You are on page 1of 12

GRADUATE SUCCESS ATTRIBUTES

CASE STUDY ON SUSTAINABLE DEVOLPMENT GOALS (SDGs) ISSUES

GOAL 15 : LIFE ON LAND

TAJUK : KEJADIAN TANAH RUNTUH


ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF

2.1 Punca-punca berlakunya tanah runtuh

- Aktiviti pembalakan hutan yang tidak terkawal


- Hujan

2.2 Implikasi berlakunya tanah runtuh

- Banjir lumpur
- Kemusnahan hutan di kawasan tanah tinggi

2.3 Langkah-langkah untuk mengatasi kejadian tanah runtuh

- Menanam semula pokok-pokok di cerun bukit


- Pembinaan sistem perparitan yang terancang
- Sungkupan plastik pada permukaan cerun

3.0 KESIMPULAN

4.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Tanah runtuh merupakan fenomena alam yang berkaitan dengan


kegelongsoran, geluncuran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Tanah
runtuh juga dikenali sebagai fenomena semulajadi yang membawa kepada
pergerakan sesuatu bahan dari kedudukan yang tidak stabil kepada kedudukan
yang lebih stabil. Runtuhan tanah berkait dengan debris, pergerakan batu dan
kelompok tanah yang menuruni cerun (Cruden, 1991). Tanah runtuh sering
menjadi ancaman kepada kesejahteraan hidup manusia, harta benda serta
aktivitinya. Bencana ini juga akan menyebabkan berlakunya kemusnahan alam
yang boleh merosakkan harta benda awam yang akan melibatkan kos pembaikan
infrastruktur yang tinggi. Selain itu, tanah runtuh juga melibatkan sebahagian
besar pergerakan tanah seperti gelongsor salji, kegagalan cerun, batu jatuh, aliran
lumpur dan sebagainya.

Fenomena ini terjadi akibat daripada tarikan graviti yang kurang dan
menyebabkan beberapa proses geomorfologi gagal berfungsi dengan baik.
Menurut Bujang et al.(2008), kekerapan hujan dan suhu yang tinggi menyebabkan
proses luluhawa sehingga dapat menembusi 100m ke dalam tanah. Hal ini akan
menghasilkan kejadian tanah runtuh berskala besar. Antara kawasan yang mudah
untuk mengalami masalah tanah runtuh adalah kawasan lereng bukit, kawasan
projek perumahan dan kawasan yang berhampiran dengan aliran air seperti
sungai. Terdapat tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti punca-punca berlakunya
tanah runtuh, mengkaji implikasi berlakunya tanah runtuh dan yang ketiga ialah
menghuraikan langkah-langkah untuk mengatasi kejadian tanah runtuh.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Punca-punca berlakunya tanah runtuh

Aktiviti pembalakan hutan yang tidak terkawal

Objektif pertama bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca


berlakunya tanah runtuh di sesebuah negara. Antaranya ialah aktiviti pembalakan
hutan yang tidak terkawal. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana bagi
sesebuah negara yang pesat, penerokaan dan penebangan hutan merupakan
aktiviti yang sentiasa dijalankan untuk membina bangunan, kawasan pertanian,
perumahan dan sebagainya. Kebiasaannya, kawasan hutan adalah menjadi lokasi
tumpuan untuk pembinaan bangunan seperti bangunan dan kedai ekoran
daripada penambahan bilangan penduduk yang semakin meningkat serta lahirnya
usahawan-usahawan kecil dalam sesebuah negara pada setiap tahun (Abdullah,
S.,1970). Oleh sebab itu, penebangan hutan yang berleluasa akan menyebabkan
hutan tidak dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan serta penebangan
pokok juga menyebabkan cengkaman pada akar tumbuhan terhadap tanah akan
berkurangan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh
terutamanya semasa musim tengkujuh.

Hujan

Selain itu, hujan merupakan faktor yang mendorong berlakunya tanah


runtuh. Dalam konteks ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang bertapak di
garisan khatulistiwa yang mengalami iklim khatulistiwa iaitu mempunyai suhu
yang seragam, bercuaca panas, menerima hujan yang banyak dan lembap
sepanjang tahun. Cuaca ini menyebabkan Malaysia menerima hujan pada kadar
2600 mm setahun. Hal ini menyebabkan aras kandungan air dalam tanah menjadi
tinggi sekaligus mengubah struktur tanah menjadi longgar kerana banyak aliran
air yang wujud dalam tanah. Oleh hal yang demikian, tanah menjadi tepu dan
tidak stabil serta berlaku pergerakan tanah di kawasan yang mengandungi
takungan air yang banyak. Contohnya, pada 30 Oktober 1995 berlaku tanah
runtuh di Jalan Tapah-Cameron Highlands selepas hujan lebat (Amarudin, O. S. K. ,
2019). Selain itu juga, tanah runtuh turut berlaku di 32 km Jalan Pahang menuju
ke kawasan peranginan Cameron Highlands berikutan hujan lebat menyebabkan
jalan di antara Tapah dan kawasan peranginan itu terputus pada 17 Oktober 1993
yang lalu (Issahak, O. M. A. 2019).

Rajah 1 menunjukkan kejadian yang berlaku Jalan Tapah-Cameron Highlands


selepas hujan lebat

2.2 Implikasi berlakunya tanah runtuh

Banjir lumpur

Objektif yang kedua pula adalah untuk mengkaji implikasi berlakunya tanah
runtuh. Antara kesannya adalah berlaku banjir lumpur. Banjir lumpur merupakan
banjir air yang mengandungi banyak lumpur akibat daripada hakisan tanah runtuh
yang berlaku. Hakisan tanah yang berterusan menyebabkan tanah lembut di
bahagian cerun mudah dihanyut air. Antara kawasan yang mudah untuk
berlumpur ketika hujan adalah kawasan pertanian, kawasan lereng bukit dan lain-
lain. Kejadian banjir lumpur juga akan mengakibatkan berlakunya banjir kilat.Hal
ini tercetus apabila tidak terdapat tumbuh-tumbuhan yang menyerap air
menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah dan sistem aliran
tersumbat. Kesannya, banjir lumpur ini boleh mengancam nyawa manusia serta
kemusnahan harta benda. Misalnya, pada 29 Ogos 1996 banjir lumpur berlaku di
perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Perak yang menyebabkan 38 orang
terkorban (Default, S.,2016). Banjir lumpur juga akan merosakkan tanam-tanaman
di ladang serta menimbulkan kotoran di kawasan yang mengalami banjir lumpur.

Kemusnahan hutan di kawasan tanah tinggi

Seterusnya, kemusnahan hutan di kawasan tanah tinggi merupakan kesan


daripada berlakunya tanah runtuh. Perubahan ekologi berlaku disebabkan
berlakunya pemusnahan hutan di kawasan tanah tinggi. Hutan tanah tinggi adalah
kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari paras laut jika
mengikut ekologinya. Dari segi fizikal, hutan tanah tinggi merupakan kawasan
hutan yang meliputi banjaran-banjaran. Apabila berlakunya kemusnahan hutan
tanah tinggi, kos pembaikan infrastruktur juga akan meningkat. Hal ini turut
mengambil masa yang agak lama untuk menjalankan penyelenggaraan serta
pembaikian di kawasan tersebut. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan
berjuta-juta ringgit untuk membina semula kemudahan kepada rakyat.
Pembaikan ini akan menganggu kehidupan masyarakat yang tinggal berhampiran
di kawasan tersebut. Sementara itu, peluang pekerjaan terhadap masyarakat juga
terjejas. Hal ini berlaku ekoran daripada kekurangan kayu-kayu balak di hutan
menyebabkan aktiviti ekonomi daripada sektor sekunder tidak dapat dijalankan
untuk menghasilkan kertas, kerusi, perabot dan lain-lain. Dengan ini, masyarakat
tidak dapat lagi menikmati barangan tersebut seperti sebelum ini. Dalam pada
itu, kemusnahan habitat flora dan fauna turut berlaku disebabkan kemusnahan
hutan tanah tinggi. Kawasan tadahan air hujan turut musnah lalu wujudlah
pencemaran dan kualiti air bersih turut terjejas.
2.3 Langkah-langkah untuk mengatasi kejadian tanah runtuh

Menanam semula pokok-pokok di cerun bukit

Objektif yang ketiga ialah menghuraikan langkah-langkah untuk mengatasi


kejadian tanah runtuh. Antara langkahnya ialah menanam semula pokok-pokok di
cerun bukit terutamanya di kawasan-kawasan pembinaan. Hal ini dilakukan
adalah untuk menjaga cerun-cerun bukit dan kawasan yang dibangunkan
daripada terdedah kepada tragedi tanah runtuh. Hal ini turut dijalankan adalah
untuk menyelamatkan kawasan yang dibangunkan daripada terdedah kepada
hujan lebat. Dengan itu, cara ini dapat menyekat pergerakan tanah daripada
dibawa oleh aliran air bawah tanah yang akan menggelongsorkan tanah yang
tidak stabil. Sebagai contoh, pada 11 oktober 2019 baru-baru ini, berlakunya
kejadian tanah runtuh di sebuah pangsapuri di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri
Penchala, Kuala Lumpur yang mana melibatkan seramai 65 penduduk terpaksa
dipindahkan selepas kediaman mereka terjejas akibat tanah runtuh pada malam
tersebut (Kamarudin, O. F.,2019).

Dalam pada itu, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kondominium


Highland Tower dan Bukit Antarabangsa akibat tidak mempedulikan cerun yang
lemah berhampiran dengan kediaman yang kini masih lagi menjadi igauan rakyat
yang tinggal di sana. Oleh sebab itu, aktiviti penanaman semula pokok-pokok
dikawasan cerun bukit amatlah digalakkan. Dengan berbuat demikian, kediaman-
kediaman yang dibangunkan di kawasan lereng bukit dapat diselamatkan
daripada berlakunya tanah runtuh.
Rajah 2 dan Rajah 3 menunjukkan kejadian tanah runtuh di sebuah pangsapuri di
Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala, Kuala Lumpur

Pembinaan sistem perparitan yang terancang

Seterusnya, pembinaan sistem perparitan yang terancang juga salah satu


cara untuk menangani bencana tanah runtuh. Sistem perparitan memainkan
peranan yang sangat penting dalam menghalang tindakan air daripada
mengurangkan kekuatan dan ketahanan struktur tanah. Hal ini juga dikatakan
demikian asas utama dalam sistem perparitan adalah mengalirkan aliran air
menuju ke kawasan yang lebih selamat. Sistem perparitan yang terancang dapat
melancarkan pergerakan air hujan dari cerun bukit agar mengalir dengan baik
terus ke longkang, sungai dan laut. Justeru itu, sistem perparitan yang dibina juga
dapat berfungsi benteng pertahanan yang kukuh di bahagian lereng bukit. Pada
waktu yang sama, sistem perparitan yang terancang juga dapat memadatkan
struktur tanah menjadi tepu dan sifat fizikal tanah menjadi lebih stabil di lereng
bukit.

Menurut ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, kebanyakannya masalah


banjir kilat berlaku berpunca daripada kegagalan menyelenggara sistem
perparitan dengan baik di kawasan pembangunan yang dibina. Malah katanya
lagi, setiap kawasan yang hendak dimajukan, perlu mengambil kira aspek-aspek
yang sewajarnya untuk memastikan ia tidak mendatangkan kemudaratan dan
kesusahan kepada penduduk setempat. Peristiwa yang berlaku di Pos Dipang,
Perak yang mengorbankan begitu banyak nyawa akibat banjir lumpur (Default,
S.,2016). Kawasan tanah tinggi yang dibangunkan pembangunan sangat berisiko
untuk terdedah kepada kejadian tanah runtuh dan aliran lumpur. Walau
bagaimanapun, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan untuk Program
Perparitan Bandar (PPB) bagi meningkat dan menaik taraf sistem perparitan di
kawasan yang terlibat menurut Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr
Pengguang Manggil (Ngah, O. H.2016). Oleh itu. jelaslah pembinaan sistem
perparitan yang terancang dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Sungkupan plastik pada permukaan cerun

Di samping itu, sungkupan plastik pada permukaan cerun adalah langkah


untuk mengatasi tanah runtuh. Kaedah ini sesuai digunakan di kawasan cerun
yang baru dibina dan dibuat daripada sisa-sisa tanaman atau sungkupan plastik.
Sungkupan adalah bahan daripada tumbuhan atau bahan lain yang digunakan
untuk menutupi permukaan tanah atau cerun. Antara bahan yang sentiasa
digunakan untuk dijadikan sebagai sungkupan adalah bahan daripada tumbuhan
seperti sawit, sabut kelapa dan plastik atau dipanggil “silvershine”. Menurut Ruth
Stout yang merupakan seorang pakar sungkupan telah berkongsi rahsianya
melalui karya-karyanya. Beliau sentiasa mengatakan sungkupan dapat
mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan hal ini dapat dilihat melalui
karyanya iaitu ‘The Ruth Stout No-Work Gardening‘ dan ‘Gardening Without
Work: For the Aging, the Busy, and the Indolent‘. Walau bagaimanapun, kaedah
ini merupakan kaedah yang bersifat sementara. Sungkupan plastik ini berfungsi
untuk menghalang air hujan dari terus menimpa permukaan tanah. Selain itu,
kaedah ini juga dappat mengurangkan berlakunya hakisan di kawasan cerun
tersebut. Dalam hal ini, penyemenan cerun juga dapat mengelakkan daripada
kejadian tanah runtuh (Anem, M. (1970) . Hal ini dikatakan sedemikian apabila
cerun disaluti oleh simen, simen tersebut berfugsi sebagai pengikat antara
permukaan cerun blok-blok konkrit. Dengan ini, permukaan cerun yang dilitupi
lapisan simen menyebabkan aliran air hanya bergerak di atas lapisan yang disimen
menuruni cerun. Kesannya, aliran air tidak akan terkena pada tanah dan dapat
mengelakkan daripada berlakunya parit tersumbat dan sebagainya (Anem, M.
(1970).
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh akan mencemarkan imej sesebuah


negara. Semua pihak terutamanya, pihak pemaju perumahan dinasihatkan agar
tidak membangunkan projek mereka di kawasan yang berisiko tinggi seperti
kawasan berbukit. Ketiadaan kerjasama atau ketidakprihatinan pihak-pihak
tertentulah yang menyebabkan perkara ini sukar untuk dikekang oleh kerajaan
kita. Selain itu, kawasan hutan merupakan khazanah negara yang tidak ternilai.
Tambahan pula, Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan sumber
hasil tanah. Jika tanah diterokai oleh pihak yang tidak berperikemanusian,
berkemungkinan besar tanah tersebut akan musnah kerana sumber sudah
dieksploitasi. Oleh hal demikian, pihak berkuasa harus lebih tegas dalam
membanteras aktiviti – aktiviti yang akan mengakibatnya berlakunya bencana
alam.

Pada pandangan saya, rakyat Malaysia perlulah diberikan pendedahan awal


tentang keburukan dan kesan jika berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh
ini. Pendedahan awal ini harus dimulakan daripada pendidikan supaya para
pelajar dapat menerapkan nilai murni “cintakan alam sekitar” daripada kecil.
Antara matapelajaran yang boleh diwajibkan di sekolah rendah adalah
matapelajaran geografi. Hal ini kerana matapelajaran ini banyak mengajar tentang
geomorfologi bumi dan sebagainya.
Rujukan

Abdullah, S. (1970, January 1). Faktor - Faktor Yang Menyebabkan Kejadian Tanah
Runtuh. Retrieved from http://saharuddin-
abdullah.blogspot.com/2013/10/faktor-faktor-yang-menyebabkan-
kejadian.html.

Amarudin, O. S. K. (2019, October 19). Tanah runtuh di laluan Simpang Pulai-


Cameron Highlands. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/619282/tanah-runtuh-
di-laluan-simpang-pulai-cameron-highlands.

Anem, M. (1970, January 1). SUNGKUPAN. Retrieved from


http://animhosnan.blogspot.com/2010/08/sungkupan.html

Bujang BK Huat, Faisal Hj. Ali, David H Baker, Harwant Singh, Husaini Omar (2008)
Landslide in Malaysia: Occurrences, assessment, analyses and remediation.
Universiti Putra Malaysia, Serdang

Cikgu Zulkarnain Farihin @ Philip Seli "bahasaku Global Bangsaku Glokal". (n.d.).
KARANGAN STPM: TANAH RUNTUH. Retrieved from
https://farihinzul1974.blogspot.com/2010/09/tanah-runtuh.html.

Cruden DM (1991) A simple definition of a landslide. Bulletin of International


Association of Engineering Geology 43, 27-29.

Default, S. (2016, September 12). Banjir Lumpur : Pengertian, Proses, Penyebab


dan Dampaknya. Retrieved from https://ilmugeografi.com/bencana-
alam/banjir-lumpur.

Issahak, O. M. A. (2019, May 25). 2 kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands.


Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/567862/2-kejadian-
tanah-runtuh-di-cameron-highlands.Hortikultur, G. B. S., Hortikultur, G. B.
S., Ferd, Irwan, Mohamed, A. B. S., Saya, … kena, T. dah. (2019, May 29).
Apa Itu Sungkupan dan Kebaikan di Kebun. Retrieved from
https://kebunbandar.com/sungkup-mulch-kebun/.

Jinudin, H. (1970, January 1). Cikgu Harliza. Retrieved from


http://cikguharlizabm.blogspot.com/2013/10/cara-caramengatasi-
kejadian-tanah.html.

Kamarudin, O. F. (2019, October 11). 65 penduduk terpaksa pindah akibat tanah


runtuh. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/616283/65-penduduk-
terpaksa-pindah-akibat-tanah-runtuh.

Kes. (n.d.). Retrieved from


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/616283/65-penduduk
terpaksa-pindah-akibat- tanah-runtuh.

Kesan-kesan penerokaan hutan tidak terkawal kepada manusia sejagat? (n.d.).


Retrieved from http://ohkarangan.blogspot.com/2018/11/kesan-kesan-
penerokaan-hutan-tidak.html.

Ms, M. (2014, July 12). Langkah - langkah Mengawal Hakisan. Retrieved from
https://prezi.com/mf6exsjnxt9e/langkah-langkah-mengawal-hakisan/.

Ngah, O. H. (2016, May 14). Sistem perparitan, saliran punca banjir kilat - Lam
Thye. Retrieved from https://www.bharian.com.my/node/153480.

Rodzli Hashim dan Keng Ku Seng. 2014 Geografi Teks STPM Penggal 1. Edisi 3.
Shah Alam Oxford Fajar

Rosnah Haji Salleh. Baizura Abd Ghani. Chek Zainon Shafie. Azman Abdullah. Dan
Kuswandi Tayan 2012. Teks STPM Geografi Penggal 1. Edisi 3. Bandar Baru
Bangi, Selangor, Darul Ehsan

Tanah runtuh. (2018, March 3). Retrieved from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_runtuh.

You might also like