You are on page 1of 24

PDPR SET 2

23 April 2021
Pembentukan awan
• Awan ialah bintik-bintik air yg halus ataupun hablur-hablur ais yg
amat halus yg terapung-apung di dlm atmosfera pada ketinggian yg
berlainan dari permukaan bumi.
• Terdapat perkaitan yg rapat antara proses pemeluwapan dan
pembentukan awan.
• Semakin tinggi pemeluwapan semakin tebal awan terbentuk.
Jenis awan

• Jenis awan dapat dikelaskan kepada dua ciri iaitu berdasarkan kepada
bentuk dan ketinggian.

Berdasarkan bentuk terdapat dua kumpulan utama awan iaitu awan


stratus(awan berlapis-lapis) dan awan kumulus( awan bulat yg
bergumpalan).
Berdasarkan ketinggian lokasinya jenis awan boleh dikelaskan
kepada :
• Awan tinggi (6 100 hingga 12 000 m)

1. Awan sirus – awan ini berbetuk nipis, lembut dan berumbai-


umbai,membentuk jalur-jalur di langit, menunjukkan cuaca yang
cerah & waktu senja yg indah
2. Awan Sirostratus – awan ini membentuk kepingan awan nipis yg
menyelubungi langit kelihatan sperti tirai.
3. Awan Sirokumulus – awan ini seperti sisik ikan dan tersusun dlm
kumpulan atau berderet-deret.
• b) Awan Pertengahan ( 1 200 - 6 100 m)

1. Awan Altostratus – awan ini berwarna kelabu atau kebiruan


dan berbentuk seperti sirostratus tebal.Awan ini lebih padat,
berjurai-jurai atau calar-calar. Pancaran matahari yg bersinar
melaluinya kelihatan kelam-kelam sahaja.
2. Awan Altokumulus – awan ini berupa lapisan kumpulan awan yg
bertompok-tompok, tidak rata dan berlapis-lapis tetapi tersusun
rapat soalah-olah gelombang di langit biru.
• ) Awan rendah ( 0 – 1 200 m)

1. Awan Stratokumulus – awan ini merupakan beberapa


kelompok awan kelabu yg tersusun. Gelombang-gelombangnya
lebih besar drp awan altokumulus.
• 2. Awan Stratus – awan ini sgt rendah tetapi tidak mencecah
bumi, tebal dan berwarna kelabu. Kelihatan seperti kabus di
tanah tinggi. Cuaca kelam dan hujan gerimis, mengaburkan
penglihatandan berbahaya kepada kapal terbang.

3.Awan Nimbostratus – awan ini tidak mempunyai bentuk yg


tertentu tetapi tebal. Awan ini gelap, mempunyai lapisan-lapisan yg
jelas. Awan ini membawa hujan, salji dan hujan beku.
• ) Awan tegak ( had dasar 180 m)
1. Kumulus – awan ini tinggi menegak,dasar yg rata dan
bentuknya seperti kubis bunga serta tebal. Terdapat di kws
tropika lembap dan menunjukkan cuaca baik.
2. Kumulonimbus – awan ini juga mempunyai dasar yg rata
antara 300 -600m dan kemuncaknya mencapai 9 000 – 12000 m.
Biasa dilihat pada waktu petang dan membawa hujan serta ribu
disertai kilat dan petir.
Kestabilan Atmosfera & Kadar Tukaran.
• Kestabilan atmos dipengaruhi oleh pergerakan bungkusan udara yang disebabkan
oleh arus perolakan ( bungkusan udara panas ringan naik & bungkusan udara
sejuk turun)- udara tidak stabil.
• Udara yang tidak mengalami turun naik –udara stabil.
• Sifat keterapungan bungkusan udara dipengaruhi oleh suhu & ketumpatan udara
di dalamnya berbanding suhu & ketumpatan udara di sekitar.
• Bungkusan udara yang mengandungi wap air & mengembang, tekanan udara
menjadi kurang – suhu menjadi semakin sejuk a/bila bungkusan naik semakin
tinggi- proses pendinginan kembangan.
• A/bila bungkusan itu naik semakin tinggi , suhu semakin menurun shingga
mencapai 0⁰C- proses penyejukan adiabatik ( ktinggian bertambah, suhu
berkurang)- proses pemeluwapan akan berlaku dlm bungkusan udara.
• Proses adiabatik berterusan akan menyebabkan titisan wap air semakin besar,
berat & tepu & akan turun sbg kerpasan ( hujan, salji dll)
Kadar Tukaran.
• Perubahan suhu secara menegak dipengaruhi oleh dua jenis
kadar tukaran :
i. Kadar tukaran sekitaran (KTS)
- ukuran sebenar suhu atmosfera, penurunan suhu sekitar
mengikut ketinggian – suhu turun 5 ⁰ C bg setiap 1,000m
kenaikan.
ii. Kadar tukaran adiabatik (KTB)
- Penurunan suhu berlaku lebih banyak : suhu turun 10 ⁰C bg
setiap 1000 m a/b bungkusan udara naik secara menegak.
Jenis-Jenis Kadar Tukaran adiabatik.
i. Kadar Tukaran Adiabatik Kering (KTAK)
- Berlaku sekiranya bungkusan udara tidak tepu naik & turun
Udara tidak tepu bermksud bungkusan udara masih belum
dipenuhi wap air, suhu di bawah 0⁰C & proses pemeluwapan masih
belum berlaku .
ii. Kadar Tukaran adiabatik Basah/ Lembap (KTAB)
-Berlaku a/b bungkusan udara tepu naik menegak & menyejuk
mengikut kadar pendinginan. Lembap /basah= tepu.
- Udara tepu = bungkusan udara yang suadah mengalami proses
pemeluwapan , suhu 0⁰C atau di bawah 0⁰C & mempunyai 100%
kelembapan bandingan.
Jika uadara lembap /tepu terus naik menegak, haba pendam dlm
wap air akan dibebaskan – udara terus naik melalui proses kadar
tukaran adiabatik.
Pembentukan Kerpasan & Teori
• Definisi: lembapan yg terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan
bumi sebagai cecair atau pepejal.
Cth: hujan, hujan batu, gerimis dan salji.
Sebelum berlaku kerpasan harus berlaku pemeluwapan dan
pemejalwapan terlebih dahulu yg membentuk awan.
Kerpasan merupakan proses terakhir dlm fasahidrologi di atmosfera.
Teori pembentukan Kerpasan
• Teori Bergeron-Findeisen – kelembapan udara tinggi di atas
permukaan air berbanding di permukaan air itu sendiri. Tekanan
wap atmosfera akan jatuh di bhgn atas permukaan air berbanding di
permukaan air a/bila suhu dlm atmosfera jatuh akibat tukaran
adiabatik.
-Perbezaan tekanan wap membentuk satu cerun tekanan dari arah air
ke ais. wap-wap air akan tersejat dan berubah terus kpd bentuk ais
dalam proses pejalwapan menghasilkan hablur ais (nukleus
pembekuan) akan menarik titisan-titisan air kedalamnya dan
mengembang sehingga awan tidak mampu lagi menahan beratnya
dan jatuh keluar dari awan sebagai hujan.
• Hujan tiruan dicipta berasakan Teori Bergern- Findeison ( nukleus
higroskopik)
ii. Teori Perlanggaran.
- Perlanggaran hablur-hablur ais / bintik-bintik air semasa jatuh dr awan
menyebabkan percantuman hablur ais/ bintik air – saiz menjadi lbih
besar & pelbagai saiz – berlaku perlanggaran dlm plbagi halaju-
percantuman- berat & turun sbg hujan.
Bentuk-Bentuk Kerpasan
i. Hujan.
-Definisi : bntk titisan cecair / air yg turun dr awan & bntk kerpasan
paling biasa.
- Terhasil melalui proses pemeluwapan yang m’tukarkan wap air
kpd bintik-bintik air di dlm awan.
- hujan yang keamatannya rendah ( sedikit) dikenali sbg gerimis &
jika titisan hujan tersejat sblum sampai ke permukaan bumi
dikenali sbg kabus.
ii. Salji
- Merujuk kpd hablur ais yg tdk smpat cair sblum sampai ke
permukaan. Hablur ais terbntuk a/bila proses pemeluwapan berlaku
dlm bungkusan udara yang menaik yg disejukkan ke suhu subbeku.
Salji terjadi a/bila paras beku terlalu hampir dgn permukaan bumi.
iii. Hujan Beku.
- Merujuk hujan yg turun bercampur salji & kelihatan spt zarah ais
yg jernih.
- Berlaku a/bila titisan air jatuh dr awan melalui lapisan udara
bersuhu beku yg sederhana tebal – titisan air akan membeku
menjadi bintik ais yg kecil & jernih.
iv. Ibun Gerlis.
- Merujuk kpd penimbunan ais bersalut pd permukaan objek.
- Bukan kejadian lazim – berlaku a/bila cuaca ( hujan / gerimis) sejuk
yang melampau.
v. Hujan Batu.
- sejenis kerpasan berbentuk pepejal yg paling berat & besar. Terhasil
akibat perolakan kencang spt ribut petir & berlaku pd musim panas.
Terbentuk dlm awan kumulusnimbus yg besar a/bila arus naik laju
( 160 km/jam)
vi. Embun Beku.
- Merujuk kpd kabut beku- terbntuk sbg satu mendapan kabut
tebal a/bila objek bersuhu subbeku bersentuh dgn kabut-
akbibatnya titisan kabut yg halus akan membeku & melekat ke
permukaan yang sejuk.
Jenis-jenis Hujan
i. Hujan Perolakan.
-Pancaran matahari merupakan faktor penting yang
mempengaruhi kejadian hujan perolakan.
- Proses sejatan berlaku a/bila permukaan bumi dipanaskan oleh
matahari & pda masa yang sama permukaan bumi menyerap
bahangan matahari juga akan membebaskan haba-akan
memanaskan jisim udara – mengembang & naik – proses tukaran
adiabatik – proses pemeluwapan – turun hujan.
ii. Hujan Bukit/ Orografi
- Berlaku di kawasan banjaran gunung yg selari dgn pantai/
berhampiran laut.
- Angin dr arah laut – membawa jisim udara lembap ( bnyk wap air)
akan dipaksa naik mengikut cerun bukit – mengalami penyejukan
adiabatik- takat suhu mengembun & kelembapan bandingan
mencapai 100%.
- wap air akan mengalami proses pemeluwapan mencapai tahap
tepu - & turun sebagai hujan.
Latihan
1(a) Berikan takrifsn bagi kadar tukaran adiabatic. [5]
(b) Berikan rakrifan bagi kadar tukaran sekitaran. [3]
(c) Nyatakan 6 bentuk kerpasan. [6]
2(a) Huraikan pembentukan 2 jenis hujan. [6]
(b) Jelaskan 6 faktor yang mempengaruhi
keberkesanan hujan. [12]

You might also like