You are on page 1of 16

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan?

[3]
Imbangan bahangan ialah jumlah bahangan matahari yang sampai ke
permukaan bumi adalah sama dengan jumlah bahangan bumi yang keluar ke
atmosfera.
b) Jelaskan dua proses yang terlibat dalam imbangan bahangan. [4]
b1 Pantulan
b2 Penyerapan
b3 Penyerakan
( mana-mana 2 isi x 2 markah = 4 markah)
c) Jelaskan dua cara pembebasan bahangan bumi ke atmosfera. [4]
c1 Sejatan – haba dipindahkan ke atmosfera dalam bentuk haba pendam
apabila berlaku sejatan air.

c2 Bahangan – semua benda yang menyerap haba di bumi pada waktu


siang akan membahangkan semula haba ke atmosfera.

(2 isi x 2 markah = 4 markah)


(d) Jelaskan dua faktor yang boleh mempengaruhi imbangan bahangan. [
4]
d1 Penipisan lapisan ozon
d2 Litupan awan
d3 Kejadian jerebu
d4 Albedo bumi (jenis permukaan)
d5 Pertambahan gas rumah hijau
d6 Litupan tumbuhan
(mana-mana 2 isi x 2 markah = 4 markah)
2.(a)Jelaskan ciri cuaca semasa fenomena La Nina di Asia Tenggara. [ 12 ]
a1 Suhu rendah
a2 Bahangan sedikit
a3 Kerpasan meningkat
a4 Kelembapan udara meningkat
a5 Tekanan udara tinggi
a6 Halaju angin tinggi
a7 Litupan awan tebal
(mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)
(b) Bincangkan kesan fenomena La Nina terhadap aktiviti ekonomi manusia
di Asia Tenggara. [ 13 ]
b1 Aktiviti pertanian terjejas
b2 Aktiviti penternakan terjejas
b3 Aktiviti perikanan / akuakultur terjejas
b4 Aktiviti pembalakan terjejas
b5 Aktiviti perlombongan terjejas
b6 Aktiviti perindustrian / IKS terjejas
b7 Aktiviti pembinaan
b8 Aktiviti pengangkutan terjejas
b9 Aktiviti perniagaan
b10 Aktiviti pelancongan terjejas
bx Kesimpulan
3. (a) Jelaskan proses menegak yang berlaku dalam kitaran
hidrologi. [ 12 ]
a1 Proses sejatan
a2 Proses sejatpeluhan/perpeluhan
a3 Proses pemeluwapan
a4 Proses kerpasan
a5 Proses pintasan
a6 Proses aliran batang
a7 Proses resapan / infiltrasi
(mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)
b) Bincangkan pengaruh aktiviti manusia terhadap proses kitaran
hidrologi. [ 13 ]
b1 Pembalakan – pintasan, aliran batang, perpeluhan dan resapan berkurangan,
aliran air permukaan tinggi
b2 Pertanian – pembajakan tanah
b3 Pembandaran – resapan berkurangan dan air larian meningkat
b4 Pembinaan- resapan berkurangan dan air larian meningkat
b5 Pengangkutan – resapan berkurangan dan air larian meningkat
b6 Penghutanan semula – resapan, perpeluhan pintasan dan aliran batang
meningkat , air larian berkurangan.
b7 Pembinaan empangan – sejatan meningkat
b8 Perindustrian – pembebasan debu dari kilang menggalakkan proses
pemeluwapan
bx Kesimpulan
(mana-mana 6 isi x 2 markah + 1 markah kesimpulan = 13 markah)
1. (a) Apakah yang dimaksudkan imbangan air? [3]
Jumlah air yang di terima (kerpasan) adalah sama dengan jumlah air
yang hilang (sejatan dan perpeluhan ) dari permukaan bumi.
(b) Terangkan tiga pemboleh ubah yang membentuk imbangan air. [6]
P = ET + r + ΔST
b1 E = Sejatan
b2 T = Perpeluhan
b3 ΔST = Penambahan /pengurangan air tanah
b4 r = Larian air permukaan
(Mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah)
(c ) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air. [ 6 ]
c1 Ketinggian
c2 Aspek – cerun menghadap angin / terlindung
c3 Keamatan hujan
c4 Litupan tumbuhan
c5 Jenis batuan/geologi
c6 Tiupan angin
(Mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah)
2. (a) Jelaskan aktiiviti manusiayang mempengaruhi kejadian kesan rumah
hijau. [ 12 ]
a1 Pengangkutan – pembakaran bahan api pembebasan karbon
monoksida
a2 Aktiviti perindustrian – pembebasan gas rumah hijau seperti sulfur
dioksida, karbon dioksida dan nitrojen oksida / pembebasan karbon
dioksida di loji penapisan
a3 Aktiviti domestik – penggunaan penghawa dingin, penyembur
a4 Kegiatan pertanian – pembebasan gas metana hasil perreputan sisa
tanaman
a5 Pembalakan – kekurangan tumbuhan dan peningkatan karbon dioksida.
(Mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)
(b) Bincangkan kesan pertambahan gas rumah hijau terhadap alam sekitar
fizikal. [ 13 ]
b1 Peningkatan suhu dunia - pencairan ais
b2 Peningkatan aras laut – kesan pencairan ais di kutub utara dan selatan
b3 Peningkatan kadar proses luluhawa
b4 Permukaan tandus / kering bertambah
b5 Kemusnahan habitat- habitat terbakar / kering
b6 Rantaian dan siratan makanan terganggu
b7 Peningkatan kejadian ribut/taufan – wujud pusat tekanan udara rendah
b8 Kelembapan udara yang rendah / kekurangan hujan
b9 Peningkatan kadar sejatan – sumber air terganggu / berkurangan
bx Kesimpulan
3. (a) Jelaskan proses edaran air tanih. [ 12 ]
a1 Larian air permukaan
a2 Resapan
a3 Aliran air bawah tanih
a4 Ketelapan
a5 Keporosan tanah
a6 Simpanan air tanih/storan ? akuifer
a7 Aliran air bawah tanah
(Mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)
b) Sejauhmanakah faktor fizikal mempengaruhi edaran air tanih. [ 13 ]
Faktor Fizikal
b1 Saiz partikel tanih – kasar/halus
b Komposisi tanih dari segi kandungan mineral yang terdapat dalam
tanih
b3 Struktur tanih/susunan tanih
b4 Kekerasan batuan / tanah
b5 Ketelapan tanah
b5 Tumbuhan – peranan akar
b6 Kecerunan
b7 Hujan
b8 Aktiviti haiwan
Faktor manusia
b9 Pertanian
b10 Pembalakan
b11 Penghutanan semula
b12 Pembinaan – bangunan dan petempatan , infrasruktur dan
jalan raya
bx Penegasan 1m

* Catatan :
Faktor fizikal sahaja atau manusia sahaja maksimum = 10 m
(Mana-mana 6 isi x 2 markah + 1 markah penegasan = 13 markah)

You might also like