You are on page 1of 31

Data GIS

HSTIONG

Pengenalan
Data merupakan salah satu komponen utama untuk membangunkan GIS. Data GIS juga dikenali sebagai Data Geospatial iaitu meliputi Data spatial dan Data atribut. Data spatial (Data Ruang) merupakan data yang digunakan untuk mendekati/mewakili fenomena sebenar. Data atribut ialah data yang digunakan untuk menerangkan/menghuraikan data spatial. Contoh, data spatial ialah poligon yang mewakili lot tanah. Manakala data atribut ialah maklumat tuanpunya tanah, alamat, luas, sekatan kepentingan, cukai dsb.

SambunganPengenalan
Data GIS terdiri daripada EMPAT komponen utama iaitu GEOMETRI, TOPOLOGI, ATRIBUT DAN MASA. Untuk mengoperasikan GIS, data-data ini perlu dimasukkan ke dalam sistem. Kaedah kemasukan data ini termasuklah pendigitan (digitize), pengimbasan (scan), papan kekunci dan penukaran format. Sumber data GIS boleh diperolehi daripada salinan keras, metadata, data remote sensing, data lapangan, GPS, Fotogrametri dsb.

Komponen Data GIS


1.

Komponen Ruang Melibatkan kedudukan objek yang perlu dinyatakan dalam sistem koordinat yang ditakrif secara matematik seperti garis bujur dan garis lintang atau sistem unjuran yang lain. Tujuan koordinat ditakrif secara matematik adalah untuk memudahkan nilainya boleh ditukarkan kepada nilai sistem koordinat lain.

SambunganKomponen Data GIS


2. Komponen Topologi Merupakan data berbentuk maklumat yang menerangkan perhubungan di antara objek atau hubungan ruang (spatial) antara objek.

SambunganKomponen Data GIS


3. Komponen Atribut Komponen ini menerangkan keadaan dan sifat objek. Sesuatu objek boleh mempunyai beberapa atribut. Contoh komponen atribut lot ialah keluasan, no_lot, tuanpunya tanah dsbnya.

SambunganKomponen Data GIS


4. Komponen Masa Merupakan komponen yang melibatkan masa atau jangka masa yang menunjukkan perubahan dengan menggunakan maklumat yang terhasil dari data GIS. Contohnya, suatu kawasan yang dipenuhi hutan suatu ketika dula telah dibangunkan dengan kawasan perumahan. Komponen masa ini penting untuk pengemaskinian data.

Sumber Data
1.

Terdapat pelbagai sumber data GIS sama ada dalam bentuk grafik, digital dan laporan. Salinan Keras (hardcopy) dan Digital Data digital dan salinan keras biasanya berbentuk peta atau pelan dan melibatkan proses pendigitan (digitize). Data ini boleh diperolehi melalui kerajaan (JUPEM) secara percuma atau dengan bayaran minima. Proses pendigitan (dari bentuk salinan keras ke bentuk digital) adalah lebih murah berbanding data yang terpaksa dibangunkan sendiri.

SambunganSumber Data
2. Meta Data Juga dikenali sebagai kamus data. Merupakan maklumat lanjut mengenai data yang diperolehi. Sangat berguna untuk menilai kualiti data berkenaan dan mengelakkan salah jangkaan atau tafsiran. Contoh meta data ialah alat yang digunakan, kaedah cerapan, prosedur pengkompilan, skema pengekodan serta tarikh cerapan.

SambunganSumber Data
3. Data Remote Sensing Melibatkan pengukuran dan perakaman tenaga elektromagnetik yang dipancarkan dari permukaan bumi dan atmosfera dengan menggunakan penderia (sensor) yang dipasang pada pesawat adara atau satelit. Sensor mengimbas permukaan bumi secara garis demis garis sambil bergerak ke hadapan untuk membentuk imej permukaan bumi bagi sesuatu kawasan. Data imej yang diterima oleh sensor akan ditukuarkan ke dalam bentuk imej berdigit. Kemudian, peralatan komputer dan perisian khas (image processing system) digunakan untuk mengolah, memproses dan memapar data berkenaan. Beberapa analisis boleh dilakukan ke atas data imej yang telah diproses bagi menerbitkan maklumat yang dikehendaki dari permukaan bumi seperti rangkaian jalan, jenis tumbuh-tumbuhan, kawasan berair dsbnya.

SambunganData Remote Sensing


Antara data-data satelit yang boleh diperolehi adalah LANDSAT, SPOT dan NOAA. Setelah imej diproses, ia boleh digunakan terus sebagai salah satu daripada lapisan (Raster Layer) dalam pangkalan data GIS. Data RS sangat sesuai untuk digunapakai dalam GIS kerana ia tidak memerlukan ketepatan tinggi seperti dalam perancangan sosio-ekonomi, pengurusan sumber asli dan pemantauan alam sekitar. Data RS dikatakan dapat memberi kos yang efektif untuk menggambarkan ciri-ciri kawasan yang luas. Walau bagaimanapun, proses pengvektoran akan mengurangkan ketepatan data raster RS. Liputan awan di kawasan tropikal akan menimbulkan masalah untuk mendapatkan data yang baik.

SambunganSumber Data
4. Automated Surveying Kedudukan objek (x,y,z) dapat ditentukan terus di lapangan. Tiga jenis pengukuran yang biasa dilakukan iaitu jarak, bearing dan perbezaan ketinggian. Pengukuran dijalankan dengan menggunakan alat Total Station. Semua data disimpan dalam bentuk digital. Kemudian, data-data berkenaan dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses dengan perisian tertentu bagi menghasilkan koordinat setiap objek yang telah dicerap. Selepas itu, data boleh dimasukkan ke dalam GIS. Total Station CDS AutoCAD ArcView

SambunganSumber Data
5. Global Positioning System (GPS) Merupakan satu sistem penentududukan (x,y,z) dengan menggunakan satelit. Penentududukan boleh dilakukan sepanjang 24 jam. Terdiri daripada 3 segmen iaitu : i. Segmen Angkasa ii. Segmen Stesen Kawalan Bumi iii. Segmen Pengguna

SambunganSumber Data
6. Fotogrammetri Ditakrifkan sebagai teknik pengukuran ke atas gambar foto (foto udara). Foto udara ini biasa diambil dengan menggunakan kamera metrik. Ia boleh diambil sama ada dari udara (aerial photogrammetry) atau dari permukaan bumi (teresstrial photogrammetry). Data x,y,z bagi sesuatu kawasan boleh diperolehi dalam bentuk digital atau berbentuk peta.(Data Raster)

Sumber Data Spatial Di Malaysia


1.

2.

3.

4. 5.

Data berdigit: JUPEM, MAGDI, pengguna-pengguna GIS seperti JPBD(Perak GIS), Penang Development Coorporation (PEGIS) dsb. Data Digital: Data remote sensing (MACRES), data fotogrametri/ foto udara JUPEM. Peta/pelan salinan keras: JUPEM, JKR, Dewan Bandaraya dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Data GPS. Data cerapan di lapangan.

Kemasukan Data
Kemasukan data ialah prosedur mengekod data dalam bentuk yang boleh difahami oleh komputer dan menyimpan data berkenaan dalam pangkalan data GIS. Secara umumnya, proses kemasukan data sangat rumit, memakan masa, memerlukan tenaga kerja yang ramai dan cenderung kepada kesilapan. Antara kaedah kemasukan data ialah: Pendigitan Pengimbasan Papan Kekunci Penukaran Format

i. ii. iii. iv.

SambunganKemasukan Data
1.

i. ii.

Pendigitan (Digitize) Adalah kaedah yang lazim digunakan untuk memetik (extracting) data spatial ke dalam bentuk salinan keras ke dalam bentuk digital. Proses pendigitan akan menukar data raster kepada data vektor. Terdapat dua cara pendigitan: Meja Pendigit Pendigitan On-Screen

Meja Pendigit
Mula-mula lekatkan setiap penjuru peta atau pelan salinan keras kepada meja pendigit dengan menggunakan pita pelekat. Kemudian, gunakan puck yang ada di meja pendigit untuk mendaftarkan empat titik. Operator akan menekan butang pada puck tersebut untuk merekodkan koordinat kedudukan data. Pendigitan biasanya dibuat dalam dua mod, iaitu mod link (point mode) dan mod aliran (stream mode).

Pendigitan On-Screen
Pendigitan on-screen melibatkan proses pengimbasan ke atas peta atau foto udara terlebih dahulu. Selain itu, pendigitan on-screen juga boleh dilakukan ke atas imej satelit dan sebarang data berdigit yang sedia ada. Scan AutoCAD ArcView DATA RASTER DATA VEKTOR

Sambungan..Kemasukan Data
2. Pengimbasan (scan) Pengimbasan merupakan satu teknik yang menggunakan alat pengimbas (scanner) bagi menukarkan peta/grafik salinan keras ke digital (bentuk raster). Kualiti data raster yang dihasil bergantung kepada kejituan alat (300dpi ke 1000dpi). Memerlukan ruang storan yang besar dan ram komputer yang tinggi. Merupakan salah satu kaedah kemasukan data yang cepat dan berkesan.

SambunganKemasukan Data
3. Papan Kekunci Papan kekunci lazimnya digunakan untuk memasukkan data atribut. Data atribut dalam pangkalan data GIS biasanya disimpan dalam jadual (table).

SambunganKemasukan Data
4. Penukaran Format GIS boleh berkongsi data dengan pelbagai sistem digital sedia ada denan menyalin semula data-data tersebut. Format merupakan masalah utama sistem pemindahan data dari satu sistem ke suatu sistem yang lain. Terdapat perisian GIS yang menyediakan fungsi penukaran format seperti Convert to Shapefile dalam ArcView (.dwg .shp). Data spatial dalam perisian ArcView disimpan dalam format .shp manakala data atribut disimpan dalam format .dbf Perisian ArcView juga boleh menyalin/berkongsi data atribut dengan perisian Microsoft Access (.dbf).

Ralat Data GIS


1. Perolehan Data Ketidaktepatan alat Kesilapan membuku Kesilapan mentafsir imej 2. Kemasukan data Ketidatepatan alat pendigit Pengendali alat Manuskrip yang digunakan (peta lama) 3. Penyimpanan data Had perwakilan data digital Had penyimpanan cakera 4. Pemprosesan data Rata pembundaran (round of error)- perwakilan digital Hukum perambatan selisih (maklumat yang terhasil oleh operasi matematik tidak akan menjadi lebih tepat dari data asal)

Kualiti Data
Komponen Kualiti data GIS terdiri daripada: 1.Ketepatan Ruang (Spatial) 2.Ketepatan Atribut 3.Kekonsistenan 4.Kebezajelasan 5.Kesempurnaan 6.Terkini/ Kesemasaan

SambunganKualiti Data
1.

Ketepatan Ruang (Spatial) Ketepatan ruang adalah berkaitan dengan ketepatan kedudukan objek. Terdapat dua jenis ketepatan ruang yang biasa digunakan iaitu ketepatan mutlak dan ketepatan relatif. Ketepatan mutlak ialah ketepatan yang dinyatakan berbanding dengan asalan sistem koordinat. Manakala ketepatan relatif merupakan perbezaan koordinat antara dua objek. Ketepatan relatif lebih penting daripada ketepata mutlak dalam kebanyakan penggunaan GIS. Contohnya injap paip air yang tertimbs di dalam tanah masih boleh ditemui jika kedudukan dari tepi jalan diketahui walaupun nilai koordinat kedudukan injap telah berubah.

SambunganKualiti Data
2. Ketepatan Atribut Atribut boleh dinyatakan sebagai pembolehubah diskrit dan selanjar. Pembolehubah diskrit merupakan atribut yang jelas kelihatan seperti jenis tanah, jenis tanaman, jenis rumah dsbnya. Manakala pembolehubah selanjar merupakan atribut yang tidak kelihatan dan berubah-ubah seperti suhu, taburan hujan dan topografi.

SambunganKualiti Data
3. Kekonsistenan Kekonsistenan lapisan data GIS perlu sentiasa diberi perhatian kerana sesuatu data itu mungkin disimpan pada dua tempat di dalam GIS. Kerap berlaku pada data spatial berbanding dengan data atribut. Contohnya, nama jalan raya di lapisan pengangkutan berbeza dengan jalan raya yang sama di lapisan gunatanah. Bagaimana penyelesaiannya?

SambunganKualiti Data
4. Kebezajelasan Kebezajelasan bermaksud kualiti data dari konteks skala antara penyimpanan data dan persembahan maklumat GIS. Data GIS boleh dipersembahkan pada sebarang skala dan ini menyebabkan data GIS disimpan tanpa skala. Namun begitu, data yang dibangunkan pada paras kebezajelasan hanya sesuai digunakan pada suatu julat skala sahaja. Ini kerana kualiti peta yang terhasil daripada skala kecil kurang sesuai digunakan untuk mempersembahkan kawasan yang memerlukan penelitian.

SambunganKualiti Data
5. Kesempurnaan Terdapat tiga jenis kesempurnaan yang perlu diberikan penekanan iaitu kesempurnaan: i. Liputan: Nisbah data kawasan menjadi kepentingan. ii. Pengkelasan: melibatkan keupayaan skema pengkelasan untuk mewakili data. Pengkelasan mesti lengkap, menyeluruh dan boleh mengekodkan data pada perisian yang dipilih. iii. Kesahihan: merupakan jumlah taburan data serta lain-lain sumber maklumat bebas yang digunakan untuk mendapatkan data tersebut. Kesempurnaan ini hanya dapat dinyatakan dalam bentuk data atribut sesuatu objek.

SambunganKualiti Data
6. Terkini/ Kesemasaan Data seperti demografi dan kegunaan tanah di kawasan bandar boleh berubah dalam masa yang singkat. Terdapat data yang berubah mengikut perubahan musim di negara-negara yang bermusim. Dengan itu, masa pada ketika data diambil sangat memberi kesan terhadap data yang disimpan dalam GIS. Biasaya dilaporkan sebagai tarikah perolehan data seperti tarikah pengambilan foto udara dan tarikh sesuatu peta topografi dihasilkan. Pengabaian aspek masa boleh menyebabkan sesuatu GIS memberikan maklumat yang salah.

Sekian, terima kasih!

You might also like