You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan
Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa
dari atas ke bawah akibat tarikan graviti bumi. Bahan-bahan ini akan bergerak dan diangkut
dari atas kawasan cerun ke bahagian bawah di kawasan lereng bukit atau gunung disebabkan
oleh tarikan graviti bumi. Pergerakan ini berlaku disebabkan larian air hujan, angin, hakisan
atau air dari salji yang mencair. ( Arthur Getis et al. 2013 ) . Pergerakan jisim dapat
dikategorikan kepada dua jenis iaitu jenis aliran cepat dan aliran perlahan. Setiap proses
pergerakan jisim mempunyai cirinya tersendiri ( Carson & Kirkby, 1972 ) .Aliran cepat ialah
merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke
bawah secara cepat atau tiba-tiba akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis aliran
cepat ini melibatkan proses gelungsoran tanah, aliran lumpur, aliran salji Pergerakan jisim
jenis aliran cepat ini selalunya berlaku di tempat yang mempunyai aliran air yang banyak.
Proses aliran perlahan pula bermaksud pergerakan bahan atau regolit seperti tanih dan batuan
dari atas ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis
aliran perlahan ini juga dikenali sebagai proses kesotan dan melibatkan proses kesotan
batuan, kesotan tanih dan kesotan batu glasier.
Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang mempunyai
topografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras
laut. Bukit Antarabangsa mempunyai longitud antara 10146 T hingga 10147 T dan latitud
antara 0310.8 U hingga 0311.3 U. Kawasan Bukit Antarabangsa mempunyai ciri iklim
yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak
2500 sehingga 3000 mm. Manakala tanah tinggi Cameron Highlands pula terkenal dengan
aktiviti pelancongan, penternakan, aktiviti pertanian seperti penanaman sayur-sayuran dan
buah-buahan. Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi
yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari
keduanya.. Proses kegagalan cerun menjadi satu masalah di kawasan berbukit-bukau seperti

Cameron Highlands, Fraser Hill, Genting Highlands di Pahang dan beberapa kawasan tanah
tinggi di Malaysia. Dua lokasi kajian kes yang dirujuk adalah Bukit Antarabangsa,Selangor
dan kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

Rajah 1
:

Kejadian Tanah Runtuh di Malaysia dari Tahun 1993-2011


Sumber : Jabatan Geoteknik dan Forensik, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Darul Ehsan, (2012)

2.0 Proses- Proses Pergerakan Jisim Di Bukit Antarabangsa Dan Cameron Highlands

2.1.1 Gelongsoran / Tanah Runtuh


Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta
memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kejadian tanah runtuh besar yang telah

berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview di Hulu Kelang (Selangor), Gua
Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), persimpangan lebuhraya NKVE, Bukit
Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali
dikaitkan dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak
sebagai pencetus kepada kegagalan cerun. Keadaan iklim tropika yang panas dan lembab ini
juga turut menyebabkan proses luluhawa secara relatifnya adalah lebih tinggi berbanding
kawasan beriklim lain.Berdasarkan lokasi kajian kes di Bukit antarabangsa, proses
pergerakan jisim yang telah berlaku dikawasan terbabit adalah gelungsoran tanah akibat
hujan yang lebat. Air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan bertindak sebagai agen
pemberat dan menggalakkan proses geluncuran tanah. Kadar jumlah hujan yang tinggi
menyebabkan berlaku larian air secara berlebihan yang telah menyusup ke bawah permukaan
dan menjadikan bahan bumi di bawah permukaan semakin lemah. Hujan yang lebat akan
mencungkil permukaan tanah dan percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan untuk
sesetengah kawasan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah kuat dan menyebabkan
granul-granul tanah bukan sahaja tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah akibat daya
hujan yang kuat. Apabila kadar susupan air ke bawah tanah sudah menjadi tepu dan tanah
tidak lagi mampu menerima air masuk ke dalam tanah, lebihan air ini akan mengalir sebagai
larian air permukaan yang akan membawa sendimen-sendimen bersama-samanya ketika
berlakunya proses larian air permukaan.Titisan air hujan yang banyak akan menyebabkan
tanah terdedah melonggarkan struktur batuan yang terdapat di permukaan tanah dan proses
gelongsoran tanah berlaku apabila kawasan bukit tidak lagi mampu menampung berat beban
yang terdapat di atas permukaan cerun. Keadaan menjadi semakin buruk kerana kawasan
Bukit Antarabangsa berada di kawasan yang mempunyai kecerunan yang tinggi yang
menggiatkan lagi proses hakisan berlaku.

Rajah 2 : Taburan purata hujan tahunan selama 5 tahun (2005-2009)


Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia, (2009)

Jadual 1 : Cerapan hujan selama 10 hari sebelum berlakunya runtuhan (Nov/Dis 2008)
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia, (2009)
Jumlah hujan selama 10 hari sebelum kejadian kegagalan cerun telah dikenalpasti iaitu
sebanyak 112 mm (Jadual 1), atau hujan harian purata sebelum berlaku kegagalan cerun ialah
11.2mm. Secara relatif, jumlah hujan harian adalah rendah, tetapi sifat tanah kawasan cepat
menjadi tepu, kesan daripada kelebatan hujan pada bulan-bulan sebelumnya. Jumlah hujan
bulan Disember 2008 ialah 167.8 mm, jumlah ini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan
jumlah hujan bulan November iaitu sebanyak 410.4 mm. Tiga kemuncak hujan dicatatkan
4

semasa November iaitu masing-masing 59, 63 dan 67 mm, sedangkan jumlah hujan tertinggi
semasa Disember ialah 27.6 mm (Jadual 1). Berlakunya kegagalan cerun di Bukit
Antarabangsa ialah dengan kelebatan 21.8mm pada pagi 6 Disember 2008 (Jadual 1).

Rajah 3 : Proses gelongsoran tanah


Sumber : Proses pergerakan jisim (2009), Diakeses daripada
http://noah.greenhero.id/tanah-longsor-banjarnegara-2014/. Pada 20 April 2015

2.1.2 Kesotan Tanah / Luluhawa Kimia

Malaysia merupakan kawasan tropika lembap yang menerima jumlah hujanan tahunan
melebihi 2000 mm setahun. Hal ini menyebabkan aktiviti luluhawa dalaman atau luluhawa
kimia berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi melebihi 30 meter terutama di kawasan
cerun dan menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar. Luluhawa kimia atau

luluhawa dalaman adalah proses pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi secara
insitu oleh agen-agen luluhawa kimia seperti iklim (suhu dan hujan) serta mengubah
kandungan kimia batuan tersebut. Terdapat 6 proses utama yang terlibat dalam aktiviti
luluhawa kimia atau luluhawa dalaman iaitu proses larutan, proses pengkarbonan, proses
hidrolisis, proses penghidratan, dan proses pengoksidaan. Regolit yang tebal dan longgar ini
mudah bergerak akibat tarikan graviti bumi yang menariknya ke bawah cerun. Aktiviti
luluhawa dalaman berlaku di dalam tanah akibat kadar susupan air ke dalam tanah yang
tinggi dan jauh ke dalam bumi. Perkara ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar
dan lemah kerana kadar susupan air yang banyak. Kadar hakisan semakin tinggi sekiranya
tanah di sesuatu kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti di lereng-lereng
bukit. Pengaliran air yang deras akan menghakis permukaan tanah atau lapisan tanah.
Keadaan muka bumi yang mempunyai kecerunan yang tinggi seperti di Bukit Antarabangsa
menyebabkan berlakunya pergerakan jisim secara perlahan-lahan ketika waktu hujan tanpa
disedari oleh manusia. Kebanyakan projek pembangunan di sekitar kawasan Bukit
Antarabangsa terletak di kawasan cerun bukit. Menurut laporan 13 Ogos 2008, kebanyakkan
kawasan cerun di Bukit Antarabangsa terletak pada kelas III, iaitu cerun yang berisiko tinggi
kerana mempunyai kecerunan 26 - 35. Kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terletak
dalam batuan granit yang berketinggian 143m, kebanyakan batuan granit di kawasan ini
terluluhawa dan sebahagian lagi didapati mengandungi beberapa set kekar dalam keadaan
terbuka atau tertutup.Perkara ini menyebabkan proses kesotan berlaku di kawasan tersebut.
Proses kesotan melibatkan pergerakan bahan yang tidak konsolidat akibat tindak balas proses
pengembangan dan pengecutan. Proses kembang dan kecut adalah merupakan salah satu agen
luluhawa yang bertindak dengan cepat apabila proses tersebut berlaku di permukaan bumi
akibat cahaya matahari manakala proses yang berlaku di dalam tanah akan menjadi perlahan
kerana tidak menerima cahaya matahari. Pergerakan aktiviti luluhawa yang menyebabkan

berlakunya proses kesotan tanah tidak dapat dilihat dengan mata yang kasar namun dapat
dilihat melalui batang pokok yang bengkok dan tiang elektrik yang condong.

Rajah 4 : Proses kesotan tanah


Sumber: Pagar Museh Blogspot ( 2012), Diakses daripada
http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/08/kuliah-9-pergerakan-jisim.html, Pada 20 April
2015

2.1.3 Aliran Lumpur


Proses aliran lumpur merupakan salah satu daripada proses pergerakan jisim. Aliran lumpur
bergerak dalam keseluruhan ricihan yang berbeza di dalam jisim yang diangkut dan tiada
satah yang jelas pada dasar puin yang bergerak. Proses ini melibatkan pergerakan struktur
batuan dan tanah dalam bentuk aliran. Proses aliran lumpur berlaku apabila berlakunya hujan
yang lebat di sesuatu kawasan yang menyebabkan berlakunya larian air bersama tanah
dengan halaju yang tinggi. Kadar susupan air ke dalam tanah yang tinggi menyebabkan tanah
tidak lagi mampu menyerap jumlah air yang banyak dan menjadi tepu dan menyebabkan
lebihan air terpaksa bergerak sebagai larian air permukaan dan bergerak ke bawah cerun.
Hujan yang lebat menyebabkan batuan- batuan kecil dan tanah akan tercungkil keluar
7

daripada tempatnya dan akan bergerak ke bawah cerun bersama-sama aliran air. Jumlah hujan
yang lebat pada satu- satu masa akan mengakibatkan struktur tanah menjadi longgar dan
seterusnya perlahan-lahan bergerak bersama-sama air menjadi aliran lumpur. Keadaan
menjadi semakin buruk apabila kawasan tersebut berada di kawasan bukit dan mempunyai
kadar kecerunan yang tinggi. Hal ini menyebabkan halaju air yang bergerak akan meningkat
kerana faktor cerun.
Aliran lumpur bukan sahaja membawa air dan tanah, namun membawa sekali sendimensendimen dan objek-objek yang dilanggar oleh aliran tersebut semasa menuruni cerun dan
menambahkan lagi kelajuan aliran. Aliran lumpur tersebut yang mengalir ke bawah akibat
tarikan graviti akan melanggarkan kawasan kawasan sekitar termasuk kawasan perumahan.
Kejadian yang berlaku di Sungai Bertam, Cameron Highlands, Pahang adalah salah satu
contoh aliran lumpur. Kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh hujan yang lebat secara
berterusan dan mengakibatkan berlakunya aliran lumpur apabila Empangan Sultan Abu Bakar
melimpah kerana tidak mampu menampung isipadu air yang banyak. Hal ini disebabkan
aktiviti penebangan pokok dan kawasan tadahan air yang dimusnahkan akan menyebabkan
air hujan yang jatuh ke permukaan bumi tidak dapat diserap ke dalam tanah kerana kawasan
permukaan bumi yang telah digondolkan dan digantikan dengan permukaan tar dan simen
yang menghalang air meresap ke dalam tanah. Kejadian yang berlaku pada 23 Oktober 2013
telah mengorbankan 3 mangsa kemusnahan harta benda.

ajah 5 :

Kejadian Banjir Lumpur / Aliran Lumpur di Cameron Highlands


Sumber : Banjir Lumpur di Cameron Highlands ( 2013), Diakses daripada
http://www.melvister.com/2013/10/gambar-banjir-lumpur-di-cameronhighlands-23-oktober-2013.html. Pada 22 April 2015

3.0 Faktor Yang Mempengruhi Pergerakan Jisim


Pergerakan jisim yang berlaku di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
dapat dipecahkan kepada dua iaitu faktor semulajadi dan faktor manusia. Faktor semulajadi
yang mempengaruhi proses pergerakan jisim adalah hujan yang lebat. Hujan yang lebat
sepanjang tahun melebihi 2000 mm boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim di
sesuatu kawasan. Apabila hujan turun disesuatu kawasan, titisan air yang jatuh ke permukaan
bumi akan menghasilkan percikan dan akan menlonggarkan stuktur batuan yang terdapat di
permukaan tanih.
Hujan yang lebat secara berterusan akan meningkatkan kadar larian air permukaan kerana
jumlah air yang banyak akan menyebabkan tanah tidak lari dapat menerima atau meresap air
9

tersebut ke dalam tanah akibat air yang telah penuh di dalam tanah. Hujan akan melemahkan
struktur tanah dan batuan dan seterusnya tanah akan bergerak secara perlahan- lahan atau laju
bergantung kepada kadar kecerunan sesuatu kawasan. Air adalah agen pemberat dan
berfungsi sebagai pelincir dalam mempengaruhi proses pergerakan jisim. Apabila berlakunya
proses pergerakan jisim, akan berlaku larian air bersama- sama tanah yang dikenali sebagai
aliran tanah. Proses pergerakan jisim ini berlakunya secara dengan giat di kawasan yang
mempunyai kecerunan kawasan yang tinggi dan memberi kesan kepada flora dan fauna di
kawasan sekelilingnya. Contoh kajian kes pergerakan jisim yang berlaku akibat hujan adalah
kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor yang menyekasikan banyak
kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa berlaku di kawasan tersebut.

Selain itu, faktor manusia juga mempengaruhi proses pergerakan jisim. Aktiviti peneresan
kawasan bukit secara tidak terkawal atas mempengaruhi proses pergerkan jisim. Aktiviti
pemotongan cerun yang dilakukan oleh pihak pemaju dan kontraktor untuk aktiviti
pembinaan akan menyebabkan gangguan kepada kestabilan cerun di sesuatu kawasan.
Apabila sesuatu cerun di potong, bahan- bahan batuan dan tanah akan kehilangan cengkaman
kerana aktiviti pemotongan cerun yang dijalankan. Kawasan cerun yang di potong akan
terdedah kepada bahaya dan akan berlakunya proses luluhawa apabila matahari membekalkan
cahayanya untuk proses kembang dan kecut. Kawasan cerun yang terdedah tanpa sebarang
tanaman tutup bumi juga mudah runtuh kerana tanah tidak mempunyai cengkaman dan
apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah, sendimen serta batuan akan dibawa
turun ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi. Proses ini jika dibiarkan berterusan akan
menyebabkan berlakunya gelongsoran tanah kerana tanah tidak lagi mampu menampung

10

berat bebanan yang berada diatas permukaan tanah dan di tambah dengan air yang bertindak
sebagai agen pemberat dan pelincir untuk proses pergerakan jisim berlaku.

Rajah 5 : Jenis-jenis proses pergerakan jisim


Sumber : Proses geomorfologi , ( 2010). Diakses daripada
http://kebebasan-yang-dinikmati.blogspot.com/2011/12/gerakanjisim-pito-geomorfologi.html. Pada 23 April 2015

4.0 Kesan Pergerakan Jisim Kepada Alam Sekitar dan Manusia

Pergerakan jisim menyebabkan berlakunya kerosakkan kepada sistem tadahan air


semulajadi dan ekosistem. Apabila berlakunya gelongsoran tanah akibat hujan, pergerakan
jisim di kawasan tersebut akan menyebabkan berlakunya kemusnahan kawasan tadahan air
semulajadi akibat pergerakan tanah yang berlaku. Hal ini akan menyebabkan berlakunya
gangguan kepada eksositem dan proses kitaran hidrologi. Apabila berlakunya kejadian
sedemikian, bekalan air terpaksa dihadkan atau dicatu kerana ketiadaan kawasan tadahan air
11

menyebabkan sumber air berkurang. Selain itu, kemusnahan kawasan tadahan air juga
mengakibatkan berlakunya proses aliran lumpur. Hal ini demikian kerana, kemusnahan
kawasan tadahan air yang melitupi kawasan pokok-pokok yang berfungsi sebagai penapis
dan bertindak memperlahankan larian air permukaan akan menyebabkan aliran lumpur
tersebut akan membawa segala bahan atau sendimen bersama-samanya ketika berlakunya
larian lumpur. Perkara ini berlaku disebabkan pokok yang berfungsi sebagai penampan telah
musnah dan tidak lagi dapat membantu memperlahankan pergerakan air larian yang berlaku.
Kemusnahan sistem tadahan air juga menyebabkan masalah perubahan iklim di sesuatu
kawasan. Kemusnahan kawasan hutan akan menyebabkan suhu di sesuatu kawasan berubah
kerana pokok-pokok yang berfungsi sebagai penyerap haba tidak lagi wujud untuk
menjalankan tugasnya. Hal ini akan menyebabkan suhu di sesuatu kawasan itu akan
meningkat sedikit demi sedikit seperti yang berlaku di tanah tinggi Cameron Highlands
apabila suhu di tanah tinggi tersebut semakin meningkat dari semasa ke semasa akibat aktiviti
pertanian teres yang dijalankan dan aktiviti pembangunan yang semakin rancak berlangsung.
Peningkatan suhu tersebut akan menjejaskan imej Cameron Highlands sebagai tanah tinggi
iklim sejuk yang menjadi tumpuan pelancong dari luar mahupun dari dalam negara Malaysia.
Selain itu, pergerakan jisim juga menyebabkan berlakunya kerosakan jalan raya, rumah
dan harta benda. Kejadian tanah runtuh menyebabkan berlaku kerosakan jalan raya dan harta
benda. Hal ini demikian kerana, apabila kejadian tanah runtuh berlaku, aliran tanah dan
gelongsoran tanah akan membawa aliran lumpur dan batuan batuan ke permukaan jalan dan
menyebabkan berlakunya kerosakan jalan raya dan harta benda. Kerosakan ini disebabkan
oleh muatan beban yang dibawa oleh aliran lumpur yang melanggar permukaan jalan
meyebabkan jalan tidak dapat menampung beban dan akhirnya jalan pecah dan runtuh.
Perkara ini akan menyebabkan berlakunya masalah untuk melakukan proses mencari dan
menyelamat sekiranya ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Selain itu, runtuhan
12

tanah juga akan menyebabkan terputusnya hubungan disesuatu kawasan. Apabila jalan
terputus, bantuan-bantuan sukar disalurkan dengan kadar segera.
Pergerakan jisim juga menberikan kesan trauma kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Kehilangan nyawa ahli keluarga boleh menyebabkan berlakunya gangguan emosi kepada
keluarga mangsa. Hal ini disebabkan oleh keluarga mangsa terpaksa menerima hakikat
tentang kejadian yang berlaku dan terpaksa menerima takdir bahawa mereka sudah
kehilangan ahli keluarga. Proses trauma ini mungkin berlaku dalam tempoh masa yang lama
dan memerlukan pakar kaunseling untuk mengembalikan emosi keluarga magsa yang terjejas.
Pergerakan jisim akan mengakibatkan keluarga mangsa trauma untuk melihat tempat
kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Selangor yang melibatkan
ahli keluarga.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pergerakan jisim adalah fenomena alam semulajadi yang berlaku di


seluruh dunia. Proses alam ini adalah proses yang tidak dapat dielakkan kerana proses
pergerakan jisim akan berlaku di semua tempat namun sebagai manusia kita boleh
mengurangkan kesan daripada proses tersebut. Kesan proses ini dapat dikurangkan dengan
langkah pemantauan yang baik dan kesedaran manusia untuk mengelakkan daripada merubah
landskap semulajadi kawasan-kawasan hutan dan bukit. Pembinaan dan pembangunan di
kawasan yang bercerun dan mempunyai pergerakan jisim perlu dielakkan untuk memastikan
keselamatan nyawa manusia. Jika pembangunan tanah tinggi tidak dikawal secara
13

menyeluruh, apabila Malaysia mencapai wawasan 2020 nanti, kemerosotan alam sekitar,
khasnya kawasan tanah tinggi akan menjadi serius. Pengawalan pembangunan tanah tinggi
adalah mustahak untuk mengurangkan kejadian tanah runtuh dan bencana lain yang
mengorbankan nyawa manusia serta memusnahkan harta. Pembangunan pesat di kawasankawasan tanah tinggi di Malaysia seperti aktiviti pembalakan, pembandaran, pertanian dan
pembangunan infrastruktur telah menyebabkan degradasi alam sekitar. Pada masa kini,
kawalan pembangunan tanah tinggi tidak cukup berkesan disebabkan oleh penguatkuasaan
yang kurang memuaskan dan dasar-dasar yang tidak konsisten di antara kerajaan persekutuan
dengan kerajaan negeri. Semua pihak perlu bersam-sama mengambil langkah yang sepakat
untuk memastikan ala mini akan terus kekal sehingga ke generasi akan datang.

6.0 Bibliografi
Carson, M. A., & Kirkby, M. J. (1972). Hillslope form and process (Vol. 475). Cambridge:
Cambridge University Press.

Getis, A., Getis, v., & Bjelland M (2013). Introduction to geography.


McGraw-Hill Higher Education.
Huggett, R. (2007). Fundamentals of geomorphology. Routledge.

14

Proses Pergerakan Jisim, (2010), Faktor-Faktor Berlakunya Pergerakan Jisim. Diakses


daripada http://sitinornajibahsalleh.blogspot.com/p/1.html. Pada 22 April 2015.

Jabatan Kerja Raya Selangor (2013), Senarai Tanah Runtuh Di Malaysia dari 1993-2011.
Diakses daripada http://selangor.jkr.gov.my/. Pada 18 April 2015

Sistem Geormorfologi, (2012) . Jenis Pergerakan Jisim. Diakses daripada


http://tema2sistemgeomorfologi.blogspot.com/2011/12/jelaskan-faktor-yangmempengaruhi.html. Pada 19 April 2015.

15

You might also like