You are on page 1of 10

HGF 3043

D20141067771

KAJI IKLIM
HGF 3043
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK : KERPASAN

NAMA

NUR ZAYANI BINTI ROZALI

NO. MATRIK

D20141067771

NO. IC

941202065000

NAMA PENSYARAH

DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

HGF 3043

D20141067771

1. Apakah maksud kerpasan?

Dalam bidang meteorologi kerpasan ialah hasil pemeluwapan wap air atmosfera yang ditarik
ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan Bumi. Menurut Ishak Johari dan
Nurhidayah. (2010) kerpasan ialah satu bentuk curahan yang terjadi dalam kitaran hidrologi
sebagai lembapan atau air yang jatuh ke bumi dari langit dalam pelbagai bentuk termasuk
hujan , hujan air batu, salji, gerimis, embun, kabus dan sebagainya. Hujan dan salji
merupakan pembekal utama kepada jumlah keseluruhan curahan. Curahan berbentuk cecair
seperti hujan bersaiz 0.5mm hingga 2.0mm manakala curahan berbentuk pepejal seperti salji
. Saiz dan bentuk curahan bergantung kepada suhu persekitaran. Kapasiti curahan dalam
bentuk air atau pepejal yang berlaku bergantung kepada suhu persekitaran. Kapasiti curahan
dalam bentuk air atau pepejal yang berlaku bergantung kepada faktor pergerakan tiupan
angin , suhu, tekanan, dan kelembapan udara. Curahan terbentuk kerana adanya mekanisma
ketepuan dan penyejukan dalam udara. Proses penyejukan sepenuhnya menyebabkan titisan
air yang berat untuk jatuh ke bumi sebagai curahan. Selain itu, air yang dihasilkan dari garam
laut melalui proses penyejatan mengakibatkan pemeluwapan lembapan air dalam udara.
Mekanisma yang terjadi akibat penyejukan udara menyebabkan juga pemeluwapan dan
terbentuknya titisan hujan, salji atau embun.

Titisan hujan ada bermacam-macam saiznya, seperti titisan besar berbentuk lonjong seakan
lempeng, mahupun titisan kecil berbentuk bebola halus. Kerpasan yang sampai di permukaan
bumi boleh terjadi dalam pelbagai bentuk juga, termasuk hujan, hujan sejuk beku, hujan
renyai, jejarum ais, salji, gentilan ais atau hujan beku dan hujan batu. Hujan batu terbentuk
dalam awan kumulonimbus apabila kekuatan alir naik udara menyebabkan batuannya
berpusing berulang-alik dalam awan, sehingga menyebabkan ketulan hujan batu terbentuk
berlapis-lapisan sehingga cukup berat untuk jatuh dari awan. Berbeza dengan titisan hujan,
emping salji terbentuk dalam pelbagai bentuk dan corak yang ditentukan oleh ciri-ciri suhu
dan kelembapan udara yang melalui oleh emping salji itu sehingga mendarat. Gentilan salji
dan ais memerlukan suhu daratan berada hampir atau di bawah takat lebur, manakala hujan
batu boleh terjadi dalam suhu yang lebih panas kerana proses pembentukannya.

HGF 3043

D20141067771

2. Huraikan bagaimana kerpasan berlaku mengikut teori kerpasan dan pengaruhnya


terhadap cuaca dan iklim?

Kerpasan terdiri daripada dua teori iaitu Teori Bergeron- findeisen dan teori pelanggaran
. Menurut Donald Ahrens (2012), ais kristal (atau Bergeron ) proses pembentukan hujan
mencadangkan bahawa kedua-dua ais kristal dan titisan awan cecair yang terdapat di
dalam awan pada suhu di bawah paras beku. Proses pembentukan hujan adalah amat
penting dalam pertengahan dan tinggi latitud , di mana awan dapat melanjutkan ke atas
ke dalam kawasan di mana suhu udara di bawah paras beku. Awan seperti awan sejuk
panggilan. contoh awan kumulonimbus biasa yang terbentuk di dataran besar amerika
utara
Teori Bergeron-Findeison iaitu dimana atmosfera dibahagikan kepada dua kawasan iaitu
kawasan terbentuknya hujan iaitu di kawasan yang bersuhu -5oC hingga -25oC. Di
kawasan ini terdapat hablur-hablur ais seni di kawasan ini hasil proses pemejalwapan.
Berlakunya proses sejatan seterusnya membekalkan wap air ke atmosfera. Manakala wap
air yang memasuki kawasan ini akan mengalami proses pemeluwapan dan proses
pemeluwapan akan membekalkan lembapan.
Lembapan akan dimendapkan di permukaan hablur ais dan lapisan air nipis yang
dimendapkan akan menambah saiz hablur ais. Hablur ais yang diselaputi oleh lembapan
juga senang menggregat apabila berlanggar dan bercantum di antara satu sama lain.
Apabila hablur ais mencapai garis pusat melebihi 7mm, tarikan graviti akan menarik
hablur ais turun ke permukaan bumi. Hablur ais yang turun akan mengalami proses
pencairan kerana berlakunya proses pemanasan secara adiabatik lalu turun sebagai hujan.
teori ini berlaku untuk awan sejuk di bawah 0 darjah celcius yang terdiri dari ais kristal
dan air sejuk yang merupakan air yang suhunya di bawah 0 darjah celcius tetapi belum
membeku berlaku perbezaan tekanan wap di sekitar titisan air dan di sekitar ais partikel
mengakibatkan partikel air mengembun di sekitar partikel-partikel ais.

Partikel ini

menyebabkan ais kristal menjadi besar. jika berat titisan hujan ini telah melampaui daya
dorong ke atas, maka akan jatuh sebagai hujan. pembentukan hujan demikian sering
terjadi di kawasan tropika atau pada awan komulus yang tumbuh menjadi komulonimbus,
dengan keadaan awan berada di bawah titik beku.
3

HGF 3043

D20141067771

Teori Perlanggaran merupakan pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang kecil
melalui pelanggaran oleh titisan-titisan air yang jatuh. Menurut Donald Ahrens . (2012)
teori perlanggaran dan tautan merupakan awan panas hanya terdiri daripada titisan awan
kecil saiz seragam. titisan kurang cenderung untuk bertembung kerana mereka semua
jatuh dengan perlahan-lahan pada kira-kira kelajuan yang sama. mereka titisan yang
berlanggar sering kali tidak bergabung kerana ketegangan permukaan kuat yang
memegang bersama-sama setiap titisan kecil. awan yang terdiri daripada titisan yang
berbeza saiz, titisan yang lebih besar jatuh lebih cepat daripada titisan yang lebih kecil .
Walaupun beberapa titisan kecil yang diketepikan . beberapa mengumpul di pinggir
hadapan titisan yang lebih besar , manakala yang lain ( yang ditangkap di tengah- titisan
yang lebih besar) bergabung di bahagian belakang titisan ini

Pengaruh teori Bergeron terhadap cuaca dan iklim adalah berlakunya hujan perolakan
terjadi apabila permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu
pagi.Permukaan bumi yang menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba
yang dikeluarkan akan memanaskan udara yang berhampiran dengan permukaan bumi.
Udara yang dipanaskan ini akanmengembang dan naik secara perolakan kerana udara ini
lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus naik dan disejukkan
secara adiabatic (makin tinggi udara naik makin sejuk). Sehingga sampai takat embun,
udara akan terpeluwap membentuk titisan air dan berkumpul membentuk awan
kumulunimbus yang membawa hujan lebat pada waktu petang disertai kilat dan petir.
Selain itu , pengaruh kedua ialah terjadinya salji yang biasanya terbentuk apabila wap air
melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 C dan
kemudian jatuh semula ke bumi. Salji juga boleh dibuat dengan embun beku yang jatuh
dari permukaan yang ia dibentuk, atau partikel kabus beku yang jatuh dibentuk apabila
kelembapan pada permukaan udara mula membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah.
Salji kurang padat berbanding dengan air hujan yang bermaksud jumlah lembapan yang
sekata akan menghasilkan salji dengan isipadu yang lebih banyak, kemudian

HGF 3043

D20141067771

3. Berasaskan satu jenis kejadian kerpasan, nilaikan pengaruhnya terhadap cuaca dan iklim
di sesebuah negara.
Kerpasan lebih tetumpu kepada kejadian hujan dan salji . Oleh itu saya telah memilih
Negara Malaysia yang merupakan Negara yang aktif dengan penurunan hujan
terutamanya pada musim monsun iaitu monsun barat daya , monsun timur laut dan pada
musim peralihan monsun. Pengaruh musim hujan ini terhadap cuaca dan iklim adalah
cuaca akan sentiasa mendung dan menerima penurunan titisan air yang banyak sehingga
tidak dapat di tampung oleh bentuk muka bumi dan akan terjadinya kejadian banjir .
Iklim sejuk akan berleluasa dan suhu akan mula menurun dengan cuaca yang mendung ,
awan komulunimbus akan mula menebal di ruang atmosfera sehingga cahaya matahari
terlindung dan pancaran cahaya akan berkurangan di permukaan bumi.
Menurut Shaharudin Idrus (2015), Malaysia telah mengalami antara banjir paling buruk
pada akhir Disember 2014 hingga awal Januari 2015 yang lalu. Negeri-negeri Kelantan,
Terengganu, Pahang , Perak dan sebahagian Johor telah dianda dengan begitu drastik .
Banjir tersebut merupakan antara banjir berskala besar yang telah ditempuh penduduk
semenjak direkod seawall tahun 1886. Banjir telah dikatogerikan sebagai salah satu
bentuk kemudahterancaman yang melanda Negara Malaysia. Tumpuan kejadain banjir
luar biasa yang berlaku memberikan pelbagai implikasi yang luar biasa Sepanjang
tempoh 130 tahun (1886-2015) hamper 100 kejadian banjir dicatat mengikut lokaliti
masing-maisng dalam pelbagai skala dan aras. Ini boleh dikatakan bahawa Negara
Malaysia sendiri tidak pernah sunyi daripada kejadian banjir. Keduanya, Kejadian banjir
yang berlaku adalah mengikut aras , magnitude dan skala yang berbeza bagi setiap tahun.
Ketiganya , kadar kematian , kecederaan , kerugianyang ditafsir juga bersifat berpelbagai
mengikut lokaliti tertentu berlakunya kejadian banjir yang berlaku dalam tempoh 130
tahun yang dibahagi kepada 4 aras dan skala yang berbeza .

HGF 3043

D20141067771

Jadual 1 : Aras Tahap Banjir di Malaysia.


ARAS

TAHAP

Menunjukkan risiko

Menunjukkan bahaya

Menunjukkan bencana

Menunjukkan malapetaka

Rajah 2 : Rekod Kejadian Banjir di Malaysia , 1886-2015


Sumber : Chan (2012), Star pelbagai tarikh dan tahun.

Setakat ini Malaysia belum lagi mencapai aras yang tertinggi pada skala 4. Semenjak
Negara ini dijajah oleh British lebih 500 tahun yang lampau, pelbagai bentuk ubahsuai
kepada bentuk rupa bumi Negara

Malaysia dilakukan. Semenjak awal penjajahan

British,tumpuannya adalah untuk mengeluarkan sumber asli Negara bertujuan untuk


dipunggah ke Britain untuk membantu meningkatkan dan seterusnya menggerakkan
revolusi industry yang melanda Eropah pada masa itu. Pengeluaran secara besar besaran
sumber asli Negara termasuk biji timah, emas dan getah telah menyebabkan berlakunya
perubahan bentuk

guna tanah Negara . Justeru, apabila hujan yang lebat melanda

Malaysia, tanah yang telah diubah guna tidak dapat menampung aliran air yang laju dan
menyebabkan berlakunya banjir besar.

HGF 3043

D20141067771

4. Huraikan kesan kerpasan terhadap manusia dan bagaimana manusia menghadapinya.

Kesan kerpasan terhadap manusia adalah keadaan kesihatan manusia itu sendiri . Seperti
yang kita ketahui bahawa kerpasan itu terdiri daripada pelbagai jenis iaitu hujan , hujan air
batu, salji, gerimis, embun, kabus dan sebagainya. Hujan itu boleh dikatakan sangat sinonim
dengan kerpasan . Kejadian hujan yang terlampau lebat menyebabkan permukaan bumi itu
sendiri tidak dapat menampung air yang dicurahkan sehingga menjadikan bencana banjir
yang menyebabkan kesan terhadap manusia . Banjir lazim berlaku di rantau Asia. Malangnya
, bencana ini semakin hari semakin bertambah dan impaknya kepada manusia dan
persekitaran turut meningkat walaupun kemampuan kita memantau dan mengkaji bencana ini
bertambah ( White et al. 2001 ; Dutta & Herath 2005).
Pertama sekali adalah terhadap kesihatan manusia itu sendiri yang terpaksa menahan suhu
sejuk serta kehadiran hujan tanpa henti tanpa mendapat pancaran matahari yang secukupnya.
Masalah kesihatan yang sering berlaku adalah demam , batuk , selsema , dan sebagainya.
Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air.
Menurut Barudin Yatim et al. (2012) , kesan banjir yang paling ketara di johor adalah kepada
konduktiviti air dan kandungan jumlah bahan terampai.Najis atau bahan terampai akan
bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti
taun dan malaria. Manusia perlu lah bertindak dengan awal dengan mengambil rawatan awal
ke hospital yang berdekatan supaya keadaan kesihatan tidak menjadi semakin teruk . Bukan
itu sahaja, malah manusia juga boleh mengambil alternatif lain dengan menyediakan ubatubatan yang diperlukan sebelum musim tengkujuh datang menghampiri. Langkah berjagajaga boleh diambil sebelum keadaan teruk berlaku.
Selain itu, kesan kerpasan terhadap manusia adalah merosakkan harta benda awam yang
menyebabkan kerugian kerajaan.

Menurut Manuta & label (2005), perubahan iklim

meningkatkan cabaran pengurusan bencana banjir. Kerugiaan yang sering berlaku adalah
kerosakan kepada harta benda seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan
memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan
kos penyelenggeraan yang tinggi.Kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan
asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan
7

HGF 3043

D20141067771

sementara mangsa banjir. sekurang-kurangnya, kerajaan memerlukan belanja dalam jumlah


yang sama untuk mengembalikan keadaan kepada sediakala. Bank, premis perniagaan,
semuanya mengalami kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana
aktiviti perniagaan yang terhenti.Ekonomi Negara juga turut terganggu. Oleh itu, langkah
yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kerugian kerajaan ini adalah meningkatkan
kualiti dan membaikpulih sistem saliran dan perparitan yang melibatkan sungai - sungai
utama, parit- parit utama dan longkang yang sedia ada contohnya Sg. Pinang perlu dijaga
supaya keupayaan sungai ini mengambil dan menampung air dapat ditingkatkan mengikut
tahap pembangunan semasa dan mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasankawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang,
Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undangundang ke atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan
lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat
mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan
pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam
sungai- sungai utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat
dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan
hilir sungai.

HGF 3043

D20141067771

RUJUKAN
Baharudin Yatim , Maimon Abdullah & Salmijah Surif . 2012. Banjir Besar Johor . Universiti
Kebangsaan Malaysia : Kuala Lumpur, Malaysia.
C. Donald Ahrens. 2012. Esssential of Meteorology: An Invitation to the Atmosphere. Library of
Congress: United States of America.
Ishak Johari & Nurhidayah. 2010. Hidrologi Kejuruteraan Awam. Perpustakaan Negara
Malaysia.
Manuta, J. & Lebel, L.2005.Climate Change and the risks of flood disasters Asia: Crafting
adaptive and just institutions. Proceeding of International Workshop on Human Security
and Climate Change, Oslo.
Mingteh Chang. 2006. Forest Hodrology An Introduction to Water and Forests: Second Edition.
University Nacogdoches, Texas, USA :London, New York.
Michael Bradshaw & Ruth Weaver. 1992 . Physical Geography: An Introduction to Earth
Enviroments. Library of Congress Cataloging in Publication data. United State of
America.
Shaharudin Idrus et al. 2015. Persidangan Geografi dan Alam Sekitar kali ke-5: Pemangkin
Tranformasi Negara . Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim , Perak.
White, G.F., Kates, R.W.&Burton, I. 2001. Knowing better and losing more: the use of
knowledge in hazards management. Enviromental Hazards, 3 :81-92.

HGF 3043

D20141067771

10

You might also like