You are on page 1of 6

BAB 2.

2 : CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

Pengenalan
∼ Terdapat pelbagai jenis iklim di dunia.
∼ Jenis iklim sesuatu kawasan bergantung kepada kedudukan latitud kawasan tersebut dan
beberapa faktor lain yang mempengaruhinya.
∼ Untuk menentukan jenis iklim, data-data cuaca dikumpul selama beberapa tahun
∼ Iklim sangat penting kerana ia mempengaruhi fizikal dan cara hidup penduduk sesuatu kawasan

Jenis dan ciri iklim di Malaysia


∼ Malaysia berada di ​Zon Panas
∼ Jenis iklim di Malaysia ialah ​Iklim Khatulistiwa
∼ Contoh negara lain yang mempunyai iklim yang sama ialah ​Indonesia, Brazil dan Nigeria
∼ Negara-negara yang mengalami iklim khatulistiwa ialah negara yang terletak di ​sepanjang
garisan Khatulistiwa ​iaitu di sekitar 0° hingga 10°U dan 0° hingga 10°S

Suhu
Ciri-ciri iklim khatulistiwa ialah
∼ Suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun
∼ Min suhu tinggi iaitu sekitar 27°C
∼ Julat suhu tahunan ​rendah, 1°C hingga 3°C sahaja
∼ Julat suhu harian besar di stesen pedalaman
∼ Suhu biasanya lebih rendah di kawasan tanah tinggi seperti Tanah tinggi Cameron dan
Kundasang

Hujan
∼ Malaysia menerima ​hujan sepanjang tahun
∼ Jumlah hujan tahunan ​kira-kira 2600 mm
∼ Namun​, taburannya tidak sekata ​di semua kawasan di Malaysia
∼ Kawasan yang paling lebat menerima hujan ialah ​kawasan pedalaman Sarawak​ kerana kawasan
itu menghadap angin lembap
∼ Hujan maksimum turun semasa peralihan monsun, iaitu hujung bulan Mac- awal Mei dan dari
bulan Oktober hingga pertengahan November

Jenis-jenis hujan di Malaysia

Hujan bukit
∼ Hujan bukit berlaku di kawasan yang menghadap angin lembap dari laut
∼ Kawasan yang menghadap angin lembap akan menerima hujan yang lebat

Hujan perolakan
∼ Hujan ini berlaku kerana aktiviti sejatan yang berlaku pada waktu tengah hari
∼ Biasanya, hujan ini akan turun pada lewat petang disertai dengan ribut petir

Angin
∼ Angin membawa pengaruh yang besar kepada iklim di negara ini kerana ia boleh mempengaruhi
suhu dan juga hujan
∼ Terdapat tiga jenis angin yang terdapat di negara kita iaitu

Angin monsun
∼ Terdapat dua sistem angin monsun yang melanda kawasan di Malaysia iaitu

a) Angin monsun barat daya


∼ Bertiup dari arah barat daya
∼ Berasal dari hemisfera selatan
∼ Membawa angin sejuk dan melalui Asia Tenggara
∼ Kurang lebat kerana telah dihalang oleh Pulau Sumatera
b) Angin monsun timur laut
∼ Bertiup dari arah timur laut
∼ Berasal dari hemisfera utara
∼ Membawa hujan lebat di kawasan pantai timur serta Sabah dan Sarawak

Angin sumatera
∼ Angin sumatera ialah angin yang bertiup dari arah Pulau Sumatera di Indonesia
∼ Angin ini bertiup kencang dan membawa hujan yang lebat terutama di kawasan pantai barat
terutama di bahagian selatan pantai barat Semenanjung Malaysia

Angin tempatan
∼ Angin tempatan merujuk kepada kejadian bayu laut dan bayu darat yang berlaku di kawasan
sekitar pinggir pantai
∼ Kejadian bayu laut dan bayu darat menolong menyederhanakan suhu di kawasan pinggir pantai
∼ Julat suhu harian kawasan ini juga adalah kecil kerana pengaruh angin ini
∼ Bayu laut terjadi pada waktu siang, mana kala bayu darat terjadi pada waktu malam

Bayu laut
∼ Berasal dari laut ke darat
∼ Kawasan darat menjadi panas apabila waktu siang
∼ Udara panas akan naik ke atas dan diganti dengan udara
sejuk dari laut

Bayu darat
∼ Berasal daripada darat
∼ Kawasan laut menjadi panas kerana laut menyerap dan
menyimpan pada waktu siang
∼ Udara panas di laut naik ke atas dan diganti dengan
udara sejuk dari daratan
Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia Di
Malaysia
∼ Malaysia bertuah kerana terletak di Garisan Khatulistiwa dan mempunyai iklim khatulistiwa
∼ Iklim Khatulistiwa membolehkan semua kegiatan ekonomi boleh dijalankan hampir sepanjang
tahun
∼ Antara aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang tahun ialah
a) Pelancongan d) Perikanan
b) Perindustrian e) Pembalakan
c) Pertanian

Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

a) Pertanian
∼ Penanaman tanaman utama negara seperti ​getah dan kelapa sawit​ dapat dijalankan dengan
baik di Malaysia
∼ Sumber air ​yang ada menggalakkan pertumbuhan tanaman ini
∼ Padi ​juga dapat ​ditanam dua kali setahun​ kerana mendapat bekalan air yang mencukupi
∼ Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

b) Pelancongan
∼ Aktiviti ​pelancongan ​dapat dijalankan ​sepanjang tahun​ di Malaysia. Pelancong suka datang ke
sini sambil menikmati ​suhu yang panas​ serta ​kepelbagaian flora dan fauna. ​Suhu yang
sederhana di kawasan tanah tinggi juga menarik pelancong datang ke sini seperti Kundasang dan
T.T Cameron

c) Pembalakan
∼ Aktiviti pembalakan juga dapat dijalankan kerana Malaysia ​mempunyai Hutan Hujan Tropika​.
Hutan jenis ini dapat ​hidup dengan suburnya​ di zon iklim seperti ini.
∼ Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

d) Perindustrian
∼ Aktiviti perindustrian dan perdagangan boleh dijalankan sepanjang tahun. Cuaca dan iklim yang
hampir sama sepanjang tahun menggalakkan aktiviti ekonomi berkembang pesat

e) Perikanan
∼ Aktiviti perikanan berjalan sepanjang tahun di kawasan pantai barat. Namun, aktiviti ini terhenti
seketika di kawasan pantai timur kerana angin monsun yang bertiup kencang pada bulan
Nov-Jan

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim Di Malaysia


a) Kesan rumah hijau
∼ Kesan rumah hijau terjadi apabila berlakunya peningkatan gas rumah hijau seperti karbon
dioksida, karbon monoksida, CFC, Nitrogen oksida dan lain-lain
∼ Gas rumah hijau menyerap haba menyebabkan haba diserap di atmosfera.
∼ Situasi ini menyebabkan suhu di bumi menjadi meningkat.
∼ Apabila suhu bumi meningkat, beberapa fenomena lain seperti pencairan ais di kutub,
perubahan sistem cuaca serta kebakaran hutan berlaku.

b) Pulau haba
∼ Pulau haba ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar
∼ Ia berlaku kerana peningkatan suhu di bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya.
∼ Pulau haba berlaku kerana
a) Bangunan konkrit
b) Bangunan bercermin
c) Bangunan rapat dan padat
d) Kurang litupan tumbuhan

c) Hujan Asid
∼ Hujan asid ialah perubahan kejadian hujan yang biasa kepada sifat yang berasid
∼ Sifat berasid ini berlaku kerana kehadiran bahan-bahan kimia daripada pelbagai sumber yang
dibebaskan ke atmosfera
∼ Ini menyebabkan air hujan
∼ bertukar menjadi asid lemah
∼ Air hujan asid akan memberi kesan seperti
a) Kecacatan pada pucuk tumbuhan
b) pH air kolam, sungai berubah
c) Sakit kepala, sistem imun lemah

d) Jerebu
∼ Jerebu juga merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku di kawasan bandar besar
∼ Jerebu adalah kejadian di mana pepejal terampai di udara melebihi sukatan yang biasa
∼ Punca peningkatan pepejal terampai ini adalah asap kenderaan, asap kilang, pembakaran
terbuka, pembakaran hutan di negara jiran dan lain-lain lagi
∼ Fenomena ini akan bertambah buruk jika tiada angin yang bertiup.

Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia

Fenomena El nino dan La nina


∼ El nino ​berlaku apabila ​suhu lautan di pasifik menjadi sejuk dan bertekanan tinggi​. Ini akan
menyebabkan ​kawasan timur mengalami tekanan rendah dan kering​.
∼ Pada waktu ini, keadaan atmosfera termasuk di ​Malaysia akan menjadi kering dan kurang
hujan
∼ Namun apabila La nina terjadi, ​kawasan pasifik menjadi panas ​dan ​atmosfera kawasan timur
akan menjadi lembap​. Keadaan ini akan menyebabkan ​hujan yang lebat di sekitar Asia
Tenggara​.
∼ Namun kini, ​kitaran ini kian kerap terjadi dan tempoh masanya semakin panjang​ disebabkan
oleh perubahan cuaca yang berlaku terutama melibatkan kesan rumah hijau

Kesan El Nino
∼ El nino menyebabkan keadaan ​atmosfera menjadi panas dan kering​. Ini menyebabkan ​kemarau
yang berpanjangan
∼ Ini telah memberi kesan seperti
a) Bekalan air berkurangan
b) Berlakunya ​strok haba
c) Mudah mendapat penyakit seperti pening, demam dan darah tinggi
d) Berlakunya ​kebakaran hutan

Kesan La nina
∼ Keadaan La nina menyebabkan atmosfera menjadi lembap. Ini akan mendorong kepada
pembentukan awan yang tebal ​dan ​membawa hujan yang lebat
∼ Ini telah memberi kesan seperti
a) Banjir yang buruk
b) Hujan lebat yang berterusan
c) Kegiatan manusia terjejas ​terutama kegiatan perikanan dan pelancongan
d) Peningkatan penyakit ​seperti demam, selsema, asma dan lain-lain

You might also like