You are on page 1of 18

Kesan Kegiatan

Ekonomi Terhadap
Alam Sekitar

1. Kepupusan Sumber
*melalui aktiviti perlombongan dan pembalakan kepupusan
sumber akan berlaku
*Sumber mineral yang dilombong

*sumber hutan ditebang

2. Pencemaran
Pencemaran udara
Aktiviti pembandaran dan perindustrian meningkatkan
penggunaan kenderaan bermotor

Pencemaran air
Pembuangan pelbagai jenis sisa industri, sisa pertanian, sisa
penternakan dan sisa domestik
Aktiviti pembalakan dan perlombongan membawa bahan-bahan
kelodak dan lumpur dan menyebabkan kandungan oksigen di
dalam air berkurangan sehingga memusnahkan hidupan akuatik

3. Perubahan Pandang Darat ( Landskap )


Aktiviti pembalakan dan perlombongan adalah punca perubahan
pandang darat
Perlombongan bijih timah menyebabkan banyak kolam dan
tasik bekas lombong, timbunan-timbunan pasir
Pembukaan kawasan tanah rancangan FELDA dari hutan
bertukar menjadi ladang kelapa sawit, petempatan dan
bandar terancang
Pembangunan infrasruktur KLIA, KKIA
Aktiviti pembalakan dari hutan tebal menjadi belukar atau
ditumbuhi lalang
Perkembangan industri pelancongan hotel-hotel dan
padang golf

1. Kesan Rumah Hijau


*Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang berkait rapat
dengan pemanasan global.
*Pemanasan global merupakan fenomena bumi secara makro
akibat pelbagai faktor terutamanya pencemaran udara sehingga
suhu dunia meningkat dan menyebabkan benua artik mengalami
kesusutan ketebalan ais
*Cahaya matahari membawa sinaran ultraungu ke bumi tetapi
haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan
akibat disekat oleh karbon dioksida yang melitupi atmosfera.
Akibatnya, suhu semakin panas.

Proses Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gasgas rumah hijau seperti karbon dioksid, karbon
monoksid, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap
normal

Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau


a) Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang
membebaskan pelbagai gas,antaranya- sulfur dan oksida
b)* Faktor manusia yang melakukan pencemaran dan
membebaskan pelbagai gas seperti karbon dioksid, karbon
monoksid, nitrogen dioksid, CFC, halon dan sebagainya.
Gas-gas ini membentuk satu lapisan yang menghalang
pembalikan sinaran ultraungu matahari secara semulajadi.
Lapisan ini akan turut mengumpul gas yang lain berkumpul di
situ.
* - membebaskan gas merbahaya daripada kilang, kereta
dsbnya (pencemaran udara)
- menggunakan peralatan yang membebaskan CFC
- penggunaan racun serangga dan bahan kimia
- penternakan berskala besar yang membebaskan gas
ammonia.

2. Penipisan Lapisan Ozon


Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis atau berlubang
menyebabkan sinaran ultraungu sampai kepermukaan bumi dan meningkatkan
suhu bumi.

Punca Penipisan Lapisan Ozon


Penggunaan CFC dalam pembuatan
pendingin hawa dan penyembur aerosol
Penggunaan baja organik berterusan dlm
pertanian akan menghasilkan
nitrogen
oksid
Pembakaran bahan api fosil (menghasilkan
nitrogen oksid)
Ujian senjata nuklear
Peperangan yang menggunakan bahan
letupan
Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera
Pembalakan berterusan yang meninggikan
kandungan karbon dioksid dalam udara

3. Pulau Haba
*Pulau haba adalah keadaan dimana atmosfera bandar mempunyai suhu yang
lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Punca Kejadian Pulau Haba


Bangunan konkrit dan jalanraya berturap menyerap dan
memerangkap banyak haba daripada sinaran matahari.
Asap dan haba dikeluarkan dengan banyaknya daripada
kenderaan
Bangunan-bangunan tinggi di bandar menghalang pergerakan
udara dan menghadkan pengaliran keluar haba
Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan oleh kilang dan
kenderaan akan menyerap bahang matahari
Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan di bandar
menyebabkan permukaan buminya dipanaskan secara
lansung oleh pancaran matahari
Kekurangan pokok di di bandar menyebabkan proses
perpeluhan kurang berlaku untuk merendahkan suhu
sekitarnya.

Kesan-kesan Pulau Haba


Keselesaan penduduk terjejas akibat dpd suhu yang
panas.
Penduduk di bandar mengalami masalah sakit kepala
Pembebasan gas rumah hijau seperti CFC semakin
meningkat kerana pertambahan penggunaan
pendingin hawa di bandar

4. Hujan Asid
*Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida dalam atmosfera
bertindak balas dengan wap air dan menghasilkan asid
sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan
dan apabila terpeluwap, hujan akan turun sebagai hujan
asid.

Punca Kejadian Hujan Asid


Pelepasan gas sulfur dioksida daripada
kilang
Pembakaran bahan api fosil seperti
nitrogen dioksida daripada asap kilang
Penggunaan baja pertanian yang juga
menghasilkan nitrogen oksida

Kesan dari Hujan Asid


Penyakit kepada manusia - sakit dada dan
batuk, tulang, buah pinggang
Hidupan akuatik akan mati kesan dari air
sungai/ laut yang berasid
Ikan menjadi bahaya kepada manusia dan
haiwan yang bergantung kepadanya kerana
kandungan raksa yang tinggi di dalamnya
Kemusnahan hutan
Tumbuhan yang mati kerana asid akan
bertindak balas dengan nutrien dalam tanah
dan mengurangkan kesuburan tanah
Mempercepatkan hakisan bangunan seperti
cat serta mengaratkan barangan besi.

Sekian Terima Kasih


*Sila lengkapkan latihan di
muka surat 180 (b)

You might also like