You are on page 1of 4

ISU PENGGUNAAN AIR DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ( USM )

MUHAMAD KAMARULZAMAN BIN OMAR / 118467


PELAJAR TAHUN AKHIR ( GEOGRAFI )

OBJEKTIF KAJIAN

1.

Untuk mengkaji sejauh mana tahap kesedaran pelajar di USM terhadap isu
penggunaan air di Universiti Sains Malaysia ( USM ) .

2. Untuk mengenalpasti faktor pembaziran penggunaan air di kawasan Universiti Sains


Malaysia (USM ) terutamanya di kawasan desasiswa .
3. Untuk mengetahui sejauhmana penggunaan air di kawasan USM berbanding kawasan
sekitarnya .

PERSOALAN KAJIAN

Sejauhmanakah tahap kesedaran pelajar di USM terhadap isu penggunaan air di


Universiti Sains Malaysia ( USM ) ?

2.

Sejauhmanakah faktor pembaziran penggunaan air di kawasan Universiti Sains


Malaysia (USM ) terutamanya di kawasan desasiswa ?
3. Sejauhmanakah tahap penggunaan air di kawasan USM berbanding kawasan
sekitarnya ?

METODOLOGI KAJIAN
SOAL SELIDIK
Soal selidik adalah salah satu bentuk data primer . Borang soal selidik ini telah di edarkan
kepada responden untuk mendapatkan maklumat data. Soalan yang dikemukan dalam borang
soal selidik terdiri daripada dua jenis iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka . Soalan tertutup
mengandungi soalan atau pernyataan yang disertakan dengan cadangan-cadangan jawapan
untuk dipilih ( Mohd Majid, 1990 ). Manakala soalan terbuka pula tidak mempunyai pilihan
jawapan, malahan ia memerlukan cadangan dan pandangan daripada responden . Secara
umumnya , kebanyakan soalan yang terdapat dalam soal selidik yang telah diedarkan adalah
berbentuk tertutup . Hal ini demikian kerana , soalan tertutup lebih mudah untuk dijawab oleh
responden kerana mempunyai pilihan jawapan dan menjimatkan masa responden.

PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian ikut serta dapat menunjukkan keadaan atau situasi yang tidak dapat
dihuraikan oleh responden melalui perbualan disebabkan oleh batasan individu itu ( Eyles
1992 ) . Penyelidik telah memerhatikan kawasan sekitar dan tingkah laku komuniti yang
terdapat di kawasan ini ( Mohd Majid 1990 ) . Setiap tingkah laku komuniti boleh dijadikan
sebagai bahan kerana kajian ini mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan air di
kawasan kajian . Berdasarkan kajian yang dilakukan , setiap gerak laku komuniti dilihat
sebagai satu perkara yang normal dan tiada lakonan dalam tindakan komuniti ( Suriati &
Colonius 2008 ) .

MEREKODKAN DATA
Ketika kajian dijalankan , pengkaji bertindak merekodkan maklumat yang telah disampaikan
oleh responden. Maklumat direkod di sebuah buku nota yang dibawa semasa soal selidik
dijalankan . Merekodkan data adalah bertujuan untuk mendapatkan data dengan jelas tanpa
ada yang tertinggal . Data yang direkodkan dan tidak terdapat dalam borang soal selidik
penting sebagai maklumat tambahan kepada pengkaji ketika proses menganalisis data selepas
tamat kajian lapangan .

SUMBER RUJUKAN

USM News Portal , Penang 2013 https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/774-usmjimat-rm178000-bil-air-setengah-tahun, Diakses pada 30/9/2016.


Pembangunan, pembandaran dan peningkatan bahaya dan bencana air di Malaysia : isu,
pengurusan dan cabaran , Syarahan umum pelantikan profesor 2001 ; bil. 1.
Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2002 .
Viessman, W., Hammer, M. J., Perez, E. M., & Chadik, P. A. (2009). Water supply and
pollution control. New Jersey (NJ): Pearson Prentice Hall.
Tingkah Laku Pengguna Air Domestik pada Penggunan Air Mengikut Kawasan , Prosiding
Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi, 2013,
http://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/32344617/Done-1b-Phang-_Lai__Chan__Jamaludin_Tingkah_Laku_Pengguna_Air_Domestik_pada_Penggunaan_Air_Mengi
kut_Kawasan.pdf?
AWSAccessKeyId=AKIAJ56TQJRTWSMTNPEA&Expires=1475214213&Signature ,
Diakses pada 30/9/2016.

You might also like