You are on page 1of 10

Universiti Kebangsaan Malaysia

LMCR3133

FALSAFAH ALAM SEKITAR

TAJUK PROJEK :

Persepsi Penduduk Kg Buyou Tanah Datar, Seri Menanti terhadap


Kegagalan Cerun di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

BIL NAMA NO MATRIK


1 NUR FARAHAIN BINTI YUSRI A 150363
2 NUR AMRINA BINTI AHMAD KHUSAIRI A 150017
3 NORALIZA BINTI HAJI SHA'ARI A 148783
4 NOR ANIS SAHIRA BT MAH HASSAN A 150129
5 NUR ATHIRAH BINTI ISMAIL A 150619
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kegagalan cerun merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam
kejuruteraan awam terutamanya apabila terdapat pembinaan di sepanjang cerun, tidak
kira di kawasan jalan raya, perumahan dan perlombongan. Menurut Syers J.K. &
Rimmer D.L. (1994), kegagalan cerun atau lebih tepatnya dikenali sebagai tanah
runtuh merupakan satu kejadian geologi yang melibatkan sebahagian besar
pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari kedua-duanya. Kebanyakkan
runtuhan tanah bermula di lereng-lereng cerun dan seringkali dicetus oleh air larian
permukaan.

Negara kita dikejutkan dengan peristiwa tanah runtuh yang berlaku pada 6
Disember 2008 di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor yang telah meranapkan 20
buah rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang penduduk dan lebih
daripada 2000 orang pula terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat. Kekuatan
cerun yang tidak mampu mengawal dan menyokong kekuatan tapak bagi perumahan
tersebut akibat hujan yang berterusan telah menyebabkan kawasan menjadi tidak
stabil dan aliran air berlebihan ini telah menyusup ke bawah permukaan dan
menyebabkan bahan bumi di bawah permukaan menjadi semakin lemah sehingga
menyebabkan fenomena kegagalan cerun mudah berlaku.

Analisis kestabilan cerun amat penting dalam mereka bentuk cerun-cerun


dalam projek pembinaan lebuhraya, terowong, landasan kereta api dan perlombongan.
Oleh itu, bagi mengelakkan terjadinya kegagalan cerun, kestabilan cerun amat
dominan bagi menjamin keselamatan struktur yang dibina di kawasan sisi dan di
lereng-lereng bukit sekali gus memastikan keselamatan nyawa orang ramai terjamin
dan selamat.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah membuat kajian mengenai kegagalan


cerun di kawasan Bukit Putus, Kuala Pilah Negeri Sembilan yang didapati bahawa
pembaikan cerun yang telah dibuat di kawasan tersebut belum mencapai tahap
keselamatan yang selamat. Oleh itu, setiap kelemahan perlu diperbaiki supaya cerun
di kawasan kajian mempunyai faktor keselamatan yang tinggi seterusnya memastikan
kejadian kegagalan cerun tidak akan berlaku di kawasan tersebut.
1.2 Permasalahan Kajian

Kegagalan cerun bukit merupakan satu masalah yang perlu diatasi demi
kepentingan keselamatan masyarakat sekeliling. Isu ini merupakan perkara yang tidak
boleh dipandang enteng kerana kegagalan cerun bukit boleh meragut nyawa dan
merosakkan harta benda jika dalam kuantiti yang besar.

Menurut kajian Shazarina binti Hashim dalam tesisnya Kajian Hakisan Tanah
Dan Keberkesanan Perangkap Sedimen Di Tapak Pembinaan menyatakan hakisan
tanah perlu dikawal dari peringkat tanah lagi. Sistem ESCP (Erosion and Sendiment
Control Plan) telah diperkenalkan dan dipraktikan dalam projek pembinaan. Sistem
ini bermotif mengawal kuantiti dan kualiti sendiment serta sisa yang memasuki sungai
dan sistem saliran yang sedia ada. Walau bagaimanapun, hakisan tanah masih lagi
berlaku. Hal ini kerana bentuk perangkap yang tidak sesuai dan tidak menepati
kriteria yang ditetapkan disamping tiada kerja penyelenggaraan yang dilakukan
terhadap perangkap tersebut.

Menurut Augustus Towonsing (2009) dalam kajiannya Jenis-jenis hakisan


tanah, kaedah dan kesan terhadap ekonomi Negara terdapat pelbagai jenis hakisan
tanah dan juga kaedah hakisan terjadi. Kegiatan manusia paling banyak membawa
kesan dan juga mempercepatkan proses hakisan tanah sekaligus hakisan tanah ini
membawa kepada kerugian ekonomi negara.

Oleh itu, kegagalan cerun bukit ini membawa kepada kesan negatif iaitu
hakisan tanah atau tanah runtuh. Hal yang demikian akan menyebabkan keselamatan
penduduk sekeliling terancam. Seterusnya, kesan negatif kegagalan cerun bukit ini
juga boleh meragut nyawa penduduk sekitar atau pengguna jalan raya. Hal ini
disebabkan pelbagai faktor antaranya adalah struktur tanah yang tidak stabil. Oleh itu,
pihak yang bertanggungjawab perlulah mengembleng tenaga untuk mengurangkan
kegagalan cerun bukit.
1.3 Objektif Kajian

Kajian ini penting untuk mengkaji kegagalan cerun bukit di Bukit Putus, Kuala Pilah ,
Negeri Sembilan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a) Mengkaji persepsi penduduk Kg Buyou Tanah Datar Seri Menanti jalan raya
tentang kegagalan cerun bukit di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan;
b) Mengenalpasti persepsi penduduk Kg Buyou Tanah Datar Seri Menanti
tentang kesan-kesan kegagalan cerun bukit di Bukit Putus, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan;
c) Mengkaji persepsi penduduk Kg Buyou Tanah Datar Seri Menanti terhadap
langkah-langkah untuk mengurangkan kegagalan cerun bukit di Bukit Putus,
Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Kampung Buyou Tanah Datar Seri Menanti,
Negeri Sembilan sahaja. Responden kajian ini melibatkan 50 penduduk daripada 420
orang penduduk Kampung Buyou Tanah Datar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Kajian ini dibataskan kepada pengumpulan data tentang hakisan tanah
dengan menekankan mengenai faktor, kesan dan langkah mengurangkan kegagalan
cerun bukit di Kampung Buyou Tanah Datar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Terdapat beberapa kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji iaitu
kaedah kutipan data secara kualitatif. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah
tinjau soal selidik. Analisis data pula pengkaji menggunakan skala Likert 4 mata.
2.0 KAJIAN LITERATUR

Bab ini membincangkan literatur berkaitan dengan faktor-faktor kegagalan cerun, dan
langkah-langkah mengurangkan kegagalan cerun.

2.1 Faktor-faktor Kegagalan Cerun

Menurut Marhana Abdul Latif (2006) dalam tesisnya "Penentuan Kestabilan


Cerun Disebabkan Oleh Peyusupan Hujan", faktor-faktor yang menjadi punca
berlakunya ketidakstabilan cerun adalah seperti:

1) Tindakan air
Suatu cerun itu boleh gagal kerana tindakan air samada yang mengalir sebagai air
larian permukaan ataupun yang bertindak sebagai air liang. Air boleh mendatangkan
pelbagai kesan negatif terhadap cerun yang dibina ataupun yang secara semulajadi.

a) Kesan resapan dan air larian


Anggaran resapan dan air larian amat penting dalam reka bentuk saiz
dan sistem saliran untuk cerun. Pendekatan yang munasabah ialah dengan
menyediakan sistem saliran yang sistematik.

b) Perubahan Paras Air Bumi


Perubahan paras air bumi secara mendadak pada cerun turut dikesan
sebagai punca berlakunya kegagalan cerun. Peningkatan paras air bumi pada
cerun mampu meningkatkan tekanan air liang dan mengurangkan tegasan
berkesan pada cerun tanah yang tepu dengan air. Ini boleh menyebabkan
kejadian tanah runtuh. Peningkatan paras air bumi juga boleh meningkatkan
kesan pergerakan tanah. Pada tanah, penyusupan dan tekanan air liang negatif
memberi pengaruh yang besar terhadap ketidakstabilan cerun tanah. Ini adalah
kerana kesan penyusupan akan meningkatkan kandungan lembapan tanah dan
mengurangkan darjah tekanan air liang negatif dan seterusnya akan
mengurangkan kekuatan ricih tanah.
2) Hakisan
Hakisan merupakan agen pencetus pada gelinciran aliran besar pada tanah
yang sensitif. Hujan lebat akan menyebabkan berlaku hakisan yang teruk terutama
pada tanah lembut yang sensitif kepada gangguan.
Hakisan cerun oleh sungai atau agen semulajadi biasanya berlaku di kaki
cerun tetapi boleh juga berlaku disepanjang lapisan yang lebih lemah atau satah yang
boleh menyebabkan terjadinya pemotongan bawah cerun.

3) Profil Tanah
Profil tanah memainkan peranan penting dalam kestabilan cerun terutama
pada profil pemendapan. Permukaan satah ricih yang lemah akan berlaku sekiranya
terdapat ketidaksinambungan dalam profil tanah terutamanya di antara tanah lembut
pada bawah cerun.

4) Luluhawa dan Penurunan Tanah


Pengurangan kekuatan batu dan tanah boleh berlaku melalui proses luluhawa
dan tindakan kimia yang lain. Proses yang berlaku ini menyebabkan ketidaksepaduan
butiran batuan seperti granit dan pasir dan seterusnya melemahkan ikatan serta
kekuatan tanah.Proses luluhawa kimia adalah sangat aktif dalam cuaca panas seperti
di Malaysia. Proses ini mengubah sifat batuan menjadi tanah dan proses yang
berterusan akan mengurangkan kekuatan ricih tanah dan mengakibatkan runtuhan.
5) Kehadiran Rekahan Tanah
Kehadiran rekahan tanah di cerun akan mengurangkan kestabilan cerun dan
sekaligus meningkatkan keupayaan cerun untuk gagal. Pertamanya, panjang
permukaan gelincir di mana kekuatan ricih akan dikurangkan dan keduanya, apabila
rekahan mengandungi air akan menyebabkan daya gangguan tambahan yang
bergantung kepada tekanan hidrostatik.

2.2 Langkah-langkah Mengurangkan Kegagalan Cerun.

Menurut kajian Fahrul Rohman(2009) dalam tesisnya "Penilaian Kestabilan Cerun 1


Bersebelahan Kompleks Majlis Peperiksaan Malaysia , Selayang Selangor", cara pengawalan
hakisan dikawasan cerun bukit adalah dengan membina struktur pemuliharaan tanah.
Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal kegagalan cerun dengan berkesan.
Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat.

Kebanyakan struktur dibina dengan menggali parit dan laluan air bagi menyalir air
hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput agar dapat
menyerap air larian permukaan masuk ke tanah.
Perangkap kelodak (silt/pits) juga dibina bagi menghalang kelodak dari bercampur dengan air
kerana pergerakan kelodak bersama air akan meningkatkan lagi hakisan cerun bukit.

Disamping itu , pembinaan teres-teres juga mampu untuk menyekat larian air
permukaan yang banyak dari atas cerun . Sistem peparitan juga dibina untuk aliran alir
bergerak menuruni cerun-cerun tersebut. Pembinaan struktur penstabil seperti gabion atau
tembok konkrit juga penting sebagai penguat kaki cerun dan sekaligus mengekalkan
kestabilan cerun tersebut.

Amalan agronomi dengan menanam tumbuh-tumbuhan pelindung terhadap


permukaan cerun yang sudah digondolkan manusia penting untuk mengawal hakisan tanah.
Tumbuhan ini hendaklah bersifat kekal dan mampu menahan hakisan dengan cekap seperti
penanaman pokok buluh dan rumput. Perlaksanaan kaedah tanaman berteres atau berkontur
di cerun-cerun bukit dapat memperlahankan air larian permukaan. Penanaman tanaman tutup
bumi dapat diaplikasikan walaupun kaedah ini merupakan kaedah sementara kerana kaedah
ini adalah untuk memulihara tanih disamping mengawal hakisan. Tanaman seperti kekacang
mampu mencegah hakisan walaupun tidak sekuat tumbuhan rumput dan buluh.

Melalui kajian literatur ini, pengkaji dapat mengisi jurang dengan membincangkan
kesan-kesan kegagalan cerun agar dapat menjawab objektif kajian yang kedua iaitu,
mengenalpasti perspektif pengguna jalan raya tentang kesan-kesan kegagalan cerun bukit di
Bukit Putus, Negeri Sembilan.
3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merujuk kepada kaedah pengumpulan data yang paling sesuai
untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan lebih efektif, metodologi yang
dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah
penganalisisan data. Menurut Mohd Najib (1999), kegagalan menggunakan kaedah
pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan
boleh menyebabkan beban maklumat.

3.1 Kaedah kutipan data

Kajian ini telah menggunakan satu instrumen kajian dalam pengumpulan data
yang lebih terperinci dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu tinjau soal selidik.

3.1.1 Tinjau Soal Selidik

Fink (1995) mendefinisikan tinjau soal selidik sebagai cara


menghasilkan maklumat untuk menghurai, membanding dan meramal sikap,
pendapat ,nilai dan perilaku berdasarkan apa yang terkandung dalam rekod
responden dan kegiatan mereka.

Kaedah ini dipilih kerana mudah dijalankan jika melibatkan sampel


kajian yang besar dan perolehan maklumat-maklumat daripada borang soal
selidik kemudiaanya dapat digeneralisasikan untuk mewakili satu fenomena
dalam satu kelompok yang lebih besar.

Arydan Jacobs (1990) pula berpendapat bahawa kebaikan


menggunakan soal selidik adalah melibatkan responden yang ramai, lebih luas
dan menyeluruh. Johnson (1994) juga telah menyenaraikan tiga kekuatan
kaedah ini .Pertama, dapat melibatkan responden yang ramai. Kedua,
membolehkan pengkaji membuat kajian hubungan dan perbandingan dengan
hasil kajian kepada populasi yang lebih besar dan ketiga, dapat menghasilkan
fakta dan maklumat yang boleh di cross-tabulate dalam pelbagai kaedah
statistik bagi mempelbagaikan dapatan sesuatu kajian.
3.2 Analisis Data

Penyelidik menganalisis data yang diperoleh hasil daripada kutipan data


melalui instrumen kajian yang telah dijalankan demi menjayakan hasil kajian yang
lebih proaktif.

3.2.1 Analisa Soal Selidik

Dalam kajian ini ,penyelidik menggunakan soal selidik sebagai


instrumen kajian utama yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif
kajian .

Pengkaji telah mengedarkan satu set borang soal selidik kepada


responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Bayou Tanah Datar, Seri
Menanti untuk memperoleh data mengenai persepsi penduduk terhadap
kegagalan cerun yang berlaku di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala


Likert 4 mata sebagai pengukuran bagi membolehkan data ini dianalisis
menggunakan statistik paramatik. Skala Likert 4 mata ini terbahagi kepada 4
pilihan iaitu :

1= sangat setuju (strongly agree)

2=setuju (agree)

3=tidak setuju (disagree)

4= sangat tidak setuju (strongly disagree)


Soal selidik yang disediakan terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

Bahagian A : Persepsi responden terhadap pembinaan cerun bukit

Bahagian B : Kesan pembinaan cerun bukit cerun bukit terhadap

responden

i) ekonomi
ii) perkhidamatan
iii) persekitaran
iv) sosial budaya

Bahagian C : Cadangan dan pandangan rasional responden


terhadap kajian yang dijalankan.

Bahagian D : Demografi Responden


i) jantina, etnik, umur, agama dan pekerjaan

You might also like