You are on page 1of 5

MASTER OF ENFORCEMENT LAW

ENVIRONMENTAL LAW (LAW765)


KERTAS KERJA SULAM:
“SERVICE LEARNING MALAYSIA-UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM):
KHIDMAT MASYARAKAT & ALAM SEKITAR”

NAMA PROGRAM:
COASTAL RECLAMATION: WHAT DO WE KNOW?

TEMPAT PROGRAM:
PESISIR PANTAI BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

DISEDIAKAN OLEH :
1. MOHD SHARMIZAM BIN ISHAK STUDENT ID NO: 2022124957
2. NOR SAHLIZA BT. RAHMAN STUDENT ID NO: 2022360635
3. SOLEHATON BT. HISHAMUDIN STUDENT ID NO: 2022105259
4. MASNILA DAHNIATI STUDENT ID NO: 2022636138

DISEDIAKAN UNTUK & DISAHKAN OLEH :


PROFESOR MADYA DR. SITI HAFSYAH BT. IDRIS

TARIKH MENGEMUKAKAN KERTAS CADANGAN: 10 JUN 2023

1
A. TUJUAN KERTAS KERJA
Kertas kerja ini dibuat bagi memohon kelulusan untuk mengendalikan Projek Service
Learning Malaysia-University for Society (SULAM) yang bertajuk Sea Reclamation: What
Do We Know? daripada pihak Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam. Projek ini tidak
melibatkan implikasi kewangan. Kertas kerja ini juga akan menerangkan pemilihan tajuk
bagi Projek SULAM untuk kumpulan ini.

B. PENGENALAN
Projek SULAM (Service Learning Malaysia – University for Society: Khidmat Masyarakat &
Alam Sekitar) ini adalah merupakan inisiatif daripada pelajar-pelajar Master of Enforcement
Law (LW707) yang mengambil subjek elektif; Environmental Law (LAW765) bagi
melaksanakan projek khidmat masyarakat. Kumpulan ini memilih topik Coastal
Reclamation: What Do We Know? yang bertujuan mendidik dan memberi kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar dari perspektif undang-
undang dan seterusnya memberikan pendedahan tentang langkah-langkah yang boleh
diambil bagi mengekalkan dan memelihara kelestrian alam sekitar secara amnya.
Manakala, secara khususnya, projek ini akan mendedahkan berkenaan isu persekitaran
berkait dengan pesisir pantai dan laut.

C. JUSTIFIKASI PEMILIHAN TAJUK


Lautan yang sihat adalah penting untuk kelangsungan kehidupan, membasmi kemiskinan
dan menggalakkan kemakmuran rakyat dan negara. Lautan dan laut juga merupakan sinki
karbon dioksida terbesar. Tetapi lautan mempunyai hadnya juga dan gangguan akan
mengakibatkan kesan yang merosakkan untuk seluruh dunia. Walaupun lautan dan laut
kita amat penting, ianya terus terjejas oleh aktiviti manusia.

Salah satu aktiviti yang merosakkan ialah pembangunan pesat di persisiran pantai dan
projek penambakan laut yang telah merompak penggunaan serta akses nelayan dan
masyarakat persisiran pantai kepada sumber pantai dan marin. Fenomena meraih lautan
ini melenyapkan sumber marin dan ruang pergantungan nelayan dan masyarakat pesisir.

Beratus-ratus hektar kawasan menangkap ikan dan habitat marin telah hilang kerana
kegilaan untuk penambakan. Sebagai contoh di Pulau Pinang, kerajaan negeri bercadang
untuk menebus guna 4,500 ekar kawasan laut di selatan pulau ini, dengan mengabaikan
kehidupan masyarakat nelayan dan sumber marin di sini.

2
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pentadbir negeri/ agensi di negeri mempunyai bidang
kuasa yang berlainan yang mana ianya kadang-kadang agak sukar untuk mengendalikan
satu-satu projek alam sekitar yang mana isu berkenaan tanah ini adalah di bawah bidang
kuasa negeri dan bukannya persekutuan. Begitulah juga berkenaan isu penambakan laut
ini yang melibatkan kedua-dua pihak yang perlu sinergi, seiring dan bersama-sama
berbincang bersependapat dalam menyelesaikan satu-satu isu alam sekitar.

Seksyen 34A, Environmental Quality Act 1974 (Act 127) – Report on impact on
environment resulting from prescribed activities & Environmental Quality (Prescribed
Activities) (Environmental Impact Assessment) Order 2015:
Seksyen ini akan turut disentuh yang mana aktiviti penambakan laut ini juga adalah salah
satu aktiviti yang memerlukan environmental impact assessment (EIA) dilaksanakan oleh
pihak pemaju/ peneroka atau syarikat yang mengemukakan cadangan aktiviti terbabit.
Orang awam dan penduduk setempat sama ada secara langsung atau tidak langsung yang
terpalit dengan isu ini boleh memainkan peranan mereka dengan mengemukakan maklum
balas (cadangan/ sokongan/ bantahan) atas pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang memerlukan
EIA termasuklah penambakan laut.

D. KAEDAH PELAKSANAAN
Projek SULAM ini akan dilaksanakan melalui kaedah penyelidikan, temubual dan rakaman
video.
a. Penyelidikan
• Membaca dan mengumpul maklumat berkenaan penambakan laut antara kesan
dan akibat serta status atau statistik terkini atas apa yang sedang terjadi pada
Malaysia

b. Temubual
• Seorang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar – memohon pendapat mereka
berkenaan isu penambakan laut dan apa yang boleh ditambah baik dari segi
perundangan, yang mana lebih spesifik adalah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
(Act 127) & Peraturan-Peraturan di bawahnya.
• Presiden Persatuan Nelayan Pulau Pinang - memohon pandangan mereka
berkenaan penambakan laut, apa tanggungjawab mereka untuk memelihara
alam sekitar dan dari sudut perundangan mereka adakah mereka tahu hak
mereka (Tort Law).

3
• Seorang aktivis/ NGO alam sekitar (Presiden CAPP, Pulau Pinang)– memohon
pandangan mereka berkenaan penambakan laut dan tanggungjawab segala
lapisan pihak berkenaan isu ini

c. Rakaman video
• Sepintas lalu rakaman di Pesisir Pantai, Bayan Lepas.
• Gambar rakaman individu yang ditemubual
• Informasi berkenaan penambakan laut termasuklah kesan dan akibat
• Ilustrasi dan simulasi penambakan laut dari keadaan laut yang belum diteroka
sehinggalah menampakkan kesan buruk akibat penambakan laut tadi seperti
pencemaran, kehilangan mata pencarian dan sebagainya.

E. KEPENTINGAN & IMPAK PROGRAM


1. Kepada pelajar
i. Memupuk semangat kerjasama antara pelajar dalam melaksanakan projek
ini.
ii. Membuatkan pelajar lebih cakna berkenaan isu alam sekitar amnya dan
penambakan laut khasnya.
iii. Meningkatkan pemahaman berkenaan undang-undang berkenaan alam
sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Act 127) & Peraturan-
Peraturan di bawahnya dan common law
iv. Melahirkan graduan dan merealisasikan misi dan visi kelestarian alam
sekitar yang menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara kritikal dan
lebih terbuka dalam menangani isu-isu alam sekitar di Malaysia secara
holistic

2. Kepada Orang Awam/ Komuniti


i. Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar di Malaysia dan
langkah-langkah memelihara kelestrian alam sekitar amnya dan isu
penambakan laut sekitar khasnya
ii. Melahirkan masyarakat yang menghargai alam sekitar dan segala hidupan
yang terdapat di Malaysia agar ekosistem dapat dipelihara
iii. Memberi kesedaran kepada orang awam bahawa mereka boleh melibatkan
diri dengan memberi pendapat dan pandangan kepada kerajaan tentang
projek-projek yang dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar persekitaran
mereka demi menjamin kelangsungan hidup dan kelestrian alam sekitar

4
generasi akan datang melalui platform yang disediakan berdasarkan
penetilitian berkaitan Laporan EIA yang disediakan oleh JAS.

3. Kepada UiTM
i. Mampu mengharumkan nama universiti jika projek ini berjaya dan dapat
memupuk kepercayaan kepada orang awam, mana-mana agensi atau pun
NGO untuk bekerjasama dengan pelajar UiTM bagi projek-projek seterusnya

F. RUJUKAN
1. Abd Rahim Kaparawi & Ziauddin Abdul Latif. “Overview of Coastal Reclamation
Projects in Malaysia”. Coastal Engineering Division, Department of Irrigation and
Drainage Malaysia.
2. Chee Su Yin and Sim Yee Kwang. (2016). Coastal macroinvertebrate study in
Penang Island, Malaysia. Tropical Life Sciences Research 27.
3. Chee Su Yin, Othman Abdul Ghapar, Sim Yee Kwang, Adam Amni Nabilah Mat
and Firth Louise B. 12 (2017). Land Reclamation and artificial islands: Walking the
tightrope between development and conservation. Global Ecology and
Conservation 12.
4. Dr. Nik & Associates Sdn. Bhd. (2013) Detailed Environmental Impact Assessment
(DEIA) Study for the Proposed Reclamation of Seri Tanjung Pinang Development
Penang.
5. New Straits Times, 6 March 2017, Diminishing mangroves: Save them before it’s
too late, https:// www.nst.com.my/news/2017/03/218057/ diminishing-mangroves-
save-them-its-too-late
6. Penang Economic Report, January 2005, Volume 7, Issue 1, Impact of the
Tsunami of Penang’s Economy.
7. Ramly, S. (2008). Impact on the coastal areas of the Tanjung Tokong Land
Reclamation Project, Penang, Malaysia, Effects on wave transformation, sediment
transport, and coastal evolution. LTH, Lund University. Sweden.
8. The Star, Reclaimed Land to Fund Project in Penang, 28 Nov. 2015,
https://www.thestar.com.my /news/nation/2015/11/28/reclaimed-land-to-
fundproject-penang-will-see-two-manmade-islandsunder-the-rm27bil-transport-
maste/
9. The Sun, Reclamation may have caused changes in tidal currents, 2 February
2010, http://www. thesundaily.my/node/14656

You might also like