You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : PPMSB/400-01(56)
Ruj. Tuan :
Tarikh : 14 Februari 2020
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
FAMOX PLANTATION (M) SDN. BHD.
FAMOX GRAIN CORN FARM
Kg. Sungai Batu,
Merbok, Kedah.

Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LADANG JAGUNG
FAMOX PLANTATION (M) SDN. BHD.
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd.
merupakan salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang beroperasi di Ladang
Lembah Kesang, Semujuk, Jasin dengan menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit
sebagai aktiviti utama.
3. Pihak syarikat ingin memohon untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke
ladang jagung milik tuan. Pihak syarikat berharap agar pihak tuan dapat berkongsi ilmu
penanaman jagung dan aktiviti pertanian lain yang dijalankan oleh Famox Plantation (M)
Sdn. Bhd. Pihak syarikat bercadang untuk mengadakan lawatan tersebut seperti dibawah:
Tarikh : 1 Mac 2020 (Ahad)
Masa : 2:30 Petang
Jumlah Orang : 8 orang

4. Justeru itu, pihak syarikat memohon jasa baik tuan untuk mempertimbangkan
permohonan ini dengan sewajarnya. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara diatas boleh hubungi Puan
Nurul Farahin Musa di talian 06-263 6800.

Sekian. Terima kasih.


“MELAKA BERWIBAWA”
“PINTAR, HIJAU, BERSIH”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


PEMBANGUNAN PERTANIAN MELAKA SDN BHD

...............................................................
(TUAN HAJI HAMEDI BIN ZAKARIAH)
Ketua Pegawai Eksekutif

You might also like