You are on page 1of 30

Cuaca dan iklim

di Malaysia

Disediakan oleh
Pn Zulhazlia bt Zulkifli
SMK Seri Berang
21700 Kuala Berang
Terengganu
Di dalam bab ini, anda akan
dapat
2.2.1 Mengenal pasti jenis dan ciri iklim di Malaysia
2.2.2 Menjelaskan ciri iklim khatulistiwa di Malaysia
2.2.3 Menghuraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap
kegiatan manusia di Malaysia
2.2.4 Menilai kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim
di Malaysia
2.2.5 Merumuskan perubahan cuaca dan iklim di Malaysia
Pengenalan
• Terdapat pelbagai jenis iklim di dunia.

• Jenis iklim sesuatu kawasan bergantung kepada


kedudukan latitud kawasan tersebut dan beberapa
faktor lain yang mempengaruhinya.

• Untuk menentukan jenis iklim, data-data cuaca


dikumpul selama beberapa tahun

• Iklim sangat penting kerana ia mempengaruhi


fizikal dan cara hidup penduduk sesuatu kawasan

Imbas kembali
- Apakah yang dimaksudkan dengan latitud?
Jenis dan ciri iklim di Malaysia
• Malaysia berada di Zon Panas

• Jenis iklim di Malaysia ialah Iklim Khatulistiwa

• Contoh negara lain yang mempunyai iklim yang


sama ialah Indonesia, Brazil dan Nigeria

• Negara-negara yang mengalami iklim


khatulistiwa ialah negara yang terletak di
sepanjang garisan Khatulistiwa iaitu di sekitar 0°
hingga 10°U dan 0° hingga 10°S
Negara-negara yang mengalami
iklim khatulistiwa
Iklim Malaysia

Ciri iklim Malaysia

Suhu Hujan Angin


Suhu
• Ciri-ciri iklim khatulistiwa ialah

 Suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun

 Min suhu tinggi iaitu sekitar 27°C

 Julat suhu tahunan rendah, 1°C hingga 3°C sahaja

 Julat suhu harian besar di stesen pedalaman

 Suhu biasanya lebih rendah di kawasan tanah


tinggi seperti Tanah tinggi Cameron dan
Kundasang
Purata suhu di Malaysia pada bulan
Ogos 2016
Hujan
• Malaysia menerima hujan sepanjang tahun
• Jumlah hujan tahunan kira-kira 2600 mm
• Namun, taburannya tidak sekata di semua kawasan di
Malaysia
• Kawasan yang paling lebat menerima hujan ialah kawasan
pedalaman Sarawak kerana kawasan itu menghadap angin
lembap
• Hujan maksimum turun semasa peralihan monsun, iaitu
hujung bulan Mac- awal Mei dan dari bulan Oktober hingga
pertengahan November
Taburan Hujan
Jenis-jenis hujan di Malaysia

• Hujan bukit  Hujan perolakan


- Hujan bukit berlaku di kawasan - Hujan ini berlaku kerana
yang menghadap angin aktiviti sejatan yang berlaku
lembap dari laut pada waktu tengah hari
- Kawasan yang menghadap
- Biasanya, hujan ini akan turun
angin lembap akan menerima
hujan yang lebat
pada lewat petang disertai
dengan ribut petir
Contoh Graf Suhu Dan Hujan Di
Malaysia • Graf garis suhu pula
menunjukkan suhu di
Malaysia adalah sekata dan
tinggi sekitar 30 °C

• Graf bar hujan menunjukkan


jumlah hujan yang diterima
pada setiap bulan.
Angin
• Angin membawa pengaruh yang besar kepada iklim di negara ini
kerana ia boleh mempengaruhi suhu dan juga hujan

• Terdapat tiga jenis angin yang terdapat di negara kita iaitu

Angin monsun

Angin Sumatera Angin tempatan


Angin monsun
• Terdapat dua sistem angin monsun yang melanda kawasan di
Malaysia iaitu

a) Angin monsun barat daya


- Bertiup dari arah barat daya
- Berasal dari hemisfera selatan
- Membawa angin sejuk dan melalui Asia Tenggara
- Kurang lebat kerana telah dihalang oleh Pulau Sumatera

a) Angin monsun timur laut


- Bertiup dari arah timur laut
- Berasal dari hemisfera utara
- Membawa hujan lebat di kawasan pantai timur serta Sabah
dan Sarawak
Angin sumatera
• Angin sumatera ialah angin
yang bertiup dari arah Pulau
Sumatera di Indonesia
• Angin ini bertiup kencang
dan membawa hujan yang
lebat terutama di kawasan
pantai barat terutama di
bahagian selatan pantai
barat Semenanjung Malaysia

• Tiupan angin sumatera

• Kawasan berpotensi
menerima tiupan angin
sumatera
Angin tempatan
• Angin tempatan merujuk kepada kejadian bayu laut dan
bayu darat yang berlaku di kawasan sekitar pinggir
pantai

• Kejadian bayu laut dan bayu darat menolong


menyederhanakan suhu di kawasan pinggir pantai

• Julat suhu harian kawasan ini juga adalah kecil kerana


pengaruh angin ini

• Bayu laut terjadi pada waktu siang, mana kala bayu darat
terjadi pada waktu malam
Bayu laut
• Berasal dari laut ke darat
• Kawasan darat menjadi panas
apabila waktu siang
• Udara panas akan naik ke atas
dan diganti dengan udara
sejuk dari laut

Bayu darat
• Berasal dari darat ke laut
• Kawasan laut menjadi panas
pada waktu malam kerana laut
menyerap dan menyimpan
haba pada waktu siang
• Udara panas di laut naik ke atas
dan diganti dengan udara sejuk
dari daratan
Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap
Kegiatan Manusia Di Malaysia
• Malaysia bertuah kerana terletak di Garisan
Khatulistiwa dan mempunyai iklim khatulistiwa

• Iklim Khatulistiwa membolehkan hampir semua kegiatan


ekonomi boleh dijalankan hampir sepanjang tahun

• Antara aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang tahun


ialah
a) Pelancongan
b) Perindustrian
c) Pertanian
Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan
Kegiatan Manusia Di Malaysia

• Pertanian
- Penanaman tanaman utama negara
seperti getah dan kelapa sawit dapat
dijalankan dengan baik di Malaysia
- Sumber air yang ada menggalakkan
pertumbuhan tanaman ini
- Padi juga dapat ditanam dua kali
setahun kerana mendapat bekalan air
yang mencukupi
Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan
Kegiatan Manusia Di Malaysia
• Pelancongan
Aktiviti pelancongan dapat dijalankan
sepanjang tahun di Malaysia. Pelancong
suka datang ke sini sambil menikmati suhu
yang panas serta kepelbagaian flora dan
fauna. Suhu yang sederhana di kawasan
tanah tinggi juga menarik pelancong datang
ke sini seperti Kundasang dan T.T Cameron

• Pembalakan
Aktiviti pembalakan juga dapat dijalankan
kerana Malaysia mempunyai Hutan Hujan
Tropika. Hutan jenis ini dapat hidup dengan
suburnya di zon iklim seperti ini.
Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan
Kegiatan Manusia Di Malaysia

• Perindustrian
• Aktiviti perindustrian dan perdagangan
boleh dijalankan sepanjang tahun. Cuaca
dan iklim yang hampir sama sepanjang
tahun menggalakkan aktiviti ekonomi
berkembang pesat

• Perikanan
• Aktiviti perikanan berjalan sepanjang
tahun di kawasan pantai barat. Namun,
aktiviti ini terhenti seketika di kawasan
pantai timur kerana angin monsun yang
bertiup kencang pada bulan Nov-Jan
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap
Cuaca Dan Iklim Di Malaysia

Kesan rumah Pulau haba


hijau

Hujan Asid Jerebu


Kesan rumah hijau
• Kesan rumah hijau terjadi apabila berlakunya peningkatan gas
rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, CFC,
Nitrogen oksida dan lain-lain
• Gas rumah hijau menyerap haba menyebabkan haba diserap
di atmosfera.
• Situasi ini menyebabkan suhu di bumi menjadi meningkat.
• Apabila suhu bumi meningkat, beberapa fenomena lain seperti
pencairan ais di kutub, perubahan sistem cuaca serta kebakaran
hutan berlaku.
Pulau haba
• Pulau haba ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar
• Ia berlaku kerana peningkatan suhu di bandar berbanding
dengan kawasan sekitarnya.

Pulau haba berlaku kerana


- Bangunan konkrit
- Bangunan bercermin
- Bangunan rapat dan padat
- Kurang litupan tumbuhan
Hujan Asid
• Hujan asid ialah perubahan kejadian hujan yang biasa kepada sifat
yang berasid
• Sifat berasid ini berlaku kerana kehadiran bahan-bahan kimia
daripada pelbagai sumber yang dibebaskan ke atmosfera
• Ini menyebabkan air hujan bertukar menjadi asid lemah
• Air hujan asid akan memberi
kesan seperti
- Kecacatan pada pucuk
tumbuhan
- pH air kolam, sungai berubah
- Sakit kepala, sistem imun lemah
Jerebu
• Jerebu juga merupakan fenomena cuaca yang sering
berlaku di kawasan bandar besar
• Jerebu adalah kejadian di mana pepejal terampai di udara
melebihi sukatan yang biasa dan terapung di udara
• Punca peningkatan pepejal terampai ini adalah asap
kenderaan, asap kilang, pembakaran terbuka, pembakaran
hutan di negara jiran dan lain-lain lagi
• Fenomena ini akan
bertambah buruk
Jika tiada angin
yang bertiup.
Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia
 El Niño dnd La Niña merupakan fenomena alam yang
berlaku secara semula jadi dalam tempoh 2 hingga 7
tahun

 El Nino dalam bahasa sepanyol bermaksud "anak lelaki"


manakala La Nina pula membawa maksud "anak
perempuan".

 Fenomena ini merujuk kepada perubahan suhu arus


lautan yang berlaku di sekitar Lautan Pasifik.

 Apabila perubahan ini berlaku, ia juga memberi kesan


kepada perubahan cuaca yang berlaku di sekitar
kawasan pasifik tengah dan kawasan timur termasuk
kawasan Asia Tenggara
Fenomena El nino dan La nina
• El nino berlaku apabila suhu lautan di pasifik menjadi sejuk dan
bertekanan tinggi. Ini akan menyebabkan kawasan timur
mengalami tekanan rendah dan kering.

• Pada waktu ini, keadaan atmosfera termasuk di Malaysia akan


menjadi kering dan kurang hujan

• Namun apabila La nina terjadi, kawasan pasifik menjadi panas


dan atmosfera kawasan timur akan menjadi lembap. Keadaan ini
akan menyebabkan hujan yang lebat di sekitar Asia Tenggara.

• Namun kini, kitaran ini kian kerap terjadi dan tempoh masanya
semakin panjang disebabkan oleh perubahan cuaca yang berlaku
terutama melibatkan kesan rumah hijau
Kesan El Nino
• El nino menyebabkan keadaan atmosfera menjadi panas
dan kering. Ini menyebabkan kemarau yang berpanjangan

• Ini telah memberi kesan seperti


a) Bekalan air berkurangan
b) Berlakunya strok haba
c) Mudah mendapat penyakit seperti pening, demam dan
darah tinggi
d) Berlakunya kebakaran hutan
Kesan La nina
• Keadaan La nina menyebabkan atmosfera menjadi
lembap. Ini akan mendorong kepada pembentukan
awan yang tebal dan membawa hujan yang lebat

• Ini telah memberi kesan seperti


a) Banjir yang buruk
b) Hujan lebat yang berterusan
c) Kegiatan manusia terjejas terutama kegiatan
perikanan dan pelancongan
d) Peningkatan penyakit seperti demam, selsema,
asma dan lain-lain

You might also like