You are on page 1of 25

Strategi Pembangunan Lestari - Mengurangkan Kadar

Hakisan di Zon Pinggir Pantai. 

Pembangunan lestari adalah satu idea pembangunan yang


dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan keadaan asal (sustainable
development) sesuatu sumber di sesebuah kawasan agar dapat
dinikmati secara berterusan oleh generasi kini dan akan datang.
Justeru itu adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan secara saintifik dan sistematik mestilah
dilaksanakan di zon pinggir pantai khususnya dalam konteks
mengawal kadar hakisan yang semakin giat berlaku. Strategi
pembangunan bagi mengurangkan kadar hakisan ini boleh
dilakukan melalui tiga langkah penting. 

Pertama, langkah perundangan, ke dua amalan pengurusan yang


cekap dan ke tiga kempen kesedaran. 
Langkah perundangan melibatkan perlaksanaan akta-akta
tertentu bagi mencegah sesuatu sumber daripada mengalami
kemusnahan. Dalam konteks ini pemusnahan hutan bakau boleh
dicegah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ada
misalnya Akta Perhutanan Negara 1984. Kawasan hutan bakau
digazetkan sebagai hutan simpan kekal dan saiz hutan simpan ini
mesti diperluaskan bagi setiap negeri di Malaysia. Peristiharan
hutan bakau sebagai kawasan hutan simpan perlindungan, yang
kini lebih dikenali sebagai “wetland sanctuary” seperti taman
negara Endau – Rompin akan mengelakkannya dari sebarang
bentuk pencerobohan. Dengan melindungi hutan bakau maka
secara langsung kadar hakisan pantai boleh dikawal secara
semulajadi. Selain daripada hutan bakau, tumbuhan hutan pantai
yang lain seperti pokok rhu, pokok nipah, pokok jaras, pokok
gelam juga perlu dilindungi oleh undang-undang kerana pokok-
pokok tersebut juga amat berfungsi mengekang hakisan angin. 
Amalan pengurusan sumber yang cekap juga boleh membantu
mengelakkan kadar hakisan pantai. Misalnya dalam konteks
penebangan hutan bakau. Bagi kawasan hutan bakau yang
dibenarkan sebagai “kawasan usaha - hasilan” mestilah diuruskan
secara sistem tebangan memilih dan diharamkan sama sekali
sistem tebang - bersih. Pokok-pokok yang benar-benar matang
sahaja yang dibenarkan di tebang dan mengikut kadar pusingan
tebangan antara 25 hingga 30 tahun sekali. Ini memberikan
peluang kepada proses tumbesaran secukupnya kepada pokok-
pokok yang lebih muda. Tunggul dan sisa penebangan pula akan
dibiarkan reput dalam kawasan hutan tersebut bagi
menggalakkan pertumbuhan anak benih yang baru berlaku, dan
jika dalam tempoh dua tahun didapati tidak berlaku pertumbuhan
benih maka program penanaman semula pokok bakau mestilah
dijalankan segera dengan menanam pokok bakau yang bernilai
tinggi dari spesis Rhizophora Apiculata agar sistem paya bakau
dapat terus berfungsi seperti keadaan asal khususnya dalam
konteks mengawal hakisan pantai. 
Pada amnya kaedah kawalan hakisan pantai boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu melalui kaedah penyuburan pantai dan
juga kaedah kawalan struktur. Kaedah penyuburan pantai
melibatkan usaha-uasha penanaman tumbuh-tumbuhan seperti
pokok rhu dan rumput di atas pantai atau bukit pasir (diun) agar
wujud satu lapisan perlindungan daripada agen–agen hakisan.
Pokok rhu amat sesuai ditanam bukan sahaja untuk mengekang
hakisan angin tetapi juga sebagai mencantikkan lagi kawasan
pantai manakala system akar rumput pula boleh mengikat dan
mengukuhkan butiran pasir ditepi pantai. Kaedah ini boleh
dikelaskan sebagai kawalan biologi. 

Manakala kaedah kawalan struktur pula melibatkan aspek


kejuruteraan pantai. Antaranya seperti pembinaan benteng
konkrit, aspalt, batu, pancang kayu, guni pasir termasuklah
“Groin dan Gabion”. Groin ialah struktur yang pendek diperbuat
daripada konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke laut
bersudut tepat dengan garis pantai bertujuan untuk
memerangkap enapan pasir yang di bawa oleh ombak dan juga
arus pesisir pantai. Manakala Gabion ialah sangkar dawai logam
berbentuk empat segi bujur yang diisi dengan batu kerikil dan
diletakkan di zon ombak pecah. Dengan itu tenaga ombak tidak
seratus peratus menghempas pantai sebaliknya akan ditahan dan
diserap oleh gabion berkenaan sebelum tiba ke pantai. Selain
daripada penggunaan sangkar dawai dan kerikil, gabion juga
boleh diperbuat daripada tayar-tayar buruk yang diikat antara
satu sama lain dan direntangkan di zon ombak pecah. Fungsinya
sama, iaitu untuk menahan dan menyerap tenaga hempasan
ombak agar tidak terus tiba ke pantai. Penggunaan tayar-tayar
buruk boleh bertindak sebagai tukun-tukun tiruan yang kelak
menjadi tempat pembiakan/habitat ikan. Bagi kawasan yang agak
serius kadar hakisannya maka pembinaan benteng konkrit atau
ketulan-ketulan batu yang besar boleh diletakkan di tepi-tepi
pantai berkenaan bagi mengurangkan kesan hempasan ombak ke
atas pantai. Sebagai contoh sekitar hotel Primula di Pantai Batu
Buruk di Kuala Terengganu dan di pantai pelabuhan Kuantan di
Pahang. 
Langkah kawalan pantai yang berkesan seharusnya dilengkapi
dengan aspek kesedaran terhadap semua lapisan masyarakat.
Zon pinggir pantai tidak seharusnya dinilai daripada aspek
ekonomi semata-mata. Nilai-nilai biologi dan estetikanya mestilah
dijaga. Justeru setiap projek pembangunan yang hendak
dilaksanakan mestilah diadunkan dengan usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan. Pengusaha harus menyedari pemeliharaan
dan pemuliharaan merupakan satu kos yang mesti dibayar.
Justeru itu kajian EIA (Environment Impact Assesment) mestilah
dilakukan dan dipatuhi sepenuhnya sebelum semasa dan selepas
projek dilaksanakan. Masyarakat umum mesti sentiasa disedarkan
melalui kempen,program usaha sama/gotong royong, pendidikan
alam sekitar khususnya menerusi media massa dan pendidikan
formal di sekolah. 

PEMBANGUNAN EKONOMI - KEGIATAN PERHUTANAN


DAN PEMBALAKAN 
1.0. JENIS-JENIS HUTAN DAN TABURANNYA 

1.1. HUTAN HUJAN TROPIKA 

i. terdapat di kawsan khatul istiwa- juga dikenali sebagai hutan


hujan 
ii. sentiasa berkeadaan malar hijau sepanjang tahun 
iii. profil hutannya kanopi berlapis-lapis boleh dibahagikan kepada
empat- atas, (50-40m), kedua (25-40), tengah (15-25m), bawah
9semak samun, dan pokok rehek. 
iv. Faunanaya terdiri daripada pelbagai hadupan liar- kelwalar,
burung, keluang tupai, harimau musang, badak dll 

1.2. HUTAN MONSUN TROPIKA 


i. terletak di garislintang 10°U-30°U dan 10°S-30°S 
ii. meluruhkan daun pada musim kemarau 
iii. pokok tumbuh seragam/sejenis 
iv. kanopi juga berlapis-lapis 
v. hutan daun buluh 
vi. profil tiga lapis iaitu lapisan atas (20-30m),kedua (5-20m),
bawah (paku pakis, palma rumput)
vii. faunanya terdiridaripada gajah,harimau musang, beruang dll 

1.3. PADANG RUMPUT HAWA SEDERHANA 


i. terletak 3°u-45°u dan 30°s-45°s 
ii. tumbuhan berkayu jarang tumbuh di lembah sungai 
iii. dua jenis padang rumput- padang rumput yang pendek dan
padang rumput yang panjang 
iv. padang rumput utama ialah steppe, prairie dan pampas 
v. hidupan liar terdiri daripada kuda, kambing, marmot, tupai,
hamster dll 
vi. dipengaruhi oleh empat musim- ,usim panas dan musim
bunga-menghijau dan pada musim luruh/gugur-kekuningan 

1.4. HUTAN KONIFER 


i. terletak di 40°u-60°u 
ii. bersifat monospesesies – satu atau dua jenis spesies sahaja 
iii. bersifat malar hijau, berkayu lembut, kuit tebal, batang lurs,
saiz besar dan tinggi 
iv. mencapai ketinggian 40m 
v. profil hutan selapis sahaja ketinggian seragam dan jarang
ditumbuhi pokok di bawah 
vi. hidupan liar seperti karibu, musk, serigala, chipmink dll 

2.0. SUMBANGAN/KEPENTINGAN SUMBER PERHUTANAN 

2.1. JENIS-JENIS HASIL HUTAN 

i. Sumber kayu balak- meranti, cengal, jati, merbau 


ii. Sumber rotan/buluh 
iii. Sumber perubatan/ minyak wangi- akat kayu, daun bunga 
iv. Sumber makanan- buah, daun contoh salak, petai kelubi dll 
v. Tempat rekreasi/hutan lipur 
vi. Daging binatang- rusa, pelanduk dll 

2.2. SUMBANGAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI 

i. sumber hasil perkayuan kepada sesbuah negara- sumber kayu


umtuk dalam negara atau luar negara 
ii. pembangunan sektor pelancongan-eko pelancongan-hutan
simpan, hutan lipur, air terjun dll 
iii. membantu memajukan industri yang berasaskan kayu-
perabot, pembinaan, 
pengangkutan 
iv. mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai
sektor- kilang pemprosesan kayu, kilang perabot, pemandu lori
dll 

2.3. KEPENTINGAN KEPADA PERSEKITARAN FIZIKAL 

i. habitat kepada pelbagai hidupan liar 


ii. menghalang hakisan tanah 
iii. mengawal keseimbangan kitar hidrologi 
iv. mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro 
v. mengekalkan kelempaban udara 
vi. menyederhanakan suhu sekitar 

3.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN


PERHUTANAN DI MALAYSIA 
i. malaysia kaya dengan pelbagai jenis pokok kayu keras-
meranti, cengal dll 
ii. permintaan yang tinggi terhadap kayu keras tropika – dari
jepun 
iii. rangkaian jalan raya dan jalan keretapi yang baik untuk
mrngangkut hasil kayu balak ke pelabuhan 
iv. langkah penghutanan semula kerajaan menjamin bekalan kayu
balak berterusan 
v. teknologi pembalakan yang moden seperti menggunakan
mesin gergaji, jentera penarik, helikopter 

4.0. FAKTOR-FAKTOR PENYAHUTANAN DI MALAYSIA 


i. kebakaran huatan secara semula jadi pada musim kemarau 
ii. bencana alam- gempa bumi, letusan gunung berapi 
iii. pembinaan empangan hidro elektrik 
iv. pembalakan yang tak terkawal 
v. akktiviti pertanian pindah 
vi. pembukaan tanah baru untuk pertanian ladang oleh kerajaan 
vii. pembinaan infratstruktur dan pembangunan banadar 

5.0. KESAN-KESAN PENYAHHUTANAN 

i. kepupusan pelbagai spesies flora dan fauna 


ii. memusnahkan habitat semila jadi haiwan-haiwan 
iii. memusnahkan edaran nutrien dalam eko sistem hutan-
rantaian dan nurien tanah akan hilang kerana air larian
permukaan 
iv. mengubah cuaca dunia- peningkatan suhu 
v. kesan ke atas geomormologi- proses hakisan, luluhawa,
gerakan jisim 
vi. kitaran hidrogi tidak stabil-mengurangkan jumlah
hujan,mengurangkan kadar susupan paras air dalam tanah –
menjejaskan bekalan air kepada sungai 
vii. kekurangan sumber makanan kepada manusia khususnya
masyarakat orang asli 
viii. kegiatan eknomi terjejas- industri prabot, kayu, kraftangan
kerana kekurangan sumber kayu 
ix. rantaian makanan terjejas- kekurangan humus- tanah tidak
subur-menjejaskan aktiviti pertanian 
x. bekalan oksigen kepada manusia terjejas-meningkatkan
kandungan gas karbon dioksida alam udara- kesan rumah hijau-
kepanansan 
xi. bekalan air kepada penduduk terjejas-simpanan air bawah
tanah berkurang-empangan terjejas 

6.0. LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN


HUTAN/MEWUJUDKAN PERHUTANAN LESTARI 

A. MAKSUD PEMELIHARAAN : usaha-usaha menjaga, memelihara,


melindungi sumber-sumber alam supaya kewujudannya
berterusan seperti hutan simpan kekal 
B. MAKSUD PEMULIHARAAN: usaha-usaha melastarikan bekalan,
mewujudkan sumber-sumber melalui pemeliharaan, baik pulih
sumber-sumber yang telah digunakan supaya tidak pupus contoh
penghutanan semula 
C. MAKSUD PERHUTANAN LESTARI: sistem perhutanan yang
berteusan yang mengandungi amalan-amalan yang boleh
menghaslkan sumber-sumber hutan berkualiti tinggi , mengawal
pengeluaran sumber hutan untuk jangka panjang untuk generasi
akan datang 

6.1. LANGKAH PERUNDANGAN 


i. dasar perhutanan negara 1978- mewujudkan hutan simpan dan
taman negara 
ii. akta perhutanan negara 1984- larangan yang berkaitan dalam
kawasan hutan simpan kekal-memasuki, menebang, memotong,
mencari , mengambil ,membersih, menceroboh dll 
iii. denda dan penjara sehingga rm50000 atau dua tahun penjara
kepoada sesiapa yang ingkar 
iv. akta perlindungan hidupan liar 1976- mamstikan sepesies
hidupan liar tidak pupus 

6.2. LANGKAH PENGURUSAN 


i. sistem penebangan terpilih- sistem sebaya malaya(MUS),
sistem pengurusan tebngan memilih (SMS)-kaedah penebangan
sistematik dan berjadual 
ii. kaedah sivilkultur- pemulihan hutan melalui ladang hutan,
pertumbesaran, penjagaan 
iii. penghutanan semula kawsan hutan yang tlah ditebang 
iv. penyelidikan dan pembangunan- frim, upm menjalankan
penyelidikan menjamin program perladangan hutan 

6.3. KEMPEN/PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 


i. pendidikan alam sekitar peringkat rendah, menengah, maktab
dan universiti dalam kurikulum formal contoh dalam mata
peljaran geografi 
ii. kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar seperti cintai
hutan kita oleh kerajaan atau NGO contoh sahabat alam
malaysia 
iii. kempen menanam semula pokok , pameran, ceramah pada
hari perhutanan sedunia
INDUSTRI ASAS TANI 

Pengenalan 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi


penekanan kepada pembangunan Industri Asas Tani bagi
menambahkan pendapatan masyarakat pertanian melalui
pembangunan aktiviti-aktiviti nilai tambah kepada hasilan
pertanian. 

Teras Dasar RMK-9 

Bagi merealisasikan pembangunan Industri Asas Tani tersebut,


dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan telah
menggariskan lima (5) Teras Dasar seperti berikut: 

•Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan


sumber baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar; 
•Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan
kepelbagaian produk; 
•Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global; 
•Meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan; dan 
•Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan. 

Objektif Dan Strategi 


Objektif-objektif utama yang telah ditetapkan dalam
pembangunan Industri Asas Tani adalah seperti berikut: 

•Membangun dan mengembangkan aktiviti pemprosesan dan


kepelbagaian produk; 
•Memperkukuhkan kualiti produk bagi menembusi pasaran dan
rangkaian global; dan 
•Meningkatkan pendapatan usahawan, petani, penternak dan
nelayan. 

Bagi mencapai objektif-objektif ini, tujuh (7) strategi utama telah


digariskan iaitu: 

•Latihan Pembangunan Usahawan dan Teknikal (Modal Insan); 


•Peningkatan Infrastruktur dan Peralatan; 
•Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan Produk; 
•Mendapatkan Persijilan dan Jaminan Kualiti; 
•Penjenamaan; 
•Mengadakan Pembiayaan yang Mencukupi; dan 
•Mengembangkan Ruang Pemasaran dan Promosi. 
Pengklasan Produk-Produk Industri Asas Tani 
Produk-produk yang dikenalpasti mempunyai potensi pasaran dan
mampu dikeluarkan oleh Usahawan Industri Asas Tani adalah
seperti berikut: 

Produk Berasaskan Tanaman 

•Snek: cip ubi kayu, pisang, nangka, nanas 


•Sejuk beku: karipap, pau, martabak 
•Minuman: soya, teh, chrysanthemum 
•Jus buah-buahan tropika 
•Produk herba: tongkat ali, misai kucing 
•Sediaan gula: gula tebu, enau, madu lebah 
•Mee/ Mihun 
•Sos: cili, nanas, tomato 
•Sup: Cendawan 
•Jeruk 
•Produk kelapa 

Produk beras Produk Berasaskan Ikan 

•Fish paste 
•Shrimp paste 
•Lain-lain sediaan ikan 
•Emulsified product 
•Preserve and fermented 
•Fish fillet 
•Snek 
•Makanan dalam tin 
•Agar-agar 
•Rumpai laut 
Produk Berasaskan Ternakan 

•Pemprosesan dan pengawetan daging dan produk daging 

◦Produk emulsi (naget, burger, bebola daging/ayam dan sosej) 


◦Produk ditinkan ( kari ayam dan daging 
◦Sate, serunding dan kebab 
•Produk-produk tenusu 
◦Ais krim, yogurt, keju, mentega dan susu cair 
•Produk sos termasuk ekstrak perisa seperti 
◦Monosodium glutamate 
◦Kiub ayam dan sup ayam 

•Produk-produk lain 

◦Sarang burung, kaya dan produk telur 

Pencapaian Bagi Tahun 2005 - 2007 

Secara umumnya, Program-program pembangunan Usahawan


Industri Asas Tani yang dijalankan oleh Kementerian ini diadakan
melalui dua (2) program utama iaitu: 

•Program Pembangunan usahawan Industri Asas Tani


Jabatan/Agensi; dan 
•Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani,
Penternak dan Nelayan. 
Program pembangunan Usahawan Industri Asas Tani telah
dilancarkan pada Ogos 2006 dan telah menetapkan seramai
10,000 usahawan baru dan naik taraf akan dilahirkan menjelang
tahun 2010. Usahawan naik taraf bermakna pendapatan mereka
melebihi RM2,000 sebulan. Di antara 2005 - 2007 seramai 12,562
usahawan telah dibangunkan iaitu 6,060 usahawa melalui
program-program di peringkat Jabatan/Agensi dan 6,502
usahawan Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan
Petani, Penternak dan Nelayan.
DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA
PENDUDUK 

Latarbelakang 

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B.


Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau
berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September
1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya
dengan penduduk sebanyak 70 juta. 

Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan ddikemukakan


sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan
kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb.
Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam
tempoh 115 hingga 120 tahun. 

Rasional 

Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-


faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam
jangka perancangan di atas. Jika dibandingkan dengan negara-
negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km
persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai
dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai
penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan
kawasan tanah 22,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150
juta. 

Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 jjuta adalah


untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi
keluaran industri-industri tempatan. Ini akan mengujudkan
keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan
meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport.
Pertumbuhan adalah dianggap 
sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial
sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan
daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar
angkubah-angkubah demografik ini diambil kira di dalam
perancangan pembangunan untuk mempastikan kemajuan
ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan. 

Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan


kkependudukan sebanyak 2.5%* bagi jangkamasa 1981- 1985. 

Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi


15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak
11.2% daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980. Kadar
pertumbuhan bagi jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah
seperti yang berikut:- 

Jangkamasa Kadar Pertumbuhan 


---------- ----------------- 
1957 - 1960 2.8% 
1960 - 1870 2.6% 
1970 - 1980 2.3% 
1980 - 1985 2.5% 

Perbandingan antara jangkamasa di atas menunjukkan bbahawa


kadar pertumbuhan sekarang ini adalah lebih tinggi sedikit dari
kadar pertumbuhan bagi 11970 - 1980. 

Ini adalah disebabkan oleh kadar kesuburan yang llebih tinggi


dalam tahun lima puluhan dan enam puluhan dan bertambahnya
jumlah wanita-wanita muda yang mencapai umur perkahwinan.
Walaubagaimana pun berdasarkan kepada arahaliran
pertumbuhan penduduk sekarang, adalah dijangkakan bahawa
kependudukan Malaysia akan mencapai jumlah kesetabilan dalam
linkungan 39 juta orang dalam tahun 2150. 

Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Development


Report) yang diterbitkan oleh Bank Dunia dalam bulan Julai 1983,
penduduk Malaysia akan dijangka menjadi 33 juta dalam tahun
2120. Unjuran-unjuran ini dibuat berdasarkan kepada kadar
pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0% setahun (1980-
2000) atas andaian kadar kesuburan yang berkurangan secara
sederhana. Laporan ini selanjutnya menunjukkan penduduk
Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta dalam tahun 1990 dan
mencapai jumlah 21 juta dalam tahun 2000. 

Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari dengan matlamat


penduduk 70 juta sekarang yang dijangka dicapai dalam tahun
2100. Ini bermakna kependudukan iaitu kadar kesuburan dan
kadar kasar kelahiran perlu dipertingkatkan dengan sewajarnya. 

Perlu dijelaskan bahawa kajian kependudukan memerlukan


pengetahuan mengenai arahaliran perkembangan masa lepas dan
masa kini. Ketetapan unjuran besar bergantong kepada
kefahaman yang mendalam terhadap fakta-fakta dinamik
kependudukan pada pada keseluruhannya, terutama mengenai
pola-pola kesuburan, kematian dan kekeluargaan. 

Strategi Pelaksanaan 

Untuk mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta, beberapa


alternatif telah dikaji seperti yang berikut:- 

i. Sekiranya JKK*(jumlah kadar kesuburan) sekarang iaitu


sebanyak 4 dibiarkan turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1 mata
setiap 5 tahun sehingga ia sampai ke paras penggantian,
matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2100 (iaitu
dalam tempuh 115 tahun) dan penduduk akan stabil pada atau
dalam lingkungan 73 juta. 

ii. Sekiranya JKK sekarang iaitu sebanyak 4 dapat dikekalkan,


matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2045 (iaitu 70
tahun). 

iii. Sekiranya JKK sekarang diturunkan kepada 3 dan seterusnya


dikekalkan kepada paras tersebut, matlamat ini akan dicapai
dalam lingkungan 2085 (iaitu dalam 100 tahun). 

iv. Sekiranya JKK dinaikkan kepada 5 dan terus dikekalkan pada


paras ini, maka matlamat penduduk akan dicapai dalam dalam
lingkungan tahun 2031 (dalam 50 tahun). 

v. Tempoh yang paling cepat sekali matlamat ini akan dicapai


ialah dalam tahun 2010, (atau dalam 30 tahun) jika sekiranya JKK
ditingkatkan kepada 10 dan seterusnya dikekalkan pada paras
sekarang. 

vi. Sekiranya JKK dibiarkan meningkat kepada 5.2 dalam tahun


2000 dari 4.0 (1980) dan kemudiannya dibiarkan menurun ke
paras penggantian maka matlamat ini akan dicapai dalam
lingkungan tahun 2070 dan akan stabil pada 79 juta. 

vii. Tempoh masa yang paling lama untuk mencapai 70 juta ialah
dengan membiarkan aliran sekarang menurun dan meningkat
secara pusingan sehingga mencapai paras penggantian. Matlamat
ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2125 iaitu dalam 135-
140 tahun dan penduduk akan stabil pada 73 juta. 

Salah satu daripada masalah utama, dalam membuat unjuran


berasaskan kepada andaian JKK yang malar ialah, sungguhpun
jumlah penduduk secara teorinya boleh 
mencapai 70 juta, pertumbuhan kependudukan tidak akan
berhenti pada jumlah tersebut tetapi akan terus bertambah. Jadi
langkah-langkah yang wajar dan perlu diberi pertimbangan
adalah alternatif yang pertama iaitu memperlambatkan JKK
sekarang supaya penggantian penduduk di paras kesuburan
boleh dilewatkan selama kira-kira 40 tahun daripada tahun 2030
kepada tahun 2070. Dengan cara ini, saiz kependudukan yang
muktamat bagi Malaysia dijangka akan mencapai jumlah kira-kira
73 juta dalam tahun 2150, di mana 70 juta kependudukan akan
tercapai dalam lingkungan tahun 2100. 

Alternatif ini juga akan mempastikan kadar pertumbuhan


kependudukan tahunan adalah rendah daripada kadar
pertumbuhan keluaran negara supaya usaha-usaha
pembangunan tidak terjejas oleh pertumbuhan kependudukan. 

Jangkamasa untuk mencapai matlamat ini adalah mencukupi


untuk memberi masa kepada pembangunan sosial dan ekonomi
dari segi kepadatan penduduk, taburan penduduk, sumber
keluaran dan alam melebihi 70 juta. 

Jumlah 70 juta ini dianggap optima selepas mengambilkira faktor-


faktor dinamik kependudukan berasaskan saiz tanah dan sumber-
sumber yang ada. 

Pencapaian Dasar Sehingga 1990 

Berasaskan kepada data-data semasa, jumlah kadar kesuburan


telah menurun daripada 3.8 bagi setiap wanita dalam tahun 1981
kepada 3.6 dalam tahun 1990. Laluan pertumbuhan penduduk ini
adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1. Pertumbuhan
penduduk negara pula mencatitkan penambahan daripada 13.8
juta dalam tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada
keseluruhannya, tren ini adalah selaras dengan matlamat Dasar
ini. Walaubagaimanapun, penurunan kadar kesuburan ini adalah
berbeza di antara kumpulan-kumpulan ethnik negara ini. Jumlah
kadar kesuburan Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi
matlamat, iaitu 4.3, berbanding dengan jumlah kadar kesuburan
Cina dan India yang kini menghampiri paras penggantian. 

RAJAH 1 

Laluan Pertumbuhan Penduduk ke Arah 

Pencapaian Matlamat 70 Juta Penduduk 

-------------------------------------------- 

Tahun Jumlah Kadar Pertumbuhan 


Kesuburan Penduduk (Juta) 

1990 3.6 17.6 


2000 3.5 22.3 
2010 3.3 27.7 
2020 3.1 33.6 
2030 2.9 39.8 
2040 2.7 46.0 
2050 2.5 51.9 
2060 2.3 57.5 
2070 2.05 62.1 
2080 2.05 65.8 
2090 2.05 68.7 
2100 2.05 70.8 

Dari segi penyelarasan perlaksanaan Dasar ini pula, pada


keseluruhannya faktor-faktor kependudukan mengikut matlamat
Dasar ini telah dapat diambilkira dan diintegrasikan di peringkat
perancangan sektor-sektor pembangunan. Ini dihasilkan menerusi
kerjasama yang rapi dengan agensi-agensi Kerajaan yang
berkaitan. 

Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah


menyatukan strategi-strategi dan objektif-objektifnya dengan
Dasar Kependudukan Negara dalam merancang dan
melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatannya. Bagi tempoh
1984-1989, Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan
kesihatan untuk penduduk negara yang telah bertambah. 

Pencapaian ini dapat ditinjau melalui kadar kematian kasar yang


telah menurun daripada 12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun
1957 kepada 4.6 dalam tahun 1989. Kadar kematian bayi pula
telah menurun daripada 75.5 setiap 1,000 kelahiran kepada 13.2
dalam tempoh yang sama. Sementara kadar kematian ibu
bersalin mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap kelahiran
dalam tahun 1988, berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970.
Akibat daripada penurunan kadar kematian ini, jangka hayat
penduduk negara telah meningkat daripada 55.8 tahun (1957)
kepada 68.8 tahun (1989) bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3
bagi wanita. 

Bagi sektor pendidikan pula, faktor-faktor kependudukan telah


digunakan sejak tahun 1984 bagi menganggarkan bilangan
murid-murid yang akan memasuki Darjah 1, bilangan bilik darjah
dan guru, bilangan yang akan menamatkan persekolahan dan
menyertai pasaran buruh serta taburan keciciran mengikut jantina
dan umur. Selain daripada itu, aspek-aspek kependudukan juga
telah diperkenalkan di dalam kurikulum-kurikulum persekolahan
menerusi mata-mata pelajaran seperti Alam dan Manusia,
Kemahiran Hidup, Ilmu Alam dan Statistiks. 

Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang-bidang


kependudukan dan kekeluargaan, LPPKN juga telah menghasilkan
beberapa usaha kajian dan penyelidikan. Penemuan-penemuan
kajian ini menyediakan sumber rujukan dan input yang penting
kepada perancangan, pengawasan dan penilaian pencapaian
perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara. 

Di bawah program Pembangunan Keluarga pula, pencapaian yang


diperolehi sehingga kini adalah pada keseluruhannya
memuaskan. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan
termasuklah perkhidmatan perancang keluarga yang bertujuan
untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan
keluarga melalui amalan penjarakan kelahiran yang lebih baik.
Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), seramai
380,621 penerima baru perancang keluarga telah didaftarkan. Ini
merupakan penambahan sebanyak 19.3% berbanding dengan
pencapaian di bawah Rancangan Malaysia Keempat (1991-1995). 

Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah


dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan
perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian
mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek
kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi
merumus satu program kebangsaan perkhidmatan perancang
keluarga untuk digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan. 

Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentigan


peranan institusi keluarga, LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-
aktiviti pendidikan dan kaunseling keluarga yang merangkumi
perkara-perkara seperti perkahwinan, penjagaan anak dan
keibubapaan. Pada awal bulan Mac, 1990, Lembaga ini dengan
kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat telah melancarkan
Kempen Keluarga Bahagia di peringkat seluruh negara. Kemuncak
kempen ini yang telah mendapat sambutan baik di kalangan
orang ramai ialah pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan pada 11
November, 1990. Perayaan ini yang akan diadakan setiap tahun
pada tarikh berkenaan merupakan satu pengiktirafan rasmi oleh
pihak Kerajaan mengenai pentingnya institusi keluarga di dalam
proses pembangunan negara. Pelancaran Hari Keluarga
Kebangsaan juga meletakkan Malaysia di antara negara yang
pertama yang menetapkan satu hari yang khusus untuk
merayakan institusi keluarga. 

Pihak LPPKN kini sedang berusaha untuk memantapkan lagi


perlaksanaan program Pembangunan Keluarga di masa-masa
akan datang. Dalam hubungan ini keutamaan ditumpukan kepada
usaha menyelaraskan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang
dijalankan oleh pelbagai agensi ke arah pencapaian matlamat
pengekalan dan pengukuhan institusi keluarga sebagai unit asas
masyarakat. 

You might also like