You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
2.1 MENGENALPASTI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI
AIR YANG RENDAH
2.2 MENGKAJI KESAN KUALITI AIR YANG RENDAH TERHADAP
PENDUDUK SETEMPAT
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 PETA KL /SELANGOR
3.2 GOMBAK(KAWASAN KAJIAN)
4.0 METODOLOGI KAJIAN (KAWASAN KAJIAN)
4.1 SOAL SELIDIK
4.2 TEMU BUAL
4.3 PEMERHATIAN
4.4 KAJIAN PERPUSTAKAAN
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN
8.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN
Air merupakan suatu sumber yang penting dan istimewa bagi kehidupan di
bumi . Hampir sebanyak 71 peratus dilitupi oleh air di permukaan bumi . Penggunaan air
ini sememangnya meluas serta menjadi keperluan asas kepada hidupan tidak kira
haiwan , tumbuhan mahupun manusia . Penggunaan air yang paling utama ialah sebagai
sumber minuman bagi kelangsungan hidup . Lebih kurang tiga per empat bahagian tubuh
manusia juga terdiri dari air dan tiada kehidupan di bumi mampu bertahan tanpa air .
Bukan itu sahaja , air juga amat penting bagi manusia untuk menjalankan keguatan
seharian dan kegiatan ekonomi . Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh manusia
yang seringkali menggunakan sumber air ialah aktiviti pertanian menggunakan kadar air
sebanyak 62 peratus dan ini menyumbang kepada kegiatan ekonomi yang banyak
menggunakan sumber air .
Manakala prasarana pula membawa maksud mengenai keseluruhan
kemudahan yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan manusia sejagat . Selain
menyediakan kemudahan bekalan air , terdapat juga contoh lain seperti bekalan elektrik .
Sebagai contoh , penduduk di Taman Greenwood menerima bekalan air daripada Syarikat
Bekalan Air Selangor bagi meneruskan kegiatan seharian mereka .Secara
keseluruhannya , prasarana air ini dapat disimpulkan mengenai pembahagian air yang
melibatkan penyaluran dari paip utama yang dihubungkan ke setiap rangkaian empangan
di setiap negeri yang bertujuan menyediakan air yang berkualiti dan mempunyai
limpahan secukupnya .
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti air yang
rendah di Taman Greenwood , Gombak , Selangor.
2.2 Mengkaji kesan-kesan kualiti air yang rendah terhadap penduduk
setempat di Taman Greenwood , Gombak , Selangor .
3.0 LOKASI KAJIAN

PETA 1 : SELANGOR
Sumber : Google Maps
Selangor merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia
terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan
bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan
terkaya di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005 .
PETA 2 : TAMAN GREENWOOD
Sumber : Google Maps
Taman Greenwood merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Batu
Caves dalam negeri Selangor iaitu salah sebuah negeri di Malaysia . Taman Greenwood
terletak di tengah-tengah antara Batu Caves dan Pasar Gombak . Taman Greenwood ini
juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infranstruktur dan kemudahan awam .
4.0 METADOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah mengumpul maklumat melalui
soal selidik bagi memperoleh maklumat daripada penduduk setempat di Taman
Greenwood , Gombak , Selangor . Bukan itu sahaja , kajian ini dilengkapkan dengan
mendapatkan seberapa banyak maklumat melalui kaedah pemerhatian di lokasi yang akan
dikaji . Kaedah kajian yang seterusnya akan dilakukan bagi memperoleh maklumat ialah
melalui kaedah perpustakaan dan juga temu bual . Tujuan kajian ini adalah bertujuan
untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti air dan juga kesannya
terhadap penduduk setempat .
4.1 Kaedah Soal Selidik
Kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik sebagai salah
satu medium untuk memperoleh maklumat . Borang selidik akan diedarkan kepada 30
orang respoden di lokasi yang hendak dikaji untuk mendapatkan pandangan daripada
penduduk setempat mengenai isu yang dipersoalkan. Borang selidik tersebut
mengandungi beberapa soalan yang perlu diisi oleh responden termasuk maklumat
respoden. Maklumat yang diperoleh akan dimasukkan dalam kajian ini bagi
memperincikan mengenai isu yang dibuat di Taman Greenwood , Gombak , Selangor .
4.2 Kaedah Temu Bual
Kaedah temu bual akan digunakan dalam kajian yang dibuat untuk memperoleh
lebih banyak maklumat mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti air dan juga
kesan-kesannya terhadap penduduk setempat di Taman Greenwood . Pihak yang
bertanggungjawab dalam perihal air seperti Syarikat Jabatan Air Selangor ini akan
ditemui dan ditemu bual bagi mendapatkan maklumat daripadanya yang lebih arif
mengenai kajian yang akan dibuat ini .
4.3 Kaedah Pemerhatian
Kajian yang dijalankan ini juga akan menggunakan kaedah pemerhatian sebagai
salah satu kaedah bagi mendapatkan bukti mengenai kajian yang dijalankan. Pengkaji
akan melakukan tinjauan di lokasi kajian selama beberapa hari bagi mendapatkan
maklumat dan juga bukti . Pengkaji juga akan mengambil beberapa keping gambar
mengenai pemerhatian yang dilakukan supaya dapat dijadikan sebagai bahan bukti .
4.4 Kaedah Kajian Perpustakaan
Kajian ini juga boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah rujukan
perpustakaan yang bertujuan untuk memperoleh maklumat tambahan mengenai isu yang
dibuat . Maklumat yang akan diperoleh melalui rujukan perpustakaan ini tidak kira
akhbar, buku mahupun laman sesawang yang berkaitan dengan kajian yang akan
dijalankan.

You might also like