You are on page 1of 9

Sejarah Kemerdekaan

Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac


1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Kebangsaan (UMNO).
Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan
negara dengan bangsa yang berdaulat.
Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat
pemberontakan komunis.
Pada tahun 1954, Tungku Abd Rahman mengetuai
sekumpulan perwakilan ke London untuk memperoleh
kemerdekaan Malaya.
Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan
akhirnya tercapai setelah melalui beberapa peristiwa seperti
kronologi berikut:
Kronologi Mencapai Kemerdekaan
27 Julai 1955 Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan.
(UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA
yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dan MIC
ditubuhkan pada Ogos 1946 membentuk Parti
Perikatan untuk menghadapi pilihan raya
tersebut.)
1O Ogos 1955 Tungku Abdul Rahman membentuk Kabinet
pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil
Cina dan 2 wakil India.
18 Januari ~
6 Februari 1956 Tungku Abdul Rahman mengetuai rombongan
merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu di London.
8 Februari 1956 Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan
menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956 Tungku Abdul Rahman telah membuat
Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang
Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
21 Mac 1956 Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah
suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji
dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
28 ~ 29 Disember 1956 Tungku Abdul Rahman dicabar supaya
menyelesaikan isu pemberontakan
komunis. Lalu, Rundingan Baling
diadakan pada 28-29 Disember 1956
bersama Chin Peng, Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya (PKM).

Kronologi Mencapai Kemerdekaan
30 Ogos 1957 Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack
diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul
Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan
Tanah Melayu tanda negara mencapai
kemerdekaan.
31 Ogos 1957 Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tungku Abdul
Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Kronologi Mencapai Kemerdekaan
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan merdeka mempunyai beberapa fasal penting.
Antaranya ialah:
Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama
Persekutuan Tanah Melayu.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dibantu
oleh sebuah kabinet.
Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di
Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan
dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan.
Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa
mengurangkan hak warganegara yang lain.
Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi
menyusun Perlembagaan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini
dipengerusikan oleh Lord William Reid.
Sesebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian
kuasa pusat dan negeri.
Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah
Melayu.
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa
menjejaskan hak kaum lain.
Institusi raja-raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan
dikekalkan.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Walau
bagaimanapun bahasa Cina dan tamil boleh dikembangkan dan
menjadi bahasa penghantar di sekolah masing-masing.
Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan.
Walau bagaimanapun, agama lain masih boleh diteruskan.
Menjelang Kemerdekaan
Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam adalah saat paling
bersejarah menandakan berakhirnya dilema zaman penjajahan
tentera British terhadap negara kita.
Sejak dari senja lagi, beribu-ribu rakyat telah berkumpul di
padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya untuk
menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan
menaikkan bendera Malaysia.
Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad
berdenting sebanyak 12 kali, teriakan MERDEKA!
Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru
tanah air yang merdeka.
Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan
daripada pihak kerajaan dan rakyat telah siap sedia diatur
secara besar-besaran. Perayaan menyambut kemerdekaan di
Kuala Lumpur telah diadakan selama 11hari mulai dari 29 Ogos
hingga 7september 1957 .
Susunan atur cara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan
dengan upacara menyambut keberangkatan tiba yang Teramat
Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta puteranya, Prince
William.
Pada 29 Ogos 1957, Duke Duchess of Glocester serta puteranya
tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.
Duke of Glocester, bapa saudara kepada Queen Elizabeth
menjadi Pegawai Peribadi Baginda Queen dan menyerahkan
surat perlembagaan menarik balik kuasa British menaungi
Negeri-negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas
Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu ,Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pada 30 Ogos 1957, selain daripada Majlis doa selamat dan
kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting ialah
pembukaan rasmi Stadium Merdeka. Di situlah tempat
perisytiharan kemerdekaan diadakan.
Menjelang Kemerdekaan
Tokoh-tokoh yang Terlibat

You might also like