubahan penggunaan pola tanah merupakan faktor utama kepada peningkatan suhu di Cameron Highlands. Saya berpendapat bahawa para pengkaji dan juga penulis sebenarnya ingin menegaskan kepentingan hutan dalam kehidupan manusia dan juga ekosistem. Oleh itu jurnal ini sebenarnya ingin menyedarkan semua pihak betapa penting mengekalkan hutan dan berkerjasama untuk mengekalkan kawasan hutan yang masih wujud. 3.0 METODOLOGI PENULISAN

Kaedah penulisan yang digunakan oleh penulis amat tersusun mengikut format penulisan jurnal. Penulisan tersebut didahulukan dengan tajuk, abstrak, pengenalan, , kesimpulan dan berakhir dengan rujukan. Sebagai permulaan, penulis telah menyatakan tentang isu pembangunan di kawasan tanah tinggi sangat berkait rapat dengan penebangan hutan dan ini merupakan satu masalah yang dialami di kawasan tanah tinggi di Malaysia. Banyak kajian telah dilakukan oleh penyelidik luar yang mengatakan bahawa hutan memang memainkan peranan penting dalam mengekalkan suhu dan kadar kelembapan di sesuatu kawasan. Seterusnya ialah penulis telah menetapkan kawasan kajian ialah di Cameron Highlands iaitu daerah yang paling kecil dalam negeri Pahang dan memberi tumpuan di pecan Tanah Ratah, Berincang, Ringlet dan Kampung Rajah serta kawasan yang berhampiran. Hasil kajian penulis telah mendapati bahawa memang secara keseluruhannya berlaku peningkatan suhu di kawasan berkenaan selaras dengan penyahutanan di kawasan berkenaan. Penulis berjaya membuktikan bahawa pembangunan di kawasan kajian telah memberikan implikasi terhadap perubahan suhu dan kadar kelembapan . Oleh itu penulis telah memberi cadangan supaya pembangunan di kawasan terbabit harus dilaksanakan dengan terancang . Penulis ada menyediakan rujukan untuk memudahkan pembaca membuat rujukan daripada sumber-sumber rujukan yang telah digunakan. Ini menunjukkan teknik penulisan yang digunakan tersusun dan bersistematik serta dapat memberi kefahaman yang jelas terhadap tajuk yang dibincangkan. 4.0 ULASAN KANDUNGAN SECARA KESELURUHAN kandungan kajian

Jurnal ini sangat menarik untuk dibaca kerana penulis berjaya membuktikan bahawa penebangan hutan memang memberi kesan terhadap perubahan suhu persekitaran dan juga kadar kelembapan di kawasan kajian. Dalam jurnal ini penulis telah menyatakan bahawa kawasan kajian ialah di Cameron Highlands yang sememangnya mempunyai suhu yang rendah dan kadar kelembapan yang tinggi. Untuk melihat bagaiaman penyahutanan memberi kesan terhadap suhu persekitaran dan juga kadar kelembapan, maka penulis telah mengambil data sekunder dari tahun 1970-an sehingga tahun 2006.

Data tentang suhu dan kadar kelembapan bandingan telah diperolehi daripada Laporan Tahunan Jabatan Metreologi Malaysia selama empat dekad iaitu dari tahun 1970-an hingga 2000-an. Manakala data tentang perubahan guna tanah telah diperolehi daripada Jabatan Pertanian Malaysia bagi tahun 1970, 1974, 1984,1997, dan 2006. Untuk memproses data-data tersebut para pengkaji telah menggunakan perisian dalam Microsoft Excel.

Hasil kajian para pengkaji tentang kesan penyahutanan ke atas perubahan suhu dan kadar kelembapan adalah seperti berikut : Min suhu tahunan Untuk melihat kesan peningkatan suhu, para pengkaji telah memilih dua stesen iaitu di stesen Tanah Rata dan Stesen MARDI. Bacaan permulaan kedua-dua stesen ialah 17.8 C pada tahun 1970. Stesen MARDI telah menunjukkan bacaan yang meningkat sehingga 19.5 C pada tahun 1998, manakala stesen Tanah Rata pula ialah hanya 18.5 C. Kedua-dua stesen ini telah mencatatkan peningkatan suhu yang berbeza. Hasil kajian mendapati bahawa stesen MARDI terletak berhampiiran dengan kawasan yang mengalami pembangunan yang pesat dan mempunyai kurang litupan hutan , manakala stesen Tanah Rata pula terletak hampir 3 kilometer daripada pekan Tanah Rata dan merupakan satu kawasan yang masih lagi mempunyai litupan hutan yang agak banyak. Berdasarkan keputusan tersebut, para pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa memang berlaku peningkatan suhu yang lebih tinggi di kawasan yang mempunyai litupan hutan yang lebih sedikit. Para penulis telah mengatakan bahawa keputusan tersebut mempunyai persamaan dengan kajian yang dilakukan oleh Leong (1992) iaitu perubahan litupan hutan di kawasan tanah tinggi tersebut untuk pembinaan jalan,bangunan dan sebagainya telah meningkatkan min suhu di kawasan berkenaan. Kelembapan bandingan

Berdasarkan data yang telah diperolehi oleh penulis, peratus kelembapan bandingan dari tahun 1970 hingga 2007 menunjukkan peningkatan nilai tersebut di stesen Tanah Rata, manakala di stesen MARDI pula terdapat penurunan mendadak selepas tahun 1980, tetapi peratus kelembapan bandingan tersebut mula meningkat semula selepas tahun 1995. Secara keseluruhan ,cerapan di stesen MARDI selama 37 tahun menunjukkan penurunan dalam peratus kelembapan bandingan hanya sebanyak 1% sahaja. Di stesen Tanah Rata pula peningkatan bacaan adalah sebanyak 2% menjelang tahun terakhir cerapan di ambil. Hasil kajian penulis telah mendapati bahawa secara keseluruhan kadar kelembapan bandingan di kedua-dua stesen telah meningkat dan ini amat berlawanan dengan peningkatan suhu di kawasan terbabit. Penulis mengandaikan bahawa peningkatan kadar kelembapan tersebut disebabkan oleh aktiviti pertanian khususnya penanman teh serta pengairan untuk pembangunan agrikultur. Perubahan pola guna tanah Untuk melihat perubahan guna tanah di Cameron Highlands, penulis telah mengambil data daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Berdasarkan data dari tahun 1990 hingga 2006, berlaku jumlah pengurangan hutan sebanyak 7.2% iaitu daripada keluasan sekitar 62,991 hektar pada tahun 1990 telah merosot kepada 58,535 hektar pada tahun 2006. Jumlah tersebut adalah selaras dengan peningkatan guna tanah hampir 79% daripada 5,435 hektar pada tahun 1990 kepada 9,749 hektar pada tahun 2006. Penulis telah merumuskan bahawa peningkatan guna tanah ini paling pesat antara tahun 1990 hingga tahun 2006 iaitu sebanyak 72%. Perubahan ini bermaksud kawasan yang mempunyai permukaan tepubina akan meningkat dan akan mempengaruhi suhu permukaan dan juga fluks haba pendam. Penulis telah mengandaikan bahawa perubahan suhu di Cameron Highlands ini kerana perubahan pola guna tanah untuk pembinaan permukaan tepubina. Namun bagi kawasan yang digunakan untuk agrikultur pula telah menyebabkan peningkatan kadar kelembapan khususnya di stesen Tanah Rata. Pandangan penulis tentang perancangan di Cameron Higlands Hasil kajian telah menunjukkan bahawa peningkatan suhu dii Cameron Highlands adalah

serentak dengan perubahan guna tanah akibat penebangan hutan semulajadi. Ini telah

membuktikan bahawa adanya kaitan antara hubungan pencerahan hutan untuk pembangunan dan perubahan iklim setempat di Cameron Highlands. Penulis melihat perkara tersebut haruslah diambil langkah-langkah membendung kesan penyahutanan yang telah memberi kesan terhadap iklim setempat. Sekiranya perkara tersebut tidak dibendung maka akan memberi kesan kepada dua sektor utama yang menjana ekonomi di Cameron Higlands iaitu agrikultur dan pelancongan. Menurut penulis perubahan iklim yang berlaku akan mengurangkan hasil tanaman yang diperolehi. Contoh yang diberikan ialah strawberi yang mana akan mengalami kitaran kitaran hidup yang lebih singkat apabila berlakunya peningkatan suhu. Sektor pelancongan juga akan mengalami masalah sekiranya peningkatan suhu terus berlaku di Cameron Higlands. Sektor pelancongan di Cameron Highlands bergantung kepada suhu rendah kerana ia menjadi tarikan utama pelancong datang ke tempat tersebut selain menikmati keindahan ekosistem tanah tinggi. Begitu juga dengan dengan taburan spesis dalam ekosistem yang merupakan satu faktor penting kehadiran pelancong ke Cameron Highlands. Penulis telah mencadangkan beberapa langkah untuk menyelamatkan sektor agrikultur dan pelancongan di Cameron Highlands. Cadangan pertama ialah hanya pembangunan yang berkualiti iaitu yang bersifat mapan sahaja yang harus diberi keutamaan. Pembangunan yang dijalankan haruslah mengambil kira kelestarian ekosistem semulajadi tempatan. Perlu ada keseimbangan yang dinamik antara pembangunan kawasan tersebut untuk mendapatkan pulangan ekonomi dan juga pemiliharaan dan pemuliharaan hutan semulajadi. Dalam hal ini penulis mencadangkan satu pengezonan kawasan mengikut kerentanan kepada perubahan alam. Pengezonan ini untuk memastikan agar pembangunan mengikut keperluan ekonomi setempat. Untuk mengekalkan suhu pula, sempadan hutan haruslah ditetapkan dengan lebih nyata agar penyahutanan yang berlaku tidak melampaui batas yang telah ditetapkan. Penulis juga mencadangkan agar garis panduan Highlands patut disediakan. Selain daripada itu, penulis juga menyatakan bahawa pengezonan kawasan dan pemeliharaan hutan semulajadi juga perlu digabungkan dengan konsep guna semula kawasan yang sudah dibangunkan. Misalnya bangunan lama dan projek yang terbengkalai harus khas bagi pembangunan pelancongan Cameron

dirancang dan diurus agar turut membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem setempat. Perkara ini akan dapat mengawal proses pembangunan tanah dan mencantikan kawasan sedia ada. Ketinggian bangunan juga harus diambil kira jika ingin membina bangunan agar tidak menjejaskan pemandangan kawasan sekeliling. Namun perkara yang paling penting pada pendapat penulis ialah kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam memastikan pembangunan yang lestari di Cameron Highlands. Dalam hal ini ada tiga pihak yang memainkan peranan penting iaitu kerajaan tempatan, perancang pembangunan kawasan pertanian dan pemilik tanah. Ketiga-tiga pihak ini haruslah berkerjasama dalam memastikan usaha melestarikan Cameron Highlands dapat dilaksanakan. Namun begitu penulis menyatakan bahawa satu halangan utama dalam merealisasikan usaha ini ialah kekurangan kerjasama daripada pihak yang berkepentingan dalam pembangunan di Cameron Highlands dalam menguatkuasakan undang-undang khususnya ke atas penebangan dan pembersihan hutan. Oleh itu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Sedunia (WWF) , komuniti orang asli dan juga penduduk setempat perlu bertindak sebagai pemantau dan memberi maklumbalas dan aduan kepada pihak pentadbir. Penulis telah menyatakan bahawa penebangan hutan dan penggunaan pola tanah

memang tidak dapat dielakkan demi pembangunan sesebuah kawasan. Perkara ini telah berlaku di Cameron Highlands dan hasil kajian telah membuktikan bahawa pembangunan di kawasan tersebut telah member kesan kepada peningkatan suhu dan kelembapan bandingan. Namun jika pembangunan sesebuah kawasan itu dirancang dengan teliti dan secara bijaksana serta disusuli dengan pemantauan dan penguatkuasa undang-undang ,proses penyahutanan tidak akan berlaku dengan sewenang-wenangnya. Apa yang penting ialah penebangan hutan haruslah dikawal dan dikurangkan agar keistimewaan iklimnya dapat dikekalkan demi menjamin habitat pelbagai spesis endemik di samping kepentingan ekonominya kepada negara melalui industry pelancongan dan industry pertanian tanah tinggi. 5.0 SUMBER RUJUKAN

Dalam menghasilkan jurnal ini, penulis telah menggunakan sumber rujukan yang pelbagai untuk menguatkan lagi kenyataan yang dikemukakan oleh penulis. Sebanyak 36 sumber rujukan telah digunakan oleh penulis yang terdiri daripada pelbagai kategori. Penulis telah membuat rujukan daripada buku,internet dan juga jurnal yang ditulis oleh penulis lain. 5.0 KEKUATAN JURNAL

Jurnal ini mempunyai kekuatan dari segi sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis dalam menghasilkan jurnal tentang kesan penyahutanan terhadap suhu dan kelembapan bandingan. Setiap pandangan yang dikemukakan oleh penulis disusuli dengan sokongan daripada pandangan dan pendapat penulis lain. Ini menunjukkan bahawa penulis bukanlah jenis yang suka memberikan pandangan sewenang-wenangnya. Satu lagi kekuatan dalam jurnal ini ialah data yang digunakan merupakan data yang boleh dipercayai kerana diperolehi daripada agensi yang ditauliahkan oleh kerajaan. Dalam jurnal ini, penulis telah menggunakan data sekunder daripada Laporan Tahunan Jabatan Meteorlogi Malaysia dan data perubahan tanah daripada Jabatan Pertanian. 6.0 KEISTIMEWAAN HASIL KAJIAN

Setelah membaca jurnal ini, terdapat keistimewaan yang telah dikemukakan oleh penulis berkenaan dengan perubahan suhu dan kelembapan bandingan. Hasil kajian penulis telah mendapati bahawa kawasan hutan yang diteroka tidak semestinya mempunyai kelembapan bandingan rendah. Kenyataan ini sangat menarik kerana kebiasaannya apabila suhu semakin meningkat maka kadar kelembapan akan menurun. Namun apa yang berlaku ialah walaupun kawasan di Cameron Higlands telah dibangunkan sehingga menyebabkan suhu semakin meningkat tetapi kadar kelembapan pula turut meningkat. Menurut penulis perkara ini kerana kesan daripada aktiviti agrikultur iaitu penanaman teh. Dalam hal ini saya berpendapat bahawa sesuatu kawasan hutan yang dibangunkan untuk kawasan pertanian seperti penanaman kelapa sawit dan mungkin juga getah tidak semestinya menyebabkan suhu sesuatu kawasan itu meningkat. Oleh itu mungkin adalah lebih baik kajian juga harus dijalankan dikawasan tanah rendah khususnya di ladang-ladang kelapa sawit dan juga getah untuk melihat sejauh mana kebenaran kenyataan yang dikemukan oleh penulis.

7.0

KEPENTINGAN HUTAN

Jurnal ini telah membuktikan bahawa hutan merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kegiatan agrikultur. Hutan mampu mengekalkan suhu yang rendah dan ini merupakan elemen penting dalam penanaman tanaman agrikultur seperti strawberi dan juga teh. Selain mampu mengekalkan suhu yang rendah, hutan juga penting sebagai daya tarikan pelancong datang ke Cameron Hihglands kerana terdapatnya spesis tanah tinggi yang menarik.

8.0

PENUTUP

Dengan membaca jurnal ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam lagi kaitan antara kepentingan hutan untuk mengekalkan suhu sesuatu kawasan serta kelembapan bandingan. Penulis berjaya membuktikan bagaimana penyahutanan dan perubahan penggunaan pola tanah mampu meningkatkan suhu disesuatu kawasan . Namun dalam kajian ini penulis mengatakan bahawa penerokaan hutan tidak dapat dielakkan kerana pembangunan juga harus dijalankan di Cameron Higlands. Penulis mencadangkan supaya pihak yang berwajib harus merancang dengan bijak dan mengikut kepentingan sebelum meluluskan pembangunan di kawasan hutan. Saya kurang bersetuju dengan pandangan penulis tentang penerokaan hutan di Cameron Highlands boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ketat. Seharusnya kawasan hutan di Cameron Highlands diwartakan sebagai hutan simpan agar tiada pihak yang boleh memohon untuk membuka kawasan hutan. Walaupun penulis mencadangkan proses penerokaan hutan harus mengikuti prosedur yang ketat tetapi lambat laun kawasan hutan di Cameron Highlands akan habis diteroka kerana pihak yang tertentu boleh mempengaruhi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan kelulusan meneroka kawasan hutan. Oleh itu usaha untuk mewartakan kawasan hutan yang masih wujud di Cameron Highlands sebagai hutan simpan mestilah dipercepatkan.

You might also like