You are on page 1of 3

TAJUK : KADAR TUKARAN ADIABATIK : PROSES SEJATAN DAN PEMELOWAPAN a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tukaran adiabatik?

Jawapan: Maksud Kadar Tukaran Adiabatik: Kadar Tukaran Adiabatik (KTB) ialah penurunan suhu mengikut ketinggian. Semakin tinggi jarak menegak maka suhu akan jatuh. Mengikut prinsip (KTB), penurunan suhu akan berlaku sebanyak 10C bagi setiap ketinggian 1000 meter. Kadar tukaran adiabatik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kadar tukaran adiabatik kering (KTAK) dan kadar tukaran adiabatik basah (KTAB). Sekiranya bungkusan udara(air parcell) tidak tepu naik secara menegak, ia dinamakan sebagai kadar tukaran adiabatik kering (KTAK). Jika bungkusan udara (air parcell) tepu naik dan menyejuk secara menegak ia dinamakan sebagai kadar tukaran adiabatik lembab (KTAB).

[ 4 M]

b) Bezakan proses sejatan dengan pemelowapan.


Perbezaan antara proses sejatani dengan proses pemelowapan adalah seperti berikut: Proses Sejatan Berlaku dipermukaan air seperti di laut, sungai, tasik dan lain-lain. Ia melibatkan proses penukaran cecair kepada wap-wap air. Ia memerlukan suhu yang tinggi dan tenaga haba yang cukup untuk memanaskan permukaan air dan membebaskan molekulnya ke atmosfera. Proses Pemelowapan

[6M]

Berlaku di dalam awan. Ia melibatkan proses penukaran wap-wap air kepada cecair (titisan air). Ia dikaitkan dengan penurunan suhu secara adiabatik sehingga mencapai 0C. Wap-wap air akan membesar, bercantum antara satu sama lain mencadi titisan-titisan air yang turun sebagai kerpasan.

(Pemarkahan : Taburan menegak : Max 2 M dan Taburan mendatar : Max 2 M)

c) i)

Huraikan faktor faktor yang mempengaruhi proses sejatan.

[ 7 M]

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi proses sejatan . Di antaranya ialah: 1. Suhu. Kadar sejatan secara langsung dipengaruhi oleh suhu air. Apabila suhu air meningkat bermakna tekanan wap air atau keupayaan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat. Oleh sebab itu air yang bersuhu tinggi (panas) lebih cepat tersejat berbanding dengan air yang sejuk. 2. Tekanan wap. Proses sejatan meningkat apabila tekanan wap tepu di permukaan air menjadi lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap sebenar di dalam udara sekelilingnya. Oleh sebab itu sejatan berlaku dengan cepat ke udara kering berbanding dengan udara lembab.

3. Angin atau turbulens. Angin berupaya menukarkan udara lembab di permukaan air dengan udara yang lebih kering. Tiupan angina yang kencang seperti badai akan mempercepatkan proses sejatan di permukaan air. 4. Kemasinan air. Proses sejatan berkadar songsang dengan kemasinan air. Bagi air laut yang masin, kadar sejatannya lebih lambat berbanding dengan air tawar yang bersih dan jernih sifatnya. 5. Kelembapan bandingan. Semakin tinggi nilai kelembapan bandingan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah kerana tekanan wap dalam udara adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap air di permukaan air. 6. Luas permukaan air. Semakin luas permukaan air maka semakin tinggi kadar sejatan. Misalnya permukaan tasik lebih banyak mengalami kadar sejatan berbanding dengan permukaan alur-alur sungai. Kadar sejatan juga lebih tinggi di permukaan air yang terdedah berbanding dengan permukaan air yang terlindung . (Pemarkahan : 4 isi x 2 Markah = 8 Markah 1 Markah. MAX 7)

ii)

Bagaimanakah proses pemelowapan terjadi.

[ 8 M]

Kejadian proses pemelowapan: Pemelowapan adalah satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan dan salji. Proses pemelowapan berlangsung melalui penyejukan alir lintang, penyejukan sinaran dan penyejukan adiabatik. 1. Penyejukan alir lintang. Penyejukan ini dilakukan oleh angin. Proses ini berlaku apabila udara yang bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan yang panas ke kawasan yang sejuk. Sekiranya udara itu disejukkan sehingga ke takat suhu embun maka akan terbentuklah kabus alir lintang dan juga awan jenis stratus yang rendah. 2. Penyejukan sinaran. Penyejukan ini berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang terang dan udara yang tenang. Dalam keadaan begini banyak bahangan bumi yang terus terbebas ke angkasa tanpa halangan. Kesannya jisim udara yang tenang itu boleh disejukkan dengan mudah hingga ke takat suhu embun . Hasil daripada proses ini ialah embun dan kabus sinaran. 3. Penyejukan adiabatik. Penyejukan yang berlaku apabila suhu jatuh mengikut ketinggian. Secara mudahnya semakin tinggi jisim udara itu naik ke atmosfera maka suhu dalamnya akan jatuh dan proses penyejukan boleh berlaku hingga ke takat embun. Apabila jisim udara naik, maka isipadunya akan mengembang, akibat pengembangan isipadu ini maka suhu jisim udara tersebut akan menurun kerana tenaga haba semakin berkurangan akibat digunakan dalam proses pengembangan isipadu. Kesannya kejatuhan suhu udara akan berlaku sehingga ke takat embun (0C). Penyejukan adiabatik akan menghasilkan awan yang tebal seperti awan kumulonimbus. (Pemarkahan : 3 isi x 3 Markah = 9 Markah 1 Markah. MAX 8)

You might also like