You are on page 1of 77

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pendahuluan

Dalam mana-mana peringkat pembinaan struktur tanah akan diganggu dan


menyebabkan kadar hakisan akan meningkat daripada dua hingga 40,000 kali ganda
berbanding dengan kadar yang sebelumnya. Proses ini akan menyebabkan berjuta-juta
ton tanah yang terhakis masuk ke dalam sistem-sistem sungai, tasik dan takungantakungan yang sedia ada. Partikel-partikel tanah yang terhakis yang mengandungi
bahan-bahan tak organik akan memberi kesan secara langsung ke atas kualiti alam
sekitar dan hidupan akuatik.

Oleh itu satu penilaian hakisan yang merupakan salah satu komponen dalam satu
kajian yang perlu dilakukan di dalam Penilaian Kesan ke Atas Alam Sekitar ( EIA )
yang mana ianya perlu dinilai daripada pelbagai sudut termasuklah meramalkan kadar
hakisan yang akan berlaku di dalam pembangunan tanah yang dirancangkan serta
mengenalpasti kesan-kesan yang boleh berlaku akibat darinya dan mengenalpasti

2
langkah-langkah kawalan yang perlu dilaksanakan ke atas aktiviti-aktiviti pembangunan
yang telah dicadangkan umumnya dalam aktiviti pembinaan dan sebagainya.

Di dalam aktiviti-aktiviti pembinaan, masalah hakisan tanah sering kali dikaitkan


semasa peringkat penyediaan tapak yang mana pada peringkat ini aktiviti-aktiviti seperti
pembersihan tapak dan kerja-kerja tanah dijalankan. Sebagai contoh semasa peringkat
penyediaan tapak, penjanaan hakisan tanah akan berlaku kesan daripada penebangan ke
atas pokok-pokok dan tumbuhan yang sedia ada yang mana komponen tersebut pada
sebelum ini bertindak sebagai agen untuk mengawal hakisan daripada berlaku.

Hasilnya, kelajuan dan jumlah air larian permukaan akan meningkat secara
mendadak dan menyumbangkan kepada sistem air permukaan sedia ada yang
berhampiran dengan tapak bina sambil membawa bersama-sama partikel-partikel tanah
yang telah terhakis. Ini boleh menyebabkan banjir kilat berlaku kerana berlakunya
pemendapan pada bahagian hilir sungai yang mengurangkan keupayaan sistem saliran
sedia ada membawa kapasiti aliran yang semakin besar. Selain itu juga ianya juga
mengakibatkan berlakunya perubahan kepada hidrologi dan morfologi sistem-sistem
sungai dan sebagainya.

Satu mekanisme dan kelakunan bentuk hakisan tanah akan dibincangkan secara
umum dan perbincangan yang lebih menyeluruh pula akan dilakukan ke atas model
hakisan tanah yang mana boleh dipraktikan di dalam menentukan kadar hakisan tanah di
tapak-tapak pembinaan secara khusus semasa peringkat penyediaan tapak dan kerjakerja tanah..

Bagi melengkapkan lagi kajian yang dijalankan satu kajian kes bagi satu projek
pembinaan yang telah dipilih akan dilakukan di mana penilaian hanya akan dilakukan

3
pada aspek hakisan tanah sahaja dengan mengambilkira langkah-langkah kawalan dan
pencegahan yang perlu dilakuakn ke atas tapak bina bagi projek tersebut.

1.2

Kenyataan Masalah

Sudah menjadi lumrah dalam menjalankan atau memulakan sesuatu aktiviti


pembinaan , kerja-kerja yang melibatkan dengan fasa penyediaan tapak perlu dimulakan
terlebih dahulu. Dan apabila bercakap mengenai fasa penyediaan tapak maka ianya akan
melibatkan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembersihan tapak, pemotongan bukit,
pemadatan tanah dan sebagainya yang akan memberi kesan ke atas struktur semulajadi
tanah.

Oleh kerana proses pembinan yang mungkin mengambil masa yang lama akan
menyebabkan struktur semulajadi tanah yang telah rosak makin terjejas kerana telah
terdedah kepada air larian permukaan dan juga angin yang merupakan agen kepada
hakisan untuk mengangkut partikel-partikel tanah selari dengan arah pergerakkannya.

Dengan itu satu penilaian khusus terhadap hakisan tanah perlu dilakukan supaya
dapat menilai atau membuat anggaran berapakah peratus hakisan tanah yang akan
berlaku akibat kerja-kerja penyediaan tapak yang akan memberi kesan kepada alam
sekitar.

1.3

Matlamat Kajian

Matlamat dalam menjalankan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana
faktor-faktor yang menyumbang kepada hakisan tanah semasa aktiviti penyediaan tapak
dijalankan. Di samping mengetahui kaedah yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar
( JAS ) Malaysia dalam menilai sesuatu projek pembinaan yang boleh menyumbangkan
masalah kepada alam sekitar khasnya masalah hakisan tanah.

1.4

Objektif Kajian

Bagi memperincikan lagi skop kajian kepada yang lebih spesifik dan
menyeluruh, berikut adalah digariskan beberapa objektif di mana ianya meliputi perkaraperkara yang berikut :
a)

Untuk memahami secara lebih mendalam mengenai sistem Penilaian Kesan


Ke atas Alam Sekitar khususnya dalam konteks perlaksanaannya di
Malaysia

b)

Untuk membincangkan secara umum peringkat-peringkat aktiviti di tapaktapak pembinaan serta mengaitkannya kesan keatas komponen-komponen
alam sekitar serta menunjukkkan bahawa aktiviti-aktiviti di dalam peringkat
penyediaan tapak yang menjanakan kepada masalah hakisan tanah yang
paling ketara di tapak-tapak bina.

5
c)

Untuk menilai sejauh manakah kadar hakisan yang boleh berlaku hasil
daripada aktiviti pembersihan tapak..

d)

Untuk mencari nilai Faktor LS dalam pengiraan USLE dengan menganggap


ianya sebagai faktor yang terpenting dan kritikal dalam menilai kadar hakisan
tanah yang berlaku.

e)

Untuk membuat satu penilaian kadar hakisan tanah yang akan berlaku bagi
satu projek pembinaan sebenar bagi memenuhi keperluan penyediaan EIA. (
Kajian kes )

1.5

Skop Kajian

Skop kajian adalah lebih tertumpu kepada penilaian hakisan tanah yang berlaku
di tapak bina kesan daripada aktiviti-aktiviti penyediaan tapak yang meliputi kerja-kerja
pembersihan tapak bina ( site clearing ) dan kerja-kerja tanah ( earthworks) bagi projek
pembinaan yang berbeza. Maka satu kajian kes ke atas satu projek pembinaan akan
dilakuakn dengan mengkaji aspek hakisan yang diramalkan berlaku di tapak pembinaan
yang berkenaan berpandukan kaedah Persamaan Kehilangan Tanah Universal yang akan
digunakan.

1.6

Kepentingan Kajian

Bagi memastikan setiap aktiviti pembinaan yang melibatkan fasa penyediaan


tanah tidak menyumbangkan masalah kepada alam sekitar maka penilaian haruslah
dibuat bagi memastikan alam sekitar sentiasa terjamin.
Selain itu juga ianya juga membolehkan pihak pemaju atau pihak pengusaha
mengambil langkah awal bagi menghalang hakisan tanah daripada berlaku dengan
menyediakan pelbagai bahan bagi menghalangnya daripada berlaku seperti membuat
longkang , kolam pemendapan, dan sebagainya

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Apabila tanah telah diubahsuai semasa kerja-kerja pembersihan tapak, air larian
permukaan akan bertambah dari segi kuantiti dan kelajuannnya akibat daripada
penyingkiran tumbuh-tumbuhan yang sebelum ini bertindak sebagai komponen yang
boleh mengurangkan halaju air larian permukaan. Ini akan memberi ruang kepada air
larian permukaan yang terhasil menyusup masuk ke dalam tanah sambil merosakkan
struktur tanah tersebut..

Kajian terhadap hakisan tanah akan membincangkan dengan lebih lanjut


mengenai proses-proses dan mekanisme-mekanisme hakisan tanah serta mengenalpasti
jenis-jenis hakisan tanah yang boleh berlaku di tapak pembinaan khususnya semasa
peringkat fasa penyediaan tapak. Disamping itu faktor-faktor penting yang
mempengaruhi kadar hakisan tanah turut diambil kira.

2.2

Proses-proses dan Mekanisme- mekanisme Hakisan Tanah

Hakisan tanah boleh didefinisikan sebagai satu proses yang terdiri daripada dua
fasa iaitu pengasingan partikel-partikel tanah daripada jisim tanah secara individu dan
proses pengangkutan jisim tanah oleh agen-agen penghakis seperti air larian permukaan
dan juga angin. Dan jika tenaga yang diperlukan untuk mengangkut partikel-partikel
tanah tidak mencukupi fasa tiga mungkin terbentuk iaitu fasa pemendapan.

Secara umumnya hakisan tanah boleh didefinisikan sebagai satu proses


kehilangan partikel-partikel tanah yang disebabkan kesan daripada air larian permukaan
dan partikel-partikel tanah tadi kemudiannya diangkut oleh air yang mengalir .

Percikan air hujan merupakan agen pengurai yang sangat penting bagi proses
hakisan tanah. Ini kerana hasil daripada jatuhan hujan yang menghentam permukaan
tanah yang telah terubah suai akibat aktiviti kerja-kerja pembersihan tapak dan kerja
tanah akan menyebabkan partikel-partikel tanah akan terpecik ke udara dalam beberapa
inci. Ikatan antara zarah-zarah tanah yang terdedah akan lemah apabila wujudnya aliran
ribut yang berpanjangan. Lanjutan daripada itu agen hakisan yang utama iaitu air larian
permukaan dan angin akan turut membantu mengurangkan partikel-partikel tanah.
Semua proses ini akn menyebabkan ikatan antara zarah-zarah tanah menjadi longgar dan
akan menyebabkan zarah-zarah tanah mudah untuk diuraikan oleh agen-agen hakisan
terutamanya air larian permukaan.

Dalam aspek hidrologi pula , proses-proses hakisan adalah dianggap sebagai


sebahagian daripada sistem yang membentuk kitaran hidrologi yang mana perjalanan

9
yang diambil oleh air larian permukaan di dalam laluannya melalui tumbuhan penutup
yang mana pergerakkannya adalah diatas permukaan tanah.

Partikel-partikel tanah yang terhakis akan dibawa oleh air larian permukaan ke
kawasan yang lebih rendah dan seterusnya ke kawasan sistem-sistem air permukaan
yang berhampiran. Walaubagaimanapun tidak semua enapan yang dibawa oleh air larian
permukaan akan di bawa masuk ke dalam sistem air permukaan kerana kemungkinan
berlaku proses pemendapan disepanjang laluannya yang disebabkan oleh faktor bentuk
mukabumi kawasan tapak tersebut.

2.3

Jenis-jenis Hakisan

Jenis-jenis hakisan yang berbeza adalah terhasil daripada komponen-komponen


proses yang berbeza. Namun begitu proses yang membentuknya adalah saling berkait
rapat antara satu sama yang lain atau mempunyai unsur-unsur keselanjaran di dalam
proses-proses yang membentuknya.

Berikut adalah jenis-jenis hakisan yang kerap berlaku akibat daripada tindakan
air hujan dan larian permukaan terutama yang sering berlaku di tapak pembinaan :
1. Hakisan percikan air hujan
2. Hakisan alur
3. Hakisan lurah

10

4. Hakisan keping
5. Hakisan gelungsuran tanah

Kelima-lima jenis hakisan di atas adalah yang sering berlaku di tapak-tapak


pembinaan akibat daripada aktiviti penyediaan tapak. Secara umumnya jenis-jenis
hakisan tanah adalah banyak tetapi tidak begitu releven untuk dibincangkan jika ingin
dikaitkan dengan kesan daripada aktiviti pembinaan.

2.3.1

Hakisan Percikan Air Hujan

Apabila tumbuhan penutup dibuang, permukaan tanah akan terdedah secara


langsung kepada kesan jatuhan air hujan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Bagi
kebanyakkan tanah, hujan yang sangat lebat akan memercikkan keluar sehingga 100
tan/ekar ( 224 tan/hektar ) partikel-partikel tanah di mana kebanyakkan partikel-partikel
tanah boleh terpecik keluar sehingga dua kaki ( 0.6 meter ) daripada paras tanah dan
bergerak sehingga lima kaki ( 1.5 meter ) secar mengufuk.

Apabila jatuhan air yang menghentam permukaan tanah yang terubahsuai, ikatan
antara zarah-zarah tanah akan mengalami kegagalan. Partikel-partikel yang halus dan
bahan-bahan organik akan berpecah daripada partikel-partikel tanah yang lebih kuat
yang mana akan mengakibatkan berlakunya kerosakan kepada struktur tanah. Kerak
( crust ) yang keras seringkali terbentuk apabila tanah telah menjadi kering. Kerak-kerak
ini akan menjadi lapisan penghalang kepada proses penyusupan air dan ( plant

11
establishment.) Ini akan memberi kesan kepada air larian permukaan dan akan
menyebabkan kadar hakisan pada masa depan akan terus meningkat.

Rajah 2.1

Hakisan percikan air hujan (Ihsan Jabatan Alam Sekitar Malaysia)

Hakisan jenis ini adalah berkaita rapat dengan saiz jatuhan air hujan. Saiz jatuhan
yang lebih besar akan mengakibatkan kesan hakisan yang lebih besar berbanding dengan
saiz yang kecil.

2.3.2

Hakisan Alur

Pembentukkan alur alur adalah merupakan proses yang kompleks dan sukar
untuk difahami secara keseluruhannya. Kebanyakkan daripada alur-alur ini terbentuk

12
apabila air larian permukaan menghakis bahagian tepi lurah ( rill) yang terbentuk dan
menjadikannya lebih dalam dan lebar atau apabila aliran aliran daripada beberapa
saluran lurahan tadi bergabung dan membentuk saluran yang lebih besar. Fenomena ini
banyak berlaku di bahagian cerun seperti dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2 :

2.3.3

Hakisan Alur (Ihsan Jabatan Alam Sekitar Malaysia)

Hakisan Lurah

Hakisan lurah akan berlaku apabila aliran permukaan yang cetek tertumpu ke
kawasan yang rendah di atas permukaan tanah seperti di atas permukaan cerun dan
sebagainya. Rajah 2.3 menunjukkan perubahan aliran akan berlaku daripada aliran
keping kepada aliran yang lebih dalam di kawasan yang lebih rendah. Halaju aliran dan
kadar aliran pusar akan meningkat di mana tenaga penumpuan aliran ini mampu untuk

13
menanggalkan partikel-partikel tanah lantas mengangkutnya. Tindakan ini akhirnya akan
mula membentuk saluran yang sangat kecil dan dikenali sebagai lurah.

Rajah 2.3 :

Hakisan Lurah (Ihsan Jabatan Alam Sekitar Malaysia)

Lurah-lurah ini sangat kecil tetapi boleh didefinisikan sebagai saluran dimana
kebanyakkannya hanya membentuk kedalaman beberapa inci sahaja.

2.3.4

Hakisan Keping

Hakisan keping terjadi apabila partikel-partikel tanah yang telah terurai oleh
kesan jatuhan air hujan dan diangkut keluar oleh air larian di dalam bentuk aliran cetek
yang tidak terhingga lebarnya secara mengufuk dan menghakis tanah di dalam bentuk

14
lapisan nipis yang seragam. Hakisan jenis ini akan menjadi cepat semasa hujan turun
dengan lebat. Ini dapat diperhatikan melalui Rajah 2.4.

Rajah 2.4 :

Hakisan Keping (Ihsan Jabatan Alam Sekitar Malaysia)

Jumlah kehilangan tanah bagi hakisan jenis ini bergantung kepada kedalaman
dan halaju aliran, struktur tanah dan bentuk muka bumi kawasan yang berkenaan.

15
2.3.5

Hakisan Gelungsuran Tanah

Hakisan jenis ini adalah seringkali dikaitkan dengan masalah kestabilan cerun
sama ada cerun tambakan atau cerun pemotongan. Faktor-faktor kecuraman dan panjang
cerun memainkan peranan utama di dalam potensi dan hakisan jenis ini.

Rajah 2.5 menunujukkan gelungsuran tanah yang mana pergerakan jisim tanah
dan batuan yang bergerak ke bawah cerun dengan tiba-tiba di mana pergerakan jisim
tanah cerun yang berlaku adalah berubah ubah dari segi saiznya.

Rajah 2.5 : Hakisan Gelungsuran Tanah (Ihsan Jabatan Alam Sekitar Malaysia)

Berdasarkan jenis-jenis hakisan yang telah dibincangkan dan mekanisme yang


membentuknya jelas menunjukkan bahawa wujudnya hubungan keselanjaran di dalam

16
proses yang membentuknya bermula daripada kadar hakisan yang minor kepada kadar
hakisan yang major.

2.4

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Hakisan Tanah

Empat faktor utama yang mempengaruhi kadar hakisan tanah di tapak


pembinaan adalah :
1. Faktor Cuaca
2. Faktor Topografi
3. Faktor Ciri-ciri Tanah
4. Faktor Penutup Tanah

Keempat faktor inilah yang diambil kira di dalam membentuk model untuk
menilai kadar hakisan tanah selain daripada faktor amalan pengawalan hakisan.

17
2.4.1

.Faktor Cuaca

Potensi hakisan dengan faktor cuaca dalah cukup sinonim dimana ianya memberi
kesan secara langsung atau tidak langsung kepada kejadian hakisan tanah.Di dalam
hubungan secara langsung , hujan adalah merupakan sumber yang menyebabkan
berlakunya hakisan dimana jatuhan air hujan ke atas permukaan tanah yang telah
terubahsuai tanpa berpenutup akan menghakis partikel-partikel tanah dan air larian
permukaan akan membawa partikel-partikel tersebut keluar daripada struktur tanah.

Hujan yang mempunyai kadar keamatan yang tinggi mampu untuk menghasilkan
kadar hakisan yang tinggi walaupun di dalam tempoh yang singkat. Di dalam menilai
faktor ini, persoalan yang dibangkitkan adalah berapa banyakkah hujan yang diperlukan
untuk mmengakibatkan hakisan yang ketara di mana ianya boleh diambil kira sebagai
threshold limit bagi menilai potensi hakisan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan,threshold limit keamatan hujan yang boleh


mengakibatkan hakisan yang ketara di Malaysia adalah 25 mm/jam dimana nilai ini juga
dikatakan hampir sama dengan negara-negara lain seperti Tanzania dan Zimbabwe

Walau bagaimanapun nilai threshold adalah berubah-ubah dengan proses hakisan


yang berbeza dimana nilai yang dinyatakan hanya tipikal untuk jenis aliran tanah yang
membentuk hakisan keping, hakisan lurah dan hakisan alur sahaja.

18
2.4.2

Faktor Topografi

Topografi pastinya berbeza bagi tapak-tapak mempunyai kadar yang berbeza.


Faktor topografi bukan hanya memberi kesan yang ketara kepada potensi wujudnya
masalah hakisaan tetapi juga turut memberi kesan kepada pengurusan endapan supaya
ianya tidak berselerak keluar dari tapak bina.

Faktor topografi sering dikaitkan dengan curam dimana kecuraman dan panjang
cerun adalah merupakan faktor-faktor kritikal yang berpotensi mengakibatkan hakisan.
Cerun yang panjang akan mengakibatkan peningkatan halaju air larian permukaan dan
menyebabkan air larian permukaan lebih cenderung untuk menumpu dalam saluransaluran yang sempit yang mana akhirnya menyebabkan berlakunya hakisan-hakian alur
dan lurah.

Bentuk cerun juga boleh memberi kesan kepada wujudnya masalah hakisan.
Bahagian bawah cerun lebih mudah dipengaruhi oleh hakisan berbanding dengan
bahagian atas. Ini adalah disebabkan halaju air larian permukaan mempunyai momentum
yang lebih besar tertumpu di bahagian bawah cerun.

Cerun yang mempunyai sudut rehat yang bersesuaian dengan jenis tanah adalah
penting di dalam mengelakkan kesan hakisan yang ketara terutamanya hakisan
gelungsuran tanah dan sebagai faktor kestabilan cerun yang perlu dipertimbangkan dan
cadangan untuk sudut-sudut bagi tanah cerun tambakan dan pemotongan boleh
diperhatikan dalam Jadual 2.1.

19
Jadual 2.1 :

Sudut-sudut rehat yang dicadangkan untuk tanah-tanah cerun tambakan


dan pemotongan yang berbeza.

Jenis tanah

Sudut rehat

Tanah kering

33

Tanah liat berpasir( tersalir dengan baik )

35 40

Tanah liat yang dipadatkan ( tersalir dengan baik )

50 80

Tanah liat tidak dipadatkan ( bertepu )

5 20

Tanah-tanah berpatikel klasar ( berbatu )

35 40

Batuan dasar yang terkukuh

70 90

Tanah berpasir yang diliputi hutan

35 50

Didalam menilai potensi hakisan tanah dari aspek kecuraman dan panjang cerun .
jadual panduan kasar boleh digunakan dalam menilai potensi hakisan tanah seperti
dalam Jadual 2.2 dibawah.

Jadual 2.2 :

Panduan kasar dalam menilai potensi hakisan daripada daripada


keceruman yang berbeza
Kecuraman cerun

Potensi hakisan

07%

Rendah ke sederhana

7 15 %

Sedrhana ke tinggi

Lebih daripada 15 %

Tinggi ke sangat tinggi

Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 15 % dan cerun yang


mempunyai kecuraman antara 7 15 % tetapi mempunyai panjang sehingga melebihi
30 meter hendaklah seboleh-bolehnya dielakkan.

20
2.4.3

Faktor Ciri-ciri Tanah

Terdapat empat ciri-ciri tanah yang penting di dalam menentukan kadar


kebolehakisan tanah iaitu ciri-ciri tekstur tanah, kandungan bahan-bahan organik di
dalam tanah, ciri-ciri struktur tanah dan juga ciri-ciri kebolehtelapan tanah.

Tekstur tanah adalah ciri-ciri yang merujuk kepada saiz dan pembahagian
partikel-partikel yang membentuk sifat tanah dimana pasir, kelodak dan tanah liat adalah
tiga kelas tanah yang utama. Tanah yang mempunyai kandungan yang tinggi dikatakan
bertekstur kasar dan air lebih mudah menyerap di dalam tanah berpasir. Oleh itu, potensi
hakisan bagi tanah jenis ini adalah lebih rendah disebabkan air larian permukaan yang
rendah akibat daripada kebolehtelapan yang tinggi. Manakala tanah liat disebabkan
faktor kejelekitan di antara antara partikel-partikel tanah yang kuat mengakibatkan
proses hakisan lebih atau lambat untuk berlaku tetapi walau bagaimanapun sekali tanah
yang berpatikel halus ini terhakis oleh hujan lebat atau aliran air yang kuat.

Ianya boleh mengakibatkan partikel-partikel yang terhakis di bawa lebih jauh


sebelum proses pengenapan berlaku. Secara tipikalnya partikel-partikel tanah liat dan
kelodak halus akan mengenap di dalam kauntiti yang agak besar dan tanah dari jenis ini
sering kali dikaitkan dengan masalah pencemaran air permukaan. Tanah-tanah yang
mempunyai kandungan kelodak dan pasir halus yang tinggi dan kandungan tanah liat
dan bahan-bahan organik yang rendah secara umumnya lebih mudah terhakis. Manakala
tanah berpasir dan berbatu yang tersalir dengan baik adalah jenis yang kurang terhakis .

Dari segi faktor bahan-bahan organik pula yang terhasil daripada proses
pereputan tumbuhan dan haiwan, ianya adalah berfungsi untuk memperbaiki struktur
tanah dan meningkatkan kadar kebolehtelapan, kadar kebolehtadahan air dan sebagai

21
elemen pembajaan tanah. Bahan-bahan yang terdapat di dalam tanah yang tidak
terganggu berupaya mengurangkan larian permukaan dan seterusnya mengurangkan
potensi berlakunya hakisan tanah.

Struktur tanah pula bergantung kepada susunan partikel-partikel tanah ke dalam


aggreget. Struktur granular adalah struktur yang paling dikehendaki. Struktur tanah
adalah mempengaruhi kadar keupayaan tanah untuk menyerap air. Apabila permukaan
tanah dipadatkan semasa kerja-kerja tanah dijalankan , kapasiti air larian permukaan
akan meningkat berbanding dengan kadar penyusupan. Potensi hakisan tanah akan
meningkat dengan peningkatan air larian permukaan ini. Bagi tanah granular, kadar
penyerapan air yang banyak akan berlaku dan menahannya di dalam tanah dan ini dapat
mengurangkan larian permukaan dan mengggalakkan kadar pertumbuhan pokok atau
rumput yang akan menjadi penghadang kepada hakisan secara efektif.

Faktor yang terakhir dalam ciri-ciri tanah yang mempengaruhi hakisan adalah
faktor kebolehtelapan tanah. Tanah yang mempunyai kadar kebolehtelapan yang tinggi
menghasilkan air larian permukaan yang rendah dan ini dapat mengurangkan kadar
potensi hakisan daripada berlaku. Faktor-faktor tekstur tanah , struktur tanah dan bahanbahan organik yang membentuk sifat tanah adalah memberi kesan kepada kadar
kebolehtelapan tanah. Namun begitu bagi sesetengah keadaan kadar kebolehtelapan
yang tinggi boleh memberi kesan kepada kestabilan cerun yang terdedah kepada potensi
hakisan gelungsuran tanah terutamanya bagi cerun cerun tambakan dan potongan.

Dengan mengenalpasti jenis-jenis tanah yang mudah terhakis dengan lebih awal
sebelum kerja-kerja penyediaan tapak dijalankan , tumpuan yang lebih komprehentif dan
serius boleh diberikan kepada bahagian-bahagian tapak yang berpotensi untuk
mengalami hakisan tanah. Ini penting supaya kaedah-kaedah kawalan dan tebatan yang

22
dicadangkan dapat dirancangkan dengan baik mengikut keutaamaan supaya ianya dapat
berpotensi dengan secara lebih baik dan efektif.

2.4.4

Faktor Penutup Tanah

Tumbuhan merupakan bentuk kawalan hakisan semulajadi yang paling berkesan.


Tiada produk yang boleh digunakan di dalam ketahanan dan keberkesanan dalam jangka
masa yang panjang berbanding dengan tumbuhan. Penggunaan tumbuhan sebagai
penutup tanah di tapak bina adalah lebih tertumpu kepada penggunaan rumput.

Tumbuhan akan bertindak sebagai lapisan perlindungan atau sebagai pengadang


antara atmosfera dan tanah. Komponen-komponen di bahagian atas tanah seperti daun
dan batang akan menyerap kebanyakkan tenaga yang terhasil daripada jatuhan air hujan,
larian air dan angin. Maka ianya kurang tertumpu kepada tanah. Manakala komponenkomponen di bawah tanah seperti sistem akar pula akan bertindak membantu kekuatan
tanah itu sendiri.

Keberkesanan tumbuhan sebagai penutup tanah di dalam konteks mengurangkan


hakisan yang disebabkan oleh jatuhan air hujan, bergantung kepada ketinggian dan
keselanjaran kanopi dan ketumpatan penutup tanah itu sendiri. Ketinggian kanopi adalah
merupakan faktor yang penting kerana jatuhan air dari jarak tujuh meter boleh mencapai
melebihi 90 % daripada halaju terminal air hujan.

23
Di dalam konteks kesan air larian permukaan ke atas penutup tanah pula,
tumbuhan penutup akan menyebarkan tenaga air larian melalui kesan kekasaran kapada
aliran. Ini secara langsung dapat mengurangkan halajunya. Di dalam kebanyakkan kerja
pengawalan tanah , kekasasaran dinyatakan sebagai nilai Pekali Manning n dimana
ianya mewakili perjumlahan kekasaran yang dibawa oleh partikel-partikel tanah,
permukaan mikrotopografi dan tumbuhan sendiri yang bertindak secara bebas di antara
satu sama lain. Tahap kekasaran adalah bergantung kepada faktor-faktor morfologi dan
ketumpatan tanah.

Pengurangan terbesar di dalam halaju air larian permukaan akan terhasil akibat
daripada ketebalan dan keseragaman. Tumbuhan yang serumpun dan setompok-tompok
adalah kurang efektif dan boleh menyebabkan berlakunya penumpuan di dalam aliran
dengan menghasilkan halaju setempat yang tinggi di antara rumpun yang terdedah tanpa
perlindungan. Ini boleh mengakibatkan hakisan setempat pada ruang yang terdedah.

24

BAB III

METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Model hakisan tanah adalah model yang dibentuk bagi meramalkan jumlah
kehilangan tanah atau hakisan tanah yang dijangka akan berlaku. Asas pembentukkan
model ini adalah dengan mengambilkira beberapa faktor yang mempengaruhi hakisan
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,

Model-model hakisan tanah boleh dikelaskan kepada dua bentuk yang utama
iaitu penilaian secara emperikal atau secara fizikal.

Berikut adalah beberapa model emperikal yang boleh digunakian di dalam


meramalkan kadar kehilangan tanah.

25

a)

Persamaan Kehilangan Tanah Universal ( Universal Soil Loss Equation,


USLE )

b)

Penggangar Kehilangan Tanah untuk Afrika Selatan ( Soil Loss Estimator


For Southern Africa, SLEMSA )

c)

Kaedah Morgan dan Finney ( Morgan and Finney Method )

d)

Persamaan Ramalan Hakisan Angin ( Wind Erosion Prediction Equation )

Manakala bagi model-model asas secara fizikal, pula terdapat beberapa model
yang digunakan bagi meramalkan kadar hakisan tanah iaitu :a)

Larian Permukaan Kimia dan Hakisan daripada Sistem Pengurusan Pertanian


( Chemical Runoff And Erosion From Agricultural Management System,
CREAM )

b)

Projek Ramalan Hakisan Air ( Water Erosion Prediction Project, WEPP )

c)

Model Hakisan Angin ( Wind Erosion Model )

d)

Sistem Pemendapan Hakisan Universiti Griffith ( Griffth University Erosion


Sedimentation Systems, GUESS )

Model-model yang telah dinyatakan secara umumnya adalah meliputi model


yang boleh digunakan untuk meramalkan kadar hakisan tanah yang disebabkan oleh air
larian permukaan dan angin bagi semua aktiviti yang melibatkan kegiatan guna tanah.

26

Di dalam konteks menilai kadar hakisan tanah daripada tapak pembinaan akibat
daripada kerja penyediaan tapak model Persamaan Kehilangan Tanah Universal (USLE)
adalah merupakan model yang paling praktik untuk digunakan dan ianya telah
digunakan secara meluas dalam menentukan kadar hakisan tanah. Selain daripada sesuai
untuk menialai kadar hakisan tanah di tapak-tapak pembinaan model ini juga sesuai
digunakan bagi meramalkan kadar hakisan tanah yang disebabkan oleh aktiviti
pertanian, perlandangan, peternakan, perlombongan dan sebagianya. Ini kerana pada
asalnya model ini dibentuk bagi menilai kadar hakisan keping dan lurah daripada aktiviti
yang melibatkan pertanian.

3.2 Meramalkan Kadar Kehilangan Tanah Dengan Menggunakan Persamaan


Kehilangan Tanah Universal ( USLE )

Anggaran kehilangan tanah mengandungi tiga aplikasi penting untuk tujuan


perancangan kawalan hakisan tanah iaitu:
a)

Untuk mengenalpasti kawasan yang mempunyai kecenderungan yang tinggi


untuk hakisan berlaku di tapak yang telah dipertimbangkan.

b)

Untuk mengangarkan kadar isipadu simpanan endapan yang diperlukan di


dalam kolam perangkap endapan.

c)

Untuk membandingkan keberkesanan kaedah tebatan yang berbeza

27

USLE asalnya adalah merupakan model emperikal yang diperkenalkan oleh


Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ( USDA ) untuk menganggarkan kadar hakisan
keping dan hakisan lurah daripada tanah-tanah pertanian. Persamaan ini mempunyai
hubungan arithmatik yang ringkas yang mengambilkira lima faktor yang banyak
mempengaruhi kadar hakisan dimana bentuk umum model ini adalah seperti yang
ditunjukkan oleh persamaan 3.1

R x K x LS x C x P

...Persamaan 3.1

Di mana :
A

Kehilangan tanah ( tan/ekar/tahun )

Faktor Lebat hujan, menyatakan potensi hakisan dari hujan tahunan


purata di sesebuah kawasan. R adalah perjumlahan produk ribut
berasingan bagi tenaga kinetik lebat hujan ( ratus kaki tan/ekar ) dan
keamatan hujan 30 minit maksimum ( in/jam ) bagi semua ribut
signifikan.

Faktor kebolehakisan tanah ( tan/ekar/R )

LS

Faktor panjang dan kecuraman cerun ( nisbah tanpa dimensi )

Faktor tumbuhan penutup ( nisbah tanpa dimensi )

Faktor amalan pengawalan hakisan ( nisbah tanpa dimensi )

28

3.2.1

Faktor R

Di dalam menentukan nilai Faktor R, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan
iaitu :

i)

Kaedah Roose ( 1975 )

0.5 P ( dalam unit US )

... Persamaan 3.2

0.865 P ( dalam unit metrik )

Persamaan 3.3

Di mana :
P

ii)

Purata hujan tahunan

Keadeh Morgan ( 1974 )

EI30 ( dalam unit US )

..Persamaan 3.4

100
R

EI30 ( dalam unit metrik )

..Persamaan 3.5

1000
Di mana :
E

Jumlah purata tenaga penghakis tahunan ( mean annual erosity )

9.28 P 8838 ( J/m2 )

29
I30

Keamatan hujan 30 minit maksimum


( Nilai maksimum I30 boleh diambil sebagai 75 mm/jam )

iii)

Kaedah Foster ( 1981 )

0.276 P x I30 ( dalam unit US )

.Persamaan 3.6

0.276 P x I30 ( dalam unit metrik ) .Persamaan 3.7


100

di mana :
EI30

dalam unit kg.m.mm / ( m2. Jam )

Nilai purata R bagi ketiga-tiga kaedah di atas boleh diambil sebagai nilai R yang
akan digunakan dalam Persamaan 3.1. sekiranya perbezaan terlalu ketara antara nilai R
bagi kaedah yang berbeza, nilai yang terlalu rendah hendaklah diabaikan.

3.2.2

Faktor K

Merupakan faktor kebolehakisan tanah yang boleh dinyatakan di dalam unit


tan/ekar/R. Nilai faktor K ini adalah dipengaruhi oleh ciri-ciri tanah di kawasan yang
dicadangkan.

30
Secara umumnya , nilai faktor K boleh diambil dalam julat antara 0.02 hingga
0.69. namun begitu penggunaan monograf yang sesuai adalah lebih wajar digunakan.

Berikut adalah merupakan kaedah-kaedah yang boleh dipraktikan bagi


menentukan nilai Faktor K
a)

Menggunakan Nomograf seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1,


dimana analisis saiz partikel tanah adalah diperlukan untuk menentukan
peratusan kandungan pasir, pasir yang sangat halus, kelodak dan tanah
liat di dalam yang berkenaan. Di dalam keadaan tertentu , sedikit
pengubahsuaian ke atas nilai K adalah diperlukan sekirannya
menggunakan Nomograf yang diberikan Rajah 3.1.

Rajah 3.1 :

Penentuan nilai K berpandukan monograf (R.P.C Morgan)

31
b)

Menggunakan Nomograf seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.2,


di mana Nomograf ini telah mengambilkira kesemua faktor-faktor yang
membentuk ciri tanah sepertimana yang dibincangkan dalam bab
sebelum ini. Berdasarkan faktor itu penggunaan kaedah ini adalah
dicadangkan bagi mendapatkan nilai K yang terbaik

Rajah 3.2 :

Penentuan nilai K berpandukan monograf (R.P.C Morgan)

32

Berdasarkan Jadual 3.1 di mana nilai faktor K adalah menentukan berdasarkan


daripada peratus kandungan bahan-bahan organik di dalam tanah-tanah yang berkenaan

Jadual 3.1 :

Magnitud faktor kebolehakisan tanah ( Faktor K )

Kelas Tekstur

< 0.5

Pasir

0.05

0.03

0.02

Pasir halus

0.16

0.14

0.10.

Pasir sangat halus

0.42

0.36

0.28

Pasir berorganik

0.12

0.10

0.08

Pasir berorganik halus

0.24

0.20

0.16

Pasir berorganik sangat halus

0.44

0.38

0.30

Tanah organik berpasir

0.27

0.24

0.19

Tanah organik berpasir halus

0.35

0.30

0.24

Tanah organik berpasir sangat halus

0.47

0.41

0.33

Tanah organik

0.38

0.34

0.29

Kelodak berorganik

0.48

0.42

0.33

Kelodak

0.60

0.52

0.42

Tanah liat organik berpasir

0.27

0.25

0.21

Tanah liat berorganik

0.28

0.25

0.21

Tanah liat organik berkelodak

0.37

0.32

0.26

Tanah liat berpasir

0.14

0.13

0.12

Tanah liat berkelodak

0.25

0.23

0.19

Tanah liat

0.13 0.20

33

3.2.3

Faktor LS

Ia merupakan faktor panjang dan kecuraman cerun di mana faktor ini adalah
mempengaruhi pengangkutan partikel-partikel tanah.
Di dalam kawasan yang rata, air larian permukaan adalah perlahan dan partikelpartikel tanah tidak bergerak jauh daripada titik kesan jatuhan air hujan. Oleh itu nilai
LS adalah kecil, kurang daripada 1.00 untuk cerun yang kurang daripada 9 % dan untuk
panjang cerun yang kurang daripada 21 m,. manakala bagi cerun yang curam,
pergerakan tanah akan meningkat secara dramatik.

Nilai LS boleh diperolehi daripada Persamaan 3.8

LS

65.41 x S2
S2 + 10000

4.56 x S

+ 0.065

S2 + 10000

1
72.5

Di mana ;
LS

Faktor Topografi

panjang cerun, kaki ( m x 0.3048 )

Eksponen yang bergantung kepada kecuraman cerun di mana ;


m

0.2 untuk cerun < 1 %

0.3 untuk cerun antara 1 3 %

0.4 untuk cerun antara 3.5 4.5 %

34
m

0.5 untuk cerun > 5 %

Cara yang lain juga boleh dipertimbangkan di dalam mennetukan nilai faktor LS
ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3

Rajah 3.3: Nilai LS untuk cerun-cerun yang berbeza (R.P.C Morgan)

35

3.2.4

Faktor C

Di dalam USLE faktor C yang kurang atau kecil menunujukkan keberkesanan


tumbuhan dan sungkupan ( mulch ) di dalam mencegah penguraian dan pengangkutan
partikel-partikel tanah.

Nilai C yang boleh digunakan di dalam Persamaan 3.1 untuk menganggarkan


kehilangan tanah dari tapak-tapak pembinaan adalah ditunjukkan dalam Jadual 3.2. bagi
menganggarkan kehilangan tanah akibat daripada aktiviti penyediaan tapak.

Jadual 3.2 :

Nilai-nilai C untuk USLE

Jenis Penutup

Faktor

% Pengurangan

Kehilangan Tanah

Tiada penutup ( Tanah gondol )

1.0

Tumbuhan semulajadi ( tanah tak terganggu )

0.01

99

Pembenihan sementara ( temporary seeding ) Ditutupi

0.1

90

0.5

50

Excelsior mat, Jut- untuk jerami > 2 : 1

0.3

70

Menyungkup dengan jerami ( straw mulch 1.5

0.2

80

0.05

95

90% rumput tahunan, tidak disungkup ( no mulch )


Penyungkupan serat kayu, tan/ekar dengan
pembenihan untuk cerun > 2 :1

tan/ekar ( 3.4 tan/ha )


4 tan/ekar ( 9.0 tan/ha )

36
Nilai faktor C yang boleh digunakan adalah untuk mengambilkira keadaan guna
tanah semasa adalah diberikan dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3 :

Nilai-Nilai faktor C untuk guna tanah semasa

Jenis Guna Tanah Semasa

Nilai Faktor C

Kawasan hutan/ tanah hutan

0.01 0.02

Kawasan rumput terperlihara

0.004 0.01

Kawasan ladang kelapa sawit

0.1 0.3

Kawasan lading/ kebun getah

0.2

Kawasan lading teh

0.1 0.3

Kawasan lading tebu

0.13 0.40

Kawasan tanaman koko

0.1 0.3

Kawasan tanaman kopi

0.1 0.3

Kawasan tanaman pisang

3.2.5

0.21

Faktor P

Ini adalah merupakan faktor amalan pengawalan hakisan yang dipraktikkan di


tapak bina terutamanya semasa kerja-kerja penyediaan tapak dijalankan. Nilai faktor P
yang akan digunakan untuk menilai jumlah kehilangan tanah semasa kerja-kerja
penyediaan tapak ini diberikan dalam Jadual 3.4, 3.5 dan 3.6

Kekasaran permukaan adalah penting sebelum pembenihan rumput dijalankan di


mana ianya dapat mempercepatkan pertumbuhan rumput dan seterusnya dapat
mengurangkan faktor C.

37

Jadual 3.4 :

Nilai-nilai faktor P mewakili keadaan permukaan tanah yang tidak


ditutup

Keadaan Permukaan ( Tanpa Penutup Tanah )


Padat, licin, dikisarkan permukaan dengan Jentolak ( Bulldozer ) atau

Nilai P
1.30

Jentera Pencakar ( Scrapper ) di bahagian atas dan bawah cerun


Sama seperti di atas, kecuali permukaan dikasarkan atau dicakar dengan

1.20

Jentolak dan root-raked atas dan bawah cerun


Padat, licin, dikasarkan dengan Jentolak atau Scrapper merintangi cerun

1.20

Sama seperti diatas, kecuali dikasarkan dengan Jentolak dan root-raket

0.90

merintangi cerun
Longgar ( langsung tidak dipadatkan )

1.00

Permukaan kasar yang tidak tetap, trek-trek jentera ( equipment tracks )

0.90

terdapat di dalam semua arah


Longgar ( loose ) dengan permukaan kasar > 0.3 m dalam

0.80

Longgar ( loose ) dengan permukaan licin > 0.3 m dalam

0.90

Jadual 3.5 :

Nilai-nilai faktor P berdasarkan penggunaan struktur pengawalan hakisan

Penggunaan Struktur-struktur Pengawalan Hakisan

Nilai P

Kolam-kolam endapan yang kecil


0.09 kolam / ha

0.50

0.13 kolam / ha

0.30

Kolam-kolam Endapan Hilir ( Downstream Sediment Basins )


Dengan pengental kimia ( with chemical flocculants )

0.10

Tanpa pengental kimia ( without chemical flocculants )

0.20

Struktur-struktur kawaln hakisan


Kadar penggunaan yang normal

0.50

Kadar penggunaan yang tinggi

0.40

Jaluran bangunan ( strip building )

0.75

38

Jadual 3.6:

Nilai-nilai untuk Faktor P

Amalan Kawalan Hakisan

Nilai Faktor P

Kontur : Cerun 0 1o

0.60*

Kontur : Cerun 2 5o

0.50*

Kontur : Cerun 6 7o

0.60*

Kontur : Cerun 8 9o

0.70*

Kontur : Cerun 10 11o

0.80*

Kontur : Cerun 12 14o

0.90*

Teres yang mempunyai bench yang sama

0.14

Teres yang mempunyai bench yang


condong ke arah cerun sebelah atas

0.05

Teres yang mempunyai bench yang


condong ke arah cerun sebelah bawah

0.35

*Gunakan 50% daripada nilai diatas untuk countur bund sekiranya jaluran tumbuhan
disediakan

3.2

Had-had di Dalam USLE

Ketelitian dalam mengambil nilai bagi setiap faktor adalah diperlukan kerana
secara umumnya fakor-faktor tersebut adalah berbeza bagi tapak-tapak bina yang
berbeza. Nilai-nilai faktor R dan K adalah malar bagi kebanyakkan tapak tetapi nilainilai bagi factor C, LS, dan P adalah berubah-ubah dan bergantung kepada kaedah
kawalan yang akan dipraktikkan di kawasan tapak yang dipilih.

39

Berikut adalah had-had dalam penggunaan USLE :


a)

Model ini adalah model emperikal, maka dengan itu ianya tidak mewakili
proses hakisan yang sebenar secara matematik. Kesalahan dalam membuat
penilaian atau andaian boleh menyebabkan berlaku kesalahan dalam memilih
pekali emperikal.

b)

Model ini juga hanya bertujuan bagi meramalkan kadar kehilangan tanah
secara purata tahunan.

c)

Model ini adalah bertujuan untuk meramalkan kadar kehilangan tanah dan
bukannya bertujuan untuk mengira kadar pemendapan endapan yang terhasil.

d)

Model ini hanya dibentuk untuk menilai kadar kehilangan tanah akibat
daripada hakisan keping dan hakisan lurah sahaja dan tidak termasuk bagi
jenis hakisan yang lain.

3.3 Ringkasan Langkah Kerja Di Dalam Menentukan Kehilangan Tanah Dengan


Menggunakan USLE.

Berikut adalah panduan umum ringkasan langkah-langkah kerja dalam


menentukan kehilangan tanah dengan menggunakan Persamaan USLE.
a)

Tentukan faktor R

40

b)

Berdasarkan analisis saiz partikel sample tanah, tentukan nilai K daripada


nomograf pada Rajah 3.2 atau dengan menggunakan Jadual 3.1. langkah
diulangi jika sample lebih daripada satu.

c)

Kasawasan tapak dibahagikan dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang


tertentu mengikut panjang dan kecuraman cerun yangn seragam..Satu analisis
ke atas cerun hendaklah di laksanakan bagi mendapatkan kecerunan dan nilai
panjang yang kritikal .Tentukan nilau LS bagi setiap cerun dan berpandukan
pada Rajah 3.3 berdasarkan panjang kritikal yang diperolehi.

d)

Faktor nilai C dipilih berdasarkan Jadual 3.2

e)

Faktor P ditentukan berdasarkan penggredan akhir yang dipraktikkan di tapak


bina seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3

f)

Darabkan kelima-lima nilai faktor yang telah diperolehi bagi mendapatkan


jumlah kehilangan tanah bagi setiap keluasan satu ekar.

BAB IV

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1

Pengenalan
Apabila sesuatu projek pembangunan ingin dibangunkan dan melibatkan aktiviti

yang berkaitan dengan guna tanah maka satu penilaian terhadap hakisan tanah perlu
dilakukan bagi memastikan kadar kehilangan tanah akibat projek yang dicadangkan.
Tetapi tidak semua projek dikehendaki melakukan penilaian cuma bagi aktiviti-aktiviti
pembangunan yang terdapat di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Perintah
kualiti alam sekeliling ( aktiviti yang ditetapkan ) ( penilaian kesan kepada alam
sekeliling ) 1987.

Penilaian hakisan tanah untuk biasanya dilakukan dengan menganalisa kadarkadar hakisan di tapak sebelum projek dimulakan, semasa kerja-kerja penyediaan sedang
dijalankan dan selepas kawasan tapak itu distabilkan semula. Analisis ke atas ceruncerun yang terlibat di dalam kawasan tapak kajian akan dibincangkan secara terperinci
bagi meramalkan kadar hakisan yang sedang ataupun yang akan berlaku di tapak kajian.

42
Selain itu beberapa faktor-faktor yang penting seperti lebat hujan, ciri-ciri tanah, dan
sebagainya turut dibincangkan di dalam bab ini
Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi langkah seterusnya adalah
dengan menyediakan satu pelan penyediaan langkah-langkah kawalan hakisan tanah dan
pemendapan yang sesuai dan praktikal dibuat.

4.2

Langkah-Langkah Kerja di Dalam Menentukan Kehilangan Tanah dengan


Menggunakan Kaedah USLE

Berikut adalah langkah-langkah kerja dalam menentukan kehilangan tanah


dengan menggunakan Persamaan USLE.
a)

Menentukan nilai Faktor R berdasarkan daripada taburan hujan tahunan


kawasan pembangunan yang dicadangkan

b)

Berdasarkan analisis saiz partikel sample tanah, nilai Faktor K ditentukan


daripada nomograf atau dengan menggunakan Jadual 3.1. dan jika sample
lebih daripada satu langkah diulangi dan nilai purata digunakan.

c)

Analisa ke atas cerun dilakukan ke atas tapak cadangan dengan


membahagikan kepada tiga peratusan kecerunan iaitu 5 % , 10 % dan 20 %.

d)

Nilai LS ditentukan bagi setiap bahagian peratusan dengan merujuk kepada


Rajah 3.3 bagi nilai cerun yang berbeza .

e)

Faktor nilai C dipilih berdasarkan Jadual 3.2 mengikut dengan kesuaian tapak
cadangan.

43

f)

Faktor P ditentukan berdasarkan penggredan akhir yang dipraktikkan di tapak


bina seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3

g)

Kelima-lima nilai faktor didarabkan bagi memperolehi jumlah kehilangan


tanah bagi setiap keluasan satu ekar.

h)

Jumlah yang diperolehi daripada ( g ) di atas didarabkan dengan keluasan


kawasan cadangan bagi mendapatkan jumlah isipadu tanah yang hilang
semasa aktiviti-aktiviti pembangunan dijalankan.

Berikut adalah carta aliran kerja bagi menyediakan satu kajian hakisan tanah di
tapak bina

44
Penentuan kadar hakisan

Data di tapak

Data daripada jadual

Bagi Faktor R dan K dan Nilai Cerun

Bagi Faktor LS, C dan P

Taburan Hujan Tahunan bagi


menentukan nilai R
Ciri-ciri tanah bagi menentukan
factor kebolehahkisan tanah K
Peta Topografi bagi menentukan
nilai cerun bagi menentukan nilai
LS daripada Rajah 3.3

Pengumpulan Data

Analisis Data

Hasil Analisis

Perbincangan

Cadangan

Kesimpulan

Rajah 3.3 bagi menentukan nilai LS


hasil daripada cerun yang
diperolehi.
Jadual 3.2 dan 3.3 bagi
menentukkan nilai C berdasarkan
kepada keadaan tapak
Jadual 3.4, 3.5 dan 3.6 bagi
menentukan nilai P berdasarkan
keadaan tapak

45
4.3

Penilaian Kadar Hakisan Tanah Di Tapak Pembangunan Yang di


Cadangkan

Hakisan tanah merupakan salah satu daripada kesan-kesan yang paling signifikan
yang timbul kesan daripada aktiviti penyediaan tapak bagi projek ini yang meliputi
kerja-kerja pembersihan tapak ( site clearing ) dan juga kerja-kerja tanah ( earthwork ).
Berdasarkan kepada keadaan bentuk topografi tapak kajian terutamanya yang
berhampiran dengan alur air, implikasi hakisan tanah akan menjadi lebih serius
sekiranya tiada langkah-langkah kawalan atau tebatan dipertimbangkan

Kajian Kes : Projek Pembinaan Astana Golf Course Resort Kuantan Pahang
Darul Makmur

4.3.1 Keadaan Topografi Semasa, Tanah dan Geologi Serta Meteorologi Kawasan
Tapak Kajian

Keadaan topografi dan ciri-ciri fizikal kawasan tapak yang dikaji ini adalah
terdiri daripada kawasan yang agak beralun ( undulating ). Secara umumnya, kawasan
tapak kajian mempunyai kawasan topografi yang kurang daripada 85 m. titik tertinggi di
dalam tapak kajian ialah 84.3 m dan titik yang terendah ialah 8.4 m daripada purata aras
laut.

46
Topografi bagi kawasan kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1
di mana sela kontor ialah 2 m.

Bagi keadaan tanah dan geologi kawasan kajian, keseluruhan daripada kawasan
tapak kajian dilitupi oleh tanah jenis Siri Rengam ( Renggam Series ). Berdasarkan
kajian yang lepas tanah jenis ini adalah terdiri daripada 43 % tanah liat, 8 % kelodak, 9
% pasir halus dan 40 % pasir kasar. Peratus kandungan organik bagi siri ini ialah lebih
kurang 3 %.

Faktor terpenting di dalam menilai potensi hakisan tanah ialah faktor keamatan
hujan. Berdasarkan kepada laporan meteorologi yang diterima dari Malaysian
Meteorological Services ( MMS ) di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan,
tapak kajian menerima purata hujan tahunan sebanyak 2296 mm.

4.3.2 Pengukuran Kecerunan dan Topografi

Pada masa lalu rupa bentuk muka bumi hanya boleh di ukur melalui pengukuran
tanah oleh pihak juru ukur. Dalam kata lain, ianya melibatkan unjuran garisan dari satu
aras yang diketahui ketinggiannya dan. pengukuran jarak di atas dan di bawah garisan
tersebut ke satu titik dalam kawasan. tersebut. Apabila nilai tiap-tiap titik di ketahui, satu
peta kontor boleh dihasilkan yang akan menerangkan rupa bentuk muka bumi kawasan
tersebut.

Rajah 4.1

Topografi kawasan

48

Peta topo mengandungi garisan-garisan yang di panggil garisan sesama (iso-line)


yang menghubungkan tiap-tiap titik yang mempunyai nilai yang sama. Dalam pemetaan
cara moden, seperti yang dipraktiskan oleh Direktoratan Pemetaan Negara, kontorkontor ini di lukis dari gambar-gambar foto udara yang di sediakan khas. Gambar dan
alat optikal (stereo plotter) yang di guna membolehkan seseorang melihat gambaran tiga
dimensi rupa bentuk muka bumi yang di perbesarkan.

Berasaskan pada gambaran ini seseorang itu boleh melukis garisan kontor di atas
rupabumi pada kadar ketinggian yang di kehendaki. Aras kontor ini di tentukan
berasaskan kepada tanda-tanda pengukuran di panggil tanda aras asas (bench mark) yang
di sediakan oleh juru ukur.

Untuk menentukan kecuraman satu-satu cerun dari pelan kontor, seseorang perlu
mengetahui skala pelan dan sela kontor tersebut. Kemudiannya, perubahan aras yang
dibandingkan dengan jarak dapat ditentukan dan dinyatakan dalam bentuk peratusan,
seperti :

Peratus kecerunan = Perubahan Aras (Menegak)- X 100


Jarak (Mendatar)

la juga boleh dinyatakan dalam bentuk darjah. Penukaran dalam bentuk darjah
atau peratusan boleh berpandukan pada Rajah 4.2

49

Rajah 4.2:

Skala Penukaran Peratusan Atau Pendarjahan

4.3.2.1 Pemetean Kecerunan Untuk Perancangan Guna Tanah

Penyelarasan guna tanah dan kecerunan adalah sangat penting untuk


mengelakkan dari kerosakan pada alam sekitar atau struktur binaan dan utiliti. Dalam
banyak keadaan, ia merupakan penyelarasan gunatanah rupa bumi sedia ada yang:
1. Tidak memerlukan perubahan cerun sediada untuk pencapaian yang lebih
baik.
2. Tidak membahayakan gunatanah dan proses pembinaan oleh cerun sedia ada.

Secara am, pelan kontor topografi sahaja tidak menyediakan maklumat yang
lengkap untuk menyelesaikan masalah perancangan. Pelan kontor tersebut mesti diolah

50
ke dalam bentuk pengelasan peratus/darjah kecerunan yanq sesuai dengan masalah
perancangan.

Kemudahan pelan kecerunan tersebut bergantung kepada;


1. Kriteria yang di gunakan untuk menentukan pengelasan kecerunan.
2. Skala pelan tersebut.

Skala pemetaan dan darjah perincian yang bakal di perolehi adalah bergantung
kepada skala dan jeda/sela kontor pelan asas. Di dalam kawasan di mana pelan
mempunyai dua atau tiga skala yang berlainan, skala yang di pilih perlu sesuai dengan
jenis masalah yang- hendak diselesaikan, contohnya seperti pelan kajisemula tapak,
pelan pembangunan atau pelan perancangan lebuhraya.

Kriteria yang di gunakan untuk menentukan pengelasan kecerunan bergantung


kepada masalah dan persoalan satu-satu. pelan tersebut. Untuk kawasan yang menerima
tekanan dari pembangunan pinggir bandar, kadar kecerunan maksimum dan minimum
bagi pelbagai aktiviti komuniti perlu mempunyai kriteria yang sama.

Perkara lain ialah mengenai kemampuan semulajadi dan keadaan kecerunan.


Contoh kecerunan optimum mengikut gunatanah tertentu. di tunjukkan dalam Jadual 4.1.

51

Jadual 4.1:

Kecerunan Optimum Mengikut Gunatanah Tertentu

Gunatanah
Tapak rumah

Maksimum

Minimum

Optimum

20-25

Tapak permainan

2-3

.05

Tangga Awam ( Bhg. Luar Banggunan )

50

Laman ( berumput )

25

2-3

Kawasan buangan kumbahan

15

.05

Tempat Letak Kereta

.05

Kawasan Pejalan Kaki ( tepi jalan )

10

15-17

32.2 kmj ( 20 bsj )

12

48.3 kmj ( 20 bsj )

10

64.4 kmj ( 20 bsj )

80.5 kmj ( 20 bsj )

96.6 kmj ( 20 bsj )

112.7 kmj ( 20 bsj )

3-4

Gudang

.05

Tempat letak kereta

.05

Kawasan berubin

Jalan dan lorong

Tapak industri
Tapak kilang

52
Tambahan pada penentuan kelas kecerunan dan pelan asas yang bersesuaian,
penyediaan pelan kecerunan juga melibatkan:
1. Penentuan saiz minimum unit pemetaan. Ia merupakan kawasan terkecil untuk
pemetaan dan biasanya ditetapkan mengikut skala peta asas, jeda kontor dan
skala gunatanah yang terlibat. Contohnya, bagi yang mempunyai skala
1 : 24 000, satu unit tidak boleh kecil dari 4.05 hektar (10 ekar) atau 61.11 meter
persegi (660 kaki persegi).
2. Menyediakan satu skala khas di atas kertas berasingan yang mewakili atau
menunjukkan sela pengelasan bagi kecerunan tertentu.
3. Skala khas tersebut perlu di letakkan pada sudut tepat dengan garisan kontor
untuk menghasilkan kawasan-kawasan dalam pengelasan kecerunan tersebut.
4. 4.Tiap-tiap kawasan mengikut kelas kecerunan tertentu hendaklah ditandakan
atau dikodkan mengikut skema kartografi tertentu (Rajah 4.3).

Rajah 4.3:

Contoh Skala Pengelasan Kecerunan

53

4.3.2.2 Pengiraan Analisa Kecerunan

Dikira dengan menggunakan formula;


Peratus Kecerunan

P x 100
M

dimana,
P = Perubahan aras menegak (sela kontor)
M = Jarak mendatar
Biasanya dalam menganalisa kecerunan, nilai m dicari kerana nilai P dan peratus
kecerunan boleh diketahui dari pelan.

Langkah 1:

Mengira jarak mendatar yang disesuaikan dengan skala pelan.


Skala Pelan - 1 : 2000
Sela Kontor - 2 meter

Kecerunan 5%
5% = 2 x 100
M
Oleh itu, M = 2x 100
5
= 40 meter.

54

Nilai M kemudiannya perlu disesuaikan dengan skala pelan. (Katakan dalam sentimeter)
Oleh itu, 40 x 73

= 2920 sm
= 2920/2000
= 1.46 sm.

Kecerunan 10%
10% = 2 x 100
M
Oleh itu, M = 2 x 100
10
= 20 meter.
Nilai M kemudiannya perlu disesuaikan dengan skala pelan. (Katakan dalam sentimeter)
Oleh itu, 20 x 73

= 1460 sm
= 1460/2000
= 0.73 sm

Kecerunan 20%
20% = 2 x 100
M
Oleh itu, M = 2 x 100
20
= 10 meter.

55
Nilai M kemudiannya perlu disesuaikan dengan skala pelan. (Katakan dalam sentimeter)
Oleh itu, 40 x 73

= 730 sm
= 730/2000
= 0.37 sm

langkah 2 :

Menyediakan satu skala khas di atas kertas berasingan untuk pemetaan


kecerunan.

Rajah 4.4:

Skala Kelas Kecerunan.

Analisis cerun bagi tapak kajian adalah dibuat berdasarkan topografi dengan sela
kontor 2 m. hasil daripada analisis cerun bagi tapak kajian adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah4.5. Jadual 4.2 menunjukkan keluasan tapak kajian
berpandukan kepada kecuraman cerun yang diperolehi daripada analisis ke atas cerun.

Rajah 4.5

Peta Analisis Kecerunan

57

Jadual 4.2:

Keluasan tapak kajian berpandukan kepada kecuraman cerun

Kecuraman Cerun ( % )

Keluasan ( ekar )

05

181.88

5 10

197.33

11 20

212.77

Jumlah

591.98

4.3.3 Anggaran Kehilangan Tanah Menggunakan Persamaan Kehilangan Tanah


Universal ( USLE )

Anggaran kehilangan tanah yang dijangkakan sedang atau dijangka berlaku di


tapak kajian boleh ditentukan dengan menggunakan Persamaan Kehilangan Tanah
Universal ( USLE ) seperti yang dibincangkan di dalam Bab III sebelum ini. Bentuk
umum USLE seperti yang telah diberikan di dalam Persamaan 3.1 sebelum ini ialah

R x K x LS x C x P

Di mana :
A

Kehilangan tanah ( tan/ekar/tahun )

Faktor Lebat hujan, menyatakan potensi hakisan dari hujan tahunan


purata di sesebuah kawasan. R adalah perjumlahan produk ribut
berasingan bagi tenaga kinetik lebat hujan ( ratus kaki ton/ekar ) dan

58
keamatan hujan 30 minit maksimum ( in/jam ) bagi semua ribut
signifikan.
K

Faktor kebolehakisan tanah ( tan/ekar/R )

LS

Faktor panjang dan kecuraman cerun ( nisbah tanpa dimensi )

Faktor tumbuhan penutup ( nisbah tanpa dimensi )

Faktor amalan pengawalan hakisan ( nisbah tanpa dimensi )

Di dalam menilai potensi hakisan tanah bagi tapak kajian projek ini, penilaian
akan dilakukan berdasarkan kepada keadaan-keadaan seperti berikut :
a)

Berdasarkan guna tanah semasa

b)

Tanah yang terdedah selepas pembersihan tapak ( tanpa sebarang kawalan


hakisan )

c)

Tanah yang terdedah selepas pembersihan tapak ( dengan menyediakan


kawalan hakisan)

Di dalam menentukan kadar hakisan bagi ketiga-tiga keadaan di atas nilai-nilai


R, K dan LS di dalam USLE adalah malar. Faktor yang mempengaruhi ketiga-tiga
keadaan adalah nilai-nilai daripada Faktor C dan Faktor P.

Berikut adalah merupakan langkah pengiraan di dalam menentukan nilai-nilai


bagi R, K dan Ls :

59

4.3.3.1 Nilai R

Dari persamaan 3.3


R

0.865 P

0.865 x 2296

1986.04

Dari persamaan 3.5


R

EI30
1000

9.28 P 8838

9.28 ( 2296 ) 8838

12468.88

12468.88 x 75

maka,
R

1000
=

935.166

Dari persamaan 3.7


R

0.276 P x I30
100

0.276 ( 2296 ) x 75
100

475.27

dan EI30

75mm/jam

60

Berdasarkan kepada nilai-nilai R yang berbeza daripada Persamaan 3.3, 3.5, dan
3.7, nilai R daripada Persamaan 3.5 dan Persamaan 3.7 boleh diabaikan kerana
memberikan nilai R yang kecil. Nilai R bagi Persamaan 3.3 digunakan dalam analisa
kerana memberikan nilai yang tinggi. Dengan mengambil nilai yang besar anggaran
dapat dibuat dengan lebih baik kerana kebiasaannya iklim di Malaysia adalah tidak
menentu.

4.3.3.2 Nilai K

Jenis tanah

Ciri-ciri tanah :

Jenis Siri Rengam


Tanah liat

43 %

Kelodak

8%

Pasir Halus

9%

Pasir Kasar

40 %

Kandungan bahan-bahan organic

3%

Berdasarkan kepada tanah berjenis Siri Rengam yang diperolehi daripada kajian
kesesuian jenis tanah dengan tumbuhan oleh Jabatan Pertanian Nilai K yang dirujuk
kepada Rajah 3.1 dan Rajah 3.2, ialah 0.05.

61

4.3.3.3 Nilai LS

Nilai-nilai LS untuk tapak ini ialah seperti yang diberikan dalam Jadual 4.3
dimana LS didapati daripada Rajah 3.3 dengan mengambilkira kes terkasar bagi cerun
yang paling maksimum di dalam setiap julat kecuramana cerun yang diberikan.

Berikut adalah langkah-langkah kerja untuk menentukan nilai LS berdasarkan


kepada analisis cerun yang dijalankan. :
a)

Bagi julat 0 5 %, nilai K adalah diwakili oleh cerun 5 % dengan panjang


cerun 600 m. Manakala bagi cerun-cerun 10 % dan 20 % pula , panjang
cerun masing-masing ialah 150 m dan 72 m.

b)

Berdasarkan kepada Rajah 3.3, dengan mengambil panjang cerun yang telah
ditetapkan, unjurkan garisan menegak yang selari dengan paksi-y sehingga
bertemu dengan garis-garis cerun yang berkenaan.

c)

Seterusnya, unjurkan garis mengufuk yang selari dengan paksi-x bermula


dari titik pertemuan tadi ke sebelah kiri untuk mendapatkan nilai-nilai untuk
Faktor LS seperti yang telah diringkaskan di dalam Jadual 4.3 di bawah.

Jadual 4.3 :

Nilai LS yang diperolehi berdasarkan kecuraman cerun

Kecuraman Cerun ( % )

Nilai LS

05

2.05

6 10

3.75

11 20

6.55

62

4.3.4 Anggaran hakisan tanah berdasarkan pelbagai keadaan

Di dalam menganalisis kadar hakisan tanah yang berlaku bagi projek yang
dicadangkan, anggaran terhadap kehilangan tanah sebelum aktiviti pembinaan dan
selepas pembersihan tapak adalah diperlukan supaya satu bentuk perbandingan yang
baik dapat dilakukan.

4.3.4.1 Anggaran hakisan tanah berdasarkan guna tanah semasa ( sebelum projek
dimulakan )

Bagi tapak kajian sebahagian besarnya dilitupi oleh kawasan pertanian. Oleh itu
potensi hakisan tanah bagi tapak kajian sebelum aktiviti pembinaan dimulakan adalah
dengan mengambilkira dua keadaan utama iaitu potensi hakisan tanah berdasarkan guna
tanah semasa ( tanpa kawalan hakisan ) dan potensi hakisan berdasarkan guna tanah
semasa ( dengan kawalan hakisan ).

4.3.4.2 Potensi hakisan tanah berdasarkan guna tanah semasa ( tanpa kawalan
hakisan )

Berdasarkan daripada keadaan semasa tapak, nilai-nilai bagi C dan P adalah


seperti berikut Nilai-nilai C dan P adalah diperolehi berdasarkan kepada Jadual 3.3 dan
Jadual 3.4
:

63
C

0.3 ( berdasarkan tanaman kelapa sawit )

1 ( tanpa kawalan hakisan )

Jadual 4.4 :

Anggaran kehilangan tanah berdasarkan guna tanah semasa ( tanpa


kawalan hakisan )

Cerun

Luas

LS

Ai

(%)

( ekar )

05

181.88

1986.04

0.05

2.05

0.3

61.07

11107.54

6 10

197.33

1986.04

0.05

3.75

0.3

111.72

22044.67

11 - 20

212.77

1986.04

0.05

6.56

0.3

195.43

41580.86

Jumlah

591.98

74731.08

A
( tan/ekar

126.24

/tahun)
A
( tan/ha

51.09

/tahun)

4.3.4.3 Potensi hakisan tanah berdasarkan guna tanah semasa ( dengan kawalan
hakisan )

Berdasarkan daripada keadaan semasa tapak, nilai-nilai C dan P adalah seperti


berikut Nilai-nilai adalah diperolehi berdasarkan kepada Jadual 3.3 dan Jadual 3.4
C

0.3 ( berdasarkan tanaman kelapa sawit )

0.3 ( berdasarkan contour bund )

64

Jadual 4.5:

Anggaran kehilangan tanah berdasarkan guna tanah semasa ( dengan


kawalan hakisan )

Cerun

Luas

LS

Ai

(%)

( ekar )

05

181.88

1986.04

0.05

2.05

0.3

0.3

18.32

3332.26

6 10

197.33

1986.04

0.05

3.75

0.3

0.3

33.51

6613.40

11 - 20

212.77

1986.04

0.05

6.56

0.3

0.3

58.63

12474.26

Jumlah

591.98

22419.92

A(
tan/ekar

27.85

/tahun)
A
( tan/ha

15.33

/tahun)

4.3.5 Potensi hakisan tanah selepas pembersihan tapak

4.3.5.1 Potensi hakisan tanah selepas pembersihan tapak ( tanpa sebarang kawalan
hakisan )
Tanah-tanah yang dibiarkan terdedah di dalam jangkamasa yang lama atau
panjang akan mengakibatkan potensi berlakunya hakisan tanah semakin ketara. Berikut
adalah nilai-nilai C dan P bagi mewakili keadaan ini. Nilai-nilai C dan P adalah
diperolehi berdasarkan kepada Jadual 3.3 dan Jadual 3.4

65
C

1 ( tanah dalam keadaan gondol )

1 ( tanpa kawalan hakisan )

Jadual 4.6 :

Anggaran kehilangan tanah bagi tanah terdedah selepas pembersihan


tapak ( tanpa sebarang kawalan hakisan )

Cerun

Luas

LS

Ai

(%)

( ekar )

05

181.88

1986.04

0.05

2.05

203.57

37025.15

6 10

197.33

1986.04

0.05

3.75

372.38

73462.24

11 - 20

212.77

1986.04

0.05

6.56

651.42

138662.90

Jumlah

591.98

249110.39

A
( tan/ekar

420.81

/tahun)
A
( tan/ha

170.30

/tahun)

4.3.5.2 Potensi hakisan tanah selepas pembersihan tapak ( dengan menggunakan


amalan kawalan hakisan yang berbeza )

Penggunaan amalan kawalan hakisan tanah akan dapat mengurangkan peratus


kehilangan tanah yang tinggi. Dengan mengandaikan bahawa rumput masih belum
ditanam sebagai lapisan pelindungan hakisan yang tetap di tapak kajian ini ( iaitu tanah
masih berada dalam keadaan gondol ) Jadual 4.10 menunjukkan pengurangan kadar
kehilangan tanah berdasarkan penggunaan amalan kawalan hakisan yang berbeza

66
dengan mengambilkira nilai C sebagai 1.0. Nilai-nilai P adalah diperolehi berdasarkan
Jadual 3.5

Jadual 4.7 :

Anggaran kehilangan tanah bagi tanah terdedah selepas pembersihan


tapak ( dengan kawalan hakisan iaitu dengan menyediakan kolam-kolam
endapan aliran hilir tanpa penegntalan bahan kimia )

Cerun

Luas

(%)

( ekar )

05

LS

Ai

181.88

1986.04

0.05

2.05

0.2

46.71

7405.03

6 10

197.33

1986.04

0.05

3.75

0.2

74.48

14696.45

11 - 20

212.77

1986.04

0.05

6.56

0.2

130.28

27720.57

Jumlah

591.98

49822.05

A
( tan/ekar

84.16

/tahun)
A
( tan/ha
/tahun)

34.06

67
Jadual 4.8 :

Anggaran kehilangan tanah bagi tanah terdedah selepas pembersihan


tapak ( dengan kawalan hakisan iaitu dengan menyediakan strukturstruktur kawalan hakisan dengan kadar penggunaan yang normal )

Cerun

Luas

LS

Ai

(%)

( ekar )

05

181.88

1986.04

0.05

2.05

0.5

101.78

18512.57

6 10

197.33

1986.04

0.05

3.75

0.5

186.19

36471.12

11 - 20

212.77

1986.04

0.05

6.56

0.5

325.71

69301.44

Jumlah

591.98

124555.11

A
( tan/ekar

210.40

/tahun)
A
( tan/ha

85.15

/tahun)
Jadual 4.9 :

Anggaran kehilangan tanah bagi tanah terdedah selepas pembersihan


tapak ( dengan kawalan hakisan iaitu dengan menyediakan strukturstruktur kawalan hakisan dengan kadar penggunaan yang tinggi )

Cerun

Luas

LS

Ai

(%)

( ekar )

05

181.88

1986.04

0.05

2.05

0.4

81.43

14810.06

6 10

197.33

1986.04

0.05

3.75

0.4

148.95

29392.90

11 - 20

212.77

1986.04

0.05

6.56

0.4

260.57

55441.15

Jumlah

591.98

99644.11

A
( tan/ekar

168.32

/tahun)
A
( tan/ha
/tahun)

68.12

68

Jadual 4.10 : Jadual ringkasan potensi hakisan dan peratus pengurangan kehilangan
tanah berdasarkan penggunaan amalan kawalan hakisan yang berbeza
daripada Jadual 4.7, Jadual 4.8 dan Jadual 4.9.
Amalan Kawalan Hakisan

Faktor P

A ( tan/ekar

% Pengurangan

/tahun)

Kehilangan Tanah

0.2

84.16

80

0.5

210.40

50

0.4

168.32

60

Penyediaan kolam-kolam
endapan aliran hilir ( tanpa
pengentalan kimia )
Penyediaan struktur-struktur
kawalan hakisan tanah dengan
kadar penggunaan yang
normal
Penyediaan struktur-struktur
kawalan hakisan tanah dengan
kadar penggunaan yang tinggi

4.4

Perbincangan Mengenai Keputusan Analisa .Kadar Hakisan Tanah


Dikawasan Kajian Kes

Semasa kerja pembersihan tanah dijalankan bahagian permukaan tanah yang


paling atas ( top soil ) merupakan bahagian yang paling mudah dan berpotensi tinggi
untuk terhakis. Berdasarkan kepada anggaran kehilangan tanah yang telah dibuat semasa
peringkat analisis, semasa kerja-kerja pembersihan tapak ( site clearing ) dijalankan,
diramalkan kadar kehilangan tanah yang akan berlaku adalah 249110.39 tan / tahun atau
pada kadar 420.81 tan / ekar / tahun ( 170.30 tan / ha / tahun ) sekiranya dibersihkan

69
pada masa yang sama dan dibiarkan terdedah selama setahun tanpa mengenakan
sebarang kawalan hakisan tanah.

Sekiranya kawasan tapak kajian tidak dibiarkan terdedah di dalam tempoh yang
panjang, kadar hakisan tanah yang berlaku yang telah dianggarkan sebelumnya akan
berkurangan. Untuk menyediakan satu pelan perancangan tapak yang mampan selepas
kerja-kerja pembersihan tapak dijalankan, Jadual 4.11 menunjukkan perbandingan kadar
hakisan tanah yang dijangkakan berlaku berbanding dengan tempoh masa ianya
dibiarkan terdedah.

Jadual 4.11 : Perbandingan kadar hakisan dengan tempoh masa tanah dibiarkan
terdedah.
Tempoh Masa

Kadar Hakisan

Jumlah Tanah

% Pengurangan

Tanah Dibiarkan

(tan / ekar / tahun)

yang Terhakis

Hakisan

Terdedah

( tan )

12 Bulan

420.81

249110.39

10 Bulan

420.81

207592.00

17

8 Bulan

420.81

166073.59

33

6 Bulan

420.81

124555.20

50

4 Bulan

420.81

83036.80

67

2 Bulan

420.81

41518.40

83

1 Bulan

420.81

20759.20

92

2 Minggu

420.81

10379.60

96

Penyediaan kaedah-kaedah kawalan hendaklah diaplikasikan di tapak kajian ini


dalam tempoh satu bulan supaya peratus berlakunya hakisan tanah dapat dikurangkan
sehingga melebihi 90 % selain menyediakan struktur-struktur kolam enapan yang
mencukupi dan efisyen. Kaedah-kaedah penstabilan cerun ke atas tanah haruslah

70
disediakan secepat mungkin sebaik-baiknya selepas aktiviti-aktiviti fasa penyediaan
tapak selesai dijalankan. Contoh kaedah penstabilan tanah yang efisyen dan sering
digunakan adalah menanam rumput.

Perbandingan kadar hakisan dengan tempoh masa tanah dibiarkan terdedah


120

% pengurangan hakisan

100

80

60

40

20

0
1 minggu

2 minggu

1 bulan

2 bulan

4 bulan

6 bulan

8 bulan

10 bulan

12 bulan

tempoh masa tanah dibiarkan terdedah

4.5

Cadangan dan Kesimpulan

Berdasarkan daripada kajian penilaian potensi hakisan tanah yang telah


dilakukan ke atas tapak kajian, kadar hakisan tanah diramalkan meningkat pada kadar
126.24 tan / ha / tahun kepada 420.81 tan / ha/ tahun semasa aktiviti penyediaan tapak
dijalankan tanpa melakukan sebarang kawalan ke atas permukaan atas tanah tersebut.

71
Berdasarkan kepada kajian yang terdahulu, kadar hakisan yang boleh diterima hendaklah
tidak melebihi 30 tan / ha / tahun. Ini bermakna selepas pembersihan tapak dijalankan
peningkatan hakisan tanah dijangkakan berlaku sehingga lebih daripada had yang
dibenarkan.

Walau bagaimanapun, kadar tersebut boleh dikurangkan sehingga mencapai atau


had yang dibenarkan sekiranya langkah-langkah kawalan yang dicadangkan disediakan
secepat mungkin dan permukaan tanah yang telah dibersihkan tidak didedahkan dalam
jangkamasa yang terlalu panjang. Tanah yang dibiarkan terdedah dalam jangka masa
satu bulan dapat mengurangkan kehilangan isipadu tanah sehingga 90 %.

Langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang telah dikenalpasti hendaklah


diberi perhatian dan keutamaan di dalam perancangan projek bagi mengelakkan kesan
ketara akibat hakisan tanah ini khasnya kepada alam sekitar.

Berdasarkan daripada kajian yang telah dilaksanakan, projek ini boleh


dilaksanakan tanpa meninggalkan kesan yang ketara dari aspek hakisan tanah sekiranya
langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang telah dikenalpasti disediakan secepat
mungkin dan secara efisyen

72

KESIMPULAN

Penilaian potensi hakisan tanah ke atas sesuatu projek pembangunan yang


dicadangkan adalah perlu dilakukan semasa Penilaian Kesan Ke atas Alam Sekitar (EIA)
dilaksanakan. Kerana ianya merupakan salah satu daripada komponen yang penting
yang membentuk kajian-kajian yang diperlukan di dalam penyediaan EIA. Hakisan
tanah terletak EIA dalam bahagian kajian kesan-kesan ketara yang berpotensi memberi
kesan ke atas alam sekitar khususnya ke atas kualiti air kerana ianya melibatkan air
larian permukaan

Masalah hakisan tanah yang serius dapat diperhatikan semasa peringkat fasa
penyediaan tapak bagi sesuatu projek pembangunan yang dicadangkan. Pembuangan
pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan sedia ada di dalam kawasan tapak cadangan
pembangunan akan mengakibatkan banyak kesan antaranya meningkatkan halaju dan
kuantiti air larian permukaan dan seterusnya akan mengakibatkan peningkatan potensi
hakisan tanah untuk berlaku di tapak tersebut. Jika tiada pengawalan yang dibuat semasa
fasa penyediaan tapak dibuat maka fasa-fasa yang berikutnya juga akan turut
menyumbang kepada masalah hakisan tanah kerana fenomena ini adalah bersifat
selanjar dengan ciri-ciri yang ada pada tanah. Maka langkah-langkah pencegahan dan
kawalan hakisan haruslah disediakan dengan sebaik mungkin selepas fasa penyediaan
tapak dilaksanakan.

73
Empat faktor utama telah dikenal pasti dalam penjanaan hakisan tanah iaitu
faktor cuaca, ciri-ciri tanah, topografi dan penutup tanah. Seperti yang telah
dibincangkan dalam kajian literatur yang lepas, faktor hujan cukup sinonim bila
dikaitkan dengan masalah yang melibatkan hakisan tanah. Ini adalah kerana ianya akan
memberikan kesan secara langsung mahupun secara tidak langsung kepada penjanaan
hakisan tanah. Namun begitu jika tidak disokong oleh faktor-faktor yang lain, masalah
hakisan tanah hanyalah merupakan proses semulajadi alam yang tidak akan
meninggalkan kesan yang ketara perubahan ke atas alam sekitar. Oleh kerana itu semua
faktor yang dinyatakan diatas perlu diambilkira dalam pembentukkan model untuk
menilai potensi hakisan tanah yang berlaku.

Proses-proses hakisan tanah boleh dikatakan bersifat selanjar kerana ianya


bermula daripada kesan yang sedikit kepada kesan yang lebih teruk jika tiada langkah
pengawalan dilaksanakan. Setiap sesuatu jenis hakisan adalah bersifat tidak tetap kerana
ianya cenderung untuk membentuk hakisan-hakisan yang berlainan daripada sifat
asalnya. Sebagai contoh pembentukkan hakisan alur adalah berpunca daripada
percantuman beberapa hakisan lurah atau akibat daya daripada air larian permukaan
yang besar yang berupaya menghakis lurah supaya menjadi lebih besar dan dalam. Ini
jelas membuktikan jenis-jenis hakisan yang berlaku dan mekanismenya adalah bersifat
selanjar.

Penilaian hakisan tanah boleh dibincangkan meliputi dua aspek yang penting
iaitu perbincangan secara kualitatif dan kuantitatif. Perbincangan secara kuantitatif
adalah penting dilaksanakan kerana ianya menentukan sejauh manakah kadar hakisan
tanah berpotensi berlaku di tapak-tapak pembinaan yang dinilai. Ianya dilakukan dengan
menggunakan model-model penilaian hakisan tanah yang sesuai. Persamaan Kehilangan
Tanah Universal (USLE) adalah merupakan model penilaian hakisan tanah yang
terkenal dan digunakan secara meluas dalam meramalkan kadar kehilangan tanah.

74
Walaupun penggunaan model ini hanyalah sebagai anggaran sahaja tetapi ianya penting
dalam menentukan langkah-langkah kawalan yang akan dicadangkan.

Di dalam membuat penilaian kadar hakisan tanah di satu-satu tapak pembinaan,


penilaian yang dilakukan hendaklah mengambilkira keadaan-keadaan hakisan secara
tiga peringkat iaitu semasa sebelum kerja pembinaan, semasa penyediaan tapak dan
selepas kaedah-kaedah kawalan dan pencegahan hakisan tanah disediakan. Dengan
mengambilkira semua keadaan tersebut, satu pelan pengawalan yang lebih efektif dapat
disediakan mengikut keadaan tapak. Selain daripada itu juga ianya dapat menentukan
tahap hakisan yang dijangka akan berlaku dan satu threshold limit kadar hakisan adalah
diperlukan supaya satu perbandingan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan.

Secara keseluruhan hakisan tanah boleh disifatkan satu fitrah alam semulajadi,
namun aktiviti-aktiviti pembangunan tanah yang tidak terkawal seringkali
menyumbangkan masalah hakisan tanah yang serius. Biarpun begitu dengan pelan-pelan
pengawalan hakisan yang terbaik dapat menyediakan satu pembangunan yang mampan
iaitu pembangunan yang mengambilkira kesan-kesan ke atas alam sekitar.

75

RUJUKAN

1. B.A Stewart, D.A Wollhiser. J.H. Wischmeier, Caro, M.H Frere . Control of
Pollution from Cropland. U.S. EPA Report No. 600/2-75-026 or USDA Report
No. ARs-H-5- :Washington D C. 1975
2. B.L Kay.Straw as an Erosion Control Mulch. Agronomy Progress Report No.
140. University of California, Davis, Agricultural Experiment Station
Cooperative Extension, Davis, California.1983
3. Balley, Robert G., Land Capability Classification of the Lake Tahoe Basin
California-Nevada,Washington D.C I- Forest Reserve, U-S Department of
Agriculture, 1974, m.s 32
4.

Brigss, Reginald P. , et. al., Landsliding in Allegheny County, Pennsylvania.,


Geological Survey Circular 728, 1975, m.s 88

5.

Carson,M.A and Kirby,M.J., Hillslope form and process,Cambridge, United


Kingdom, 1972, ms 475

6. Department of Environment ( DoE ). A Handbook of Environment Impact


Assesmentt Guidelines. Ministry of Science, Technology and the Environment,
Malaysia.2nd Edition. August 1995.

76
7. Department of Environment ( DoE ). Guidelines for Preventation and Control
of Erosion and Siltration in Malaysia. 1st Edition. 1996
8. E.J Roose. Erosion et ruissellement en Afrique de eouest. Vingt annees de
messures en Petites Parcelles experimentales, Cyclo ORSTAM,
Adiopodoume. Ivory Coast. 1975
9. G.R Foster, L.J Lane. Simulation of Erosion and Sediment Yoeld from FieldSized Areas. In R. Lal and E.W Russell ( eds ). Tropical Agricultural Hydrology.
Chichester, Wiley. 1981
10. Jabatan Alam Sekitar ( JAS ). Penilaian Kesan KEpada Alam Sekeliling,
Prosedur dan Keperluan di Malaysia. Kementrian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar. Kuala Lumpur. 1984
11. R.P.C Morgan. Estimating Regional Variation in Soil Erosion Hazard in
Peninsular Malaysia. Malayan Nature Journal 28. 1974
12. R.P.C Morgan. Soil Erosion and Conservation,. LONGMAN. 2ND Edition.
Kuala Lumpur. 1995
13. S.J Goldman, K. Jackson, T.A. Bursztynsky P.E. Erosion and Sediment Control
Handbook. McGraw-Hill Book Company. 1986
14. Schuster, Robert L. and Krizek, Raymond J., Landslides: Analysis and Control,
Washington D.C, National Academy of Sciences, 1978, m.s 234
15. T.R. Mill, M.L Clar. Erosion and Sediment in Surface Mining in the Eastern
U.S. U.S Environmental Protection Agency. Washington D.c. 1976

77
16. U.S. Deparment of Agriculture, Soil Conservation Service. Guide for Erosion
and Sediment Control in California. USDA, SCS, Davis, Calif. 1977
17. V.Novonty, ph.D, P.e, G.Chester, ph.D, d.Sc . Handbook of Nonpoint Pollutio.
Van Nostrand Reinhold Company.1981
18. Vitek, John D. and Marsh, William M., Landslide hazard mapping foE local
Land use planning, New York; McGraw Hill, 1978, m.s 292
19 W.H Wischmeier, D.D Smith. Predicting Rainfall Erosion Losses from
Cropland East Of The Rocky Mountains Agriculture Handbook No. 282 USDA
, Washington D.C. 1965
20. W.H Wischmeier, D.D Smith. Predicting Rainfall Erosion Losses A Guide to
Conservation Planning.Agriculture Handbook No. 537 U.S DEparment of
Agriculture, Science and Education Admisistration. , Washington D.C. 1978
2 1. Way, Douglas s., Terrain Analysis; A guide to site selection using aerial
photographic interpretatio Strousburg, Penn.;Dowden, Hutchinson and Ross,
1973, m.s 392.

You might also like