You are on page 1of 9

DASAR-DASAR PENDIDIKAN

Teori-teori Pembelajaran

 Behaviour
- Ivan Pavlov >anjing<, JB Watson >little albert & tikus putih< (Pelaziman Klasik), B.F.
Skinner >Tikus & Peti Skinner<, E.L Thorndike >kucing & sangkar< (Pelaziman Operan)
- PELAZIMAN KLASIK: Rangsangan (neutral/semula jadi/terlazim) -> Organisma -> Gerak
balas (semula jadi/terlazim)
- PELAZIMAN OPERAN: Ransangan > Peneguhan (positive vs negative) > Organisma >
Gerak balas
- Hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan
- Ganjaran dan hukuman
 Konstruktivisme
- Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey
- Proses pembelajaran? aktif dan dinamik, berkembang sedikit demi sedikit sepanjang
hayat seseorang individu
- Seseorang individu akan membina atau “konstruk” ilmu pengetahuan dgn usaha sendiri
dan bukan menguasainya daripada org lain.
- Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang
dialami
- Apabila manusia berhadapan dgn sesuatu yg tidak diketahui, mereka ingin
memahaminya.
- Ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda
berdasarkan pengalaman sebenar.
- Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya, guru mesti sedar ttg corak mental
pelajar yg boleh membantu memreka memahami dunia utk menyokong pemikiran
mereka.
 Kognitif
- Gagne, John Dewey, Jerome Brunner >discovery learning< , Lev Vygosky, Ausubel, Kohler
- Menekankan proses mental, informasi penting akan diingati
- Proses pembelajaran dengan cara memahami lebih baik berbanding menghafal,
seseorang yg belajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sst apabila
pembelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logic tertentu, penyusunan
prosedur pengajaran from simple > kompleks.
- Pelajar harus aktif dan pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran bergantung pd
pengalaman & minat pelajar sendiri & mesti ada kaitan dgn kehidupan mereka barulah
senang relate & faham (JOHN DEWEY).
- Lev Vygotsky: Scaffolding (bimbingan)
- Kohler: Celik akal (cimpanzi)
- David Ausubel : Pembelajaran secara penerimaan, pembelajaran bermakna apabila
bahan pengajaran yang digunakan merupakan bahan yang bermakna (bbm & cara cikgu
mengajar) + advance organizer
- Gagne: Hierarki pembelajaran gagne, bermula drpd motivasi luaran kpd motivasi
dalaman
 Humanisme
- Abraham Maslow, Carl Rogers
- Melihat pelajar sbg insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan utk belajar dan
berkembang
- Pendidikan menekankan keunikan setiap individu dgn mengiktiraf persepsi, pengalaman
dan pendekatan terhadap pembelajaran yg berbeza.
- Memberi tumpuan kpd perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsic dan kesedaran
kendiri pelajar.
- Pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran terhasil jika pelajar berasa tenang dan
bebas daripada ancaman serta perbezaan individu, pembelajaran pengalaman.
- Hierarki keperluan maslow : keperluan fisiologi (basic needs & keselamatan) //
keperluan psikologi (kasih sayang / penghargaan kendiri / kesempurnaan kendiri)
- Bentuk konsep kendiri positif pelajar, percaya bahawa pelajar boleh belajar jika tempoh
masa mempelajarinya mencukupi, guru sbg fasilitator, layan pelajar sbg manusia, fokus
pada student more than pelajaran
 Sosial
- Albert Bandura >patung bobo<
- Teori pembelajaran peniruan & pembelajaran pemerhatian atau modeling
- Manusai berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku yang
menghasilkan ganjaran
- Motivasi dan peneguhan / model sebenar, model simbolik
- Guru boleh jd teladan atau kenalkan tokoh sbg model, show them first (memerhati >
tiru), peneguhan positif, peer friends sbg role model.

PIBG

- Persatuan Ibu Bapa dan Guru.


- Sekolah-sekolah ternama yg mengeluarkan ramai pelajar yg bermutu dan cemerlang
mempunyai PIBG yg aktif.
- PIBG merupakan suatu jambatan yg menghubung dan mendekatkan rumah dan sekolah
dan antara ibu bapa dan guru untuk mewujudkan kerjasama secara baik dalam mendidik
anak-anak menjadi manusia yg berguna
- Peranan PIBG: help each other out, sbg badan kebajikan utk mendapatkan kerjasama
erat dari semua pihak (aspek sosial & ekonomi apabila sst program hendak
dilaksanakan)

PBS

- Pentaksiran Berasaskan Sekolah


- Ciri2: Holistik, seimbang, fleksibel, mempunyai rujukan standard (band)
- 4Jenis pentaksiran dalam PBS: Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Psikometrik (Psi),
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani & Kokurikulum (PAJK)
- Pentaksiran Sekolah : FORMATIF (dijalankan seiring dgn proses PdPC; Lembaran kerja,
Ujian, Pemerhatian, Kuiz, Senarai Semak, Homework, Laporan tugasan) & SUMATIF
(dilaksanakan di akhir suatu unit pembelajaran; ujian bulanan & ujian semester)
- Murid tahap 1 sekarang tiada exam besar yg berpusat (ALERT! ISU TERKINI)
LINUS

- Program LINUS (Literasi & Numerasi) diperkenalkan pd Ogos 2009 merupakan


sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dlm
Program Transformasi Kerajaan bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M
dgn lebih sistematik (khas utk murid tahap 1)
- PROGRAM LINUS DIHENTIKAN MULAI 2019
- Tapi sekolah akan melaksanakan program sendiri mengikut kesesuaian bagi mengatasi
masalah penguasaan 3M
- Setiap sekolah perlu ada inisiatif sendiri merangka program masing-masing yg sesuai dgn
keperluan murid di sekolah mereka.
- “Pendekatan sekarang, sama ada peringkat kementerian, JPN & PPD akan memberi
sokongan kpd program yg dirangka pihak sekolah masing-masing”

ProTiM

- Program Pemulihan 3M merupakan program yg dirancang bagi menangani masalah


membaca menulis dan mengira dalam kalangan murid sekolah rendah pd Tahap 2.
- Terdapat modul yg disediakan utk subjek bahasa melayu & matematik
-
PPPM 2013-2025 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)

- Lima Aspirasi Sistem: AKSES / KUALITI / EKUITI / PERPADUAN / KECEKAPAN


- Enam ciri utama murid: Pengetahuan Kemahiran berfikir Kemahiran memimpin
kemahiran dwibahasa Etika & Kerohanian Identiti Nasional.
- 3 Gelombang: 1. 2013-2015; mengubah sistem dgn memberi sokongan kpd guru dan
memberi fokus kpd kemahiran utama/ 2. 2016-2020 Memacu peningkatan sistem/ 3.
Menganjak kecemerlangan melalui peningkatan tadbir-urus kendiri.
- 11 Anjakan Utama utk transformasi

Gelombang KEDUA PPPM (SKPMg2 / DTP / PBD / PBS / STEM


/ PAK21 ~ ADA KENA MENGENA DGN TS25)
PUTRAJAYA 23 Nov. - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
merupakan satu pelan menyeluruh yang merangkumi hala tuju sistem pendidikan
negara bermula daripada prasekolah hingga pendidikan menengah.
Sejak dilancarkan, PPPM yang sudah memasuki tahun keempat
dilaksanakan dan kini memasuki Gelombang Kedua berjaya membawa
perubahan terhadap dimensi pendidikan negara.

Sebanyak 20 inisiatif utama Gelombang Kedua PPPM diteruskan bagi


memacu peningkatan sistem pendidikan di negara ini.
Antara inisiatif tersebut ialah pengukuhan perpaduan di sekolah,
Pembudayaan Kemahiran Berfikir Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dan
Pengukuhan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Selain itu, Program Transformasi Daerah (DTP), peluasan penglibatan sektor


swasta dan pelaksanaan struktur baharu Kementerian Pendidikan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, PPPM memacu
sistem pendidikan negara menerusi pelbagai inisiatif yang terkandung
dalam dokumen tersebut.

Katanya, Gelombang Kedua juga mengariskan dua sasaran mikro bagi


meneruskan kesinambungan Gelombang Pertama yang lebih menumpukan
mengubah sistem sokongan guru dan kemahiran utama.

Beliau menjelaskan dua perkara tersebut adalah kualiti sekolah dan


kemenjadian murid.

“Gelombang Satu PPPM telah pun selesai tiga tahun lalu dan berjaya
mencapai fokusnya iaitu pembangunan kapasiti yang merangkumi guru,
sekolah dan murid dan pelajar.

“Jika pada Gelombang Pertama PPPM, kita fokus untuk mengubah struktur
pendidikan, tetapi Gelombang Kedua pula ditumpukan terhadap
transformasi pembudayaan pendidikan,” katanya.

Mengulas lanjut Amin berkata, pihaknya mahu pelaksanaan PPPM dapat


dirasai setiap masyarakat dan tidak mahu hanya sekadar ia tertulis atas
dokumen semata-mata.

“Pokok pangkalnya, hasilnya adalah kemenjadian pelajar itu sendiri yang


menjadi ukuran kejayaan PPPM,” jelas beliau.

Bagi mencapai hasrat itu, Amin menjelaskan, Gelombang Kedua PPPM


melihat kepada keberkesanan pelaksanaan dan pelaporan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dengan tidak menumpukan kejayaan seseorang
murid atau pelajar berasaskan peperiksaan.

Tambahnya, bermula darjah satu sehingga tingkatan tiga, ukuran


kemenjadian pelajar dan murid berdasarkan tahap pencapaian mereka
yang dianalisis sukan, kokurikulum, personaliti dan minat kerjaya.
“Selepas itu ketika tingkatan empat dan lima, barulah kita kenal pasti
kecenderungan mereka sama ada ke aliran sains atau vokasional sebelum
mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Menurut Amin lagi, salah satu inisiatif utama Gelombang Kedua PPPM
adalah pelaksanaan DTP yang dilihat mengubah landskap pejabat
pendidikan daerah (PPD) secara holistik.

Beliau menjelaskan, PPD kini tidak akan bersifat pentadbiran semata-mata


termasuk menguruskan pertukaran guru tetapi berfungsi membimbing
sekolah-sekolah di bawah pentadbiran mereka ke arah kecemerlangan
menerusi pembangunan program pendidikan daerah masing-masing

“Setiap PPD bertindak memantau kehadiran murid, disiplin murid,


kehadiran guru, kualiti pengajaran dan kepimpinan sekolah.

“Malah Dialog Prestasi DTP melibatkan antara PPD dan pengurusan sekolah
berperanan untuk memantau prestasi setiap sekolah masing-masing,”
katanya.

Amin berkata, sekiranya berlaku penurunan prestasi di sekolah tertentu,


sekolah lain akan membantu sekolah berkenaan bagi meningkat kemajuan.

“Maka selepas ini, tiada lagi sekolah ini terbaik, sekolah itu kurang
cemerlang, kita sama-sama berganding bahu membantu meningkat
prestasi pelajar,” katanya.

i-Think (Peta Pemikiran)

i-Think bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah
menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.
Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM)
sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Menurut kajian yang dijalan oleh Laura (2011), peta pemikiran telah berjaya meningkatkan
keupayaan pelajar untuk membanding beza sebanyak 69%. Beliau juga menyatakan
bahawa peta pemikiran telah dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan pelajar.
Berdasarkan kajian oleh Morgan-Janes (2009) mendapati bahawa peta pemikiran
merupakan alat yang sangat berguna untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Seterusnya,
menurut kajian yang telah dijalankan oleh TIMSS (Trends in International Mathematics and
Science Study) dan PISA (Programme for International Student Assessment) mendapati
kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
tersebut mendapati, murid mempunyai berpengetahuan tetapi tidak tahu untuk
mengaplikasikannya.
Murid perlu dilatih membuat analisis dan perbincangan. Program i-Think bertujuan untuk
melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif
serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

SKPMg2

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Kualiti


Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia 2003 (SKPM2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010
(SKPM 2010). Perubahan ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) dan perkembangan bidang pendidikan semasa.

Semua sekolah di bawah KPM akan melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS)
menggunakan instrumen SKPMg2 mulai 1 Mac 2017. Penilaian akan dilakukan sepanjang
tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada
bulan Mac, Julai dan November.
TS25
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
 Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah.

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari
2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara
lain ialah;

 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;


 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada
pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat dan Teras TS25

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

 Memantapkan kepimpinan sekolah


 Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
 Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

Matalamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan
unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu.

You might also like