You are on page 1of 2

UNIT 20 : PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR

TAJUK 20 : ALAM SEKITAR BERKUALITI, TANGGUNGJAWAB SEMUA


KK1 : Prihatin
KK2 : Berusaha menyelesaikannya

1. Definisi : Peka terhadap isu-isu alam sekitar ialah prihatin terhadap persoalan yang berkaitan
dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

2. Peranan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam mencegah pencemaran alam :


i. menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
ii. Mendakwa pihat terlibat
iii. Menggantungkan lesen

3. Kebaikan menjaga alam :


i. dapat menjamin kebersihan alam sekitar
ii. Menjamin kesejahteraan, keselamatan, dan keselesaan hidup rakyat
iii. Generasi yang akan datang dapat menikmati alam yang bersih
iv. Alam tidak tercemar

4. Pelajar dapat memberi sumbangan dalammeningkatkan kualiti alam sekitar dengan cara :
i. turut serta dalam kempen yang diadakan di sekolah
ii. Tidak mencemari kawasan persekitaran
iii. Melaporkan kepada pihak berkenaan

5. Langkah-langkah untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan kawasan tempat tinggal


ialah :
i. membersih kawasan dengan menyapu sampah
ii. Menanam tin-tin dan botol-botol kosong
iii. Mencuci longkang
iv. Menceriakan kawasan dengan menanam pokok-pokok dan membina landskap yang menarik
v. membaik pulih dan membersih kawasan taman permainan kanak-kanak

6. Nama-nama taman laut di Malaysia :


i. Pusat Taman Pulau Payar (4 buah pulau)
ii. Pusat Taman Laut Pulau Redang (9 buah pulau)
iii. Pusat Taman Laut Pulau Tioman (9 buah pulau)
iv. Pusat Taman Laut Mersing (13 buah pulau)
v. Pusat Taman Laut Labuan (3 buah pulau)
vi. Pusat Taman Laut Terengganu (2 buah pulau)

7. Usaha yang dijalankan untuk mengekalkan taman laut :


i. mengadakan program kesedaran seperti "Kempen Cintai Taman Laut"
ii. Menganjurkan program kebersihan terumbu karang
iii. Kempen kesedaran alam sekitar bagi modul persekitaran pantai oleh JAS
iv. Menghasilkan brosur seperti "Amalan Terbaik Pelancongan dan Rekreasi"

8. Kepentingan/tujuan taman laut :


i. melindungi hidupan laut seperti terumbu karang dan penyu\
ii. Melindungi persekitaran marin
iii. Menikmati alam tanpa perlu mencemar
iv. Memelihara dan melindungi kawasan terumbu karang daripada kesan pembangunan yang
tidak sempurna
v. mempertingkatkan dan mengekalkan habitat dan tunbesaran semula jadi bagi hidupan laut
yang mengalami ancaman kepupusan

You might also like