You are on page 1of 1

BIMASAKTI MENARI

Novel ini mengisahkan kesungguhan anak muda dalam memelihara alam sekitar, iaitu Nurul Hafsa yang
pertama kali bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Dia berasa kecewa dengan
bintang-bintang yang kurang kelihatan di Kuala Selangor. Budiman membawa Nurul Hafsa berjumpa dengan
Muhammad Taufik. Mereka bersetuju untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Gelap Kuala Selangor
untuk membolehkan pencerapan bintang dan mengelakkan kelip-kelip daripada pupus. Akhirnya, Menteri
Besar akan melaksanakan projek tersebut pada tahun hadapan. Nurul Hafsa diculik dan Muhammad Taufik
menemui penjenayah di stesen minyak PETRONAS. Penjenayah menculik Muhammad Taufik dan melepaskan
Nurul Hafsa. Kemudiannya, penjenayah berjaya diberkas.

TEMA

Kesungguhan anak muda dalam memelihara alam sekitar daripada pencemaran cahaya walaupun terpaksa
menghadapi pelbagai halangan.

PERSOALAN

Rajin menuntut Ilmu. Contohnya Nurul Hafsa bekas graduan di Universiti Jordan,
Berani melontarkan hujah. Contohnya, Nurul Hafsa berani membentang projek menggelapkan
kawasan Kuala Selangor di hadapan pegawai daerah Kuala Selangor.
Kerjasama menjayakan projek yang bernilai. Contohnya, Nurul Hafsa dan Taufik bekerjasama bagi
membanteras projek menggelapkan kawasan Kuala Selangor.
Kasih sayang seorang abang terhadap adik. Contohnya, Budiman sering menemani adiknya Nurul
Hafsa ketika berjumpa dengan Taufik.

GAYA BAHASA

Simile. Contohnya.ibunya akan pergi lagi umpama seorang puteri


Personifikasi. Contohnyamembentuk galaksi baharu menari-nari di hadapan mereka.
Peribahasa. Contohnya, Bagai bulan dipagar bintang.
Hiperbola. Contohnya,..dalam mindanya terdapat soalan yang membakar
Asonansi
Aliterasi

NILAI

Kebijaksanaan. Contohnya, Nurul Hafsa bekas penuntut di Universiti Jordan


Keberanian. Contohnya, Nurul Hafsa berani membentang projek menggelapkan kawasan Kuala
Selangor di hadapan pegawai daerah Kuala Selangor dan khalayak ramai.
Tolong-menolong. Contohnya, Budiman adiknya Nurul Hafsa bagi mereliasasikan projek Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor dengan membawa adiknya berjumpa Muhammad Taufik.
Ketaatan. Contohnya, Budiman dan Muhammad Taufik solat berjemaah di masjid.

PENGAJARAN

Kita mestilah rajin menuntut ilmu agar masa depan lebih cerah.
Kita hendaklah berani menempuh segala dugaan hidup agar lebih berjaya.
Kita perlulah mencintai alam sekitar agar keindahannya terus terpelihara.
Kita haruslah taat akan perintah agama supaya hidup lebih diberkati.

You might also like