You are on page 1of 2

CONTOH CARA MENJAWAB SOALAN ESEI:

SOALAN:

Huraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia. (6 markah) m/s
55-57

JAWAPAN:

ISI, HURAIAN, CONTOH

Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia ialah kegiatan pertanian.
Iklim khatulistiwa di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan
pelbagai jenis tanaman seperti padi dan getah. Contohnya, padi di Dataran Kedah-Perlis.
Kawasan tanah tinggi pula yang mengalami suhu sederhana sesuai untuk penanaman sayur,
teh dan bunga. Contohnya, Cameron Highland di Pahang.

Kedua, kegiatan pembalakan. Malaysia yang mempunyai suhu yang tinggi dan jumlah hujan
yang banyak menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika terutamanya di pedalaman
Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah Sarawak. Pelbagai pokok kayu keras tumbuh
di Hutan Hujan Tropika. Contohnya, cengal, meranti, nyatoh dan keruing.

Ketiga ialah kegiatan pelancongan. Iklim Malaysia yang panas dan lembap menarik minat
pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia. Kawasan tanah tinggi yang bersuhu
sederhana menarik minat pelancong. Suhu air laut 20°C hingga 30°C menggalakkan
pertumbuhan batu karang. Contoh pantai di Malaysia ialah Pulau Sipadan (Sabah) dan
contoh peranginan tanah tinggi ialah Bukit Larut (Perak).

SOALAN:

Jelaskan ciri-ciri iklim tundra. (4 markah) m/s 110-111

JAWAPAN:

Kawasan yang mengalami iklim tundra mempunyai min suhu tahunan -14°C. Julat suhu
tahunan ialah 42°C. Mempunyai angin baratan yang membawa hujan maksimum pada
musim panas. Ribut salji sering berlaku dan kelajuan 200 km sejam. Menerima hujan yang
sedikit iaitu 250-300 mm. musim sejuk sentiasa diliputi salji.

*Soalan ciri-ciri ini tidak perlu bagi contoh kerana tiada contoh yang boleh diberi.
SOALAN:

Huraikan punca-punca fenomena pulau haba. (4 markah) m/s 59

JAWAPAN:

ISI, HURAIAN, CONTOH

Punca-punca fenomena pulau haba ialah kekurangan tumbuh-tumbuhan. Ketiadaan


tumbuh-tumbuhan menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi
menyederhanakan suhu. Contohnya, pengurangan proses perpeluhan yang mengeluarkan
oksigen dan menyerap gas karbon dioksida menyebabkan suhu bumi semakin meningkat.

Kedua, punca fenomena pulau haba akibat kesesakan jalan raya. Kenderaan yang banyak
menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang tinggi. Keadaan
ini berlaku di kawasan bandar. Contohnya, Georgetown (Pulau Pinang) dan Kuala Lumpur.

TIPS:

1. Jawapan soalan esei mesti ada isi, huraian dan contoh.

2. Bilangan isi bergantung kepada jumlah markah.

3. 6 markah = 3 isi, 4 markah = 2 isi.

4. 1 isi, 1 perenggan. Dalam satu perenggan mesti ada huraian dan contoh.

You might also like